.:: Sakit Juga Rezeki ::.
Salam Ma'al Hijrah 1430
Alhamdulillah, pada tahun yang baru. Pasti masing-masing tersemat azam yang baru. Insya Allah, moga azam yang baru membangkitkan semangat juang yang baru (refresh dengan niat yang baru). Buat sahabat-sahabat di Bumi Mesir, haaa... Are you ready for mid year exam? ehem, Mrs Wan tok sah tension. Ana mmg sengaja nak psiko.. Hihi.
Alhamdulillah. Sembang soal rezeki. Banyak, luas dan besar pengertiannya. Masing-masing ada cara untuk menilai sesuatu perkara. Hujung tahun Masihi ni, cerita soal rezeki tak lain tak bukan... Dapat bonus, dividen wang simpanan. Tak kurang juga ada yang planning nak beli perabot baru, kereta baru, nak bayar hutang kad kredit dsb. Dah bayar ZAKAT? Takut-takut ghairah nak 'menghabiskan' apa yang ada, lupa pula pada kewajiban sebagai seorang muslim. Zakat membersih harta. Apa la salahnya, bonus yang ada tu hulur-hulur pada tabung masjid. (",)
Seorang sahabat pernah cakap;
Bila dapat gaji, [1] nak saving [2] bayar hutang [3] shopping dan bla bla bla... sedangkan bersedekah tak ada dalam list, kalau ada pun nunnnnn nombor yang terakhir. Itu pun kalau ingat!
Betullah, kalau Rm50 kelihatan sangat besar pada tabung masjid. Sangat kecil bila shopping!
Tapi, tempelaknya pulak;
RM1 pun yang penting ikhlas. Kalau RM50 tapi tak ikhlas nak buat apa... RM1 yang ikhlas lebih baik.
Kenapa tak berfikir:
RM1 untuk shopping lebih baik dan selebihnya simpan je lah untuk masa depan. (Eh, macam bakhil la pulak...) Kalau berbelanja untuk dunia memang tak kisah, kalau 'menabung' untuk akhirat banyak pula songehnya. Itulah masalahnya...
Abi selalu pesan;
Rezeki yang ada pada kita bukan seketul duit. Kalau kita ada seguni duit pun, belum tentu itu mutlak milik kita. Masih ada bahagian orang lain. Sebab tu kena selalu sedekah, moga tak terambil bahagian orang... Zakat tu wajib.
Hujung-hujung tahun ni, ana slow down sikit bila muallimi berkata-kata. Tapi, bila sebut tentang rezeki. Dalam mendengar, ana terlintas... Bila Abu Uwais duk celoteh pasal Rezeki, Zakat dan Sedekah ana ter'sampuk', "Sakit juga rezeki, pak..." :p
Kalau bicara soal rezeki, duit.. duit.. duit... Manusia sinonim dengan duit, nikmat, harta, anak, bla bla bla... Ana yang sengal ni? Huhu... Masih belum berubah. (Bila la nak berubah ni) Dan, inilah task yang perlu dibuat sebab 'menyampuk' bicaranya. Hehehe... Tak pe, I'll try the best.
Rasulullah s.a.w. bersabda, mafhumnya:
Apabila hamba itu meninggalkan (untuk) berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya. [HR al-Hakim & ad-Dailami]
[1] Jangan sesekali lupa untuk mendoakan kesejahteraan kedua orang tua sama ada masih di dunia atau telah kembali pada Nya.
[2] Selain duit, harta, isteri, anak dan sebagainya.. Masih banyak nikmat yang dilupakan. Nikmat berjalan, nikmat sihat, nikmat kelapangan masa, nikmat bernafas, nikmat memandang dan kalau di taip rasanya tak ada manusia yang mampu nak mencatit SETIAP nikmat yang diperolehi. Malah, terlalu sedikit yang mensyukuri nikmat Allah malah yang tragisnya lebih ramai yang kufur pada nikmat-nikmat.
Bila tersepak batu... Batu yang dimaki hamunnya. Sedangkan dia yang tak melihat dan tidak berhati-hati. Barangkali juga kerana sedang di amuk amarah, Allah 'mengingatkan' dengan sedikit saja. Tersepak batu! Alangkah indahnya kalau berfikir dengan iman. Ramai orang berfikir dengan akal kurniaan Allah (nikmat juga) tapi sangat jarang yang me'related'kan fikiran dengan keimanan (nikmat juga) pada Allah.
Sesekali demam menerjah, habis semua orang yang dimarahnya. Terkadang menjenguk suasana hospital, tersentuh melihat setianya seorang isteri merawat suami sedangkan bila isteri yang sakit sangat sedikit suami yang mahu menghulurkan bantuan.
Perempuan makhluk emosional
Itulah kesimpulan ana dalam kajian terhadap psikologi manusia. Bukan nak kata perempuan tidak rasional, tapi pemikiran perempuan selalunya dipengaruhi dengan emosional. Kesian kat anak... Sian pada suami sampai terlupa siankan diri sendiri. Aduh, makhluk Hawa memang terkenal dengan sifat kasih sayang dan kelembutan tapi dewasa ini ramai Hawa yang berlumba mahu menjadi seperti Adam dan Adam mahu kelihatan seperti Hawa! Moden yang men'jahil'kan manusia. Inilah realitinya...
[3] Sakit juga rezeki. Kata Abu Amirul, kalau dah yang menyampuk tu lebih 'tahu' apa yang disampuknya, eloklah ana yang menulis. Maaf, ana memang agak tidak bersedia nak menyiapkannya. Pasti banyak kekurangannya =(
Abu Amirul + Abu Uwais, merangsang minda yang agak 'lembab'. Alhamdulillah, bicara SAKIT JUGA REZEKI dalam keadaaan sakit lebih mudah dari nak melencong hal-hal yang lain. Moga ianya menjadi kaffarah pada dosa-dosa, ingatan buat diri yang selalu alpa.
Sesekali renung sejenak... Bila sakit menjengah. Subhanallah! Rasa alangkah indahnya saat ini kalau dapat makan itu dan itu dan itu... Tapi dek kerana sakitnya sedikit, satu badan tempias. Tekak rasa loya, lidah pahit... Semuanya 'rasa' hanya kerana demam. Renung ke dalam diri... Banyak sangat masa yang dihiasi dengan keindahan-keindahan hingga lupa pada mereka yang kekurangan. Saat kita setia mengisi perut dengan pelbagai juadah, masih ramai yang menangis kerana lapar. Ada yang hanya mengalas perut dengan BATU..! Allahuakbar.
Ana tak mahu memberi contoh dari apa yang ana tak lalui, takut-takut empati tak 'mengena'. Maka, seolah-olah ana bercakap tanpa ana tahu apa 'rasa'nya. Kata akhi Shidee, menulislah dari hati. Jadi, ana belajar untuk menulis apa yang ana tahu dahulu sebelum ana menulis apa yang ana mahu.
Itulah yang ana pesankan pada seorang sahabat yang sedang berjuang dalam menghadapi leukimia, mudah-mudahan semakin hari semakin bercambah rasa syukur pada Allah.
Seorang teman bertanya, apa doa yang paling istimewa sewaktu ana di 2 Tanah Suci.
Pelik... Dalam banyak-banyak soalan, itu yang ditanya.
- Ana tak minta sakit tapi ana tak minta sihat -
Barangkali, jawapan yang 'boleh' lulus. "Kenapa tak nak sihat?"
"Bukan ana tak nak sihat. Bukan juga ana minta sakit. Tapi, ana minta bila sakit Allah mengajar ana tentang kesabaran dan ketabahan, mengajar ana untuk merendahkan hati untuk berdoa pada Nya. Ana takut bila sihat, ana akan lupa untuk 'berlama-lama' dengan Nya. Mungkin anti beruntung, Dia berikan nikmat sihat dan juga dalam masa yang sama anti bersyukur dengan nikmat tersebut. Anti boleh berbakti pada masyarakat dan sekaligus pada agama. Tapi ana... Mungkin keadaan akan terbalik. Ana takut..."
Kata-kata seorang sahabat yang ana kagumi, alhamdulillah. Simple tapi bermakna.
Sesekali merenung... Tarbiyyah Allah buat hamba...
Bila semput menjengah
Allah... Sukarnya bernafas! Ingatlah wahai diri, kematian JAUHHHHHH lebih sakit... Jauh lebih sukar. Jangan mungkiri nikmat yang diberikan Tuhan, bersyukur... bersyukurlah!
Sesekali Sendi terasa ngilu
Allah... Mungkin inilah rasanya bila usia semakin meningkat. Semakin dekat untuk pulang ke 'desa', cukupkah bekalan untuk dibawa?
Sesekali Saraf Mengamuk
Allah... Seperti inikah nanti roh keluar dari badan? Tuhan... Sakit ini terlalu sedikit. Selaut syukurku hanya setitis nikmat Mu. Allahuakbar.
Sesekali Sakit di Tulang Belakang
Allah... Apalah sangat dibandingkan dengan pengorbanan seorang ibu mengendong anak di dalam rahim dengan penuh susah payah, melahirkan dengan susah payah..
Sesekali Menggeletar Seluruh Badan
Allah... Apalah sangat... Sedangkan setiap dari inci tubuh mahu berzikir pada Allah, setiap hamba Nya mahu berzikir pada Nya.. Hanya tubuh yang menggeletar!
Sesekali...
Menangislah kerana syukur
Sesekali...
Menangislah membasuh relung jiwamu
Sesekali...
Menangislah supaya hatimu lembut kembali
Sakit itu juga rezeki dari Allah, sebagai 'jalan mudah' untuk ingat kepada Nya... (",)
Sesekali...
Merepek jugak lah dalam nak menyelesaikan task... Huhuhu... *_*
Wallahua'lam.
0 leaves:
Post a Comment