Anugerah Ilahi
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, Sabtu lalu (16 Mei 2009) Allah temukan kami dengan kasih sayang Nya. Mudah-mudahan bertemu dan berpisah kerana Allah. Sebenarnya entri ni nak masukkan semalam tetapi memandangkan mood telah hilang dek kerana sakit belakang, maka malas jer nak mengadap blog. Main Feeding Frenzy jer la sambil teman ummi buat kerja. Huhuhu.
Sabtu - 16 Mei 2009
Pagi lagi dah mengadap PC, hehe. Punya la excited, lepas bersiap dalam pukul 9 lebih tu Aiman turun bawah cakap tiada air di tandas atas. Ha? Itu la bangun awal-awal tak nak mandi dulu, huhuhu. Nasib la tandas bawah ni guna tangki, ada la juga air. Kalau tidak, suruh terjun sungai belakang rumah je la. Hik hik.
Memandangkan semua ada destinasi masing-masing maka lepas makan kenduri ummi pun hantarlah ana pergi ke rumah Aisyah. Dari pagi lagi ana bagitahu Aisyah, ana maluuuu nak jumpa dia. Huk huk huk. Sampai je rumah Aisyah, Aisyah dah siap sedia tunggu. Makin kurus je sahabat ni. Aisy... Rasa lawak je nak taip ni. Hihihihi. Few seconds, ummi Aisyah pun keluar dengan muka yang ala-ala terperanjat sungguh. Ana dah segan, tapi masih lagu buat biasa je. Sekali, ayah Aisyah pun keluar. Aduih, malunya. Asif, jalan macam kura-kura je. Sopan gitu, ahaks.
Masuk je dalam rumah Aisyah dengan selamatnya, baru la ana bersalaman dengan ummi Aisyah. Then, mula la buat ana jadi serba salah. "Ya Allah, makcik tak tahu kamu sakit. Makcik tanya Aisyah, dia kata sihat je." Ana pun jawab la... "Sihat makcik, kalau tengok pipi confirm sihat." Amboi, sempat lagi ana nak bergurau ye. Cover malu... Tua sebelum usia. Hihihihi. Terharu sungguh bila ummi dan ayah Aisyah cakap macam-macam pada ana.
"Sabar la, ada hikmahnya. Insya Allah."
"Insya Allah, tak lama lagi sihat la."
Ana OK jer. Hihihi. Tak la 'terasa' sangat dengan keadaan sekarang cuma terkadang datang angin kus-kus tu menangis juga la bila melihat sekeliling tapi tak mampu nak 'meggapai' apa yang nak dicapai. Allah lebih tahu apa yang terbaik. Insya Allah.
Wamakaru wamakarallah wallahu khairul makirin.
Lepas Zohor, ambil Hafizah pula di rumahnya. Awalnya, ummi Aisyah suruh ana duduk diam-diam je, tak payah ikut Aisyah ambil Hafizah tapi segan la pula rasanya. Lagipun nak ikut juga, nak juga, nak juga! Hihi, maka ikut la. Ambil Hafizah, tak turun kereta pun. Hafizah pun tak tahu keadaan ana. Hampir nak sampai rumah Aisyah, maka kami pun bagi hint pada Hafizah.
"Jangan terkejut ye, surprise menanti di rumah."
Kesiannya, Hafizah selalu kena buli dengan kami. Terkejut juga rupanya sahabat dengan 'surprise'. Malu... Malu... Banyak sangat yang dibualkan, paling best walaupun dah cakap awal-awal yang ana masih kenyang pun ummi Aisyah dan anaknya (ehek) suruh makan juga Bubur Pulut Hitam, slurppp. Ya Allah, sedapnyaaaa! Hihihihi. Petang, makan 'jari Aisyah' pula. Isk isk isk, kalau pergi rumah Aisyah kena kosongkan perut. Banyak sangat yang nak disuruh makan. Hihihi.
2 sahabat ini anugerah dari Ilahi, sentiasa memberi bahu untuk dilepaskan segala bebanan perasaan, sentiasa memberi tangan untuk memimpin jalan, sentiasa memberikan semangat untuk mengorak langkah panjang, sentiasa memberi doa untuk tabah dalam perjuangan. Moga kasih sayang dan ukhuwwah ini kekal hingga ke alam sana. Ameen.
Sahabat senyum, tangis, suka dan duka. Hadirnya dirai, perginya dirindui. Kalian tetap di hati.
Terharu sangat, Hafizah minta hp ana nak tengok gambar. Takut juga kalau-kalau dia tengok gambar pakwe ana, ahaks. Nanti berebut pakwe pula, ngeh ngeh ngeh. Lastly dia tengok album gambar-gambar ana dalam hp, dia minta nak bluetooth. Dah la dia minta pic with niqab, orang nak kasi pic without niqab dia tak nak. Kata nak ubat rindu, ambil la yang nampak muka. Ngeeee! Slumbernya dia bermadah...Muka Ra sentiasa di hatiku...
Kekekekeke, dengan nadanya. Wah, kalau buat sajak best neyh. Hihihi.Echeh, wajahmu tetap di fikiranku...
Aisyah pula menyambung. Sabar jer la. Ni belum sesi menyakat tahap kronik, biar lah auto sensored. Syukran Aisyah dan Hafizah atas luangan masa kalian, jazakillah atas nasihat-nasihat amat berguna buat diriku. Maaf Aisyah, di waktu hujan lebat di luar sana... Terhujan pula bila bersama.
~ UHIBBUKI FILLAH ~
0 leaves:
Post a Comment