Setitis Tinta
Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah. Dia menganugerahkan tangan-tangan yang sedia untuk memimpin dikala diri ini terawang-awang entah ke mana, alhamdulillah dalam awang-awangan tidak sempat tersangkut pada sawang. Syukran jiddan3 Kak Wani, jazakillah atas setiap nasihat dan tazkirah yang begitu konsisten sepanjang adikmu ini menghadapi tribulasi hidup. Huk huk. Syukran pada Kak Wawa, dalam kesibukan menguruskan anak-anak yang comel, masih lagi selalu mengirimkan tazkirah buat hatiku. Jazakillah.
Klimaks tribulasi hidupku.... (adakah ianya klimaks? Allah saja yang lebih tahu)
Semalam, terharu sungguh dengan beberapa kiriman SMS dari sahabat-sahabat. Maaf pada semua, ana dilanda kebekuan otak buat beberapa ketika. 2-3 sahabat mengirimkan SMS meminta pendapat/nasihat tetapi ianya menambahkan lagi kebekuan pada otakku, duduk dan termenung lalu bermuhasabah. Ana bukanlah orang yang layak untuk menasihati kalian sebaliknya ana yang kalian perlu nasihatkan. Lalu... Ana membiarkan SMS itu tanpa menjawab hingga ana punya kekuatan untuk membalasnya, kalungan doa semoga Allah memberikan jalan buat mereka mencari penyelesaian terbaik. Pecah lagi kolam airmata...Sebenarnya maruah dirimu lebih berharga apabila bangun berterus terang mengakui kesilapan, bangun dan menyapu segala debu sama ada yang di hadapan atau di belakang. Orang yang tak pernah jatuh tidak akan tahu ada debu di belakangnya, kerana ia melihat di hadapan. Ramai para kekasih Allah adalah mereka yang bangun dari lumpur kesilapan. Awaslah, tenggelam dalam kepujian dan sanjungan amat berbahaya kepada hati. Sang monyet jatuh dari pohon yang tinggi kerana terlena dengan angin yang lembut -khadam penuntut ilmu-
Bergenang air mata membaca bait ayat dari Kak Wani. Setiap kali dilanda tribulasi kehidupan, ana berdiam dan selalu pujuk hati sendiri; Allah beri ujian, biarlah Dia memujuk dengan cara dan kehendak Nya. Setiap kali yakin dengan kalimah ini, selalu didatangkan insan-insan yang berjiwa kental, memikul amanah Tuhan bergerak dan terus berjuang memartabatkan Deen. Syukran sahabat-sahabatku.Maha Suci Allah yang menjadikan tubuh manusia itu begitu indah. Bagaikan wujud satu hubungan yang sangat akrab diantara anggota tubuh setiap manusia. Andai kaki tersepak batu di jalanan,tangan akan merawat kaki yang sakit, mulut dan lidah mula menceritakan keperitan yang dirasai kaki dan mata pula mula menitiskan air jernih yang membasahi pipi. Ya Allah ya Tuhanku, alangkah indahnya andai aku mampu menjadi sahabat seperti ciptaan Mu itu........
Dik Azmah, Akhi Azizul... Moga terus tabah dan bersemangat menjalani kehidupan, mungkin tiada kata-kata dari ana bukanlah bermakna ana tidak mahu mengikuti perjuangan kalian tetapi sesekali disapa ujian, hati ini tertunduk layu.... Jiwa ini mahu membisu, rantaian kelopak ini mungkin menjauhkan keprihatinan ana pada kalian tetapi yakinlah kalian mampu mengorak langkah yang lebih gagah dan panjang kiranya keyakinan pada Allah utuh seperti terumbu karang di lautan.
Puas di psiko dengan dahsyat oleh seorang ukhti yang amat-amat dihormati, akhirnya bukan ana yang berderaian air mata tetapi ukhti yang menjadi sebak dan menitis air mata. Sedang ana, hanya diam dan terus membisu. Asifi ya ukhti...
"Dik, janganlah korbankan diri sendiri pada mereka yang tidak mahu menghargai pengorbanan adik... Akak sedih sangat, adik selalu dipergunakan insan-insan yang tidak bertanggungjawab atas ukhuwwah."
Beku otak dengan luahan 'ikhlas' ukhti. Entahlah, selagi ada SAYANG di hati. Biarlah ana terus menyayangi sahabat-sahabat. Biarlah tiada ana di hati mereka, cukuplah di hati ana tetap ada mereka hatta pada mereka yang pernah melemparkan sebuah senyuman manis mahupun selempar kata-kata yang pedih. :) Pengalaman selalu mendewasakan. Bergenang lagi air mata...
Chayok! Chayok!
AISYAH... I miss you lots... Maaf, pertemuan yang sepatutnya dihiasi dengan senyuman dan gelak tawa tetapi terbabas menitiskan air mata. Diriku berperang dengan perasaan, gembira bertemu kalian dan sedih yang bersarang-sarang. Terima Kasih atas nasihat yang diberikan. Barakillahufik.
YANNA... Moga terus cemerlang dunia akhirat.
NADIA... Ana dah rindukan anti bangat walaupun baru je bertemu, 2 malam tidur sekatil dah cukup buat ana terlalu rindukan kenangan tersebut.
KAK WANI... Syukran, tiada kata-kata lain selain doa pada Rabbi moga Dia memimpin akak menuju keredhaan Nya.
Kak Syifa' dan Kak Amiera, YOU ARE ALWAYS in my deep heart. Moga Allah pelihara ukhuwwah kita hingga ke alam sana. RiNDu sangat-sangat dengan antunna, kekasih hati...
Dalam diam dan berfikir, satu mesej dari Babah buat ana tersenyum. Betul3... Diam dan terus diam... :) Syukran Babah, selalu menghantar mesej yang TEPAT pada masa yang TEPAT kepada orang yang TEPAT dari orang yang TEPAT... Subhanallah.
4 leaves:
Syira, gembiranyeeee hari tu dapat jumpe ngan anti dan kak syifa'! huhu. tapi masa cam berlalu ngan cepat. terase sekejap je kan. ana da lama xcontact kak syifa'(segan sbenarny. hikhik).
Semoga ALLAH merahmati kehidupan kalian berdua. InsyaALLAH.
La tahzan, masih ramai yang menyayangimu... :)
Ameen, ana mengameenkan doa anti. Moga Allah terima.
Nadia, ana pun gembira sangat-sangat taw masa jumpa anti tuh, hehehe... Tah la, rasa macam tak puas je nak sembang dengan anti la... (^_~)
Insya Allah, mungkin akhir tahun nanti la kot ana buat rombongan ke sana. Leyh la try kita liqa' dengan yanna sekali, buat halaqah... eheks :P
Kak balqis... uhibbuki fillah (^_~)
rindu la dengan akak, bile adik nak jadi khlatie neyh? Ngeeeee~ Sian ustaz, dia takde kawan tuh. Dah la zaujah asyik ngan study je.. huhu..
Post a Comment