"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

23 December 2008

.::Bertaubatlah Pada Setiap Waktu::.

Selagi Allah Merahmatimu!

Muhasabah 1

Sebagai manusia, kesilapan dan kesalahan sering tak dapat dielakkan. Dalam hasrat hendak membetulkan sesuatu kesilapan yang telah berlaku, tiba-tiba melakukan pula kesilapan lain. Dalam berazam tidak mahu lagi mengulangi kesalahan, namun tak semena-mena sepuluh lagi kesalahan baru menjelma. Tapi biar sebanyak mana pun dosa dan kesalahan itu, agama menyuruh kita agar jangan berputus asa dari rahmat Allah. Syariat Islam mendidik kita supaya sentiasa bersangka baik dengan Allah serta selalu memohon kemaafan dari Nya.

Apabila hamba yang berlumuran dosa terpanggil memohon kemaafan kepada Allah, maka ketahuilah bahawa Dia amat menyayangi kita. Itulah sunnatullah di maya pada ini dan tiada yang pelik tentangnya.

Yang hodoh ialah yang berbuat dosa tetapi tidak mahu bertaubat dari dosa itu serta merasa tidak pernah berdosa. Manakala, sebaik-baik insan yang singgah di dunia kefanaan ini, adalah mereka yang tahu memohon kemaafan, keuzuran dan perlepasan dari Nya. Seeloknya, permohonan kemaafan dari Allah itu, hendaklah dilakukan segera atau dalam erti kata lain, setiap kali terjebak dalam kancah dosa. Biarpun kecil apalagi jika yang besar...

Jangan tunggu dosa mula menimbun, mata mula rabun. Baru mohon ampun. Sebaiknya segera memohon ampun, sebelum segala dosa itu akan dipertontonkan kepada kita diperhitungan akhir. Begitulah ajaran Allah dan Rasul.

Segala permohonan 'kelonggaran', kemaafan dan keuzuran kepada Allah hendaklah dilakukan di dunia ini, iaitu semasa fikiran masih waras, semasa ingatan masih kuat, semasa tubuh masih gagah. Dan punya masa untuk bertaubat. Bukankah bilahan umur dan usia kita itu modal utama sepanjang perjalanan ini?

Amat dibimbangi andai kita terlepas pandang dalam sepenting ini. Sedar-sedar malaikat maut sudah terpacak di depan mata. Sedar-sedar nyawa sudah sampai di ghalgharah (tenggorok). Sedar-sedar, tabir pembalasan mulai disingkap. Sedar-sedar sepasang telinga tidak dapat mendengar lagi hiruk pikuk duniawi. Diri sudah terkulai layu keseorangan di kegelapan Barzakh.

Beruntung bagi para mukminin dan mukminat kerana keuzuran serta permohonan kemaafan mereka sudah acapkali pun dilampirkan. Semasa nyawa masih dikandung badan dan Allah swt amat berbelas kasihan dengan pengaduan serta keuzuran mereka. Tetapi dalam jumlah yang tidak sedikit, manusia yang alpa, leka dengan tipu daya duniawi telah tersentak untuk merayu itu dan ini saat pintu kemaafan tidak terbuka lagi. Saat sebarang keuzuran sudah tidak dipedulikan sama sekali. Itulah seburuk-buruk permohonan ampun seorang hamba yang cukup malang bentuk 'kesudahan' dan 'pengakhirannya'.

Kenapa malang dan buruk?

Kerana sebarang keuzuran saat itu sudah tidak berguna lagi. Sia-sia belaka. Ingat lagi kisah Fir'aun? Ia hanya teringat untuk menyatakan 'keuzuran'nya saat air laut yang masin mulai menerjah masuk menyumbat serombong lubang hidung dan jantungnya.

Bayangkan sewaktu bayangan maut menjelma, baru kita terhegeh-hegeh mahu bersolat, mengaji, bersedekah, bersilaturrahim, memohon ampun, berbuat baik, berzikir, dan sebagainya? Bergunakah semuanya saat itu? Tidak cukupkah usia 40 tahun? 50 tahun? 60 tahun? Mahu tambah masa lagi? Usah berangan...! Firman Allah swt yang bermaksud;

"Dan belanjakanlah sebahagian dari apa yang Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang daripada kamu lalu berkata; 'Ya Tuhan ku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian ku) sampai waktu yang dekat, yang membolehkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk dikalangan orang-orang yang soleh.' Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) sesorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui, apa yang kamu kerjakan." [Al-Munafiqun : 10-11]

Ya Allah...! Kurniakan kepada kami taubat sebelum kematian. Peluang beramal sebelum berangkat pulang, jangan jadikan kami orang-orang yang rugi. Itulah ia "Syarrul Ma'zirah" yakni seburuk-buruk pernyataan keuzuran kepada Allah.

Muhasabah 2

Anda mahu tahu apakah pula "Syarrun Nada-mah?"

Iaitu seburuk-buruk penyesalan. Seburuk-buruk penyesalan adalah penyesalan seorang hamba di akhirat nanti. Penyesalan yang tidak membawa erti apa-apa kerana penyesalan yang dituntut adalah di dunia. Firman Allah swt;

"Sesungguhnya Kami telah memperingatkan kamu (wahai orang kafir) siksa yang dekat, pada hari manusia melihat apa yang telah diperbuat oleh kedua tangannya; dan orang kafir berkata: 'Alangkah baiknya sekiranya aku dahulu adalah tanah'." [Surah An-Naba : 40]

Mendalam sekali ungkapan berikut.

Menyesal dahulu pendapatan. Menyesal kemudian tidak berguna. InsyaAllah, menyesal di atas dunia, maknanya kita masih ada masa dan peluang melakukan perubahan dan pembaikan. Kita masih ada peluang membetulkan kesilapan. Kita masih ada masa muhasabah diri. Itulah kurniaan Allah yang amat besar kepada hamba-hamba Nya yang Su'a-da iaitu golongan yang berbahagia.

Muhasabah 3

Berikutnya, penjelasan terhadap seburuk-buruk kesesatan seorang manusia. Mutakhir ini, kita semua dihadapkan isu sejumlah muslim yang murtad keluar meninggalkan agama Allah dan pergi kepada kepada kekafiran dan kesyirikan. Ia kesudahan yang amat buruk! Na'uzubillah.

Dalam hal ini, kita amat-amat memohon perlindungan Allah swt agar memelihara iman dan akidah kita, anak-anak dan zuriat kita sampailah hari kiamat. Andai kita tidak bersyukur dengan nikmat Iman dan Islam yang telah kita perolehi maka tidak mustahil kedua nikmat tersebut akan diambil semula oleh Allah swt.

Inilah yang kita takutkan... Kerana inilah seburuk-buruk kesesatan, iaitu kembali sesat setelah peroleh petunjuk dan hidayah Allah.
Ya Allah,
Jangan lah Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau berikan hidayah... Istajib doa ana. Ameen.

0 leaves:

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO