"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

18 May 2009

Teguran Dari Sahabat

Bismillahirrahmanirrahim...

Ana sangat rindu untuk menulis. Pasti hati sahabat tertanya-tanya, habis tu entri sebelum ni ana tak menuliskah? Bukan begitu maksud ana, merindui suasana menulis yang fokus dan bermatlamat seperti dahulu. Sudah tidak bermatlamatkah sekarang? Bukan juga, mungkin kerana beberapa insiden yang berlaku buat ana meninggalkan ruangan itu buat seketika. Hari ini, ana kembali menyusun ayat dan kata, merangka sebuah cerita dari lubuk hati ana sendiri untuk dihadiah serta muhasabah kembali oleh hati ana. Cerita yang mengajar dan mengajak ana berfikir secara keras dan konsisten. Insya Allah.

Sedang leka menyusun bicara hati menarikan jari jemari, seorang teman dengan 'sukanya' mengacau konsentrasi ana menulis. Ana pun berkongsi satu cerita lawak yang sukar untuk ana lupakan, buat hati untuk ketawa dan senyuman pada wajah. Hiburkan hati sesekali tidaklah sampai lupa diri. Usai tersenyum, tersengih dan ketawa sendirian, hilang sudah idea yang tadinya mencurah-curah. La ba'sa, semasa melayan cerita teman pun ana masih giat menulis di ruangan lainnya dan dia sendiri maklum yang ana sedang menulis. Jadi, ada waktunya agak lambat ana memberikan respon. Asif.

Katanya ana ni mesin taip auto. Apa-apa sajalah. Ada saja peluang nak mengenakan orang, ada hari ana mengalah ada hari tak reti nak mengalah.

Sedang leka membaca dan membetulkan ayat-ayat yang ana catatkan sebentar tadi, pop-up satu mesej dari seseorang. Masih berlagak biasa dan memerhatikan setiap bait bicaranya, hati ana tersentuh dan ana mengaku dengan apa yang ditulisnya. Teguran dari seorang sahabat walaupun tak pernah menghadirkan dirinya dalam bentuk nyata. Ana hargai dan mengharapkan dia akan terus menasihati dan menegur ana.

Salam dik.
Lama tak nampak adik mencoret? Rindulah. Sesekali jer update, itupun link kepada post orang lain. Baca juga blog adik, selalu juga update tapi semuanya kisah-kisah peribadi dan catitan adik jer. Akak rindulah nak baca tulisan-tulisan adik macam dulu. Dah lama tak nampak adik menulis, dah pencen ker?

Mungkin ada kala, rasa bosan datang menyinggah dan ada masa rajin sangat. Akak rindu nak baca tulisan adik seperti dulu, yang sarat dengan kasih sayang dan juga adik begitu tekankan apa yang perlu diperhatikan. Sekarang, dah tak macam tu lagi tulisan adik. Semuanya santai dan bersahaja, menulislah dengan hati supaya dapat menegur hati-hati kami.
Panjang lagi mesej tersebut, sengaja ana copy yang awal dan hujungnya. Isi dan tengahnya cukuplah untuk santapan ana sahaja. Sememangnya ana rindu untuk menulis seperti dulu, walaupun ada pihak yang tidak senang. Ana menjadi santai begini entah mana silapnya. Beberapa hari lalu seorang sahabat dalam list YM memberi saranan untuk mengaktifkan diri di ruangan Iluvislam, mengikut menjadi TopBlogger di kelompok Iluvislam tetapi ana menolak. Memang tiada 'isi' pun dalam blog ini untuk dikongsikan bersama. Sesekali, ana diburu rasa bersalah juga kerana blog hanya merapu dan terus merapu. Entah, apa yang membuat ana menjadi sangat merapu. Moga taufiq Nya mengembalikan tulisan seperti dahulu. Ameen.

Sedang berjuang untuk melontarkan idea dan terus menulis. Doakan ana.

- Adakah Kerana Agama -

Moga hadirmu menjadi penguat semangat untuk ana terus menulis. Dah reserved pada satu ruangan peribadi, kisah dan monolog hamba Allah untuk dihayati sang hamba Allah.

Fighting! Fighting!

Cebisan... Awalan... Permulaan...

Adakah Kerana Agama?

(...fiksi semata-mata...) :)

Sakinah menguak jendela disisi katilnya, menghirup udara pagi sambil melihat alam indah ciptaan Tuhan. Hatinya menghiasi alunan asma' Allah, dalam nada yang perlahan dilantunkan zikir-zikir memohon petunjuk Ilahi dalam derap langkah kaki yang semakin perlahan. Lidahnya masih diam, fikirannya masih lagi ligat berputar mencari jawapan yang diharapkan dari Allah taala.

Sakinah masih menikmati 'sarapan' pagi berlaukkan alam ciptaan Allah, sesekali derap nafasnya ditahan-tahan agar udara memenuhi ruang paru-paru, ketenangan dirasai. Hatinya semakin tenang, jiwanya semakin lapang dan pastinya Sakinah tersenyum melihat keletah burung yang singgah di atas pokok sisi biliknya. "Subhanallah."

Maisarah menghampiri Sakinah yang sedari tadi asyik melihat keindahan ciptaan Allah, musim bunga di Bumi Ambiya' sedikit sebanyak memberi kalungan bunga di hatinya. Indah, begitu hebat aturan Ilahi.

"Kak Kina, Sarah dah siapkan sarapan. Jom makan."

Moga hadir tulisan-tulisan ini menyedarkan sang hati yang kelalaian. Panjang lagi yang sudah siap tapi biarkan masa yang akan pamerkan. Insya Allah.

9 leaves:

achik_teddy,  18 May 2009 at 13:57  

mmm..ok apa tulisan awk slama ni,wlu sntai dan brshaja masih lg punya nilai tarbiyyah.tulis dr ht ek,bkn ke ht tu punya seribu rasa,klau tgh semngt yg kuar bntuk motivasi@nasihat,klau ngah sedey leh bt org len mnanngis sama,klau tgh sengal jwabnye xberenti la mesin taip auto tu,hehehe:)

sentiasa autokn dri awk krna dsna ada pmbca setia;))

Insyirah 18 May 2009 at 14:15  

huhuhu... terkejut tengok nama neyh... spechless, tak tau nak tulis apa dah, merah dah muka neyh... :)

ummu uwais,  18 May 2009 at 22:14  

Assalamu'alaikum w.h.b :)

Hihi, dah datang semula semangat menulis dia. Akak dah terjumpa mana Syira sorok "Adakah Kerana Agama?", bagus la ada unsur saspen. Masa mula tu akak syak ni mesti nak tawen upernya watak tu ada urusan yang 'lebih besar'. Mabruk... Mabruk!

Akhi Khairul,  18 May 2009 at 22:22  

Hehe, betul ke ummu uwais jumpa ataupun ada orang yang dah jumpa then bgtau ummu uwais... kekekeke... pandai ngelat ye zaujah ana ni :P

Insyirah 19 May 2009 at 16:10  

Aih, ustaz ngan ustazah ni tau2 jer yerk.. x leh la nak sorok... :)

balqis,  20 May 2009 at 07:57  

Ngeee... angin menulis sudah datang... ahlan wa sahlan wahai tulisan :D

dik, katne sorok? ana nak baca jugak... :)

Insyirah 20 May 2009 at 21:33  

hehhe, dah nama pun suruk kak... kalau suruk takmau lah bagi tingukk :P nanti lah kak, insya Allah dah siap adik bagi erks... :)

Anonymous,  25 May 2009 at 16:26  

salam ya ukhti...,

ana begitu asyik membaca coretan2 anti yg lahirnya dari hati dan menyedarkan hati sahabat yg lain...
sudah lama rasanya ana tidak membaca coretan2 sahabat2 seperti anti...rasanya ana sudah jauh dari diri ana yg dahulunya sentiasa dekat dengan sahabat2 seperti anti dan rasanya begitu kosong jiwa ana dengan apa yg telah ana buat sejak beberapa bulan yg lalu..terlalu enjoy dengan dunia luar,sehingga kadang terlupa akan diri ana yg semakin jauh dariNYA...ana amat terkesan apabila membaca blog2 sahabiah seperti anti...syukran atas coretan dari hati anti yg telah menyedarkan hati ana...

Insyirah 27 May 2009 at 00:05  

Salam Tanpa Nama,
syukran atas ziarah. Siapapun kita, kita tetap hamba Nya, semoga sama2 peroleh manfaat dr setiap 'teguran' yang diberikan oleh Allah. Insya Allah. :)

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO