"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

11 May 2009

Jauh Perjalanan Musafir Kerdil

Dr. Mohsen Salleh, Dr. Azzam Tamimi dan moderator.

Dr. Azzam Tamimi

Dr. Mohsen Salleh

Ucapan dari Ustaz Zaik, Pengerusi Eksekutif Aman Palestin & Presiden ISMA Malaysia


Dr. Roslan Mohd Nor

Ramai kannnn?

Assalamu'alaikum w.h.b..

Lama tak up-date blog, insya Allah kalini ana nak coret panjang-panjang. Maka, bulatkanlah mata antum untuk membaca hingga ke noktah terakhir. Hihihi. Kembara kali ini untuk mengikuti Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis di PWTC pada 9 Mei yang lalu. Ok, ana mulakan catatan dari awal insya Allah hingga la perjalanan sampai ke rumah. (",)

8 Mei - Jumaat

Times running! Ana rushing menyiapkan kerja-kerja rumah pada waktu-waktu akhir yang tersisa. Jam 12.30 pm abi sampai je rumah ana terus masukkan beg dalam kereta. Sempat lagi bekalkan kuetiaw goreng dan nasi untuk abi makan dalam kereta. Kebetulan pada hari Khamis cuti umum Pahang, maka Abang Chik balik rumah. Jadi, dia lah yang drive. Disebabkan kelam kabut, abi tak lalu nak makan bekal. Hihi, tak apa la. Ambil Adik di sekolah, muka dia dah merah padam berjemur bawah pokok, cuaca panas agaknya. Lama adik tunggu, 1.20 pm baru ambil dia. Hampir 1 jam dia menunggu. Adik tengok ana bawa air, bekal nasi dan kuetiaw. Fuh, licin dimakan Adik (lapar sangat katanya) sementara tunggu Abi dan Abang Chik solat Jumaat. Then, terus hantar ana menunggu bas. Jadualnya 2.30 pm tapi bas sampai 3 pm. Adui! 30 minit menanti, rasa gelisah juga. Khuatir Ukhti Nadia lama menunggu.

Soalan pertama yang ana tanyakan pada driver; "Bas berhenti di Pudu atau KL Sentral?" Pakcik driver menjawab; "Pudu dik." Allahuakbar, gabra semacam dah ni. Berbalas-balas mesej dengan Ukhti Syifa', akhirnya beliau bagi 'jalan' pada ana. Tiba di Puduraya jam 5 lebey (lupa pula nak tengok jam), manusia punya la ramai. Ana istighfar jer dalam hati, dah la jalan sendirian, hukhuk. Kemudian, nampak seorang rijal yang turun dari bas yang sama dengan ana meniti bahu jalan nak melintas ke bangunan Puduraya (tempat jual tiked). Ana follow je belakang dia dari jarak yang agak jauh. Huk huk. Rasa nak nangis pun ada juga masa ni. Ya Allah, kaki pula macam tak pijak bumi sebab ana betul-betul rasa roh melayang-layang. Takut seh!

First thing yang ana buat bila jejak ke bangunan Stesen Bas Puduraya ialah mencari tandas. Ana basuh muka dulu, hihi. Sekali tengok cermin, makkk aih muka pucat lesi & tangan menggigil. (Ni ada juga yang gelak kot. Uhuks!) Dah siap basuh muka, tunggu Ukhti Syifa' di satu sudut seakan-akan 'menyorok' belakang tempat talifon. Ana tak tengok pun hiruk pikuk manusia, ana diam-diam jer duduk kat situ sambil pegang hp sms dengan ukhti Nadia. Ada seorang budak kecil yang agak nakal terlompat sana sini, sekali dia terpandang ana. Muka dia kelihatan sangat terkejut dan terus duduk diam, hahaha. Time ni ana dah rasa nak tergelak (tapi tahan jer), budak ni takut dengan ana tapi sebenarnya dia tak tahu padahal ana yang sedang ketakutan. Keh keh keh... Buleh wat lawak neyh. Ngeeee!

This is my first time journey - alone!

Tak lama kemudian, Ukhti Syifa' sampai. Alhamdulillah, lega bangat nampak kelibat ukhti Syifa' tetapi ana terkejut tengok ukhti yang pucat sangat. Demam ker? Badannya agak panas (when I hug her). Urm, ukhti bawa ana solat Asar dan kami tunggu bas nak ke Pantai Dalam (rumah ukhti). Fuhhh... Sampai rumah ukhti masa orang tengah azan Maghrib. Ayoooo. Anak dara "merayau" sampai Maghrib. Mana ada merayau, sampai dah awal tapi traffic jammed, nak buat macammana. Kami mana ada sayap nak terbang, huk huk huk.

Lepas solat Maghrib, ukhti Syifa' keluar ambil ukhti Nadia di station Universiti. (Asifah jiddan ya ukhti, lama sungguh anti tunggu. Lebih sejam kan? huwaaaaaaa!) Ana dah wangi, tunggu ukhtun balik. Sekali ana dengar derap kaki melangkah makin dekat dan dekat, berdebar sungguh! Hihihi. Nyorok belakang dinding, sekali ukhti Nadia masuk terus ana 'serang', terkejut dia. Hihihi, notty girl. Subhanallah, comel sangat sahibah yang seorang ni. Kecil molek jer orangnya. Terus bagi laluan pada dia untuk bersihkan diri sebelum bersembang (masa ni buat macam rumah sendiri jer).

Malam tu... Kelihatan kondisi Ukhti Syifa' makin teruk, dengan sedikit ilmu yang ada. Ana buatlah apa yang patut, urm... Teruk sangat dah keadaan Ukhti Syifa' masa ni, jadi ana pun suruh dia duduk diam-diam dan ana buat apa yang selalu ana buat (lalalalalaaaa). Minta izin dari dia nak pegang tengkuk dia. Lama juga la ana 'merawat' ukhti till ukhti Nadia tertidur kepenatan. Ukhti Syifa' pun tertidur atas 'riba' ana, ana capai buku "Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul" tulisan Fatimah Syarha. Sambil-sambil tu, ana tenung muka ukhtun di depan ana... Ya Allah, masing-masing nampak keletihan. Ana terus membaca, I can't sleep. Masuk dalam bilik, buka sms. Jauh sms dari Mesir ana baca, hurm... Ni yang sensitif ni bila orang duk suruh berjanji, tak balas pun sms tu. Baca dan membaca... Gerak ukhti Nadia masuk dalam bilik dan ana pun berusaha untuk ZzZzz... Malangnya, ana rindu Adik. Uwaaaaaaaaa!

9 Mei - Sabtu

Bangun awal pagi, solat hajat dan mohon petunjuk dari Ilahi. Kalau baik untuk kami ke PWTC, berikan jalannya yang mudah dan jangan bebankan kami apa yang tak sanggup kami pikul. Melihat kondisi ukhti Syifa', ana amat risau. Kalau lebih baik kami di rumah, ana mohon Allah agar 'menghalang' kami dari meneruskan hasrat ke PWTC menghadiri Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis. Lama bertafakkur sambil berbicara dengan Allah, azan Subuh dan ana gerak sahabat-sahabat untuk solat. Ana bisik dan minta pendapat ukhti Nadia, "Kalau ukhti Syifa' tak sihat, kita duduk rumah tak apa ker?" Alhamdulillah, jawapan positif dari ukhti Nadia; "Tak pe Syira, ana tak kisah."

Tetapi... Memandangkan kami dah sampai di rumah Ukhti Syifa', beliau amat berat hati nak duduk rumah dan gagahkan diri juga nak ke PWTC. Kami bertolak pun dah 8 lebih, mujur jalan smooth sangat-sangat. Sampai PWTC sebelum 8.30, ada nampak beberapa bas rombongan. Urusan daftar selesai, terus masuk dewan. Dah mula, kami terlewat sedikit tetapi masih terlalu awal bermula dan tak banyak yang kami terlepas. Pembentang-pembentangnya ada yang ana setuju dan sedikit yang ana kurang setuju, ana sangkakan mungkin hanya ana yang kurang setuju tetapi pagi tadi menjengah blog sahabat blogger, ana senyum. Rupanya bukan ana seorang yang kurang bersetuju dengan kata-kata pembentang. Tetapi itu pemikirannya, ana hanya mendengar dan cuba menapis dan dialog sendiri. Kadangkala tumpuan ana tidak terlalu fokus pada pembentang kerana gangguan dari audien belakang ana yang agak "ramah" bersembang di belakang. Ayork! Loghat Dr Azzam Tamimi yang ana kira pekat juga la memerlukan ana melebarkan telinga dan usaha keras memberi tumpuan disamping gangguan dari belakang. Hati juga tak keruan dengan kondisi Ukhti Syifa' di sebelah. Ana dilanda SEJUTA emosi, arghhhhh!

Dr Mohsen Salleh agak memudahkan ana meneruskan fokus kerana sebutannya yang lebih clear, sebutir sebutir. Orang belakang ana pun dah kurang berkomunikasi, jadi ana lebih fokus. Hati masih berdetak detik lagi... Kondisi Ukhti Syifa' kelihatan semakin negatif. Lunch time! Mengikut rentak urusetia, belakang ana meja brothers. Aduhai... Sekali lagi Allah memudahkan, urusetia memberi 'jalan' ana menukar meja makan yang dikelilingi sisters. Teka kami makan dengan siapa? Hehe. Kami bertiga duduk satu meja dengan sisters dari Kolej Islam Melaka seramai 7 orang. Ngam jer 10 orang. Hihihi. Panjangkan silaturrahim dengan Kak Yani, Kak Jannah, Kak Ain dan Aisyarah (nama dah dekat tueee). Sempat juga bergambar dengan mereka dan bertukar nombor talifon. Pergi dengan semangat Palestin, ukhuwwah juga dengan mereka yang cintakan Palestin. Alhamdulillah.

Ada beberapa perkara yang tak sanggup ana nak catatkan lebih-lebih lagi situasi kami nak ke surau. Biarlah jadi "kenangan" pada ana-ukhti nadia-ukhti syifa. (Can I cry now? Hukhuk)

Habis kesemua pembentangan sebanyak 5 sesi. Ukhti Syifa' mohon izin agar kami balik awal, tidak menunggu majlis penutup. La ba'sa ya ukhti habibah. Insya Allah, tiada masalah bagi kami kerana ana sendiri dah tak sanggup melihat kondisi ukhti Syifa' yang serius. Ana mohon izin melihat souvenir di luar, beli beberapa buah tangan untuk adik-adik dan abang-abang. Cadang nak beli T-Shirt tetapi yang ana nampak hanya hitam dan putih, tiada pilihan. Jadi, terus la balik ke Pantai Dalam (rumah ukhti Syifa'). Kereta abang ukhti dah menunggu di bawah, kami naik ke tingkat atas, packing barang dan turun semula.

Meredah jalan menuju ke Masjid Negara, solat Asar. Alhamdulillah. Kemudian, kami dibawa (ntah ke mana) tengok orang main wau. Yang pastinya, tempat dekat-dekat dengan FRIM sebab ana nampak signboard FRIM. Subhanallah! Indah sangat meniti tepi tasik. Ana berjalan berdua-duaan dengan ukhti Nadia (cecece...) dan ukhti Syifa' bersama keluarganya. Sempat lagi ambil gambar (jangan lepaskan peluang syirah oiii). Puas berjalan, kami duduk bawah pokok berdua-duaan tengok orang main wau. Mendongak ke langit, terasa semacam pula bila dipandang sekumpulan rijal yang riadhah. Alamak... Pusing tengok tempat lain, last tak ada yang lebih 'menarik' dan 'tertarik' selain menatap wajah ukhti Nadia. Ngeh ngeh ngeh... Dah nak senja pun, Bonda (mak ukhti Syifa') panggil kami. Beransur menuju ke Rawang, rumah abang ukhti Syifa'.

Note: Well... Sebenarnya, ana faham la bicara Bonda. Tapi kalau cakap dalam talifon, ana tak faham sangat. Bila face to face, ana fahammmmm tau. Banyak juga bersembang dengan Bonda. (ayat nak jeleskan ukhti amiera, ngeh ngeh ngeh)

Masa di Rawang, ana macam nak nangis pun iya juga tengok Ukhti Syifa'. Hurm, ana usap-usap kepalanya. Baca Selawat Syifa' dan sapu air asam jawa. Picit tangan dia, usap jari-jarinya. Badannya panas bangat! Tapi ana tak nak nangis, ana kena kuat!

10 Mei - Ahad

Bangun awal, duduk dalam gelap. 6 lebih, Bonda ketuk pintu bilik. Mungkin Bonda ingat ana belum bangun, hehehe. Tengok ukhti Syifa', masih belum boleh bangun. Huk huk huk. Sedang kami bersiap, jenguk-jenguk ukhti. Sambil dia baring di ruang tamu, ana picit kepalanya. Baca Selawat Syifa' dan tiup pada ubun-ubun. Uwaaaaa... Nak nangisssss! Jam 10 pagi, I'm hugging and give her big kisses, with do'a... Syafakillah. Bonda menemani abang Ukhti Syifa' menghantar kami (ana dan ukhti Nadia) ke stesen komuter Rawang. Kami terus ke KL Sentral. Dalam komuter ni ana agak bengang dengan seorang penumpang, hohoho. Biar la, buat tak tahu jer. Sampai KL Sentral terus cari tiked train nak balik. Malas la naik bas, nak naik train pula. Hihihi. Dapat tiked jam 1 p.m. Alhamdulillah, Allah dah atur segalanya dengan cukup cantik! Tinggal 1 tiked jer dan tiked tersebut baruuuu je dibatalkan oleh seorang hamba Allah. Hamdalah. Syukur.

Ukhti Nadia boleh je kalau dari Rawang nak ke Nilai tetapi beliau memilih untuk berhenti di KL Sentral untuk teman ana. Yeyeyeye! Ana hargai pengorbanan anti, syukran! Makan di food court, sembang-sembang till 12.41 pm (chayok!) kemudian beredar ke platform. Ingatkan train tak sampai lagi, rupanya train dah sampai. Alahai, ni yang den lomah sikit. Letak beg dalam train, keluar salam + cupika cupiki (cium pipi kanan, cium pipi kiri). Ngeh ngeh ngeh. Nak suruh Ukhti Nadia teman ke nak suruh dia balik yer... Ana dah rasa nak bergenang air mata, kemudian... Ana beri laluan pada ukhti Nadia suruh dia balik sebelum mata ana berair. Hehehe. Nanti kalau kedua-duanya sekali banjir, susah pula.

Alhamdulillah, sampai di Tanjung Malim ukhti Nadia talifon dia dah selamat sampai ke kampus UIA Nilai. Alhamdulillah. Abi mesej tanya nak abi ambil atau balik sendiri. Ana tak kisah, boleh balik sendiri sebab tak banyak barang pun. Tapi abi risau pula ana naik teksi sendirian, maka Abang Chik dan Aiman waiting me di stesen. Hihihi, alhamdulillah. Sampai jam 3.05 pm terus solat Zohor, beli bun. Haaa... Rezeki kami, owner kedai roti jamu makan Kek Pisang yang baru keluar oven. Lembut bangat... Rezekiiiii...

Sampai rumah, baru duduk ukhti Amiera mesej... Aduhai kakak yang seorang ni, sabar je ar dengan dia. Jangan la cedeyh. Jangan nangis. Ana faham perasaan dia sebab selalu ana menghadapi dan berdepan dengan situasi tersebut. Sibukkan diri anda ye kak!

Tamat sudah cerita ini, banyak adegan dan babak yang perlu ditapis kerana ana tidak mahu menangis depan pc setelah penat bermusafir. Jadi, ana lebih banyak memasukkan adegan yang ceria dan gembira.

Buat Ukhti Yanna:

La ba'sa ya ukhti. Insya Allah, ada pertemuan yang lebih baik pada masa dan tempat yang terbaik di pandangan Allah untuk temukan kita. Kalau dah jodoh tak ke mana kan, mana nak tau Allah aturkan kita berjumpa di majlis walimah anti ker... Hehehehe... Fighting fighting! Do ur very best untuk final exam yer. Selamat berimtihan. Jangan sedih. Uhibbuki fillah.

** Sebenarnya pada hari Konvensyen, ana nampak kelibat zaujah Cikgu Shidee tapi tak berpeluang nak jumpa kerana dia di tingkat bawah, ana di tingkat atas. Dan sebenarnya, Abu Uwais pun ada jugak... Isk isk isk... Siap kene 'ceramah' je bila dia tahu yang kami balik dengan teksi kerana cadangnya beliau nak bawa kami ke rumahnya. Lepas ana bagitahu kondisi ukhti Syifa' baru la Abu Uwais minta maaf sebab ter'ceramah' free, keh keh keh. Apa la 'pak mertua' ana neyh, gabra sehhh!

Fakta:

Abi menyarankan ana balik pada 11 Mei (hari ini) kerana pada hari ini abi ada meeting di Petaling Jaya dan apa ntah di HQ Bangsar. Tapi, ana dah rindu Adik. I can't sleep. Huhuhu, balik juga la. Baiti Jannati. I am a critical homesick person. Hihihi.

Eleyh, ada orang tu cakap dah setahun lebeyh tak balik Malaysia, OK JER. Yer la dia OK JER sebab dia asyik tiponnnnn je mak ayah dia. Orang tak tiponnnn mak ayah orang sebab nanti banjir, sian hp masuk air. Ngeeeee ~

Rumusan Konvensyen: Tadi jenguk, sahabat blogger dah buat ulasan umum... Ana tak yah tulis lagi dah ea. Antum klik blog dia DI SINI, okey!

"Zionis bukanlah satu agama, ianya satu ideologi. Sesiapa yang menyokong Israel bermakna dia adalah Zionis" - Petikan kata-kata seorang pembentang.

Ukhti Nadia & Ukhti Syifa'

Kebahagiaan seorang teman... hihi

Menjalin ukhuwwah bersama akhawat Kolej Islam Melaka.
Kak Ain, Aisyarah, Insyirah, Kak Yani & Kak Jannah

Luar Dewan Merdeka, PWTC

Masjid Negara Kuala Lumpur

Masjid Negara Kuala Lumpur

Masjid Negara Kuala Lumpur

Tepi tasik...

Depan tasik...

Nampak tak wau banyak-banyak belakang tu?

Kerdil di bumi Allah apatah lagi disisi Nya...

Syukran wa jazakillah khairan katsira ukhti Syifa' atas setiap pengorbanan sepanjang musafir, moga Allah melimpahkan rahmat Nya buat akak, ameen. Syukran wa jazakillah juga buat ukhti Nadia atas kesudian menerima jemputan dari ana. Mohon maaf sebanyak-banyaknya kepada kedua-dua sahabat andai tersalah bahasa, tersilap budi bicara. Moga Allah temukan kita dengan kasih sayang Nya dan kita menjalinkan ukhuwwah kerana Nya. Insya Allah. Ameen.

p/s: Tak merancang pun nak pakai baju BIRU. Tup-tup ketiga-tiganya memakai baju biru, kalau dah jodoh... Tak kemana.

With Heart of Love,
Ukhti Insyirah.

6 leaves:

_fatimah_,  11 May 2009 at 16:25  

Salam.
Dapat SMS akak terus buka blog :)
Suka la tu dapat jumpa kawan-kawan. Alhamdulillah, comel-comel je semuanya.Cantik la picture, boleh tak tampal saya dalam tu?huhuhu...

Insyirah 12 May 2009 at 11:11  

Salam. Syukran ea dik... Hihi, nnt akak tampal muka adik, adik nak duk dalam gambar yang mana? Hik hik hik

Kash 13 May 2009 at 14:28  

Salam Hah, nak tau pasai apa budak tu takut, sebab dia tgk hantu....hehehheh jgn mara

Anonymous,  13 May 2009 at 14:46  

subhanallah, sukanya tengok pic terakhir. sejukkkk mata :)

Insyirah 14 May 2009 at 12:36  

Pakcik,
Ade ke hantu, dia nampak bidadari, tuh yang tergamam. Ekekekee...

Insyirah 14 May 2009 at 12:37  

Tanpa Nama,
Mata awak sejuk? Waduh.. Tak yah letak eye more la yerk... huhu...

sapakah Tanpa Nama ni?

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO