DeDiKaSi BuaT BoNDa [II]
Assalamu'alaikum w.h.b..
Ramai teman blogger yang buat post "HARI IBU" tetapi ana sengaja malas nak tulis, bagi ana hari-hari adalah hari ibu. Hehehe. Just wanna sharing some tipS untuk kita semua... Nasihat dari seorang ibu, kasih dari bonda... Dedikasi kembali untukmu UMMI.
Bagi ana yang sudah mengenali ummi selama 19 tahun 3 bulan 2 minggu 6 hari. Sebenarnya masih banyak perkara yang ana belum 'kenal' ummi, antaranya ialah... Mungkin post kalini muslimah yang membaca boleh sama-sama bermuhasabah kembali dan melihat sejauh mana kita mendekati dan menyelami hati juga perasaan seorang ibu. Buat muslimin juga, mungkin kalian akan lebih memahami seorang ibu apabila selesai membaca post ini. Insya Allah. Wallahua'lam.
Ana dilahirkan sebagai puteri sulung yang banyak berdampingan dengan ummi juga abi. Alhamdulillah. Banyak ilmu yang disalurkan kepada ana sepanjang ana hidup di dunia ni. Antaranya respon (tindakbalas) psikologi yang selalu kita kurang bualkan secara serius. Bagi ana secara peribadi, ana lebih banyak meminta pendapat abi dalam masalah peribadi kerana abi seorang yang sangat mudah dibawa berbincang bukan bermakna ummi tidak begitu sebaliknya ummi jenis yang sempoi sikit, hihihi. Terkadang tu tak jadi nak sharing dengan ummi bila ummi pula yang start sharing all the probs. I am trying to be a good listerner to my parents, ameen. Kalau bercakap dengan ummi selalunya "main redah aje". Abi lebih serius kalau bincangkan sesuatu, hihihi.
Satu perkara yang kita mesti tahu, ibubapa (orang tua) tidak berfikir macam kita (muda).
Sekiranya ibubapa kita tak nak faham kita, cubalah sebaik mungkin untuk memahami mereka. Kita takkan sesekali mampu memahami hati seorang ibu/bapa selagi kita belum jadi seorang ibu/bapa. Hargailah mereka walaupun mereka selalu melakukan kesilapan kerana mereka tetap yang terbaik sebagai ibu dan bapa. They are trying to be good, give them time.
Dalam proses mengenali seorang insan yang pernah mengandung dan melahirkan ana dengan susah payah, terlalu banyak 'surprise' yang ana dapat. I am smiling now when I write all this words... Hihi. Rupanya masih banyak tentang ummi yang ana tak tahu. Hik hik hik...
Ana ingatkan ummi ni sempoi jer. Tetapi sejak bertemu dengan bakal menantunya... Lebih banyak perkara yang ana berkongsi dengan ummi. Perkara yang sentiasa ana pandang remeh, kui kui kui. Nampak je sempoi tapi, fuhhhh! Ummi pandang dari hujung kepala hingga ke hujung kaki. Ana memang langsung tak jangka pun. Buat muslimah yang bakal bertemu ibu mertua, mungkin tipS ni boleh membantu kalian. Hik hik hik.
Ummi melihat tapi ana tak sedar.
- jari tangan
- kuku
- cara berjalan
- cara makan
- jari kaki
Teringat satu perkara yang Babah cakap pada ana; "Sewaktu sahabat bertanyakan tentang seseorang dari kalangan perempuan untuk dinikahi maka Rasulullah meminta Ummul Mukminin untuk melihat bahagian tangan perempuan tersebut." Wallahua'lam. (Lebih kurang macam ni la ayat Babah, ana tak berapa nak ingat.)
Wanita penuh dengan misteri, hihihi. Sebenarnya melalui 5 ciri yang ana sebut di atas tu, dah boleh nampak yang seorang perempuan tu selalu memasak atau tidak, selalu di dapur atau sebaliknya, kuat berjalan atau bukan. Banyak lagi yang ummi cakap, antaranya di bahagian jari tangan tu ada ciri-ciri khas yang menentukan anda rajin membasuh pinggan atau tidak. Ngeh ngeh ngeh! ^_^
See, hanya dari tangan je dah habis banyak perwatakan seorang perempuan terbongkar. Sebab itu, sebagai seorang perempuan sesibuk mana pun kena juga turun ke dapur. Ana teringat satu ayat keramat; "Perempuan belajar tinggi mana pun, ke dapur jugak!" Dulu, masa sekolah rendah, cikgu Matematik (En. Akhbar) selalu cakap macam ni pada ana setiap kali beliau menyerahkan kertas peperiksaan/ujian. Bengang je setiap kali dia cakap macam tu, ana selalu bertekak dengan En Akhbar, sampai dia cakap pada ummi;
"Anak Puan ni memang berani ye! Kalau benda tu dia nak, dia nak jugak. Saya selalu cabar dia, bagi kertas mesti saya cakap 'Perempuan belajar tinggi mana pun, ke dapur juga' dan dia mesti menjawab. Dia satu-satunya pelajar perempuan yang berani menjawab."
Huhuhu... Mula-mula ingat cikgu memang nak nayakan ana cakap macam tu. Bayangkan, kalau paper dapat cemerlang cikgu sindir-sindir, macam nak nangis je. Rupanya beliau mencabar pelajar lelaki supaya lebih excellent kerana selalunya pelajar perempuan yang mendominasi top 5 dalam kelas.
Betul juga (baru sekarang mengaku) apa yang cikgu katakan, setinggi mana pun pelajaran seorang perempuan, haruslah menjenguk ke dapur. Sesibuk mana pun urusan seharian, perlu juga ke dapur. Teringat kata-kata Ibu, seorang ibu kepada akhawat yang pernah nasihatkan kami;
"Nanti kalian dah berumah tangga, sibuk macammana sekalipun mesti masak. Tak dapat setiap hari, usahakan juga seminggu sekali. Cari juga masa untuk masak untuk keluarga. Air tangan seorang ibu yang masak dengan kasih sayang, makan nasi berlaukkan telur goreng dan kicap pun dah cukup sedap! Lagi satu, kita perhatikan kenapa anak-anak sekarang amat degil dan susah nak mendengar nasihat? Kerana kebanyakan ibu sekarang bekerja dan jarang masak. Anak-anak makan dari air tangan bibik yang entahkan solat entah tidak, masakan yang dibeli dari kedai entah disediakan dengan baik atau tidak. Setidak-tidaknya bila seorang ibu memasak dengan air tangan sendiri, ada doa juga selawat yang ditiupkan, ada doa-doa pengikat hati untuk suami. Sebab tu sekarang kita selalu dengar institusi kekeluargaan sangat rapuh.
Masakan tidak, suami lebih sebati dengan air tangan Mamak! Anak-anak lebih kenal air tangan Bibik berbanding ibu sendiri, sebab tu anak-anak bila ada masalah tak nak berkongsi dengan ibu malah lebih selesa berpeleseran di luar rumah. Maka, jadilah penyakit-penyakit sosial yang semakin membarah. Jadi, bakal-bakal ibu sekalian... Cari ruang waktu untuk memasak. Biarlah lauknya "tak sedap" tetapi disulam dengan selawat dan doa-doa. Setiap dari makanan kita jadi darah daging, jadi... Usahakan supaya daging yang membesar pada tubuh anak-anak adalah daging yang halal, sihat dan penuh dengan barokah."
Subhanallah...
Kita tak ada alasan untuk tidak ke dapur, kalau masih belajar jadikan cuti semester adalah agenda penting untuk belajar masak. Dulu ana pun tak faham dengan ummi, kalau ada tetamu datang ke rumah pasti macam-macam yang ummi nak masak. Masakan cincai yang terkejut tergempar kalau ada tetamu datang pun sudah cukup menyelerakan kami. Rupanya dalam menyambut tetamu, memberi "air tangan" kepada tetamu juga antara pengikat kasih dan ukhuwwah. Insya Allah. Baru-baru ni, apabila adik lelaki bawa 2 temannya ke rumah dan bermalam, baru ana lebih 'kenal' ummi. Ana cuba memasak dengan cara terbaik, rupanya sangat-sangat menyeronokkan apabila semua makanan clear! Hik hik hik.
Kebetulan kawan adik pun orang yang agak sederhana, jadi semua masakan ana dipuji. Ahaks. Kalau yang datang tu anak orang kaya, pasti komennya berubah 100%. Ana baru tahu kenapa abi dan ummi lebih suka menjamu "orang di bawah" berbanding "orang di atas", kerana orang yang susah nak rasa sesuatu yang selalu di makan orang kaya lebih menghargai dan lebih berselera. Tengok orang makan dengan selera pun seronok tau... Hihihihi. Motivasi untuk rajin memasak.
Pada sesiapa yang bakal berkahwin atau sudah berkahwin, lepas ni sebelum jumpa bakal/ibu mertua... Sila pastikan anda telah direkrut di dapur, ahakz! Pada yang dah berkahwin, agak-agak suami ajak balik kampung, 3 hari sebelum tu basuh semua pinggan mangkuk di dapur supaya jari kelihatan seperti orang yang selalu basuh pinggan. Ngeeee~
Untuk UMMI dan ABI yang sentiasa... dan sentiasa di hatiku. Terima kasih atas segalanya. Hadiah hari ibu buat ummi dari abi ialah beg tangan yang dibeli sewaktu abi ke KL minggu lepas, rasanya dari tahun lepas ummi nak beg tangan dan pilihan abi adalah yang tepat. Ummi suka sangat-sangat beg tangan baru tu, hadiah dari abi juga buat ummi ialah Isnin lalu abi meeting di KL dan bawa kereta ummi. Elok parking di HQ, kereta berasap... Hohoho, abi bergurau dengan mekanik... "Ni boleh buat hadiah sempena Hari Ibu." Apa ntah namanya, radiater.. Ntah, ana bukan tau sangat pasal kereta ni. Hihihi.
Ummi kata lagi, abi bukan lah jenis yang romantis. Hik hik hik... Tetapi always and always citarasa abi sentiasa 'kena' dengan ummi. That's why kalau nak beli jubah, sampai ke House Of Jubah ummi seret abi. Abi penasihat pakaian, penasihat segala-galanya buat ummi.
Wah, ngarut sudah entri ini.
Semalam, Kholah Safin hantar Kak Darma datang rumah. Insya Allah Kak Darma duduk sampai esok, bagai orang mengantuk di sorong bantal. Hihihihi. Ana tak boleh berjalan, badan dah melengkung akibat sakit belakang. Malam tadi, Kak Darma nak sangat picit kaki ana yang sudah amat bengkak. Apalagi... Nak pegang pun sakit inikan pula picit, jawabnya;
"Kak... nak baby (my Winnie The Pooh)"
Agak-agak sakit ana gigit tangan Pooh, abi tergelak mengekek tengok gelagat ana.
Sobs sobs... Nasib ana gigit Pooh, kalau gigit tangan orang kan naya jer. Hehehe. Cerita pasal sakit belakang, kelakar pula bila ummi cakap pada kawannya.
"Tengok Syirah sakit belakang, teringat bila kita kontraksi nak bersalin. Lagi-lagi bila dah menggelupur atas katil... Huh! Tak sanggup."
Allah, apa la sangat sakit yang sikit ni berbanding dengan sakit seorang ibu... Even sakitnya memang dahsyat tapi rasanya tak la sesakit ibu-ibu pun.
Ingat ye Insyirah! Jangan angkat barang berat dan jangan dan jangan dan jangan sesekali gatal nak dukung baby. Uwaaaaaaaaaa!
4 leaves:
salam...
wah, berguna sungguh untuk muslimat ni, bakal2 menantu...boleh la nak pesan kat bakal zaujah lepas ni...err...tp siapa?...adei...kene cari dulu...hehehe
salam,
waaa... boikot sungguh tulisan ini!! mentang2 dia terer masak, dia pukul rata jer yek. takpe, takpe... ana mintak resepi ROSE CIKEN pun anti tak kasi lagi... uwaaaaa...
Salam saudara Zul,
insya Allah, sila la pesan. kalau tak de pun tak pe, boleh simpan dulu. nanti dah tau nak bagi pada siapa, boleh la bagi. :)
Balqis My Musyuk :)
Apa pula nak boikot tulisan ana? Uhuk uhuk, sampai ati anti nak boikot ana ye? Nanti ana belanje anti dengan air tangan kasih sayang, seekor ROSE CHICKEN, larat ke nak makan Musyuk? Ngeh ngeh ngeh. Ana bley bagi resepi tuh, syaratnya anti kena kasi ana title "khlatie" dulu, kekekekeke! :P
Nanti kalau ana kasi resepi tu, anti pun buat... Tapi kalau rasanya lain, camne? Nanti anti salahkan ana pula! Wawawa, padahal resepi ana dah memang sedap pun, ahaks. Resepi tu pusaka tau cayang, ana takleh bagi senang2 jer. Tapi kalau nak juga, kena datang sini. Heheheh!
Post a Comment