"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

05 May 2009

TipS Berkahwin Awal

Tulisan: Ustaz Halim

Jodoh di tangan Tuhan. Demikian kata-kata masyhur masyarakat Melayu disegenap lapisan masyarakatnya, tua atau muda, kaya atau miskin, yang telah berkahwin atau belum. Bagi sesetengah mahasiswa/i, Allah mentakdirkan mereka berkahwin sesama mereka ketika masih di menara gading, tempatan atau di luar negara, dalam usia yang masih muda. Saya dan isteri melangsungkan perkahwinan sebelum menyambut ulangtahun ke 20 di Australia dalam tahun 1985.

Syukur alhamdulillah, setelah 22 tahun berlalu, kerukunan rumahtangga masih utuh dan mahligai yang dibina mekar dari hari ke sehari, tahun demi tahun. Bagi mereka yang bakal atau sedang melayari kehidupan rumahtangga semasa masih menuntut, di luar negara pula beberapa petua kami nukilkan di sini, semoga bermenfaat buat semua sambil berkongsi pahala dalam membina rumahtangga:


1- Ikhlaskan niat berkahwin semata-mata kerana Allah, RasulNya, hari Akhirat dan berjuang di JalanNya. Walau berlalu masa berdekad, mengingati Niat yang tulus dari masa ke semasa ini memberi kekuatan dan ketenteraman dalam mengurus keluarga dan menentu hala tuju hidup anak-anak.


2- Sentiasa ingat bahawa cinta datangnya dari hati manusia, sedang hati pula adalah milik Allah swt. Kita tidak dapat mencintai seseorang melainkan jika ALlah kehendakki. Oleh itu sentiasa kita berdoa semoga Allah mengurniakan kita cinta kasih kepadaNya dan RasulNya, kemudian kepada isteri dan anak-anak.


3- Sentiasa meletakkan diri ingin belajar tentang kehidupan. Ini termasuk ingin mengenali labih lagi tabiat diri kita sebagai seorang suami, tabiat isteri kita sebagai seorang wanita yang sudah tentunya banyak perbezaan dengan diri kita, dunia kehidupan berumahtangga yang hampir merupakan satu organisasi yang diikat dengan kasih sayang dan hormat menghormati, bukan syarikat yang diikat oleh harta dan wang gaji dan lain-lain lagi.


4- Hendaklah pasangan berkongsi visi dan misi, apa yang hendak dicapai atau dituju dalam melayari kehidupan bersama dan bagaimana nak mencapainya. Berapa banyak organisasi dan perjuangan yang ahlinya pecah berantakan lantaran masing-masing di luarnya nampak bertaut, tetapi di dalam diri masing-masing mempunyai kefahaman, keyakinan dan halatuju yang berbeza. Dalam hal ini, theqah dan taat dari isteri terhadap suami, halatuju dan perjuangannya selaku pemimpin keluarga amat penting. Dalam masa yang sama sikap tanggungjawab suami dan kasihnya kepada isteri dan anak-anak mesti mewarnai setiap sudut dan ruang rumah, hati dan jiwa mereka yang dibawah pimpinannya. Kata Hasan Al-Banna, “Hendaklah suami memastikan isterinya menghormati Fikrahnya”. Fikrah maknanya kefahaman, halatuju dan perjuangan.

5- Menghormati mertua dan saudara mara yang berkait darah dengan mereka. Berusaha merapatkan silaturrahim melalui sumbangan wang bulanan walau sedikit atau simbolik, ziarah menziarahi, berhubung dan bertanya khabar, mengaturkan majlis yang mengumpulkan saudara mara yang dekat atau jauh dan sebagainya. Perkahwinan bukan sahaja diantara dua mempelai, bahkan diantara dua keluarga dan sanak saudara.


6- Suami dan isteri bersepakat dalam menentukan masadepan anak-anak, pakaian, persekolahan, bidang pengajian dan jodoh, sepertimana mereka berdua bersepakat dalam budget mingguan, pembelian hartanah, pembahagian keutamaan dan sebagainya.

7- Meletakkan Tarbiyah Anak-anak sebagai keutamaan yang paling teratas di dalam program keluarga dan budget kewangan. Moga Allah merahmati sepasang suami isteri yang berpada hidup sederhana rumah dan kereta demi membayar yuran anak-anak yang mahal di sekolah-sekolah Islam swasta yang mempunyai sistem dan pendidik yang berkualiti.

Akan berterusan seorang mukmin dan mukminah itu dipegang pada niatnya dalam setiap rancangan dan tindakan, walau berlalu masa yang panjang, tahun demi tahun, dekad demi dekad. "Seorang mukmin dipegang pada syarat-syarat (yang dibuat diawal)nya" “Hanyasanya amalan-amalan itu dengan niat-niat..” (Hadis).


Seperti peguam menjaga perjanjian antara dua orang, syarikat atau pihak, di dalam surat yang disimpan rapi. Apabila berlaku sesuatu maka tempat rujuknya ialah niat asal persefahaman antara kedua pihak. Dalam berkahwin, niat bukan di simpan di almari peguam, namum ia tersemat di hati sanubari di setiap mempelai. Apabila melayari kehidupan bersama sebumbung, niat asal akan sentiasa menjadi rujukan hati, sumber semangat, pengubat masalah, penyuluh pelan perancangan, pengingat ketika bersendirian, penjaga ketika berjauhan dan ruh yang mengalir ke dalam jiwa anak-anak bakal pejuang.


Beruntunglah mereka yang mula mengenal Dakwah, jalan dan tuntutannya sejak masih di bangku sekolah atau sebelum berkahwin. Dia boleh menyemak dan memperbetul kembali niatnya untuk berkahwin. Kepada yang telah berumahtangga, masa belum terlewat untuk memperbaharui niat kehidupan yang berbaki. Ketika aku bertekad berkahwin dalam usia muda, belum mencecah 20 tahun, niat paling utama perkahwinan ialah untuk


(1) memahami Dakwah ini dengan lebih lagi,
(2) bekerja lebih bersungguh dan
(3) menyumbang bakti Dakwah kepada kaum Hawa juga, selepas selama ini hanya mencakupi lingkungan kaum Adam sahaja.



Hidup ketika dalam umur 20an dan sedang meningkat dewasa tentunya melalui tekanan sebagai seorang bujang, tanpa pasangan. Pada saya adalah sukar dalam memahami Dakwah ini dengan seoptima dan semaksimanya, hari demi hari, tahun demi tahun dalam keadaan tersebut. Ayat-ayat Allah saw dan Rasulullah saw sendiri menganjurkan kepada para syabab (belia) supaya berkahwin. Jika miskin, ALlah akan cukupkan dengan anugerahNya (An-Nur:32). Dakwah, samada pendakwah atau siapa yang akan didakwahkan, adalah terdiri dari kedua-dua kaum lelaki dan wanita. Allah Maha Pencipta juga menyebut tentang lelaki dan wanita, di dalam Al-Quran. Sudah tentu kita hanya akan memahami kaum wanita dengan lebih lagi hanya setelah kita berumahtangga. Setelah sumbangan-sumbangan yang diberikan kepada kaum lelaki, bagaimana kita dapat menyumbang yang terbaik kepada kaum wanita, jika kita bergerak tanpa isteri di sisi. Tentunya akan timbul masalah samada tiada jambatan yang natural (tabie) yang dapat menyampaikan kita secara Syariyy kepada mereka (tanpa isteri) atau jika kita redah juga (sebagai seorang bujang), akan timbul masalah-masalah lain pula samada dari diri kita sendiri atau dari kaum wanita itu sendiri. Ia boleh berpunca dari hati sendiri sebagai lelaki, hati wanita tersebut atau hati orang lain yang memerhati. Begitu logik yang bermain-main di akal fikiran saya ketika itu.


Saya bersyukur, alhamdulillah, dari sejak berumur belasan tahun lagi hingga kini, Dakwah sentiasa menjadi congak teratas di dalam membuat sebarang kira-kira dan keputusan. “Siapa yang Hijrahnya untuk Allah dan Rasul, maka Hijrahnya adalah untuk Allah dan Rasul. Siapa yang Hijrahnya untuk dunia yang diburu atau wanita yang ingin dinikahi, maka Hijrahnya untuk apa yang di nak tu …” (Hadis). Tidakkah Dakwah ini tuntutan tertinggi Allah dan RasulNya. “Siapakah orang yang lebih baik kata-katanya selain dari Pendakwah kepada Allah, beramal saleh dan berkata aku dari kalangan orang Islam” (Fussilat:33). Dari Hadis di atas terasa jaminan Allah, Empunya hati dan cinta, kepada orang yang berkahwin kerana Dakwah - siapa yang berkahwin kerana Dakwah Allah dan RasulNya, maka Allah akan menjaga dan membimbing rumahtangga, isteri dan anak-anaknya nanti, melalui panduan yang ditunjukkan RasulNya.


Aku bertekad untuk teruskan hasrat berkahwin pada tahun 1985 itu, walau berusia muda, belum mencecah 20 tahun. Pinangan dibuat pada bulan Jun 1985 melalui Abang Zulemly Shaari dan isterinya, Kakak Azlin Sanusi dengan syarat kami mesti berkahwin segera. Sekiranya pihak keluarga sebelah perempuan meminta ditangguh sehingga tamat pengajian, maka pinangan itu tidak jadi diteruskan. Itu sahaja. Beruntunglah sekiranya Dakwah telah terlebih dahulu, sebelum calun pemudi, berjaya menambat hati seorang pemuda. Ini hakikat yang difahami dan dihayati di tahun 1985, dicernakan dalam perkahwinan yang berlangsung di Mt Gravatt Mosque, Brisbane pada 27.7.1985, alhamdulillah.


Pada tahun 1996, dihari kematian isterinya setelah 51 tahun bersama, inilah juga hakikat yang saya dapati dari kisah yang diceritakan oleh Mustafa Masyhur, Mursyid Am Ikhwan Muslimin ke 5, di hari perkahwinannya, dia berkata kepada isteri yang baru dikahwininya, “Sebelummu, aku telah berkahwin dengan seorang yang sangat aku cintai, tidak rela aku berpisah darinya. Aku harap engkau faham dan tidak memarahi aku“. Isterinya bertanya, “Siapakah dia?”. Mustafa Masyhur menjawab, “Dakwah di Jalan Allah“. Isterinya menjawab, “Dia adalah tuanku dan aku adalah khadamnya“.
Subhanallah... Smile

p/s: Kredit diberikan kepada Ukhti Balqis dan zauj serta Ukhti Nisa' dan zauj yang meraikan ulangtahun perkahwinan yang pertama (Ukhti Balqis) dan ketiga (Ukhti Nisa').


Sekadar Berkongsi Sedikit Bingkisan


+ Perkahwinan Ukhti Nisa' dan Zauj +

Mereka melangsungkan perkahwinan dalam usia yang sangat muda, masing-masing berusia 19 tahun dan dikurniakan seorang puteri yang bernama Nur Iman Hanisah saat berusia 20 tahun. Alhamdulillah, walaupun sibuk dengan urusan pengajian di bidang masing-masing namun mereka masih lagi cemerlang. Ukhti Nisa' pelajar fakulti Perubatan dan zaujnya mengambil B.A dalam Business Admin. Nur Iman Hanisah genap berusia 2 tahun pada 2 Mei lalu, dan 19 Mei yang akan datang, ukhti Nisa' menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 22 juga ulangtahun perkahwinan yang ketiga. Moga thabat dalam perjuangan dakwah di bumi asing. Insya Allah, ameen.


+ Perkahwinan Ukhti Balqis dan Zauj +


Sewaktu melangsungkan perkahwinan, sahabat ini juga berusia 19 tahun dan merupakan (kini) pelajar perubatan yang sedang berperang untuk menghadapi imtihan yang bakal datang. Zaujnya merupakan lulusan Al-Azhar, Mesir dan kini juga berperang membuat ringkasan nota buat isterinya (hihihi... suami misali yang tak jemu-jemu menjamu nota kuliah zaujah). Mereka menyambut ulangtahun perkahwinan yang pertama pada 3 Mei yang lalu. Masih lagi dalam proses 'mengenali'
masing-masing walaupun hakikatnya mereka adalah sepupu. Sepupu yang mengaku "alien" kerana masing-masing tidak rapat sebelum berkahwin walhal jarak rumah hanya sekangkang kera. (ambil kesempatan neyh.. hoho)

Moga jodoh antum berkekalan hingga ke Syurga Ilahi. Ameen ya Rabb...
^_^


p/s: Maaf tak dapat nak paste url blog pasangan ini kerana masing-masing membina blog "privet" yang dapat diakses setelah diizinkan. *_*

Image Hosted by ImageShack.us

0 leaves:

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO