Tausiyyah dari Ukhti
Wahai adikku sayang,
Tika dirimu terasa hambatan ujian Nya terlalu perit,
Maka sujudlah kepada Yang Maha Penyayang,
Secebis ketenangan akan menyusup kembali,
Saat terasa kehabiskan semangat di medan juang,
Sahutlah kembali seruan 'Hayya 'alal falah',
Usah dibiarkan mutiara berharga itu mengalir sia-sia,
Salurkan ia kepada Yang Maha Esa,
Dia yang selalu bersamamu,
Saat duka dan gembira menerpa,
Tabahkan hatimu sayangku,
Moga rahmat Allah bersamamu,
Walau dalam senyuman,
Mahupun dalam tangisan,
Kerana engkau mujahidah muda,
Srikandi pejuang agama mulia,
Lantas itulah Dia menebarkan onak berduri,
Buat tarbiyyah Pencipta kepada hamba Nya,
Bagi yang beraqal dan beriman kepada Nya,
Sahutlah kembali alunan zikrullah,
Moga hatimu bahagia dengan ujian Nya,
Datang menerpa silih berganti,
Tiadalah dayaku melainkan dengan pertolongan dari Mu ya Allah...
Sayangku,
Usah hiraukan kumbang yang menerpa,
Kerana kau bunga berkembang mekar,
Indah di taman larangan,
Bukan permainan untuk sebarangan,
Tapi permata berharga,
Intan yang berkilau cahayanya,
Hanya yang 'haq' mampu mendekatimu,
Seindah Mawar BERDURI,
Itulah pujaan seorang lelaki,
Yang mendambakan sayap kiri,
Yang suci dari debu dunia,
Apatah lagi sebutan sang lelaki....
Sayangku,
Bentengkan dirimu dengan iman pada Nya,
Kuatkan hatimu dengan taqwa pada Nya,
Pasakkan semangatmu dengan hidayah Nya,
Kerana ku yakin....
Kau mawar BERHARGA,
Milik si kumbang yang juga berharga,
Di kanvas sejarah ISLAM,
Kerana janji Allah itu pasti kan tiba,
Wanita baik hanya untuk lelaki yang baik....
Uhibbuki fillah abadan abada ya ukhti
Ukhti fil Islam
Balqis~Hannan
1 leaves:
indah.
Post a Comment