Anekdot Hidup *_*
Salam'alaykum para tetamu.
[1]
Maaf pada sahabat-sahabat (esp dik Fauzani & dik Azmah). Bukan sengaja menyepi, ada perkara-perkara yang tak dapat dielakkan. Allah lebih tahu. Moga diberikan kekuatan buat ana yang dhaif. Ameen :) Syukran atas keprihatinan kalian pada akak. Jazakillah.
[2]
Alhamdulillah. SANAH HELWA ukhti Amiera yang ke-23, moga dengan pertambahan usia akan menambahkan lagi ketaqwaan ukhti, menambah lagi ilmu, iman dan amal seiring dengan bertambahnya pengalaman. InsyaAllah, solehah pada kalam dan perbuatan. Ameen allahumma ameen.
[3]
Sengaja meletakkan gambar kapal layar dalam anekdot hidup. Alhamdulillah, panorama alam yang sempat dicapture dari camera semasa melewati senja berlabuh. Subhanallah. Anekdot hidup, meletakkan diri sebagai kapal layar. Belajar di lautan, ada pasang dan surut. Begitu juga dengan manusia ada senyum dan tangis, ada suka dan duka. Yang pentingnya setiap suka dan duka dalam kehidupan datang dari Khaliq, Dia yang menciptakan segala-galanya.
Tika duka menerpa badai hidup, pasti ada hikmah. Ada tujuan atas setiap yang berlaku. Ada yang 'tak beres' dengan laluan, jadilah sedikit gelombang supaya bersedia menghadapi gelombang yang jauh lebih hebat. Insya Allah. Susah itu tarbiyyah, sabar itu indah. Subhanallah. Hebatkan aturan Allah? Dia Yang Maha Tahu, Maha Pengasih, Maha Adil dan banyakkkk lagi sifat-sifat Nya yang kita lepas pandang (atau tak nak pandang?).
Fatamorgana dunia. Lewat kebelakangan ni banyak ujian yang singgah, tafakur dan muhasabah diri. Terlalu banyak debu-debu dosa yang melingkar taman hati, terlalu banyak mazmumah yang bersarang di relung jiwa. Moga Allah sentiasa melempiaskan tinta rahmat Nya pada kita semua agar tidak menzalimi diri di depan Nya, tidak menghinakan diri di Mahsyar kelak.
Maha Suci Allah yang mentakdirkan segala sesuatu dengan penuh hikmah. Moga hidup yang 'pendek' terasa 'panjang' dengan bakti pada ummi dan abi. Bicara soal hati? Pertanyaan dari Angah, Along, K. Huda dan K. Cik tempoh hari ada 'kelakar'nya buat ana. Soalan tentang hati. Ana tersenyum, walaupun sudah banyak kali tapi kali ini lebih kepada 'heart to heart' dengan Angah. Lokasi kami agak strategik; dapur.
Ana tak salahkan Angah atas kerisauannya berumah tangga. Ianya fitrah tabi'e manusia, cuma ana tak sangka dia terlalu risau. Umurnya tidak terlalu 'jauh', tahun 2009 baru berangka 24 tahun. Apatah lagi Along, bagi ana... Along sangat baik orangnya, kesian kalau terburu-buru dalam masalah hidup-mati-dunia-akhirat ni, takut-takut kalau yang datang tidak 'setanding' dia. Tapi, ana yakin lelaki yang baik buat perempuan yang baik!
Jadi, kena jadi ORANG BAIK? Tidak juga. Baik dan soleh/solehah itu ada bezanya. Lelaki yang baik belum tentu soleh, tetapi lelaki yang soleh insya Allah baik. Setelah mengulit buku Aku Terima Nikahnya (Ustaz Hasrizal), Tentang Cinta (Ustaz Pahrol), insyaAllah next will be The Great Wife: Aisyah r.a..
Seronok ke bicara tentang CINTA?
Ana yakin dik Husna dah puas dengan falsafah cinta ana. Huhu. Maaf la dik, dah memang habit suka mengulang perkara yang penting berkali-kali. Bukan berfalsafah kosong, tapi ianya prinsip hidup (chewah!) Ana rumuskan secara rambang;
Jadi kalau terbercinta, macammana? Adui, belum apa-apa sudah ditanya. Tak pe, biasalah tu. Perasaan ingin tahu yang membuak (bagus! ciri-ciri pelajar cemerlang) hinggakan ramai ikhwah dan akhawat yang bercinta mengajukan soalan ini pada ana yang jahil. Sangat tidak layak untuk ana menjawab, tapi membiarkan hanya orang lain bermotivasi untuk berdakwah bukan sifat orang beriman. Sekurang-kurangnya, kalau tersalah ada yang membetulkan. Tafaddhal. Mesej peribadi dalam forum bertalu-talu, jadi ana masukkan disini. Kalian baca je lah, serampang bermata-mata dah ni. Satu jawapan untuk semua yang bertanya. Insya Allah.
Bukan lah nak kata takut kecewa dalam bercinta. Tapi, rasa belum layak lagi untuk bercinta. (Jawapan bagi soalan Angah) Lagipun cinta tak menjamin apa-apa, ramai yang berpura-pura, semua nak nampak cantik luaran, sanggup berjanji macam-macam. Lautan api pun sanggup redah (lautan neraka mcm mana pulak?) sedangkan tsunami melanda pun dah lari lintang pukang. Adui, pandainya menabur janji. Sang Adam sekalian, jangan sesekali berjanji apa yang kalian TAK SANGGUP nak tunaikan. Andai berjanji, berpada-pada lah.
"kau kekasih awal dan akhir.. Satu-satunya dalam hati."
Maaf la, ana memang tak percaya dengan 'janji' ini tak kira dari Sang Adam atau Sang Hawa. Jadi, cinta Ilahi memang tak ada dalam hati? Bagaimana nak kata cinta berlandaskan cinta Ilahi kalau 'si dia' adalah satu-satunya dalam hati? Istighfarlah... Basuh hatimu agar tidak 'terluka' lama, takut-takut menanah dan membarah yang akhirnya merebak hingga ke seluruh badan.
Teringat kata-kata Akhi Adnan dalam Laman-MAP, lebih kurang ginilah nasihatnya; cintakan Allah itu lebih utama dari menjaga hati isteri demi cinta suami kepadanya...
Indahnya cinta kalau bersyariat. Alhamdulillah. Tapi macam ustaz Hasrizal kata, perkahwinan bukan hanya syariatullah saja tetapi sunnatullah pun perlu juga. Sesetengah orang hanya mengikat diri dengan syariatullah dan mengabaikan sunnatullah, tak ada skill dalam mengenali manusia. Huhu, how to know ur future life-partner's colours? Tak susah!
Buat anak-anak (eh, macam tua benor je den ni ha) yang masih beribu-bapa, maka... rapat-rapatkanlah hubungan kalian. Banyak sangat ilmu yang dapat dikutip dari mereka. Insya Allah. Beruntung kalau kita adalah anak yang pandai menjaga dan mengambil hati parents terutamanya anak perempuan, nanti mudah nak mengambil hati suami & anak lelaki mudah nak ambil hati isteri, kan ke indah cinta tuh :)
Pemerhatian dari kehidupan, mentor adalah ibu-bapa.
Boleh kenal karekter lelaki-perempuan.
[1] Lelaki mudah terganggu emosinya kalau diganggu tidurnya (mesti kebanyakan laki angguk nih).
[2] Perempuan mudah membebel kalau badannya penat tapi tak ada siapa nak membantu (tak caya try la buat, menanah telinga nak dengar. mak kite leh pok-pek lagi dahsyat dari pakar motivasi secara FREE :p )
Banyak lagi... Tapi tak boleh nak catat semuanya, nanti tak semena-mena di 'cop' perunding percintaan. Owh TIDAK..! Macammana nak bercinta kalau cara bercinta belum dikaji, watak 'makhluk' yang bakal dicintai tidak dirapi dalam diary. Hidup saling melengkapi, insya Allah.
Sebelum masuk ke gerbang cinta, belajarlah untuk menCINTAi
- ibu
- bapa
Dan biarlah CINTA yang bersemayam berlandaskan cinta kepada Allah; setiap apa yang MAHU dan BAKAL dilakukan semata-mata kerana mengharap redha Allah tanpa ada sedikit pun yang mengundang kemurkaan Nya. Insya Allah. Kalau cinta dipelihara sebaiknya, keindahannya... Fuhhh...! Tak caya? Tanya la datuk-nenek dan mak-ayah kita, always in honeymoon 'mood' walaupun dah berpuluh tahun hidup bersama.
Ummi masih boleh pegang tangan abi kalau berjalan...
Abi masih boleh menunggu ummi bershopping berjam-jam...
Subhanallah. Maha Hebat setiap aturan Allah, hanya dengan 1 sifat Nya maka bertebarlah seluruh makhluk di dunia berkasih sayang. Tapi kini, manusia semakin moden dan semakin jahil tentang kasih sayang :(
Ya Allah,
Titipkan kemesraan antara kami,
Jadikanlah kami orang yang mencintai Mu,
Lebih dari kecintaan kami kepada air sejuk.
Allahummaj 'alni hubbak wa hubba man ahabbak, waj'al hubbaka ahabba ilayya minal maail baridi. Ameen ya Allah, istajib doa ana... Ameen ya rahman, ameen ya rahim. Ameen ya Rabbal alameen. (",)
Buat teman-teman yang bakal pulang dari Mekah, semoga Allah memudahkan kalian hingga sampai ke Mesir. Insya Allah. Ameen. Kepulangan penuh sinar di wajah, insya Allah di hati juga.
0 leaves:
Post a Comment