"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

25 May 2009

Menyulam Ketabahan :)

Bismillahirrahmanirrahim...

Baru saja menerima sms dari Akhi Azizul, berkerut dahi ana membacanya.

"Assalamualaikum anti. Asif ganggu. Ana harap anti prepare dengan kejutan dalam MAP. Agak terkejut juga. Erm... relax okay. I knew anti sangat tabah."

Monolog lagi... Apa lagi yang melanda forum. Memang ana akui, lewat kebelakangan ni terdapat pelbagai masalah di forum, antaranya spammer yang sangat menyakitkan hati. Mujurlah ukhti Amiera sangat membantu mengendalikan spammer yang bertaburan. Akhi Adnan sudah menghantar PM agar ana 'menguruskan' urusan spammer tersebut. Allah... suatu hari lalu, hampir jam 2 pagi baru ana melelapkan mata itu pun kerana sudah terlalu tak tahan mengantuk dan sakit mata. Mungkin terlalu lama di depan PC. Cabaran... Ukhti Amiera ingatkan kembali ana pada perjuangan, mungkin ini saja usaha ana dan sedikit saja yang mampu ana berikan buat masyarakat.

Usai membaca sms Azizul, ana mencapai broadband. Kembali menjenguk forum. Tiada yang merunsingkan selain spammer, tapi sms Azizul seakan ada "kejutan" yang sangat hebat menanti ana. Terketar tangan saat menaip segalanya (kini), badan juga menggigil. Mungkin kerana apa yang ana baca sebentar tadi ataupun kerana masalah kesihatan yang mengganggu ana sebentar tadi. Wallahua'lam. Dalam ketar pun, ana masih bersemangat mencatat sesuatu di blog. Ana mahu lepaskan perasaan ana disini agar ana tidak depress kerana beberapa ketika ini emosi ana sangat dihimpit pelbagai kejadian, tetapi ana masih mampu bergelak ketawa dengan ahli baeyt. Alhamdulillah.

Ana tidak mahu mengheret keluarga dalam masalah ana, biarlah masalah ana... Ana cuba aturkan jalan terbaik untuk menghadapinya dan dalam masa yang sama ana masih akan menyulam ketabahan berdepan dengan kerenah ahli baeyt. Insya Allah. Moga Allah permudahkan.

Kembali pada forum... Awalnya ana memang terasa keanehan sedikit pada seorang user tetapi ana biarkan saja, mungkin itu cara beliau berkomunikasi melepaskan bebanan perasaan namun semakin sikap 'biarkan' merebak, semakin ana kurang senang dengan caranya. Dan sesiapa yang maklum, ana bukanlah jenis yang soft spoken bak sutera, ana berterus terang dan terkadang takut pula menyinggung mana-mana pihak. Bak kata Azizul, ana moderator tergarang. Urm, garang sangatkah ana? Lihat juga intonasinya bagaimana, terkadang ana rasa OK je tetapi apabila yang membaca menggunakan nada yang tinggi, lain jadinya. Ini masalah apabila berkomunikasi dengan tulisan. Banyak sangat salah faham yang berlaku....

++ Topik : Emak yang KUAT CEMBURU BUTA

« on: April 28, 2009, 06:52:06 PM »

mekum.....

saya nak tanya pasal perangai mak saya.
kuat cemburu buta.

kadang-kadang sayapun jadi mangsa!

apa nak buat yek!

« Reply #1 on: April 29, 2009, 11:45:20 AM »

Assalamualaikum

tanyalah.... kenapa cemburu?

« Reply #2 on: April 30, 2009, 05:00:52 PM »

Assalamu'alaikum ukhti (Maaf, saya tidak senang ukhti menulis "mekum". Ada maksud ke "mekum" tu?)

Saya terperasan ada 'sesuatu' pada ukhti ni. Wallahua'lam. Mungkin khilaf pandangan saya semata-mata kerana menilai ukhti hanya dari tulisan-tulisan ukhti, bak kata para ulama' tulisan adalah perkataan, nampak 'bisu' tapi hakikatnya bersuara.

Dalam dunia ni, tak ada siapa yang mengasihi kita tanpa syarat melainkan ibubapa. Itu HAKIKAT. Nak terima atau tidak, terpulang pada penilaian akal. Jangan lupa menilai hanya dengan akal, akal kita dangkal. Gemburkan akal dengan keimanan juga ketaqwaan pada Allah taala, maka pemikiran akan selari dengan akidah Islam. Juga, kita akan berkata-kata seperti manusia yang punya hala tuju hidup. Bukan cakap seolah-olah tiada halatuju dan tercari-cari sedangkan dalam masa yang sama kita mengaku, saya seorang MUSLIM.

Tiada ibubapa yang dengan sengaja nak menyeksa anak-anak melainkan ibubapa yang gila mahupun tidak sempurna atau tidak matang. Ibubapa tidak 'cemburu' buta malahan sebenarnya anak-anak yang gagal untuk memahami hati dan perasaan seorang ibu. Jangan kata kita faham naluri seorang ibu selagi belum bergelar seorang ibu. Untuk apa seorang ibu bersusah payah mengandung dan melahirkan dengan kesakitan yang amat semata-mata untuk menyusahkan hidupnya. Baik dia cepat-cepat gugurkan kandungan ataupun bunuh bayi sewaktu belum kenal kehidupan. Jadilah seperti sekarang ni, manusia berperangai binatang. Anak dibuang merata-rata. U should be thankfull to your parents, they given you all the loves, all the things that you need sepanjang hidup sedari kecil. You should muhasabah diri semula, kenapa ada "dendam" pada seorang ibu yang begitu mulia disisi Allah.

Apa perasaan ibu kamu kalau dia membaca posting ini? SUKA? GEMBIRA? Tiada siapa yang suka melihat anak-anaknya berdendam begini melainkan orang tu mempunyai masalah hati... Muhasabah kembali, jangan dilukakan hati seorang ibu. Syurga kamu ditelapak kakinya.

Astaghfirullah hal azhim... Moga Allah ampunkan saya andai saya khilaf menilai... Saya memang jahil... Dhaif... Faqir... Astaghfirullah hal azhim.

« Reply #3 on: May 23, 2009, 11:55:39 AM »

depends to you lah, insyirah....

mungkin u ni tak pernah kena pukul, diherdik, dipaksa memakan sesuatu yang u tak nak, dihina dan yang pasti tidak pernah DILANGKAH OLEH IBU U SENDIRI!!!!!...
u patut bersyukur dengan ibu yany u ada.....

than, u can say anything....

saya memang dah ada kawan ramai macam u ni.

tak tau hujung pangkal cerita dan masalah, terus fitnah , herdik , kutuk , umpat dan segalanya....

yang lebih teruk adalah memFITNAH DAN MEMANGGIL DENGAN NAMA SUNDAL. ADAKAH PATUT?!

saya nak samakan sikap 'menegur' insyirah dengan sepupu saya yang hafaz 30 juzu'.
memanggil sundal kerana konon-kononnya saya merampas kekasihnya yang saya kenalkan padanya dulu.
bukan salah saya jika lelaki itu tidak berkenan padanya. apa daya saya...
saya juga tidak menyukai si dia.
manghamun saya hanya kerana saya meminjam biliknya.
malu saya dengan jiran-jirannya.
adakah saya marah padanya jika dia pinjam bilik saya malah menyepahnya?!
adakah ini AKHLAK orang yang menghafaz 30 juzu'?!

nilai diri sendiri, insyirah.
adakah insyirah nak jadi macam sepupu saya itu?!

truely, saya tak tahu umur insyirah.
tapi, kadang-kadang saya rasa insyirah ni masih muda dan berumur lebih muda dari akak. sebab akakpun ada adik angkat macam insyirah. tak tahu hujung pangkal, terus keluarkan hadis yang boleh mengguriskan hati orang lain.

kita ada tasawuf.
sebelum ini, akak tak pandang sangat tentang itu; sibuk akak dengan akidah dan feqah.
akhirnya, bila dah jadi macam-macam, barulah akak sedar tasawuf itu juga penting.

kalau boleh, jangan buat sesuatu yang boleh buat kita regret sampai bila-bila.
terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata.....
BURUK PADAHNYA!!!

« Reply #4 on: Today at 05:20:15 PM »

Assalamualaikum,

erm, entah kenapa, saya pula yang terasa...

masing - masing ada pengalaman yang berbeza, daripada pengalaman yang berbeza ini, kita mencerna apa yang kita terima(seperti drpd bacaan, mahupun kenyataan) menjadi satu tindakan yang berbeza.

akak, hanya akak sahaja yang mampu menjalani ujian dan pengalaman yang dilalui oleh akak, bukan kami. begitu juga pengalaman saya. hanya saya sahaja yang mampu menjalani ujian dan pengalaman. apa yang akak lalui cukup berat. dan bagi saya, tiada satu kayu pengukur yang dpt mengukur sama ada ujian yang akak lalui atau ujian yang saya lalui cukup berat.

atas sebab itu, mnjadi satu kesukaran bagi seseorang yang tidak pernah melalui pengalaman seperti akak untuk membayangkan kehidupan akak. Allah menciptakan makhluk berupa perasaan empati untuk membolehkan insan seperti saya dan yang lain menduga perasaan akak.
bagi saya
budi ibu tidak akan mampu dibalas. cukuplah dengan budi membenarkan saya lahir kedunia. Akak mampu melahirkan ibu akak? Tak logic kan? Saya menulis pun dengan budi mak saya, mak saya yang BUTA HURUF yang mengajar saya menulis. Bagi saya, mana2 tulisan yang membawa pahala kalaupun dihimpunkan pahalanya tidak akan mampu membalas jasa ibu saya menulis saya.
Saya pernah diherdik, dimaki, diludah, dipijak dll oleh mak ibu saya tubuh badan dan wajah saya menjadi saksi kejadian ini, dengan pemikiran “kanak2” saya sangkakan ibu saya membenci saya. Kini sekurang2nya saya bukan kanak2 dan saya bukan lagi berfikir sebagai seorg kanak2 dan saya gagal mencari titik berhentinya saya menyangka ibu saya membenci saya. Saya semakin sedar ibu saya tidak mungkin membenci saya .

Bagaimana dengan ibu akak? Saya tak pernah berjumpa dengannya, dan kalaupun saya berdepan dgnnya mustahil saya mempunyai tanggapan yang sama dengan akak. Sebab seperti yang saya katakan tadi. Kita mencerna dengan pengalaman yang berbeza.
Akak pernah berdoa untuk ibu akak?
Akak percaya dengan yakin bahawa Doa ialah senjata Mukmin?
Kalau akak yakin berdoalah semoga akak mampu bersama – sama dengan ibu akak menatap wajah Allah.
Sebab nikmat menatap Wajah-NYA mampu menyebabkan penduduk syurga terlupa akan nikmat syurga.
Ujian tanda Allah sayang pada kita. Kalau ujian akak lebih berat drpd yang lain. Bukankah itu tanda akak lebih disayangi-NYA ?

Wallahu ‘alam

P/S ; akak, saya rasa akak yang sedang cemburukan?
Sepanjang pengenalan saya dengan Insyirah. Saya sentiasa cemburu pada dia, saya tak kenal sangat siapa moderator tergarang kita ni. Yang saya tahu dia seorg yang baik. Semoga dapat kenalinya dengan lebih baik lagi.

Nota :

warna merah = user
warna hijau = ana
warna biru = azizul

Sehingga kini ana masih berfikir... Salahkah ayat ana, terlebih sudu dari kuahkah? Ter'over' atau keterlaluan nak tunjuk powerkah? Lalu.... Ana berfikir lagi.... Ana amati betul-betul ayat ana, tidak pula mengguna ganti nama yang celupar. Lastly, tersenyum ana.... Baru ana perasan, ana pernah terbaca user yang sama juga rancak mencoret masalah emosinya, beliau seorang yang borderline. Masalah emosi dimana tidak tetap pendirian, sering berubah-ubah dan mudah mengamuk. Ana mohon keampunan Ilahi andai ana salah. Bukan mengaibkan sesiapa tetapi ini yang pernah dicoretkan sendiri oleh user. Ana tersenyum lagi...

Pada masa ini, dihimpit pelbagai ujian dan juga diserang bertubi-tubi. Allahuakbar. Senyum lagi, teringat pula pada kata-kata Akhi Adnan;

Once ukhti berdepan dengan masalah, memang ribut. Tetapi bila benda dah berlalu, bila dikenang kembali, boleh ketawa sendirian.

Yup! Teringat juga ana yang dulu memang TIDAK MATANG. Terhimpit sedikit ujian, selalu sangat meminta nasihat ukhti hingga tidak lagi memikirkan perasaan ukhti, terus di sound ukhti;

Dik, akak tak nak masuk campur lagi dah masalah adik. Pandai-pandailah adik selesaikan.

Nasihat kedua, dari ukhti kesayangan... Ukhti Amiera yang suatu ketika sedang konflik dengan sahabatnya. pelbagai usaha dilakukan untuk membantu sang sahabat tetapi sahabat sendiri yang tidak mahu berubah. Ukhti Amiera yang ana kenali sangat soft spoken, jauh sangat beza dengan ana. Tetapi apabila ukhti Amiera berkata;

Dik, akak tak ada kaitan langsung dengan masalah dia. Setiap kali dia ada masalah, pasti dia lepaskan emosi pada akak.....

Senyum lagi. Benar... Kedua-dua ukhti benar. Masalah sendiri, perlulah kita sendiri tangani. Nasihat dari orang lain boleh dipinta sekiranya mereka sudi memberi tetapi sebagai hamba, awlanya bicara dengan Sang Khaliq sebelum menagih simpati dari manusia yang belum pasti sudi mendengar bicara kita. Allah Maha Mendengar...

Ana hanya makhluk Allah yang berusaha keras menghadapi insan-insan begini tetapi kadangkala tersenyum juga, arh... Siapalah ana untuk 'menasihati' mereka sedangkan ana sendiri yang perlu mereka nasihatkan. Terkadang, ana bersyukur juga selalu diserang dengan bertubi-tubi, setidak-tidaknya ana belajar mengenali kerenah manusia dan ana pula akan belajar dengan sahabat yang lebih berilmu untuk berdepan dengan mereka. Tidak ada suatu perkara yang sia-sia.

Selagi sulaman ketabahan diperbaiki dengan baik, ikatan keimanan dikukuhkan, genggaman kesabaran masih utuh. Insya Allah, akan ana teruskan perjuangan ini walau air mata sering menghiasi perjalanan.


Sunnah berjuang... :)

p/s: Syukran Azizul, mujurlah ana prepare... (^_^)

15 leaves:

mujahidah annafs 25 May 2009 at 01:19  

Cayang, segala masalah datangny dr Allah. jadi kita serahkan semula masalah kita kat Allah sbb Allah sahaja yang tahu jawapan yang terbaik untuk diri kita. be strong! smileeeee.

Insyirah 25 May 2009 at 01:29  

Insya Allah. Syukran cayang, salu jer bagi ana semangat untuk terus bangun sesudah tersungkur. Insya Allah, bangun dan terus melangkah! Semuanya dari Allah.. Syukran utk PM anti...terharu ana :)

Anonymous,  25 May 2009 at 11:30  

Allah mengadakan setiap ujian untuk kita terus berfikir dik, untuk kita sendiri muhasabah...

takpelah, orang tu perantara Allah nak bgtahu adek sesuatu tuh..:)

Kan adek nak jadi pejuang..chayok2..:D

ummu uwais,  25 May 2009 at 13:00  

Salam dik, alhamdulillah akak sempatkan diri menjenguk forum sebentar tadi. Hehe, akhirnya daku tersenyum melihat respon yang latest dari adik. Ko memang slumber la dik... Pening weh sapa jadi suami mu nanti... hihihi. Nangis, nangis jgak yerk. slumber tetap slumber! chayok2. adik dah banyak berubah, dah makin relax berbanding dl yang selalu gelabah. :) bagus2, teruskan perjuangan.

Azizul Aziz 25 May 2009 at 13:19  

Assalamualaikum,
erm, sorry erk. kalau masuk campur.
pernah dengar nasihat.. kalau org meluahkan... biarkan je.. dia kata apa2 biarkan la... at least , dengan luahan tu.. hati dia makin lagi tenang...

tapi teringat plak , azizul sendiri pernah kata pada seseorg,
kalau ye pun nak jaga hati seseorg, jgnlah sampai luka di hati tu dalam sangat.

kalaupun anti tak terasa, at least ana yang terasa. erm. sorry ye.

Abu Uwais,  25 May 2009 at 18:52  

Azizul, masih ingat ana? Dah lama ana tak posting dalam MAP tu, tapi ana masih juga ikuti bila berkesempatan.

Kalau kita amati betul2, kita boleh perasan user yang sama banyak sangat masalah and last bila dia kata makan ubat untuk tenangkan fikiran sampai 10 jenis. Ana surrender, kalau dia makan ubat that mean dia memang dah ada rawatan dr pakar. wallahua'lam.

Insyirah pun satu hal juga, suka 'menyakat' orang macam tu. Dah tau dia 'melompat', Insyirah bantai pi 'nyakat', nak tengok sejauh mana dia melompat agaknya. Sekeh juga budak Syirah ni...

p/s; actually tadi zaujati dapat cakap dengan Insyirah sekejap. Tulis je OK tapi dia tak berapa OK juga tu. Sama-sama doakan kesihatan beliau :)

Insyirah 25 May 2009 at 22:15  

Ukhti Atirah.
Syukran, insya Allah. Memang diri ini yang perlu muhasabah dan perbaiki diri. Jazakillah.

Insyirah 25 May 2009 at 22:18  

Ummu Uwais,
Senyum seindah pelangi wahai kakakku... eh silap, wahai ibu mertuaku. kekekek :P Yer la, kena maintain slumber, mau tak slumber jam 2 pagi kena ceramah free. Bukan calang2 penceramah kak, import dari Mesir lagi, ahaks :P Insya Allah, saya ok kak... :)

Insyirah 25 May 2009 at 22:22  

Wa'alaikumussalam Azizul :)

Insya Allah, moga Allah balas kebaikan anta dengan sebaik2 pembalasan. Ameen. Syukran jiddan3 ya atas setiap bantuan, nasihat dan teguran. :)

Sebenarnya, masa ana baca 1st time tu, pening juga la. lagipun dah lewat kan, hehe. Baca ntah berapa kali pastu tarik nafas dalam2. Dah start menggigil juga. Tapi lama2 tu alhamdulillah ana OK. Syukran ya akhi :)

La ba'sa akhi, ana pernah berdepan face to face dengan orang yang nak bunuh diri, inikan pula hanya perang tulisan aje. Ana insya Allah OK jer... :)

Insyirah 25 May 2009 at 22:27  

Abu Uwais my pak mertua, kekeke :P

(wah, mak pak mertuaku komen laaa) :)

Iya ustaz, dan ana sendiri perasan dia menyalahkan KESEMUA orang disekelilingnya atas apa yang berlaku pada dirinya. Itu la mungkin ayat ana nampak agak keras sikit, nak menyedarkan orang yang terlena. Mula2 (kalau perasan) thread lain pun ana dah cakap cara pujuk, tak jalan. Bila dia ambush, hehehe... Terkejut juga den. Tapi, hehehe... Tu la, jahat sket gi 'nyakat' dia. Huhuhu... Takpe, takpe. Insya Allah nanti la ana usahakan apa yang mampu.

She just perlukan teman utk berkongsi perasaan jer. Masakan tidak, 10 jenis ubat tuh!!! Hurm, hanya Allah yang dapat membantunya dan kita semua. Moga Allah ampunkan kita semua. Ameen.

p/s: Apa ni nak sekeh2 orang neyh?

_fatimah_,  25 May 2009 at 22:56  

Kak Syirah, sebak lak saya baca entry ni. I'm agreed with sahabat akak (Azizul), you are strong!

IKRAB family 25 May 2009 at 23:25  

assalamua'laikum dik ira, lama tak berbual2 yer :)

`berkatalah yg benar walaupun ia pahit'.memebri teguran mmg kadang2 memedihkan hati org lain, yang penting niat dan cara.dalam itu, kita juga belajar untuk menjadi lebih perihatin dgn apa yg berlaku kan.setiap dp kita belajar dan sentiasa akan belajar dp erti sebuah kehidupan.take care.Allah Bless u.

Insyirah 26 May 2009 at 23:07  

Fatimah,
la tahzan adikku... :) dugaan kecil je nak dibandingkan dngn org lain. :)

Insyirah 26 May 2009 at 23:13  

Wa'alaikumussalam whb Kak Syima :)

Iya, lama sangat2 tak mesej dengan akak... Lama x nampak akak dalam bmc, dah tak berapa riuh pun bmc, tinggal kak fong aje... hehehe.

Iya kak, berkata benar walaupun pahit tapi kena juga fikirkan natijahnya, ermh... actually user tu mcm ada probs ngan psikologi, ntah la. banyak sangat posting2 dia yang membuatkan diriku terfikir2...

Azizul Aziz 30 May 2009 at 18:03  

Abu Uwais,
ya, ana masih ingat lagi :D

InsyaAllah kita sama - sama doakan si dia kembali pulih, bagi ana dia semakin pulih, masih dlm proses. hanya kerana dia ada masalah, bukanlah lesen untuk membenarkan perbuatannya. ana perasan banyak tpic yg dibuka. lgpun dia pun drpd Forum Drtuah. tempat ana jaga dulu. tempat situ agak "caring"

InsyaAllah si comot nie memang tough!! :)

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO