Kenangan Zaman Kecil :)
Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, hari ini ana dapat temankan abi untuk beberapa urusan di luar rumah. Kebiasaannya kalau ada urusan di luar rumah, ana mengikut abi. Jangan disangka badan lembik ini tak mampu nak jadi 'bodyguard', memang tak layak pun nak jadi 'boduguard', orang kuis sekali pun dah tumbang. Hik hik hik. Nak kata Personal Asistant pun tak juga, hohoho... Ana nak jadi apa yer, tak nak la apa-apa jawatan pun. Setiap jawatan diiringi dengan tanggungjawab, makanya ana takut untuk memikul tanggungjawab :) Risau tak terjawab di sana kelak. Biarlah diri ini 'bukan siapa-siapa', belajar pun tak tinggi mana. Setakat tadika jer, itu pun selalu ponteng... Hihi.
Sepanjang dalam kereta tadi, macam-macam lah yang diborak dengan abi tersayang. Siap abi bawa pusing-pusing buang masa dan minyak sementara tunggu nak ambil adik-adik di sekolah, cerita punya cerita terkeluarlah cerita zaman kecil dulu.
Pada zaman dahulu.... Opsss! Tidakkkkk, jangan la guna bahasa macam tu. Ok, ok kita teruskan yer.
Masa zaman kanak-kanak riang, ana boleh dikategorikan sebagai budak yang nakal. Memang suka join aktiviti lasak abang-abang seperti menangkap labi-labi di kala hujan lebat mencurah-curah ke bumi. Setiap kali hujan, maka kami 3 beradik -Abang, Abang Cik dan ana- (masa tu) akan keluar umpama askar sambil membawa penyapu dan penyodok serta penyapu lidi menunggu di belakang rumah dengan penuh sabar dengan alatan-alatan canggih tersebut untuk menangkap labi-labi. Masa tu belakang rumah kami ada air mata air, selalu juga la main di situ. Memang best, terutama bila hujan lebat maka ada labi-labi akan turun menyusuri laluan air mata air tu. Bila berjaya dengan tangkapan itu, kami pun memunggah baldi atau basin untuk mengurung si labi-labi, selalunya bangun pagi esoknya labi-labi dah hilang kerana ummi dengan slumber dan sempoinya melepaskan labi-labi sebelum kami bangun. Uwaaaaaa!
Sampai hati ummi, penat tau kami tangkap labi-labi tuh dengan senjata-senjata yang canggih lagi berinovasi tinggi. Sayang ummi pada makhluk itu melebihi kasih sayang dan kesungguhan kami menangkap labi-labi tersebut. Sobs sobs...
Cerita PUASA tahun pertama ana, yang ini memang ana tergelak setiap kali imbas kembali. Masa tu kami masih bertiga yang direkrut untuk puasa bulan Ramadhan, Abang (8 tahun), Abang Cik (6 tahun) dan ana (4 tahun) pada masa tu memang agak berdikari kerana tiada pembantu rumah. Ummi kerja dan abi masih lagi belajar pada waktu itu, seminggu sekali baru berpeluang untuk jumpa abi itu pun weekend jer la. Masa tu kalau dengar lagu "Pondok Kecil" memang akan meraung sepuas-puasnya... Abang Cik pula memang standard setiap hari Rabu akan melolong seperti kerasukan menjerit-menjerit "Abiiiiii...." dan menariknya memang hari Rabu je dia menjerit, hari lain tak de pula dia teringin nak jerit.
Eh lupa, nak story tentang PUASA kan tadi... hehehe. Masa puasa, ana baru 4 tahun. Maka memang mati-mati kena naya dengan Abang. Pagi tu kami keluar menikmati pemandangan yang indah, dengan slumbernya Abang cakap pada ana;
"Adik, kalau puasa mana boleh telan air liur. Nanti BATAL la puasa tu."
Ana pun innocent, angguk-angguk jer la. Memang sepanjang jalan tu kerjanya meludah jer la, punya nak jaga puasa. 1st day and 1st time la kononnya, huhu. Sampai rumah, rasa tekak dah kering sangat-sangat! Badan rasa kering kontang, bayangkanlah sepanjang jalan tu meludah je. Buka peti ais, konon nak usha jer la bukan nak minum pun. Sekali, alamakkkk ada strawberri sebasin!! Walla, warna merahnya... Ai... Terliur tuh! Tapi tutup balik peti ais tu, sambil terbaring kehausan dan 'kekering kontangan', sekali lagi dianiaya oleh Abang;
"Ummi kata kalau nak makan strawberri tu makan la."
Apa lagi, memang bagai orang mengantuk disorong bantal. Cepat jer bangun sepantas kilat, menyambar peti ais terus NGAPPP strawberri dan minum air entah berapa gallen. Hehehe. Bila dah hilang haus, senyum je la... Sekali, kecut perut dengar Abang cakap;
"Haaa... TAK PUASA. Abang bagitau ummi...!"
Haaa?? Nganga jer la, nak kata apa! Memang masa tu rasa nak gi belasah je Abang. Tadi dia cakap ummi kata nak makan, makan je la. Dah habis makan, dia kata gitu pula. Ummi pula masa dulu memang garanggggg sangat. Mujur la masa tu ada geng, Abang Cik pun join da club makan dan minum. Abang tak makan pun, puasa penuh sehari. Adeiii... Sabar jer la. Ummi balik tu, memang teruk la kena bebel sebab pagi sangat buka puasa pun. Kalau setengah hari tu boleh juga diterima dek akal tapi ni awal pagi dah culas. Ni Abang la punya pasal, ada ke patut dia kata tak boleh telan air liur... Hehehe.
Cukup la, bila-bila sambung lagi ye kenangan zaman kecil. Sila la jangan pelik kalau baca cerita yang memang 'pelik' ni, amaran... Sila jangan buat begitu pada adik atau anak sedara yang baru nak belajar puasa, mau dehidrasi pula. Hik hik hik :)
Nota kaki:
Gambar pertama ialah Abang Cik with Amir (Pak Uteh's son) and Faris (Pak Uda's son) semasa Famili Gathering di Port Dickson. Gambar kedua ialah Abang semasa jalan-jalan tengok gambar di Muzium Negara end of last year.
0 leaves:
Post a Comment