Diari CELIK : MardhatiLLAH
Bismillahirrahmanirrahim.
Diari CELIK.
Alhamdulillah pada 14 Julai 2012 tempoh hari saya menghadiri seminar CELIK Momz oleh Prof Dr Muhaya dan Dr Atiyah. Insha Allah, Diari CELIK akan saya kongsikan beberapa perkara yang bermanfaat kepada saya. Moga bermanfaat kepada orang lain, insha Allah.
Masa seminar tempoh hari, ada seorang kakak bertanya pada Prof Muhaya.
"Saya mempunyai 4 orang anak dan anak ketiga saya OKU, autisme (tak
boleh membaca). Suami saya menyuruh saya berhenti kerja dan memberi
tumpuan kepada anak-anak tetapi ibubapa saya tak membenarkan saya
berhenti kerja. Apa yang perlu saya lakukan Prof?"
Prof :
Seorang wanita apabila telah berkahwin, yang utama adalah Allah kemudian
Rasulullah, kemudian suami. Lelaki, apabila berkahwin yang utama adalah
Allah, kedua Rasulullah, kemudian ibu dan ayah barulah isteri. Ibu bapa
kamu mengaji agama tak (dengar pengajian)?"
Penanya : Ya.
Prof : Sepatutnya mereka faham konsep ini, seorang anak perempuan selepas kahwin kena dengar cakap suami.
Penanya : Adik saya diceraikan. Ibubapa saya takut perkara yang sama berlaku kepada saya.
Prof : ....................... (panjang)
Best things is... jeng jeng jeng...
At the end of solusi session, seorang ibu bangkit dan bercakap di mikrofon.
"Saya hanya nak berkongsi dengan semua. Saya seorang ibu tunggal,
mempunyai 3 orang anak berusia 9, 7 dan 5 tahun. Anak ketiga saya juga
OKU, autisme. Saya diceraikan 4 tahun yang lalu! Saya seorang surirumah
sepenuh masa dan tidak bekerja. Puan tadi sepatutnya bersyukur kerana
masih mempunyai suami dan keluarga yang menyokong. Alhamdulillah, saya
datang dari Johor Bahru bersama kesemua anak-anak saya untuk menyertai
seminar ini.
Saya hanya menyerahkan sepenuhnya kehidupan saya
untuk anak-anak dan masyarakat. Saya mengajar mengaji (al-Quran) dari
jam 9 pagi - 9 malam. Saya langsung tidak mempunyai masa untuk
menyiapkan sarapan, makanan tengah hari atau makan malam untuk
anak-anak. Tetapi, Allah Maha Pemurah. Masha Allah.
Bila saya
terfikir "Ya Allah, aku belum masak lagi untuk anak-anak..." kemudian
anak-anak yang datang mengaji bawa makanan untuk kami sekeluarga dan
setiap hari itulah yang berlaku. Bekas suami saya sangat-sangat
menyayangi saya dan anak-anak, beliau memberi nafkah setiap bulan untuk
anak-anak saya dan masha Allah di dalam peti sejuk sudah ada simpanan
makanan untuk 2 minggu lagi! Insha Allah.
Apa yang saya buat
ialah, saya tidak hidup untuk diri sendiri sebaliknya saya redha dengan
ujian Allah (diceraikan dengan talak 3) dan saya menyerahkan hidup untuk
berbakti kepada masyarakat. Saya yakin dengan janji Allah 'Allah akan
membantu siapa yang membantu agama Allah', saya yakin dengan Allah."
Satu auditorium bergema dengan tepukan. Prof bangkit memberi 'tabik
spring' sambil bertahmid. Masha Allah. Bila kita 'hidup' untuk mencari keredhaan Allah,
semua yang sempit jadi luas. Semua yang payah jadi mudah. Semua yang
perit pun jadi manis. Allahuakram!
Wallahua'lam.
Berilah sebanyak-banyaknya walaupun kita hanya ada 'sedikit', semoga yang 'sedikit' itu memberi banyak manfaat kepada orang lain. Insha Allah.
Ummu Amir.
Labels:
Motivasi Diri
1 leaves:
Assalamualaikum Sis Insyirah,
Baru jmp blog Insyirah masa 'jalan2' tadi. hihihi ;)
Terima kasih atas perkongsian2 yg baik.
akan jalan2 lagi di blog ni nnt. iAllah :)
Apepun, suka saya baca entry ni.
Saya kalau free2, buka utube tu, cari talk Prof Dr Muhaya.
banyak nasihat2 Prof Muhaya yg sememangnya sgt simple tp terkesan. iAllah :)
Salam kenal, ukhti =)
Hanis.
Post a Comment