Maruah Bukan Dagangan
Bismillahirrahmanirrahim.
Lama menyepi, membawa diri dan meninggalkan ruangan blog. Sekadar membaca blog teman-teman dan kemalasan yang melanda diri, tambahan pula Cik Costocondritis datang mengintai menambahkan lagi kemalasan untuk mengemaskini blog. Alhamdulillah, semalam sudah di cucuk dan terasa lagi kesan suntikan namun pena sudah boleh ditarikan sedikit demi sedikit.
Semua orang sibuk bercerita tentang Valentine Day, sama ada pihak yang nak meraikan hari tersebut ataupun pihak yang rancak menjalankan kempen anti-Valentine Day, ruangan status FB banyak yang berbicara soal Valentine Day. Tapi, dalam banyak-banyak posting, ana lebih tertarik dengan apa yang dikupas secara ringkas dalam sebuah blog mengenai perkara ini: Fahaman Sempit Pejuang Islam Tentang Hari Valentine?
Ana tak nak sentuh isu ini, ana rasa kupasan yang dibuat secara ringkas di dalam blog tersebut boleh memberi pencerahan minda kepada pembaca. Lagi pula, blog ini tidak tertakluk kepada terma dan syarat apabila sesuatu peristiwa berlaku, maka ia akan berbicara tentang perkara tersebut.
Akhir-akhir ini, ramai yang bertanya tentang realiti berkahwin di usia muda. Mencongak-congak sendiri, ahh... Ana juga masih mentah dalam kehidupan berumahtangga apatah lagi mahu memberi saranan jauh sekali memberi nasihat kepada yang bertanya, apa yang mampu dilakukan hanya perkongsian dari secebis pengalaman yang telah dan sedang dilalui.
"Pasangan yang paling mencintai Allah akan paling mendalam cintanya terhadap pasangannya."
Itulah yang ana pegang. Kasih sayang sesama manusia pasti akan luput, kalau bukan kerana rajuk dan benci pasti akan berakhir dengan kematian. Putus kasih sayang sesama jasad, masih ada rantai yang menjadi pengikat iaitu untaian doa dan ingatan melalui sedekah jariah yang boleh kita lakukan kepada mereka yang kita kasihi.
Tapi, dek kerana arus modenisasi dan juga kehidupan dunia yang terbuka seringkali tanpa sedar kita seolah-olah membuka pintu seluas-luasnya untuk berbicara tentang pasangan kepada orang asing. Bahkan, ada yang tidak segan silu dengan Tuhan untuk membuka aib pasangannya di hadapan manusia lain. Bukankah seorang isteri itu pakaian bagi suami dan suami pula pakaian bagi isteri. Begitu cantik perumpamaan yang Allah ungkapkan di dalam al-Quran, tetapi manusia hari ini menjalani perkahwinan hanyalah kerana tuntutan semasa bukan lagi atas ibadah kepada Allah.
"Umur dah banyak, orang asyik bertanya bila nak kahwin... Carilah calon untuk aku."
"Kawan-kawan dah beranak pinak, aku belum juga disunting lelaki."
"Kawan aku semua dah kahwin, aku je yang masih bujang."
Keluhan-keluhan yang hanya berbentuk keduniaan. Ramai manusia yang berkahwin tanpa mengetahui KENAPA AKU BERKAHWIN. Ramai pula manusia yang berkahwin tanpa bertanya KENAPA AKU BERKAHWIN. Berkahwin hanya kerana usia dah banyak, kawan-kawan ramai yang sudah berumahtangga, ibubapa bising suruh kahwin, dan pelbagai lagi sebab yang sangat tidak jelas tuntutan untuk berkahwin.
"Kenapa awak berkahwin?"
"Sebab saya nak hidup bahagia dengan orang yang paling saya cinta."
Gumam. Diam. Garu kepala yang tak gatal. Betulkah kita dijanjikan kebahagiaan andai berkahwin dengan seseorang yang kita cintai? Ramai manusia yang boleh mengekalkan percintaan bertahun-tahun lamanya tetapi tidak mampu mengekalkan perkahwinan hatta untuk setahun bahkan ada pula yang hanya bertahan sekadar beberapa hari. Na'uzubillah.
Ramai isteri suka membuka aib suami di hadapan orang lain, mungkin kerana dia lupa bahawa suami adalah 'pakaian' untuknya dan dia adalah 'pakaian' untuk suaminya. Dia terlupa akan perumpamaan yang Allah nukilkan di dalam al-Quran atau dia tidak pernah tahu perkara tersebut. Masih segar bait ayat yang ana terima sejurus ana memaklumkan kepada seorang lelaki yang ana anggap seperti seorang bapa, beliau sangat banyak memberi nasihat dan kata-kata hikmah buat ana berfikir dan muhasabah. Jazakallah ammu!
"Jadikanlah suami Insyirah nanti sebagai 'pakaian' buat Insyirah dan jadilah 'pakaian' buat suami Insyirah. Kenapa 'pakaian'? Selain menjaga aurat masing-masing, berusahalah untuk MENUTUP aib masing-masing. Jangan buka aib suami di hadapan orang dan jangan sesekali melakukan apa yang suami tak suka."
Ana berkahwin bukan atas dasar cinta atau suka, mungkin juga kerana suami adalah seorang yang SANGAT garang sebelum berkahwin maka ana lebih takutkan karakter beliau berbanding tertarik dengan apa yang orang perkatakan tentang beliau. Suami sangat menjaga hubungan kami sepanjang tempoh bertunang sehinggakan selepas menjadi isteri, ana masih kaku dan kekok bagaimana untuk berkomunikasi dengan beliau.
Seorang suami adalah seorang yang sangat layak untuk dihormati, disanjungi dan dilayan dengan penuh kasih sayang juga kelembutan. Para isteri kini lebih menghormati dan menyanjungi orang lain (selain suami) maka hasilnya tiadalah layanan penuh kasih sayang dan kelembutan, untuk melemparkan senyuman dan lirikan menggoda pun cukup payah apatah lagi untuk berbual manja.
Ah... Sebelum kahwin semuanya sanggup dilakukan hatta lautan api sanggup direnangi, selepas kahwin ajak mandi sungai pun dah mengarang 1001 alasan? Sebelum kahwin gunung sanggup didaki, selepas kahwin ajak pulang ke rumah mertua pun dah merungut segala macam hal. Bukankah dia lelaki yang kamu cintai dan ingin hidup bahagia bersama?
"Husband I tak sporting langsung, I minta belikan teddy bear dia kata I ni macam budak-budak."
Menggeleng kepala. Tanpa sedar, dia mengaibkan suaminya di hadapan orang lain. Tanpa sedar, dia menjatuhkan maruah dirinya sendiri di hadapan orang lain. Benarlah kata si suami, si isteri bertingkah seperti budak-budak dan bukankah teddy bear itu permainan kanak-kanak? Sudah ada 'teddy bear' hidup yang boleh bercakap, berbual dan bergerak masih mahu bermain teddy bear tak bernyawa? Pelik sungguh manusia. Bukannya budak-budak, bukan saja sudah baligh bahkan sudah menjadi isteri orang.
Rasulullah benarkan Aisyah r.a. bermain patung untuk melentur sifat keibuan, tetapi saat itu Aisyah r.a. masih lagi kanak-kanak bukannya sudah 'tua' macam kita semua.
Semakin takut dan ngeri dengan kemudahan FB yang tanpa sedar atau sengaja sebenarnya kita membuka aib seseorang. Na'uzubillah. Terkadang status di dalam FB seolah sengaja mengaibkan seseorang. Allah sudah menutup aib kita, terkadang kita sendiri yang membuka aib peribadi tanpa rasa malu bahkan turut membantu untuk menjaja aib orang lain. Astaghfirullah hal azhim.
"Abang, baju yang Sayang dah iron kan ada, kenapa pakai baju ni?"
"Nak cepat."
"Takde, tukar juga..."
"Iye la."
"Ingat, Abang dah kahwin nanti orang cakap 'Isteri ustaz tu malas, suaminya pakai baju pun kedut', Abang kene jaga nama baik kita. Orang cakap Sayang malas, orang juga cakap Abang tak pandai jaga isteri."
Maka, suami pun keluar rumah dengan tersenyum simpul. Itu yang ana pelajari dari kehidupan ummi dan abi, mereka sama-sama BERUSAHA untuk menjaga keharmonian dalam hidup berumahtangga dan mereka sangat menjaga nama (maruah) masing-masing. Apabila ummi sibuk dan keletihan, abi tidak segan silu untuk seterika baju sendiri bukan hanya kerana jawatannya di pejabat tetapi untuk menjaga nama baik ummi.
"Tengok, sibuk-sibuk kerja pun sempat lagi iron baju suami."
Tak ke kembang je pipi tersenyum dengan ungkapan dari masyakarat. Kehidupan berumahtangga mesti ada 'give and take' bukan saja keseronokan tetapi kesakitan dan kesemuanya harus dilayari bersama. Bukan saling tuding jari dan menuduh kesalahan pasangan, hakikatnya untuk MENJADI si soleh dan si solehah bukan hanya sebelum berkahwin tetapi ia proses sepanjang hayat untuk menjadi yang terbaik untuk si dia.
Mahu menyintai si dia dengan lebih mendalam, cintailah terlebih dahulu DIA yang Memberi kasih sayang! :)
Wallahua'lam
Catatan Seorang Isteri,
Insyirah Soleha
7 leaves:
ASSLAMUALAIKUM ,,
SUNGGUH MEMBERI MANFAAT DAN KESAN KPD SY...
ALLAH MEMBERI KAN AWK ILHAM UNTUK MENULIS...TERUSKAN...
salam,dik..
sekadar pengkongsian dr arwah suami, pesannya, bukan sj maruah suami isteri perlu dijaga, bahkan maruah keluarga mertua dan keluarga sendiri, aib keluarga mertua tak boleh diceritakan kpd keluarga sendiri,begitu jua sebaliknya..dan ttg iron bj tu..sebijik cm arwh cakap, dan arwh jg begitu..sggp iron bj sndri takut nnti org kt zaujahnya 'malas'...:)
salam
pendakwah sbnr tdk akan mencanang kebaikan diri sndiri utk teladan org lain & menceritakan keaiban org lain utk dijadikan sempadan...entry anda seolah-olah nk menunjukkan yg anda seorg isteri yg hebat & memperlekehkan org lain dgn membuka aibnya...xde beza...ade baiknya klau betul nk membuat teguran...juz PM saje..saya tahu org itu(mia maya)coz sy pembaca blognya...sy jgk pembaca setia blog anda n kagum setiap penulisan anda...tp slps baca entry ni...tanggapan sy pd anda dh berubah...mgkn sbb sy kenal mia..konon2 nk berdakwah tp syok sendiri...suka jaja kehebatan sndr...antara cthnya anda jaja kisah iron tu(tgk blk lah dlm entry tu...mls nk tulis kt cni) then perlekehkan org lain(mgkn die salah kerana aibkan suami tp ade baiknya bg teguran secara tertutup...& klau nk bg cth pn...jgnlah amk kisah diri sndr..baik amk contoh srikandi2 islam terdahulu...xde lh rasa mcm masuk bakul angkat sndr...kan nnti tali putus...diri sndr yg susah...org lain pn naik meluat...Rasulullah xpernah mencanangkan kebaikannya@kehebatannya....cerita kebaikannya hanya dr mulut org2 sekelilingnya...maaf lah...kasar plak bahasanya...xperlu accept/publish komen ni...juz utk bacaan peribadi anda...fikir2kan lah dgn hati yg terbuka...diri kita ni bkn perfect nk perlekehan org lain...entah2 org yg kita perlekehkan itu lebih suci hatinya drpd hati kita yg busuk...
Waalaikumussalam hidayu.
Semuanya milik Allah...
Salam rindu Kak Aisyah :)
Masa kecil dulu, ummi selalu marah kalau malas iron baju. eheh, dulu tak tahu kenapa ummi marah kalau malas iron baju, bila dah besar baru faham kenapa ummi titik beratkan tentang penampilan dan suami pun selalu sangat ingatkan "orang yang berpakaian muslimah jangan nampak selekeh".
Anonymous (saya lebih suka orang yang menggunakan nama sendiri kerana setiap manusia berhak dipanggil dengan nama yang baik) :)
Saya dah lama tak baca blog kak Mia dan saya tak tahu pula isue teddy bear ada dalam blog beliau, jadi isu ni tak ada direct sound kepada kak mia as saya sendiri ada no hp kak mia kalau saya nak direct communicate dengan kak mia. apa yang saya tulis terlalu umum.
Isi yang terkandung dalam blog ni adalah OPEN DIARY dan hampir 100% tulisan yang saya tulis di sini dasarnya adalah borak kosong dengan abi dan ummi saya (dahulu) dan sekarang kebanyakan tulisan hanya berasal dari sembang-sembang dengan suami, itu saja.
Tak pernah pula saya tulis untuk orang respect saya dan dari awal blog ini ditulis pun it all about i, me and myself... :)
saya rasa saya state apa yang dicakap oleh ummi dan abi saya... itu role model terbaik yang saya lihat dengan mata saya. saya tahu the best role model is our prophet tapi saya tak pernah hidup zaman Nabi, saya hanya belajar sirah dan membaca dalam tulisan-tulisan, jadi saya hanya menulis apa yang saya lihat dengan mata saya kerana bukan setiap masa orang akan menerima hadith nabi saja, it must relate to real life menggunakan mata dan juga telinga.
wallahua'lam.
salam alaik dik syirah..
Syukran atas perkongsian itu, amat bermanfaat..semoga dapat memuhasabahkan diri mrk yg sdh berkahwin @ bkl berkahwin..
Ukhuwah lillah..
Post a Comment