"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

06 May 2009

Ya Allah Permudahkanlah

Bismillahirrahmanirrahim.

Ana menghitung hari dengan debaran (sungguh jujur kenyataan ini). Beberapa hari yang bakal mempertemukan ana dengan seseorang yang sudah lama ana berhasrat untuk bertemu. Kalini, ana bertekad walau apa saja usaha yang ana mampu, ana akan cuba juga untuk meluangkan masa untuk bertemu dengannya. Alhamdulillah, Ukhti Syifa' dengan murah hati menawarkan rumah sewanya untuk ana. (Kak, nanti buat sesi yerk... huhu) Malahan, beliau juga dengan baik hati telah mengizinkan agar pertemuan "4 pasang mata" berlangsung di rumahnya. Yeyeyyyy! Masa tu ragu-ragu juga, tapi entah kenapa rasa macam OK jer planning yang ana 'godek' dalam minda, setelah berpusing-pusing plan yang akhirnya kami bersetuju untuk menggunakan plan 'terkejut tergempar' tersebut. Allah juga yang memudahkan ana untuk merancangkan jalannya. Alhamdulillah.

Sedang sahabat mesej... "Anti janji tau.."

Gurlp! Ana terkedu. Nak balas apa yerk. Ana sebenarnya tak tahu nak balas apa. Ana juga takut nak menukilkan janji, takut ana tak mampu tepati janji. Ana juga takut kalau janji tersebut tidak dilandaskan pada cinta Allah, ana mengharapkan mardhatillah dari Nya dalam ikatan kami. Insya Allah, moga nusrah Ilahi mengiringi perjumpaan ini. Menyedapkan hati yang berdebar-debar...

"...Insya Allah, kalau kita buat sesuatu yang diredhai Allah. Allah akan bantu..."

Syukran atas tautan nasihat tersebut, sedikit sebanyak mengurangkan irama jantung yang tak keruan beberapa harini. Ana juga mengalami "nightmare" sejak beberapa hari, menyukarkan ana melelapkan mata juga ana sangat pening menghadapi siang hari. Tambahan pula spec ana mengalami sedikit masalah apabila AriSsa 'meragut' spec pada hari Sabtu lalu, skru pun tercabut. Seharian ana dilanda sakit kepala dan mata kerana 'teraba-raba' tanpa spec. Ya Allah, terlalu sedikit aku bersyukur dengan segala limpah kurniaan Mu. Astaghfirullah. Alhamdulillah, abi dah betulkan spec tapi masih juga terasa sakit kepala (itupun mengadap pc juga, isk isk).

Ana harap perjumpaan yang bakal berlangsung juga tidak menjadikan "mereka" nightmare, ana comot jer. Hukhukhuk. Kita semua diciptakan dengan sebaik-baik ciptaan, tetapi kita selalu tidak mahu berusaha yang terbaik dalam apa yang kita lakukan. Astaghfirullah hal azhim. Kali ini, ana bertekad juga dan berusaha sedaya mungkin untuk memaniskan ukhuwwah. Sesi ta'aruf dan ikatan ukhuwwah fillah (insya Allah, ameen) yang ana harapkan hingga ke alam akhirat. Sama-sama saling mendoakan kesejahteraan juga mendoakan kejayaan dunia akhirat. Memanjangkan ikatan hingga ke alam abadi di sana. Ameen.

Ana juga berharap agar dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang musafir ana. Ana hanya berusaha menjaga kesihatan sebaiknya, merancang yang terbaik (insya Allah) dan selebihnya ana serahkan segalanya pada Pentadbir alam. Allah taala. Wamaraku wamakarallah wallahu khairul makirin. Itu saja pesanan ana pada insan yang bakal ditemukan andai Allah maqbulkan permintaan kami. Entah kenapa, rasa berdebar dan dalam masa yang sama ana tak sabar menghitung hari tetapi apabila teringatkan mesej yang buat ana makin ketaqqqq... Macam nak stuck the time. Biar freeze jer semua, hari tu tetap lambat lagi. Uhuk, susahnya nak gambarkan perasaan ni.

Bila mesej sudah mula memanggil "ustazah", ana rasa seram sejuk pula. Hukhukhuk. Tolong la... Ana bukan ustazah, jauh sekali seorang ustaz. Hihi. Ana adalah ana, ismi Insyirah. Hihihi. Rasa kelakar pula bila Adik Fatimah yang dikasihi menyedapkan gelora hati ana.

"La baks ya ukhti! Apabila Zorro keluar merantau, semuanya akan sedaya upaya diselamatkan!"

Mungkin Fatimah memaksudkan ana akan berusaha yang terbaik dalam perjumpaan tersebut. Ana sekadar mengharapkan insan yang bakal ditemui itu membaca kalam ini dan dia tahu bahawa ana dilanda pelbagai perasaan dan persoalan untuk bertemu dengan beliau. Uhuk uhuk. Entah dia baca entahkan tidak, biar jer la. Ana nak mengarut juga disebabkan ana gundah gulana, seram sejuk pun ada juga. Tapi tak per, Kak Syifa' kan ada. Apa-apa nanti pasti Kak Syifa' back-up ana. Itu la padahnya seorang "BUDAK NAKAL" bila nak bertemu dengan orang yang "BAIK" dan sangatlah cuak nak berjumpa tetapi setuju nak jumpa malah bagi jalan lagi untuk memudahkan perjumpaan.

Ya Allah, permudahkanlah kami dalam usaha silaturrahim ini, ikatkanlah kami dengan tali Mu, gemburkan perasaan kami dengan cinta dan rindu Mu, satukanlah kami dengan kasih sayang Mu, jadikanlah perjumpaan ini untuk kami saling mengenali dan mengukuhkan ikatan yang telah Engkau simpulkan. --- Demi mardhatillah --- Ameen ya Rabbana.

Ya Rabbi, hanya pada Mu daku meminta bantuan, maka tolonglah daku. Dan hanya pada Mu daku berserah, maka janganlah diberatkan bebanku. Dan hanya pada Mu daku memohon, maka janganlah ditolak. Dan hanya pada Mu daku mendekat, maka janganlah dijauhkan. Dan di pintu Mu daku berdiri, maka janganlah Engkau usir. Ya Rabbi, ku pohon dari Mu redha Mu dan aku berlindung dengan Mu dari murka Mu. Ya Rabbi, sesungguhnya hanya Engkau Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu...

1 leaves:

Unknown 7 May 2009 at 10:56  

Allah swt dah janji akan anugerahkan khalifah/dunia ini kepada org mukmin..dan org yang jaga amal soleh..tp asbab kelemahan saya,,org mukmin dan amal soleh belum wujud lagi,,,maka Allah akan bagi pd org kafir,,biar org kafir tindas org Islam...org islam sibuk dengan syurga org kafir,sebab itu org kafir marah dan tindas org Islam...

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO