"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

06 May 2009

Rindu Itu Anugerah Allah

Beberapa hari ni kerap pula berbalas mesej dengan seorang insan yang banyak berjasa kepada ana, katanya dah rindu sangat-sangat. Hihihi. Terkenang pula kenangan demi kenangan bersama. Satu mesej masuk dalam hp tapi ana sedang berurusan "penting" maka dibiarkan dahulu, hampir terlupa nak menjenguk hp. Baru pegang hp terus hp berbunyi (aip ada hantu ker ni? hikhik) nak angkat ke tak nak angkat, ini betul-betul call atau nak buat misscall, tunggu dulu lah... Ringing juga, ohooo kena angkat ni. Hikhik.

"Assalamu'alaikum..."
Suara di hujung talian, aduh... rindu benar!


"Wa'alaikumussalam, mbak apa kabar? Sihat ker?" Tergagap juga la time ni, rasa macam tak percaya jer. Hihihi...

Sembang 1 minit jer. Talian putus. Allahuakbar... Hukhuk. Nak call semula, fikir dan fikir lagi. Talian hp ana menggunakan postpaid (bil) dan kalau ana talifon mau berminit-minit (tak ingat dunia), takut terkejut gorila jer tengok bil nanti. Hukhuk. Abi balik tengah hari, bagitau abi. Yang sempat ana tekankan...


"Abi! Mbak rindu orang! Dia suruh orang pergi Indon!!!"
Lalalalalala...


"Ha? Pergi Indon?" Terkejut ayahanda ku mendengar. Biar abi terkejut, baru darah naik kepala, ngeh ngeh ngeh. Hihihihi...


Disebabkan talian terputus dan sempat bercakap 1 minit jer, alhamdulillah. Dengar juga suara mbak seminit, jadilah kan. Hukhukhuk.


Malam, story pada ummi dan adik-adik pula. Hehehe, ummi tanya...


"Bila nak post baju mbak tuh?"
Memang ana ada beli sehelai baju pada mbak penghujung tahun 2008 yang lalu tapi belum sempat pos lagi (malas nak keluarrrrr), yang sayu bila mbak tanya.

"Non masak apa?"


"Saya masak rendang dengan sup sayur. Mbak buat apa?"


"Saya baru selesai basuh baju Non, wah.. Non bikin rendang kirimkan sikit pada mbak, sudah lama mbak tak makan rendang."


Allahuakbar. Hukhuk, sayu pula bila mbak cakap macam tu. Masa duduk sini, selalu juga la dia makan rendang. (Keluarga ana memang selalu "raya", selalu masak rendang terutamanya bila abang-abang balik sebab rendang tu akan dibawa balik oleh mereka. Rendang kan tahan lama, 2-3 hari pun boleh simpan lagi.) Kehidupan di Indonesia memang tak sesenang di sini, nak makan pun susah. Ingat lagi cerita mbak... Sampaikan dia cakap pada ummi. "Kalau saya ini tak punya suami, saya terus mau kerja sama Tuan (abi). Tuan itu senang (disenangi), tak susah (tak banyak songeh). Kalau tak nak saya kerja sini lagi, nanti Adik dah besar tak apa nanti saya duduk dengan Non, saya jaga anak-anak Non lagi."


Mbak dan Adik di majlis Walimah Akhi Solihin

Gurlp! Anak ku? Uish, tak payah susah-susah mbak. Anak saya tak makan, tak minum, tak mandi. Ngeh ngeh ngeh. Teddy bear tak perlukan semua itu. Hikhikhik.

Ana pun berazam! InsyaAllah dalam masa seminggu dua ni nak capture family beberapa keping, cuci dan pos pada mbak sekali dengan baju dan serunding (ganti rendang). Serunding insya Allah tak basi. Erm, tiba-tiba banyak pula yang ana rasa nak pos. Alamak, berapa berat pula nanti. Jangan harga pos lebih dari harga barang dah la, eheks. ^_^


Semalam juga Cik Mie hantar sms, sampaikan salam darinya buat Ummi, Mahfuzah dan Fadilah. Malam selepas dinner sambil ngebang-ngebang, ana pun sampaikan salam Cik Mie. Aiman dengan bersemangatnya protes! "Kenapa tak kirim salam pada Aiman?" Hehehe... Sengal pula budak ni. Rindu la pula dengan Cik Mie yang sepet tuh. Bila agaknya nak bersua lagi yer... Tunggu dapat kad jemputan la, ngeh ngeh ngeh.

Rindu itu adalah,
Anugerah dari Allah,
Insan yang berhati nurani,

Punyai rasa rindu,

Rindu pada kedamaian,

Rindu pada ketenangan,

Rindukan kesejahteraan,

Dan juga kebahagiaan,


Orang-orang bertaqwa,

Rindu akan kebenaran,

Kejujuran dan keikhlasan,

Keredhaan Tuhannya,


Orang mukmin merindukan,

Anak-anak yang soleh,

Isteri-isteri yang solehah,

Keluarga bahagia,


Para pencinta kebenaran,

Rindukan suasana masyarakat yang terjalin,

Aman dan sejahtera,
Merindukan tertegaknya kalimah Allah dimuka bumi,

Dan dalam merindukan keampunan Tuhannya,


Dan seluruh ummat itu,

Merindukan cahaya,

Yang menyinari kehidupan,

Rindu kepada Tuhan...


Image Hosted by ImageShack.us

0 leaves:

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO