"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

28 May 2009

Guru Tanpa Tauliah

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari Guru dah berlalu 16 Mei yang lalu, as usual ana memang suka lambat sikit dalam hal macam ni, sengaja tunggu 'sejuk' baru warm-up semula. Hik hik hik. Supaya ianya tidak hanya bersifat semusim, hanya hari guru saja jasa guru diingati. Insya Allah, setiap guru-guruku adalah guru dunia akhirat. (^_~)

Ya Allah, ampunilah dosa guru-guruku. Berikanlah taufiq dan hidayah Mu buat mereka, jadikanlah mereka orang yang bahagia dan berjaya dunia akhirat. Ameen.

Tanpa kita sedari, sebenarnya setiap dari kita adalah guru. Setidak-tidaknya guru kepada diri sendiri. Memimpin diri sebelum mengangkat diri menjadi pemimpin bagi yang lain. Bagaimana mahu memimpin orang andai diri sendiri tidak terpimpin? (^_~) Andai tidak menjadi pemimpin bagi yang lain pun, pimpinlah diri sendiri kerana setiap dari kita adalah pemimpin. Membesar sebagai juara, hihi.

Cerita tentang ~ G.U.R.U ~ sebenarnya ana nak mencoret sedikit bingkisan, pengalaman ana yang menjadi guru tanpa tauliah. Guru kepada adik-adik yang sengal, hik hik. Terkadang kami pula sama-sama sengal, macammana la ana nak jadi cikgu. Berdepan dengan 3 orang murid (adik-adik) pun sudah cukup menguji kesabaran ana, apatah lagi guru-guru di sekolah yang berdepan dengan beratus hatta beribu pelajar. Besar pengorbanan tu.

Adik lelaki ana memang bukan 'kaki study'. Dia belajar apabila 'perlu' dan 'mahu' saja, terkadang berbunyi-bunyi juga la mulut ni, iskkk... (membebelkah diriku?) Mahfuzah pula study bila disuruh study, sometimes kalau cuti sekolah tu... Rajin melepak depan TV, bertambah rajin ke bilik study apabila kakaknya ni masuk ke dapur. Dia pun terus la study, nak mengelat ke dapur. Disangkanya ana tak tahu, trick semua tu. (^_~) Tak de kompromi la dengan ana, study is study dan kalau perlu ke dapur tetap kena ke dapur juga. Muehehehe, kejam...

Adik pula lagi bagus, petang adalah waktu panjang beliau bersama dengan ana. Masa ni la ana nak nasihat, (bebel pun iya juga), dan cakap apa yang patut sebab hanya kami berdua saja di rumah. Masa ni juga la buat homeworks, dia bertanya, buat itu dan ini. Adik bongsu memang sangat pandai menjawab, terkadang bila nak marah pun boleh jadi tergelak dengan gelagat dia. Hihihi...

Semalam, Adik tunjuk kertas peperiksaan yang siap bertanda. Seronok bercerita dapat 'A', ana pun psiko jer la tengok-tengok kertas tu. Tergelak juga dengan jawapan-jawapannya, hihihi. Ampunnnnnn! Kalau ana di tempat cikgu, mau dah berguling-guling agaknya. Ini baru 1 kertas, macammana pula dengan lebihan pelajar lain (purata 35 orang/kelas).

Teringat juga, dulu... Bila jumpa cikgu di sekolah untuk ambil result exam dengan abi (dulu semua cikgu-cikgu ingat ana isteri muda abi... adeh la), tanya juga macammana kerenah Adik di sekolah, kata cikgu Adik dalam kelas OK. Kalau tak faham, dia bertanya. Tapi, bila exam selalunya tak menjangkakan pula resultnya begitu. Ana pun cerita pada cikgu.

Ana : Fadilah kalau exam, selalu dia balik rumah dia cerita dia 1st yang hantar kertas.
Cikgu : Aha, memang dia selalu siap awal. Saya suruh dia hantar terus kalau dah siap.
Ana : A'a, then dia cakap siapa siap awal boleh tidur. Jadi dia tidur jer la.
Cikgu : (tergelak terus) Patut la. Lepas hantar kertas je dia tidur. (geleng kepala)

Adehhh... Ana menggaru kepala yang tak gatal.

Dia tak kira betul atau salah, yang penting dia 'menang' sebab dapat hantar kertas paling awal then terus tidur. Sabar je la budak ni.

Kadang-kadang Adik langsung tak faham dalam beberapa chapter yang cikgu ajar. Selalunya, bila buat homework, totally she's blank and no idea. Langsung tak faham! Lagi la ana pening. Nak tak nak, kena ajar dari awal dan satu per satu semuanya sekali. Pelik juga kenapa langsung tak faham, kalau tak berapa nak faham tu boleh la ana terima. Tapi, langsung tak faham apa kes pula Adik ni.

Ana : Adik ngelamun yer masa cikgu ajar?
Adik : Eh, mana ada la. Adik serius je tapi kawan selalu kacau.
Ana : Kita tak perlu nak salahkan orang lain kalau kita tak boleh buat. Diri sendiri. Kena la tumpu, jangan hiraukan semua gangguan orang lain.

Adik : Eh, ada ke macam tu. Sebenarnya, pergi sekolah awal sangat (6.20 pagi) Adik tidur je dalam bas, tiba-tiba terkejut dah sampai sekolah.

Ana : Habis tu, apa kaitannya pula?
Adik : Iya la, yang Kakak ajar petang semalam kat rumah... Dah hilang tertinggal kat sepanjang jalan.

Ana : (Grrrr...) Habis tu yang cikgu ajar kat sekolah?
Adik : Sama juga, naik bas jer Adik tidur la. Semua yang cikgu ajar dah tertinggal sepanjang jalan. Balik Kakak ajar, esok dah semua tertinggal. Macammana la Adik nak pandai??

Ana : Adik sekolah dalam hutan tu jer la. Dah semua yang di ajar tinggal sepanjang jalan.
Adik : (Muka innocent) Isk, ada lak macam tu.
Ana : Ada, Adik je macam tu.

Lalalalala... Ini hanya picisan dialog, kalau ana nak cerita semua sekali, mau ana gelak sendirian depan PC (disangkanya biul pula, huhu). Seronok sebenarnya berdepan dengan kerenah budak-budak ni. Bagi ibu-ibu bekerjaya mungkin tidak merasai sepenuhnya nikmat seperti ini, bagi direct 'tarbiyyah' pada anak-anak, tapi usahalah jadikan hujung minggu untuk menjadi guru pada anak-anak. (^_~)

Ana... Hanyalah seorang guru tanpa tauliah dan sekadar menjadi guru yang sebenarnya murid kepada adik-adik. Kerana, merekalah yang selalunya mengajar diriku.

.... Hikmah Nya semakin ku lihat, dakapan Nya makin ku terasa hangat, nusrah Nya semakin ku rasa kerana hadir Nya sentiasa tanpa menghilang hatta sedetik cuma, tenang ku dalam rahmat Ilahi, subhanallah walhamdulillah ....

Insya Allah, bermula 30 Mei nanti cuti penggal pertengahan tahun. Hujung minggu kalau tiada aral, balik kampung! Yeyeye... (Hok duk Mesir, Jordan, Syria, Maghribi, UK, Australia sana tuh, sila jeles yer :P ) 1 Jun insya Allah 'rombongan' bersama abi dan adik-adik ke KL. Heheeee (^_~) Bersiaplah wahai cik Syirah, anda bakal di 'pau' oleh adik-adik... Huhuhu.

10 leaves:

Abd Razak 28 May 2009 at 12:15  

Salam...

Biarpun guru itu tanpa tauliah, namun segala tunjuk ajarnya ke arah kebaikan tetap jadi pedoman utk kita memajukan diri dalam apa jua bidang lebih-lebih lagi jalan menujuNYA

Insyirah 28 May 2009 at 14:23  

Salam.

Insya Allah, ameen. Mudah-mudahan Allah berikan taufiq dan hidayah Nya untuk mentarbiyyah adik-adik. Amen. Syukran.

Anonymous,  28 May 2009 at 15:29  

Anak yang solehah insya Allah menjadi ibu yang soleheh :) Benarlah kata ukhti pada post yang lalu.

Wanita tidak sekelip mata menjadi solehah tetapi proses menjadi solehah itu perlulah dilakukan secara istiqamah, sentiasa mengekalkan usaha menjadi solehah. Mudah-mudahan bakal menjadi isteri+ibu solehah pada lelaki yang soleh. Lelaki yang baik hanya untuk lelaki yang baik.

Sejuk perut ibu mengandungkan anak seperti ukhti.

~ZuLhAiRi~ 28 May 2009 at 16:41  

salam 'alayk

benar, kita semua memangnya adalah guru...dalam xsedar ja kdg2...

suka baca pasal adik tu, boleh tahan mulut dia menjawab ek...mungkin ikut kakaknya kut...:D

Allah yubarik fik!

♥ Mahfuzah ♥ 29 May 2009 at 08:32  

Baru jadi kakak dah garang macam mak tiri, kalau mak tiri tak tahu la garang macammana, hik hik

achik_teddy,  29 May 2009 at 10:20  

klau mahfuzah slaku adiknye sndri dh brsuara tntu cikgi syirah nih mmg grg.tu la,kecik2 jd labi2 hunter dh jd cikgi xbrtauliah ni tntu bengisnya thp gaban,hik3;))
grg utk mndidik xpe cik syirah oi,mga adik2 smua jd brguna.najah dunia akhirat..

garang kerana sayang!!
sabar je la mhfuzah ek;))

Insyirah 29 May 2009 at 10:46  

Tanpa Nama:

Ameen, insya Allah. Iya benar, nak jadi solehah bukan hanya sekelip mata tapi perlu dengan mujahadah dan istiqamah. Moga2 ummi dan abi saya meredhai saya dan juga Allah datangkan keredhaan Nya bersama keredhaan ummi dan abi. ameen. :)

Insyirah 29 May 2009 at 10:47  

Alaikumussalam saudara Zulhairi,

Mungkin la agaknya Adik ikut akaknya yang pandai menjawab, mudah2an pandai menjawab kertas periksa, ameen. Hihi...

Insyirah 29 May 2009 at 10:50  

Mahfuzah,
agaknya satgi ada kot yang makan nasi dengan telur goreng je... muahaha. Kalau jadi mak tiri? Hurm, makan nasi basi dengan telur rentung je la kot, hek hek. Takde nye, kalau jadi mak tiri mesti la lebih penyayang, nak rebut harta ayah yang bertimbun2 (salunya kalau mak tiri tu, maknanya laki (suami) tu lagi tua yerk... adehhhh)

ape ana melalut neyh.

Insyirah 29 May 2009 at 10:52  

achik teddy:

labi2 hunter takper jangan jadi bird hunter sanggup ikut ke hutan untuk menunggu org tebang pokok untuk meng'hunter' burung... kuek kuek kuek (asal bunyi itik yerk?)

mana de gaban zaman skrg neyh, yang ada... cikguuuu syirah yang tomey... lalalala... (perasan, perasan)

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO