"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)

30 May 2009

TAG lagi...

TAG dengan jayanya dikutip dari seorang sahabat blogger yang kadang-kadang mengomen di blogku yang ntah apa-apa neyh, hehee... Ok, ok... Ana jawab TAG :)

1. apa perasaan anda skrg?

Hampir-hampir gembira kerana Akhi Adnan & Cikgu Shidee telah membekalkan semangat dan nasihat buatku si budak yang tak cukup umur malah comot pulak, adeh! Macam sadis bunyinya.

2. saya nak mkn?

Asyir mangga di MEKAH... uwaaaaaaa! Kena tiba-tiba terlalu rindukan MEKAH neyh, adeh la. Bila la nak pergi lagi yerk. (Sabar deh Syira, kata nak buat haji terus. Kena la telan air liur dengar orang buat umrah, sobs sobs)

3. saya tak suka?

Tengok perempuan menggedik depan lelaki. Juga tak suka kalau perempuan nak keluar rumah baunya, boleh pengsan akibat terlalu banyak menyembur minyak wangi tapi dalam rumah lagi la nak pengsan akibat baunya yang buc*k. Adeh la, jangan bau bawang udah leee... :P Tak suka smoker juga, smoker ni pengotor walaupun pelajaran setinggi langit (adeh, ada ke orang belajar setinggi langit?)

4. impian saya?

Nak tawen dengan UWAIS... Ahaks! (Nie nak kene pangggg sebiji dengan Ustaz Khairul agaknye asyik duk ulang bende yang sama) Huhu. Ok, I'm siyes la neyh. Impian nak menjadi yang solehah, diredhai ummi wa abi, selamat menyempurnakan haji serta husnul khatimah, ameen ya Rabb.

5. haiwan yang saya tak suka?

Belut.. huk huk huk... Trauma deh dengan binatang ini.
Cicak, geli bangat.
Lipas, hoho minta dijauhkan.
Anjing, lagi la tak leyh blah.
Kucing? Hehe, dah OK dah... :P

6. saya harapkan?

End of this year nak pergi Kelantan dengan Aisyah (and Hafizah, ameen) untuk menjayakan program ukhuwwah kami. Hehe, insya Allah terus melangkah ke Terengganu meet with Kak Noi yang comey itewww. Ameen. (Atau, adakah Dia sedang merancangkan sesuatu untukku melangkah lebih panjang? Wallahua'lam)

7. jika boleh putarkan masa?

Hehe, boleh ke nak putar yerk? Tapi selalu ana cakap pada ummi, if I can. I hope boleh masuk semula dalam perut ummi dan jadi baby semula. Tapi ummi kata na'uzubillah kerana waktu kecilku adalah seorang bayi yang suka marhaban, marhaban dan marhaban. (nangis le maksudnya tuh... kekekek)

8. saya pada 10 tahun akan datang?

Alamak, dah bertambah 10 tahun la... yang pastinya MAKIN TUA. Bertambah matang, tak comot dah (hik hik) dan... apa yerk? Mungkin busy membela anak-anak sedara la kot, ahakz. Wat abang-abangku, kalau lebih sangat kena buka TASKA la. Hehe.

9. handphone saya adalah sebuah?

- alamak, sekarang saya sedang melakukan proses MOGOK memegang hp. Jadi, no idea for this question. Sorry.

10. saya pernah berchenta sebanyak?

Chenta? Ngeh ngeh ngeh. Otakku senget ke kiri bila fikir bab cintun ini. (Pinjam ayat Cik Santun jap)

11. saya suke pada?

Suka pada UWAIS QARNI IMTIAZ, huhu. Kholah rindu bangat sama kamu..!
Suka pada kanak-kanak, bayi dan seangkatan dengannya :)

12. kawan2 saya?

Manusia, burung (pasukan koir abi setiap pagi yang sungguh riang menyanyi depan halaman rumah, tunggu abi tabur nasi le tuh), kucing (3 ekor kucing yang masih ku takut-takut nak mesra) and my laptop... hehehehe, also my POOH. (",)

13. pernah dikhianati?

Tak nak fikir dah :)

14. ape yang hendak anda lakukan pada orang yang khianati anda?

Doakan semoga dia berubah lebih baik, ameen.

15. senaraikan 8 org yang akan ditag

*ukhti Nadia*
*ukhti Bibi Raihana*

6 orang lagi tu sesiapa saja la yang rasa nak jawab, tafaddhal. Tiada paksaan. (malas nak list sebab before this Babah je yang balas TAG ku, huhu)

Read more...

28 May 2009

Guru Tanpa Tauliah

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari Guru dah berlalu 16 Mei yang lalu, as usual ana memang suka lambat sikit dalam hal macam ni, sengaja tunggu 'sejuk' baru warm-up semula. Hik hik hik. Supaya ianya tidak hanya bersifat semusim, hanya hari guru saja jasa guru diingati. Insya Allah, setiap guru-guruku adalah guru dunia akhirat. (^_~)

Ya Allah, ampunilah dosa guru-guruku. Berikanlah taufiq dan hidayah Mu buat mereka, jadikanlah mereka orang yang bahagia dan berjaya dunia akhirat. Ameen.

Tanpa kita sedari, sebenarnya setiap dari kita adalah guru. Setidak-tidaknya guru kepada diri sendiri. Memimpin diri sebelum mengangkat diri menjadi pemimpin bagi yang lain. Bagaimana mahu memimpin orang andai diri sendiri tidak terpimpin? (^_~) Andai tidak menjadi pemimpin bagi yang lain pun, pimpinlah diri sendiri kerana setiap dari kita adalah pemimpin. Membesar sebagai juara, hihi.

Cerita tentang ~ G.U.R.U ~ sebenarnya ana nak mencoret sedikit bingkisan, pengalaman ana yang menjadi guru tanpa tauliah. Guru kepada adik-adik yang sengal, hik hik. Terkadang kami pula sama-sama sengal, macammana la ana nak jadi cikgu. Berdepan dengan 3 orang murid (adik-adik) pun sudah cukup menguji kesabaran ana, apatah lagi guru-guru di sekolah yang berdepan dengan beratus hatta beribu pelajar. Besar pengorbanan tu.

Adik lelaki ana memang bukan 'kaki study'. Dia belajar apabila 'perlu' dan 'mahu' saja, terkadang berbunyi-bunyi juga la mulut ni, iskkk... (membebelkah diriku?) Mahfuzah pula study bila disuruh study, sometimes kalau cuti sekolah tu... Rajin melepak depan TV, bertambah rajin ke bilik study apabila kakaknya ni masuk ke dapur. Dia pun terus la study, nak mengelat ke dapur. Disangkanya ana tak tahu, trick semua tu. (^_~) Tak de kompromi la dengan ana, study is study dan kalau perlu ke dapur tetap kena ke dapur juga. Muehehehe, kejam...

Adik pula lagi bagus, petang adalah waktu panjang beliau bersama dengan ana. Masa ni la ana nak nasihat, (bebel pun iya juga), dan cakap apa yang patut sebab hanya kami berdua saja di rumah. Masa ni juga la buat homeworks, dia bertanya, buat itu dan ini. Adik bongsu memang sangat pandai menjawab, terkadang bila nak marah pun boleh jadi tergelak dengan gelagat dia. Hihihi...

Semalam, Adik tunjuk kertas peperiksaan yang siap bertanda. Seronok bercerita dapat 'A', ana pun psiko jer la tengok-tengok kertas tu. Tergelak juga dengan jawapan-jawapannya, hihihi. Ampunnnnnn! Kalau ana di tempat cikgu, mau dah berguling-guling agaknya. Ini baru 1 kertas, macammana pula dengan lebihan pelajar lain (purata 35 orang/kelas).

Teringat juga, dulu... Bila jumpa cikgu di sekolah untuk ambil result exam dengan abi (dulu semua cikgu-cikgu ingat ana isteri muda abi... adeh la), tanya juga macammana kerenah Adik di sekolah, kata cikgu Adik dalam kelas OK. Kalau tak faham, dia bertanya. Tapi, bila exam selalunya tak menjangkakan pula resultnya begitu. Ana pun cerita pada cikgu.

Ana : Fadilah kalau exam, selalu dia balik rumah dia cerita dia 1st yang hantar kertas.
Cikgu : Aha, memang dia selalu siap awal. Saya suruh dia hantar terus kalau dah siap.
Ana : A'a, then dia cakap siapa siap awal boleh tidur. Jadi dia tidur jer la.
Cikgu : (tergelak terus) Patut la. Lepas hantar kertas je dia tidur. (geleng kepala)

Adehhh... Ana menggaru kepala yang tak gatal.

Dia tak kira betul atau salah, yang penting dia 'menang' sebab dapat hantar kertas paling awal then terus tidur. Sabar je la budak ni.

Kadang-kadang Adik langsung tak faham dalam beberapa chapter yang cikgu ajar. Selalunya, bila buat homework, totally she's blank and no idea. Langsung tak faham! Lagi la ana pening. Nak tak nak, kena ajar dari awal dan satu per satu semuanya sekali. Pelik juga kenapa langsung tak faham, kalau tak berapa nak faham tu boleh la ana terima. Tapi, langsung tak faham apa kes pula Adik ni.

Ana : Adik ngelamun yer masa cikgu ajar?
Adik : Eh, mana ada la. Adik serius je tapi kawan selalu kacau.
Ana : Kita tak perlu nak salahkan orang lain kalau kita tak boleh buat. Diri sendiri. Kena la tumpu, jangan hiraukan semua gangguan orang lain.

Adik : Eh, ada ke macam tu. Sebenarnya, pergi sekolah awal sangat (6.20 pagi) Adik tidur je dalam bas, tiba-tiba terkejut dah sampai sekolah.

Ana : Habis tu, apa kaitannya pula?
Adik : Iya la, yang Kakak ajar petang semalam kat rumah... Dah hilang tertinggal kat sepanjang jalan.

Ana : (Grrrr...) Habis tu yang cikgu ajar kat sekolah?
Adik : Sama juga, naik bas jer Adik tidur la. Semua yang cikgu ajar dah tertinggal sepanjang jalan. Balik Kakak ajar, esok dah semua tertinggal. Macammana la Adik nak pandai??

Ana : Adik sekolah dalam hutan tu jer la. Dah semua yang di ajar tinggal sepanjang jalan.
Adik : (Muka innocent) Isk, ada lak macam tu.
Ana : Ada, Adik je macam tu.

Lalalalala... Ini hanya picisan dialog, kalau ana nak cerita semua sekali, mau ana gelak sendirian depan PC (disangkanya biul pula, huhu). Seronok sebenarnya berdepan dengan kerenah budak-budak ni. Bagi ibu-ibu bekerjaya mungkin tidak merasai sepenuhnya nikmat seperti ini, bagi direct 'tarbiyyah' pada anak-anak, tapi usahalah jadikan hujung minggu untuk menjadi guru pada anak-anak. (^_~)

Ana... Hanyalah seorang guru tanpa tauliah dan sekadar menjadi guru yang sebenarnya murid kepada adik-adik. Kerana, merekalah yang selalunya mengajar diriku.

.... Hikmah Nya semakin ku lihat, dakapan Nya makin ku terasa hangat, nusrah Nya semakin ku rasa kerana hadir Nya sentiasa tanpa menghilang hatta sedetik cuma, tenang ku dalam rahmat Ilahi, subhanallah walhamdulillah ....

Insya Allah, bermula 30 Mei nanti cuti penggal pertengahan tahun. Hujung minggu kalau tiada aral, balik kampung! Yeyeye... (Hok duk Mesir, Jordan, Syria, Maghribi, UK, Australia sana tuh, sila jeles yer :P ) 1 Jun insya Allah 'rombongan' bersama abi dan adik-adik ke KL. Heheeee (^_~) Bersiaplah wahai cik Syirah, anda bakal di 'pau' oleh adik-adik... Huhuhu.

Read more...

27 May 2009

Universiti Kehidupan

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah. Semakin sihat, hihihi. Insya Allah, nak berkongsi sesuatu dengan pengunjung yang setia dengan blog yang selalu merapu neyh. Nak buat macammana, sawan merapu belum hilang lagi. (^_~)

"Berapa umur anti sebenarnya?"

Senyum dengan soalan dari seorang sahabat maya. Sebenarnya sudah beberapa tahun kami selalu 'bermuzakarah' dan 'bermusyawarah' melalui alam maya bersama, banyak yang dikongsikan selalunya berkisarkan sesuatu yang berkaitan dengan kehidupan (wah, terlalu umum). Malangnya, baru semalam beliau bertanyakan umur ana. Adui la... Sabar je.

"19 tahun."

"Ish, muda sangat. Takkan 19 kot."

"Secara daqiqnya, tengok dalam blog. 19 tahun 4 bulan 2 hari (semalam)."

"Iya... Iya, dah tengok. Dulu, perangai anti macam mak orang, sekarang macam budak-budak. Itu yang ana confuse."

Sohih... Ana ni abnormal. Hihihi. (^_~) Orang lain semakin matang, ana pula mengalami proses tumbesaran yang terbalik. Patut lah dulu dia panggil ana "kakak", then baru-baru ni dia panggil "achik" pula, risau juga la kot 2-3 bulan lepas ni dia panggil "jaddatun" pulak. Naya! Walhal dia yang lebih tua dari ana, hurm.

Baru-baru ni bertimpa-timpa pula kedatangan sms dari sahabat-sahabat selepas post sebelum ni menyentuh tentang teguran ana pada seorang forummer Laman-MAP. Salah satu sms dari seorang kenalan rapat;

"Iye la, Syirah tegur ikut cara apa pun tak apa. Ni kes tolak tak tumbang, tengok la siapa belakang dia. Dr Tengku Asmadi dan Cikgu Shidee."

Hurm, ni yang ana kurang senang. Tiada kaitan langsung dengan 2 motivator tersebut pun, cumanya ana menegur forummer tersebut setelah lama memerhati cara postingnya. Dan setelah entri sebelum ini dimasukkan dalam blog, banyak la komen yang ana terima. Syukran atas setiap nasihat dan teguran. Walhal, sebelum ini ana pernah meminta tolong seorang sahabat untuk menegur insan tersebut sebelum ana menegur, bukan tidak mahu memikul tanggungjawab tetapi ana memberi laluan kepada mereka yang lebih berilmu dan berpengalaman. Malangnya, masing-masing ada tanggungjawab lain.

Sejujurnya, dengan berat hati ana menaip bait-bait ayat tersebut dan sebelum post pun ana dah baca berulang kali. Akhirnya, setelah puas diserang bertubi-tubi melalui sms tetapi ana tidak membalas hatta 1 sms, tafaddhal untuk menghentam... Kerana ana tiada kredit nak membalas mesej-mesej antum semua. Hehe. Dalam pada dihentam, ana relex jer. Saudari Fatimah dengan pelik bertanya ana;

"How can you face all this things? Tak rasa apa-apa ke kak? Saya yang baca pun rasa geram, akak boleh buat muka sardin je."

Adik ku sayang, sikit punya comel muka akak... Adik kata macam sardin! Sampai hati.. Huhu.

Sebenarnya, yang kalian tak tahu ialah ana meminta bantuan talian hayat pada seorang sahabat yang ana hormati dan percaya (insya Allah), yang lebih berilmu, lebih berpengalaman dan lebih matang serta lebih semua segi dari ana yang serba kekurangan untuk menjenguk kesemua posting-posting forummer tersebut supaya beliau boleh memberi respon (nasihat yang sepatutnya) kepada insan tersebut. Sebab ana kan bukan selayaknya menegur mereka. Terus kepala ligat membuat hipotesis sendiri...

Kalau ana study, barangkali ada PhD, pasti suara ana didengari. Malangnya ana hanya bekas pelajar tadika yang suka ponteng kelas, jadi apa pun yang ana suarakan pasti ditentang. Tafaddhal. Biasalah tu, normal je. Sama seperti satu keadaan, seorang yang berjawatan tinggi salah dalam membuat penilaian dan ditegur oleh seorang yang kerjanya menyapu sampah, sudah tentu lah nasihat si tukang sapu sampah hanya dibuang ke dalam tong sampah serta-merta :)

Kata-kata sahabat 'talian hayat' tersebut sedikit sebanyak mengurangkan rasa bersalah ana di atas kata-kata yang ana tamsilkan melalui teguran itu. Kenapa menghentam ana tetapi apabila ana suruh si penghentam untuk menegur hamba Allah tersebut, tiada siapa yang bersuara. Kan afdhalnya ilmu kalian dikongsikan bersama. Jangan sekadar menghentam, lebih baik apabila dikongsikan. Kan lebih molek tuh :)

Semalam, sawan sengal datang lagi. Sahabat nasihatkan ana agar membiarkan saja posting-posting tersebut, tetapi ana mempertahankan juga kerana dia orang Islam. Perlu juga dibantu sedaya mungkin, selebihnya serah pada Allah. Dia nak terima atau tidak, itu terpulang padanya. Mungkin juga ada yang fikir, untuk apa la bersusah payah nak membantu kalau memang dia sendiri tak nak bantu diri sendiri.

Tiba-tiba ana usulkan pada sahabat untuk furthur study, hahaha.

Sahabat cakap "sihat dulu, nak study... study je la."

"kalau sampai bila-bila Allah nak 'bagi', tak payah study ker?"

Sungguh hiba sekali, hati bagai disiat-siat dan disiram dengan limau. Pedih. Astaghfirullah hal azhim... Iman lemah sungguh kala itu, terasa bercakap tanpa berfikir natijahnya.

"Study tidak semestinya kita ke universiti, dimana-mana kita boleh study."

Malam tadi, sebelum tidur dibuai mimpi indah... Ana fikirkan kata-kata sahabat. Betul... Belajar tidak semestinya di universiti. Teringat kembali, entah suatu hari ana sangat-sangat sedih... Sambil menyusun kembali buku-buku dengan susunan berbeza, hati terdetik nak membuka kitab Sahih Bukhari secara rambang.

Abdullah Bin Mas'ud bertanya kepada Nabi s.a.w.. "Apakah amalan yang paling baik?" Nabi s.a.w. menjawab : "Solat di awal waktu."
Abdullah bertanya lagi : "Kemudian apa ya Rasulullah?"
Nabi s.a.w. menjawab : "Berbakti kepada ibubapa"
Abdullah bertanya lagi : "Kemudian apa ya Rasulullah?"
Nabi s.a.w. menjawab : "Jihad fisabilillah."

[HR Bukhari]

Subhanallah, Allah menegurku sebegitu. Alhamdulillah, syukran ya Allah.

Sebenarnya, ana teringatkan kata-kata Prof Kamil. Lebih tinggi jawatan kita, lebih banyak telinga yang mendengar kata kita maka lebih besar peluang untuk berdakwah. Teringin nak merasai pengorbanan dalam menuntut ilmu, tetapi difikirkan dengan hati yang lebih tenang... Rupanya, Allah telahpun meletakkan ana di universiti kehidupan. Pensyarah adalah adik-adik yang selalu mendidikku, dekan adalah ibubapa yang sentiasa memberi tunjuk ajar, murid-murid adalah diriku sendiri. Subhanallah.

Walaupun tidak diajar secara formal, tetapi... Allah selalu menghadirkan 'guru-guru' yang mengajarku tentang kehidupan. Setiap kali berdepan persoalan, ana pasti mengajukan soalan pada beberapa sahabat yang lebih berilmu. Melalui jawapan-jawapan yang berbeza tersebut, ana akan mengusulkan pada Babah pula. Bukan tak nak bertanya terus pada Babah, saja nak tanya yang lain dulu kerana Babah selalu memberi jawapan yang memuaskan hati ana. Kalau terus bertanya pada Babah, rasa tak mencabar pula 'liku-liku' mencari ilmu. Huhu.

Walaupun bila bertanya pada seorang sahabat yang selalu 'eksen' dengan ana slumber menjawab "pergilah tanya Babah awak tue!" adeh la... Kiciknye atieku ini... Huhuhu.

Biarpun awak selalu cakap awak tak sehebat kawan-kawan ana yang lain, tetapi... awak tetap sahabat yang hebat di mata saya. Memang tak de sahabat macam awak yang tak pernah jemu nak bergaduh dengan saya hatta masalah gula-gula dan coklat. Adeh la... Sahabat macam ni memang susah nak jumpa, sentiasa nak gaduh, pelik! :P Tak pe, tak per... Apapun, awak tetap awak. Jadi diri awak sendiri, kalau awak macam kawan-kawan saya, payah tue sebab tak de sapa lagi nak ajak saya asah skill gaduh. Ahaks. (^_^)

Nadia,
Makin hari ana makin teringat anti. Anti ada jampi ana ke masa kita jumpa haritue? :)

End and dot... I'm HaPPy ToDaY... BeCaUse of FaMiLy + FrieNd's LOVE make me think how much ALLAH LoVESSSS Me. Subhanallah walhamdulillah ala nikmatillah.

Read more...

25 May 2009

Menyulam Ketabahan :)

Bismillahirrahmanirrahim...

Baru saja menerima sms dari Akhi Azizul, berkerut dahi ana membacanya.

"Assalamualaikum anti. Asif ganggu. Ana harap anti prepare dengan kejutan dalam MAP. Agak terkejut juga. Erm... relax okay. I knew anti sangat tabah."

Monolog lagi... Apa lagi yang melanda forum. Memang ana akui, lewat kebelakangan ni terdapat pelbagai masalah di forum, antaranya spammer yang sangat menyakitkan hati. Mujurlah ukhti Amiera sangat membantu mengendalikan spammer yang bertaburan. Akhi Adnan sudah menghantar PM agar ana 'menguruskan' urusan spammer tersebut. Allah... suatu hari lalu, hampir jam 2 pagi baru ana melelapkan mata itu pun kerana sudah terlalu tak tahan mengantuk dan sakit mata. Mungkin terlalu lama di depan PC. Cabaran... Ukhti Amiera ingatkan kembali ana pada perjuangan, mungkin ini saja usaha ana dan sedikit saja yang mampu ana berikan buat masyarakat.

Usai membaca sms Azizul, ana mencapai broadband. Kembali menjenguk forum. Tiada yang merunsingkan selain spammer, tapi sms Azizul seakan ada "kejutan" yang sangat hebat menanti ana. Terketar tangan saat menaip segalanya (kini), badan juga menggigil. Mungkin kerana apa yang ana baca sebentar tadi ataupun kerana masalah kesihatan yang mengganggu ana sebentar tadi. Wallahua'lam. Dalam ketar pun, ana masih bersemangat mencatat sesuatu di blog. Ana mahu lepaskan perasaan ana disini agar ana tidak depress kerana beberapa ketika ini emosi ana sangat dihimpit pelbagai kejadian, tetapi ana masih mampu bergelak ketawa dengan ahli baeyt. Alhamdulillah.

Ana tidak mahu mengheret keluarga dalam masalah ana, biarlah masalah ana... Ana cuba aturkan jalan terbaik untuk menghadapinya dan dalam masa yang sama ana masih akan menyulam ketabahan berdepan dengan kerenah ahli baeyt. Insya Allah. Moga Allah permudahkan.

Kembali pada forum... Awalnya ana memang terasa keanehan sedikit pada seorang user tetapi ana biarkan saja, mungkin itu cara beliau berkomunikasi melepaskan bebanan perasaan namun semakin sikap 'biarkan' merebak, semakin ana kurang senang dengan caranya. Dan sesiapa yang maklum, ana bukanlah jenis yang soft spoken bak sutera, ana berterus terang dan terkadang takut pula menyinggung mana-mana pihak. Bak kata Azizul, ana moderator tergarang. Urm, garang sangatkah ana? Lihat juga intonasinya bagaimana, terkadang ana rasa OK je tetapi apabila yang membaca menggunakan nada yang tinggi, lain jadinya. Ini masalah apabila berkomunikasi dengan tulisan. Banyak sangat salah faham yang berlaku....

++ Topik : Emak yang KUAT CEMBURU BUTA

« on: April 28, 2009, 06:52:06 PM »

mekum.....

saya nak tanya pasal perangai mak saya.
kuat cemburu buta.

kadang-kadang sayapun jadi mangsa!

apa nak buat yek!

« Reply #1 on: April 29, 2009, 11:45:20 AM »

Assalamualaikum

tanyalah.... kenapa cemburu?

« Reply #2 on: April 30, 2009, 05:00:52 PM »

Assalamu'alaikum ukhti (Maaf, saya tidak senang ukhti menulis "mekum". Ada maksud ke "mekum" tu?)

Saya terperasan ada 'sesuatu' pada ukhti ni. Wallahua'lam. Mungkin khilaf pandangan saya semata-mata kerana menilai ukhti hanya dari tulisan-tulisan ukhti, bak kata para ulama' tulisan adalah perkataan, nampak 'bisu' tapi hakikatnya bersuara.

Dalam dunia ni, tak ada siapa yang mengasihi kita tanpa syarat melainkan ibubapa. Itu HAKIKAT. Nak terima atau tidak, terpulang pada penilaian akal. Jangan lupa menilai hanya dengan akal, akal kita dangkal. Gemburkan akal dengan keimanan juga ketaqwaan pada Allah taala, maka pemikiran akan selari dengan akidah Islam. Juga, kita akan berkata-kata seperti manusia yang punya hala tuju hidup. Bukan cakap seolah-olah tiada halatuju dan tercari-cari sedangkan dalam masa yang sama kita mengaku, saya seorang MUSLIM.

Tiada ibubapa yang dengan sengaja nak menyeksa anak-anak melainkan ibubapa yang gila mahupun tidak sempurna atau tidak matang. Ibubapa tidak 'cemburu' buta malahan sebenarnya anak-anak yang gagal untuk memahami hati dan perasaan seorang ibu. Jangan kata kita faham naluri seorang ibu selagi belum bergelar seorang ibu. Untuk apa seorang ibu bersusah payah mengandung dan melahirkan dengan kesakitan yang amat semata-mata untuk menyusahkan hidupnya. Baik dia cepat-cepat gugurkan kandungan ataupun bunuh bayi sewaktu belum kenal kehidupan. Jadilah seperti sekarang ni, manusia berperangai binatang. Anak dibuang merata-rata. U should be thankfull to your parents, they given you all the loves, all the things that you need sepanjang hidup sedari kecil. You should muhasabah diri semula, kenapa ada "dendam" pada seorang ibu yang begitu mulia disisi Allah.

Apa perasaan ibu kamu kalau dia membaca posting ini? SUKA? GEMBIRA? Tiada siapa yang suka melihat anak-anaknya berdendam begini melainkan orang tu mempunyai masalah hati... Muhasabah kembali, jangan dilukakan hati seorang ibu. Syurga kamu ditelapak kakinya.

Astaghfirullah hal azhim... Moga Allah ampunkan saya andai saya khilaf menilai... Saya memang jahil... Dhaif... Faqir... Astaghfirullah hal azhim.

« Reply #3 on: May 23, 2009, 11:55:39 AM »

depends to you lah, insyirah....

mungkin u ni tak pernah kena pukul, diherdik, dipaksa memakan sesuatu yang u tak nak, dihina dan yang pasti tidak pernah DILANGKAH OLEH IBU U SENDIRI!!!!!...
u patut bersyukur dengan ibu yany u ada.....

than, u can say anything....

saya memang dah ada kawan ramai macam u ni.

tak tau hujung pangkal cerita dan masalah, terus fitnah , herdik , kutuk , umpat dan segalanya....

yang lebih teruk adalah memFITNAH DAN MEMANGGIL DENGAN NAMA SUNDAL. ADAKAH PATUT?!

saya nak samakan sikap 'menegur' insyirah dengan sepupu saya yang hafaz 30 juzu'.
memanggil sundal kerana konon-kononnya saya merampas kekasihnya yang saya kenalkan padanya dulu.
bukan salah saya jika lelaki itu tidak berkenan padanya. apa daya saya...
saya juga tidak menyukai si dia.
manghamun saya hanya kerana saya meminjam biliknya.
malu saya dengan jiran-jirannya.
adakah saya marah padanya jika dia pinjam bilik saya malah menyepahnya?!
adakah ini AKHLAK orang yang menghafaz 30 juzu'?!

nilai diri sendiri, insyirah.
adakah insyirah nak jadi macam sepupu saya itu?!

truely, saya tak tahu umur insyirah.
tapi, kadang-kadang saya rasa insyirah ni masih muda dan berumur lebih muda dari akak. sebab akakpun ada adik angkat macam insyirah. tak tahu hujung pangkal, terus keluarkan hadis yang boleh mengguriskan hati orang lain.

kita ada tasawuf.
sebelum ini, akak tak pandang sangat tentang itu; sibuk akak dengan akidah dan feqah.
akhirnya, bila dah jadi macam-macam, barulah akak sedar tasawuf itu juga penting.

kalau boleh, jangan buat sesuatu yang boleh buat kita regret sampai bila-bila.
terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata.....
BURUK PADAHNYA!!!

« Reply #4 on: Today at 05:20:15 PM »

Assalamualaikum,

erm, entah kenapa, saya pula yang terasa...

masing - masing ada pengalaman yang berbeza, daripada pengalaman yang berbeza ini, kita mencerna apa yang kita terima(seperti drpd bacaan, mahupun kenyataan) menjadi satu tindakan yang berbeza.

akak, hanya akak sahaja yang mampu menjalani ujian dan pengalaman yang dilalui oleh akak, bukan kami. begitu juga pengalaman saya. hanya saya sahaja yang mampu menjalani ujian dan pengalaman. apa yang akak lalui cukup berat. dan bagi saya, tiada satu kayu pengukur yang dpt mengukur sama ada ujian yang akak lalui atau ujian yang saya lalui cukup berat.

atas sebab itu, mnjadi satu kesukaran bagi seseorang yang tidak pernah melalui pengalaman seperti akak untuk membayangkan kehidupan akak. Allah menciptakan makhluk berupa perasaan empati untuk membolehkan insan seperti saya dan yang lain menduga perasaan akak.
bagi saya
budi ibu tidak akan mampu dibalas. cukuplah dengan budi membenarkan saya lahir kedunia. Akak mampu melahirkan ibu akak? Tak logic kan? Saya menulis pun dengan budi mak saya, mak saya yang BUTA HURUF yang mengajar saya menulis. Bagi saya, mana2 tulisan yang membawa pahala kalaupun dihimpunkan pahalanya tidak akan mampu membalas jasa ibu saya menulis saya.
Saya pernah diherdik, dimaki, diludah, dipijak dll oleh mak ibu saya tubuh badan dan wajah saya menjadi saksi kejadian ini, dengan pemikiran “kanak2” saya sangkakan ibu saya membenci saya. Kini sekurang2nya saya bukan kanak2 dan saya bukan lagi berfikir sebagai seorg kanak2 dan saya gagal mencari titik berhentinya saya menyangka ibu saya membenci saya. Saya semakin sedar ibu saya tidak mungkin membenci saya .

Bagaimana dengan ibu akak? Saya tak pernah berjumpa dengannya, dan kalaupun saya berdepan dgnnya mustahil saya mempunyai tanggapan yang sama dengan akak. Sebab seperti yang saya katakan tadi. Kita mencerna dengan pengalaman yang berbeza.
Akak pernah berdoa untuk ibu akak?
Akak percaya dengan yakin bahawa Doa ialah senjata Mukmin?
Kalau akak yakin berdoalah semoga akak mampu bersama – sama dengan ibu akak menatap wajah Allah.
Sebab nikmat menatap Wajah-NYA mampu menyebabkan penduduk syurga terlupa akan nikmat syurga.
Ujian tanda Allah sayang pada kita. Kalau ujian akak lebih berat drpd yang lain. Bukankah itu tanda akak lebih disayangi-NYA ?

Wallahu ‘alam

P/S ; akak, saya rasa akak yang sedang cemburukan?
Sepanjang pengenalan saya dengan Insyirah. Saya sentiasa cemburu pada dia, saya tak kenal sangat siapa moderator tergarang kita ni. Yang saya tahu dia seorg yang baik. Semoga dapat kenalinya dengan lebih baik lagi.

Nota :

warna merah = user
warna hijau = ana
warna biru = azizul

Sehingga kini ana masih berfikir... Salahkah ayat ana, terlebih sudu dari kuahkah? Ter'over' atau keterlaluan nak tunjuk powerkah? Lalu.... Ana berfikir lagi.... Ana amati betul-betul ayat ana, tidak pula mengguna ganti nama yang celupar. Lastly, tersenyum ana.... Baru ana perasan, ana pernah terbaca user yang sama juga rancak mencoret masalah emosinya, beliau seorang yang borderline. Masalah emosi dimana tidak tetap pendirian, sering berubah-ubah dan mudah mengamuk. Ana mohon keampunan Ilahi andai ana salah. Bukan mengaibkan sesiapa tetapi ini yang pernah dicoretkan sendiri oleh user. Ana tersenyum lagi...

Pada masa ini, dihimpit pelbagai ujian dan juga diserang bertubi-tubi. Allahuakbar. Senyum lagi, teringat pula pada kata-kata Akhi Adnan;

Once ukhti berdepan dengan masalah, memang ribut. Tetapi bila benda dah berlalu, bila dikenang kembali, boleh ketawa sendirian.

Yup! Teringat juga ana yang dulu memang TIDAK MATANG. Terhimpit sedikit ujian, selalu sangat meminta nasihat ukhti hingga tidak lagi memikirkan perasaan ukhti, terus di sound ukhti;

Dik, akak tak nak masuk campur lagi dah masalah adik. Pandai-pandailah adik selesaikan.

Nasihat kedua, dari ukhti kesayangan... Ukhti Amiera yang suatu ketika sedang konflik dengan sahabatnya. pelbagai usaha dilakukan untuk membantu sang sahabat tetapi sahabat sendiri yang tidak mahu berubah. Ukhti Amiera yang ana kenali sangat soft spoken, jauh sangat beza dengan ana. Tetapi apabila ukhti Amiera berkata;

Dik, akak tak ada kaitan langsung dengan masalah dia. Setiap kali dia ada masalah, pasti dia lepaskan emosi pada akak.....

Senyum lagi. Benar... Kedua-dua ukhti benar. Masalah sendiri, perlulah kita sendiri tangani. Nasihat dari orang lain boleh dipinta sekiranya mereka sudi memberi tetapi sebagai hamba, awlanya bicara dengan Sang Khaliq sebelum menagih simpati dari manusia yang belum pasti sudi mendengar bicara kita. Allah Maha Mendengar...

Ana hanya makhluk Allah yang berusaha keras menghadapi insan-insan begini tetapi kadangkala tersenyum juga, arh... Siapalah ana untuk 'menasihati' mereka sedangkan ana sendiri yang perlu mereka nasihatkan. Terkadang, ana bersyukur juga selalu diserang dengan bertubi-tubi, setidak-tidaknya ana belajar mengenali kerenah manusia dan ana pula akan belajar dengan sahabat yang lebih berilmu untuk berdepan dengan mereka. Tidak ada suatu perkara yang sia-sia.

Selagi sulaman ketabahan diperbaiki dengan baik, ikatan keimanan dikukuhkan, genggaman kesabaran masih utuh. Insya Allah, akan ana teruskan perjuangan ini walau air mata sering menghiasi perjalanan.


Sunnah berjuang... :)

p/s: Syukran Azizul, mujurlah ana prepare... (^_^)

Read more...

24 May 2009

Mutiara Buat Muslimah


Beritahu pada muslimah itu dirinya ibarat kaca; disentuh terguris, dihantuk serpih, dihempap berkecai. Beritahu pada muslimah itu jaga tutur kata; cakap tinggi nanti dibenci, terlalu rendah dipijak pula, cakap sombong mengundang lawan, hati-hati meluah kata, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Beritahu pada muslimah itu jaga tingkah laku; harga diri letaknya di situ, jangan meluru ikut telunjuk nafsu, sesekali tersilap langkah, akan dihukum selamanya, keturunan dicerca payah, menyesal kemudian bukan faedah. Beritahu pada muslimah itu jaga pakaian; ia cermin peribadi, juga lambang bangsa, di mana dan dalam keadaan macam manapun, biar orang kenal... Dia orang ISLAM. Beritahu pada muslimah itu simpan secebis malu; kerana malu itu, sebahagian daripada iman...

Ya Allah,
Bahawa qada' dan qadar itu memberikan aku kekuatan dan semangat yang tinggi. Hawa nafsu itulah menguatkan keinginan syahwat yang menjurus aku ke arah perlakuan yang Engkau larang. Oleh sebab itu, aku berharap sangat pada Mu wahai Tuhan ku, agar dapat membantu ku sehingga pertolongan Mu itu aku mendapat petunjuk daripada Mu. Sembuhkanlah aku dengan keredhaan dan keistimewaan Mu agar aku boleh beribadah dengan sempurna dengan kurniaan dan anugerah Mu tanpa sebab aku memintanya. Ya Allah, harapanku tak putus-putus kepada Mu walaupun aku ada melakukan maksiat, aku sentiasa berasa takut kepada Mu. Perkenankan hajatku dengan kemuliaan Mu, aamin.

Read more...

23 May 2009

Bangun... Bermunajatlah

Orang-orang yang bertaqwa berada di dalam taman-taman syurga dan di mata air, sambil mengambil apa yang diberikan kepada mereka oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah. [Adz-Dzariyaat : 15-18]

Ayat di atas menerangkan kelebihan bangun malam (qiamullail). Orang yang mampu bangun malam tergolong daripada mereka yang terpilih dan hamba yang dilindungi Nya sehingga syaitan tidak sanggup menutup kedua belah telinganya. Ini kerana jiwa mereka selalu menanti saat Allah turun di langit bumi. Jiwa mereka ingin membuktikan kasih dan cinta dalam pengabdian mereka. Memohon, mencari keredhaan Nya, bermunajat dengan penuh harapan mengharapkan kehidupan abadi di akhirat nanti. Bukan mudah untuk mencari peluang bermunajat dengan Nya melainkan di waktu sepertiga malam.


Bagaimana menghalang dari bisikan yang meminta kita terus lena? Teruskan bertarung, lawanlah bisikan-bisikan syaitan yang menggoda dengan tidur nyenyak, indah dan panjang. Jangan mengaku kalah, bangun dan istiqamah menghidupkan malam. Allah menjanjikan kemuliaan bagi mereka yang menghidupkan malamnya, kerana syaitan tidak main-main dengan janjinya untuk mencelakakan anak Adam. Syaitan mengikat tengkuk manusia agar manusia tidak mendapat kemurahan janji-janji Nya. Dia menebar keampunan bagi orang yang meminta kepada Nya. Rasulullah s.a.w. bersabda, mafhumnya:


Syaitan mengikat tengkuk leher setiap orang dari kalian jika ia tidur, dengan tiga ikatan. Syaitan menepuk setiap ikatan dengan berkata (kepada orang tersebut), engkau masih punya malam panjang, kerana itu tidurlah. [HR Bukhari dan Muslim]

Dan Rasulullah s.a.w. kembali menjelaskan:


Jika orang tersebut bangun, lalu menyebut Allah, lepaslah (satu) ikatannya. Jika ia berwuduk, terlepaslah lagi (ikatan keduanya). Jika kemudian ia solat, maka terlepaslah semua ikatannya. [HR Bukhari dan Muslim]

Kedua hadis di atas jelas menunjukkan kelebihan bangun malam. Menarilah menuju Nya dengan cinta, agar jiwamu menari menuju syurga. Jangan redupkan malam mu, bangkitlah. Bertemu Allah, di hujung malam, pasti jiwa kita indah bersimpuh pada puncak penghambaan diri sebagai hamba yang selalu berharap dan terus berharap. Pengharapan itu melayang jauh, di kejauhan yang tak terhitung jaraknya, di sana, di hamparan syurga Allah yang dijanjikan untuk jiwa yang beriman.

Sesungguhnya di syurga itu ada kamar yang luarnya terlihat dari dalam dan di sisi dalamnya terlihat dari luar. Disediakan untuk mereka yang memberi makan orang-orang yang perlukan makanan, menyebarkan salam, serta mendirikan solat pada saat manusia terlelap dalam tidur malam. [HR Ibnu Hibban dalam sahihnya.]

Di penghujung malam itulah seharusnya benih-benih pengharapan jiwa itu ditanam, disemai dan ditumbuh suburkan dengan cinta, pengharapan akan keampunan dan penjagaan dari dosa.

++ Qiamullail di Mata Rasulullah s.a.w. ++

Rasulullah s.a.w. tidak pernah meninggalkan solat malam hingga bengkak tapak kakinya. Padahal baginda orang yang telah dijamin menghuni istana-istana megah di syurga melalui pintu mana saja yang dikehendakinya dengan kedudukan tertinggi di antara hamba-hamba Nya. Kita hanya manusia biasa yang begitu akrab dengan dosa nista, sewajarnya memiliki rasa malu pada Dia yang Maha Esa. Kita tidak memiliki jaminan syurga dan semestinya kita perlu beribadah dan memohon dengan sesungguh hati sehingga Allah berkenan merahmati dan menghapus kesalahan-kesalahan kita.

Hendaklah kalian melakukan solat malam kerana ia adalah kebiasaan orang-orang sebelum kamu, akan mendekatkan dengan Tuhan mu, sebagai penghapus kesalahan, pelindung dari melakukan dosa serta penghilang penyakit dari badan. [HR Ahmad dan Tirmizi]

Rasulullah s.a.w. menjelaskan keutamaan solat malam: Solat yang paling utama setelah solat wajib ialah Qiamullail.

Sesungguhnya ada waktu di malam hari yang tidak seorang pun dari seorang hamba yang berdoa pada saat itu untuk memohon kebaikan kecuali pasti Allah kabulkan. [HR Muslim]

++ Qiamullail Bagi Orang Soleh ++

Apabila kita meninggalkan dunia yang fana ini, tidak ada bekalan yang dibawa melainkan amal soleh. Tiada hubungan keluarga, kerabat, teman, sahabat dan kekasih. Pada hari itu, tubuh bertelanjang, masing-masing hanya memikirkan tentang diri sendiri. Hari di mana Dia menampakkan kesalahan-kesalahan kita dan tidak ada amal baik dan jahat sekecil apapun kecuali akan mendapat balasan dan rugilah jiwa yang jauh dari pengampunan Nya.

Itulah hari taghabun, dinampakkan kesalahan-kesalahan setiap manusia, pada hari itu manusia akan menggigit jari-jari mereka (kerana menyesal).

Ahmad bin Harb, seorang yang soleh, ada menyatakan kehairanannya terhadap tidur orang-orang yang tertidur lelap (begitu lena), dan kelalaian orang-orang yang lalai lalu dia berkata: Aku hairan terhadap orang yang mengetahui bahawa syurga itu telah dibilas sedemikian rupa, dan neraka telah dinyalakan dari bahagian bawahnya kemudian mereka tertidur di antara keduanya.

Seperti yang dikatakan Fudhail bin Iyyadh, beliau mengatakan tentang satu kaum:
Aku menjumpai satu kaum yang malu kepada Allah di kegelapan malam kerana tidur terlalu lama. Ini kerana mereka terbiasa dengan baring sebentar dan jika terjaga ia berkata, ini bukanlah untukmu, maka bangkitlah untuk mengambil bahagianmu dari akhirat.

Abdul Aziz bin Rawwad, selalu mengusap bantalnya apabila malam telah tiba sambil berkata: Sungguh empuk engkau, tetapi bantal-bantal di taman syurga lebih empuk darimu. Lalu beliau berqiamullail sepanjang malam.!


Ayuh! Bangun... Mari kita hidupkan malam dengan bermunajat kepada Nya.

Read more...

22 May 2009

Setitis Tinta

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah. Dia menganugerahkan tangan-tangan yang sedia untuk memimpin dikala diri ini terawang-awang entah ke mana, alhamdulillah dalam awang-awangan tidak sempat tersangkut pada sawang. Syukran jiddan3 Kak Wani, jazakillah atas setiap nasihat dan tazkirah yang begitu konsisten sepanjang adikmu ini menghadapi tribulasi hidup. Huk huk. Syukran pada Kak Wawa, dalam kesibukan menguruskan anak-anak yang comel, masih lagi selalu mengirimkan tazkirah buat hatiku. Jazakillah.

Klimaks tribulasi hidupku.... (adakah ianya klimaks? Allah saja yang lebih tahu)

Semalam, terharu sungguh dengan beberapa kiriman SMS dari sahabat-sahabat. Maaf pada semua, ana dilanda kebekuan otak buat beberapa ketika. 2-3 sahabat mengirimkan SMS meminta pendapat/nasihat tetapi ianya menambahkan lagi kebekuan pada otakku, duduk dan termenung lalu bermuhasabah. Ana bukanlah orang yang layak untuk menasihati kalian sebaliknya ana yang kalian perlu nasihatkan. Lalu... Ana membiarkan SMS itu tanpa menjawab hingga ana punya kekuatan untuk membalasnya, kalungan doa semoga Allah memberikan jalan buat mereka mencari penyelesaian terbaik. Pecah lagi kolam airmata...

Sebenarnya maruah dirimu lebih berharga apabila bangun berterus terang mengakui kesilapan, bangun dan menyapu segala debu sama ada yang di hadapan atau di belakang. Orang yang tak pernah jatuh tidak akan tahu ada debu di belakangnya, kerana ia melihat di hadapan. Ramai para kekasih Allah adalah mereka yang bangun dari lumpur kesilapan. Awaslah, tenggelam dalam kepujian dan sanjungan amat berbahaya kepada hati. Sang monyet jatuh dari pohon yang tinggi kerana terlena dengan angin yang lembut -khadam penuntut ilmu-

Bergenang air mata membaca bait ayat dari Kak Wani. Setiap kali dilanda tribulasi kehidupan, ana berdiam dan selalu pujuk hati sendiri; Allah beri ujian, biarlah Dia memujuk dengan cara dan kehendak Nya. Setiap kali yakin dengan kalimah ini, selalu didatangkan insan-insan yang berjiwa kental, memikul amanah Tuhan bergerak dan terus berjuang memartabatkan Deen. Syukran sahabat-sahabatku.

Maha Suci Allah yang menjadikan tubuh manusia itu begitu indah. Bagaikan wujud satu hubungan yang sangat akrab diantara anggota tubuh setiap manusia. Andai kaki tersepak batu di jalanan,tangan akan merawat kaki yang sakit, mulut dan lidah mula menceritakan keperitan yang dirasai kaki dan mata pula mula menitiskan air jernih yang membasahi pipi. Ya Allah ya Tuhanku, alangkah indahnya andai aku mampu menjadi sahabat seperti ciptaan Mu itu........

Dik Azmah, Akhi Azizul... Moga terus tabah dan bersemangat menjalani kehidupan, mungkin tiada kata-kata dari ana bukanlah bermakna ana tidak mahu mengikuti perjuangan kalian tetapi sesekali disapa ujian, hati ini tertunduk layu.... Jiwa ini mahu membisu, rantaian kelopak ini mungkin menjauhkan keprihatinan ana pada kalian tetapi yakinlah kalian mampu mengorak langkah yang lebih gagah dan panjang kiranya keyakinan pada Allah utuh seperti terumbu karang di lautan.

Puas di psiko dengan dahsyat oleh seorang ukhti yang amat-amat dihormati, akhirnya bukan ana yang berderaian air mata tetapi ukhti yang menjadi sebak dan menitis air mata. Sedang ana, hanya diam dan terus membisu. Asifi ya ukhti...

"Dik, janganlah korbankan diri sendiri pada mereka yang tidak mahu menghargai pengorbanan adik... Akak sedih sangat, adik selalu dipergunakan insan-insan yang tidak bertanggungjawab atas ukhuwwah."

Beku otak dengan luahan 'ikhlas' ukhti. Entahlah, selagi ada SAYANG di hati. Biarlah ana terus menyayangi sahabat-sahabat. Biarlah tiada ana di hati mereka, cukuplah di hati ana tetap ada mereka hatta pada mereka yang pernah melemparkan sebuah senyuman manis mahupun selempar kata-kata yang pedih. :) Pengalaman selalu mendewasakan. Bergenang lagi air mata...

Chayok! Chayok!

AISYAH... I miss you lots... Maaf, pertemuan yang sepatutnya dihiasi dengan senyuman dan gelak tawa tetapi terbabas menitiskan air mata. Diriku berperang dengan perasaan, gembira bertemu kalian dan sedih yang bersarang-sarang. Terima Kasih atas nasihat yang diberikan. Barakillahufik.

YANNA... Moga terus cemerlang dunia akhirat.

NADIA... Ana dah rindukan anti bangat walaupun baru je bertemu, 2 malam tidur sekatil dah cukup buat ana terlalu rindukan kenangan tersebut.

KAK WANI... Syukran, tiada kata-kata lain selain doa pada Rabbi moga Dia memimpin akak menuju keredhaan Nya.

Kak Syifa' dan Kak Amiera, YOU ARE ALWAYS in my deep heart. Moga Allah pelihara ukhuwwah kita hingga ke alam sana. RiNDu sangat-sangat dengan antunna, kekasih hati...

Dalam diam dan berfikir, satu mesej dari Babah buat ana tersenyum. Betul3... Diam dan terus diam... :) Syukran Babah, selalu menghantar mesej yang TEPAT pada masa yang TEPAT kepada orang yang TEPAT dari orang yang TEPAT... Subhanallah.

Read more...

20 May 2009

Kenangan Zaman Kecil :)

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, hari ini ana dapat temankan abi untuk beberapa urusan di luar rumah. Kebiasaannya kalau ada urusan di luar rumah, ana mengikut abi. Jangan disangka badan lembik ini tak mampu nak jadi 'bodyguard', memang tak layak pun nak jadi 'boduguard', orang kuis sekali pun dah tumbang. Hik hik hik. Nak kata Personal Asistant pun tak juga, hohoho... Ana nak jadi apa yer, tak nak la apa-apa jawatan pun. Setiap jawatan diiringi dengan tanggungjawab, makanya ana takut untuk memikul tanggungjawab :) Risau tak terjawab di sana kelak. Biarlah diri ini 'bukan siapa-siapa', belajar pun tak tinggi mana. Setakat tadika jer, itu pun selalu ponteng... Hihi.

Sepanjang dalam kereta tadi, macam-macam lah yang diborak dengan abi tersayang. Siap abi bawa pusing-pusing buang masa dan minyak sementara tunggu nak ambil adik-adik di sekolah, cerita punya cerita terkeluarlah cerita zaman kecil dulu.

Pada zaman dahulu.... Opsss! Tidakkkkk, jangan la guna bahasa macam tu. Ok, ok kita teruskan yer.

Masa zaman kanak-kanak riang, ana boleh dikategorikan sebagai budak yang nakal. Memang suka join aktiviti lasak abang-abang seperti menangkap labi-labi di kala hujan lebat mencurah-curah ke bumi. Setiap kali hujan, maka kami 3 beradik -Abang, Abang Cik dan ana- (masa tu) akan keluar umpama askar sambil membawa penyapu dan penyodok serta penyapu lidi menunggu di belakang rumah dengan penuh sabar dengan alatan-alatan canggih tersebut untuk menangkap labi-labi. Masa tu belakang rumah kami ada air mata air, selalu juga la main di situ. Memang best, terutama bila hujan lebat maka ada labi-labi akan turun menyusuri laluan air mata air tu. Bila berjaya dengan tangkapan itu, kami pun memunggah baldi atau basin untuk mengurung si labi-labi, selalunya bangun pagi esoknya labi-labi dah hilang kerana ummi dengan slumber dan sempoinya melepaskan labi-labi sebelum kami bangun. Uwaaaaaa!

Sampai hati ummi, penat tau kami tangkap labi-labi tuh dengan senjata-senjata yang canggih lagi berinovasi tinggi. Sayang ummi pada makhluk itu melebihi kasih sayang dan kesungguhan kami menangkap labi-labi tersebut. Sobs sobs...

Cerita PUASA tahun pertama ana, yang ini memang ana tergelak setiap kali imbas kembali. Masa tu kami masih bertiga yang direkrut untuk puasa bulan Ramadhan, Abang (8 tahun), Abang Cik (6 tahun) dan ana (4 tahun) pada masa tu memang agak berdikari kerana tiada pembantu rumah. Ummi kerja dan abi masih lagi belajar pada waktu itu, seminggu sekali baru berpeluang untuk jumpa abi itu pun weekend jer la. Masa tu kalau dengar lagu "Pondok Kecil" memang akan meraung sepuas-puasnya... Abang Cik pula memang standard setiap hari Rabu akan melolong seperti kerasukan menjerit-menjerit "Abiiiiii...." dan menariknya memang hari Rabu je dia menjerit, hari lain tak de pula dia teringin nak jerit.

Eh lupa, nak story tentang PUASA kan tadi... hehehe. Masa puasa, ana baru 4 tahun. Maka memang mati-mati kena naya dengan Abang. Pagi tu kami keluar menikmati pemandangan yang indah, dengan slumbernya Abang cakap pada ana;

"Adik, kalau puasa mana boleh telan air liur. Nanti BATAL la puasa tu."

Ana pun innocent, angguk-angguk jer la. Memang sepanjang jalan tu kerjanya meludah jer la, punya nak jaga puasa. 1st day and 1st time la kononnya, huhu. Sampai rumah, rasa tekak dah kering sangat-sangat! Badan rasa kering kontang, bayangkanlah sepanjang jalan tu meludah je. Buka peti ais, konon nak usha jer la bukan nak minum pun. Sekali, alamakkkk ada strawberri sebasin!! Walla, warna merahnya... Ai... Terliur tuh! Tapi tutup balik peti ais tu, sambil terbaring kehausan dan 'kekering kontangan', sekali lagi dianiaya oleh Abang;

"Ummi kata kalau nak makan strawberri tu makan la."

Apa lagi, memang bagai orang mengantuk disorong bantal. Cepat jer bangun sepantas kilat, menyambar peti ais terus NGAPPP strawberri dan minum air entah berapa gallen. Hehehe. Bila dah hilang haus, senyum je la... Sekali, kecut perut dengar Abang cakap;

"Haaa... TAK PUASA. Abang bagitau ummi...!"

Haaa?? Nganga jer la, nak kata apa! Memang masa tu rasa nak gi belasah je Abang. Tadi dia cakap ummi kata nak makan, makan je la. Dah habis makan, dia kata gitu pula. Ummi pula masa dulu memang garanggggg sangat. Mujur la masa tu ada geng, Abang Cik pun join da club makan dan minum. Abang tak makan pun, puasa penuh sehari. Adeiii... Sabar jer la. Ummi balik tu, memang teruk la kena bebel sebab pagi sangat buka puasa pun. Kalau setengah hari tu boleh juga diterima dek akal tapi ni awal pagi dah culas. Ni Abang la punya pasal, ada ke patut dia kata tak boleh telan air liur... Hehehe.

Cukup la, bila-bila sambung lagi ye kenangan zaman kecil. Sila la jangan pelik kalau baca cerita yang memang 'pelik' ni, amaran... Sila jangan buat begitu pada adik atau anak sedara yang baru nak belajar puasa, mau dehidrasi pula. Hik hik hik :)

Nota kaki:
Gambar pertama ialah Abang Cik with Amir (Pak Uteh's son) and Faris (Pak Uda's son) semasa Famili Gathering di Port Dickson. Gambar kedua ialah Abang semasa jalan-jalan tengok gambar di Muzium Negara end of last year.

Read more...

19 May 2009

Salah Faham

Bismillahirrahmanirrahim.

Hampir saja ana diserang heart attack gara-gara soalan dari sahabat nun di Bumi Kinanah. Alhamdulillah, mujurlah beliau bertanya secara terus terang kepada ana berbanding hanya membuat andaian dan terus memegang dengan andaian tersebut. Ya Allah... Tersenyum ana membaca soalan dari sahabat. Bukan seorang bahkan 2 orang! Aih, jauh betul berita tersebar... Terpaksa melalui Sungai Nil, huhuhu.

"Betul ke Syirah dah kawen? Haritu baca blog... bla bla bla..."

Ini bukan kali pertama ana berdepan dengan soalan yang sama. Ingin ditegas dengan setegas-tegasnya, bukan kenyataan ini untuk mewar-warkan yang ana masih single mingle tetapi untuk mengelakkan dari salah faham yang tidak benar ini berterusan. Berita dah sampai ke Mesir nih, bak kata orang Perak 'amboi jauh bebenor nampaknya'. Huhuhuhu...

- Ana belum berkahwin -

Harap jawapan ini tidak lagi membuat sahabat-sahabat terus dengan andaian dan persoalan-persoalan ini dihentikan SERTA MERTA. Mengalahkan artis jer, astaghfirullah hal azhim. Insya Allah, kalau sampai jodoh dan berkahwin... Ana akan war-warkan pada sahabat untuk hadir pada majlis walimah. Harap TIADA lagi yang membuat gosip ini dan diharapkan dengan kenyataan ini maka cerita ini ditamatkan di sini. MINTA TOLONG sangat-sangat yerk.

Faqir ilallah,
-Insyirah -

Read more...

18 May 2009

Teguran Dari Sahabat

Bismillahirrahmanirrahim...

Ana sangat rindu untuk menulis. Pasti hati sahabat tertanya-tanya, habis tu entri sebelum ni ana tak menuliskah? Bukan begitu maksud ana, merindui suasana menulis yang fokus dan bermatlamat seperti dahulu. Sudah tidak bermatlamatkah sekarang? Bukan juga, mungkin kerana beberapa insiden yang berlaku buat ana meninggalkan ruangan itu buat seketika. Hari ini, ana kembali menyusun ayat dan kata, merangka sebuah cerita dari lubuk hati ana sendiri untuk dihadiah serta muhasabah kembali oleh hati ana. Cerita yang mengajar dan mengajak ana berfikir secara keras dan konsisten. Insya Allah.

Sedang leka menyusun bicara hati menarikan jari jemari, seorang teman dengan 'sukanya' mengacau konsentrasi ana menulis. Ana pun berkongsi satu cerita lawak yang sukar untuk ana lupakan, buat hati untuk ketawa dan senyuman pada wajah. Hiburkan hati sesekali tidaklah sampai lupa diri. Usai tersenyum, tersengih dan ketawa sendirian, hilang sudah idea yang tadinya mencurah-curah. La ba'sa, semasa melayan cerita teman pun ana masih giat menulis di ruangan lainnya dan dia sendiri maklum yang ana sedang menulis. Jadi, ada waktunya agak lambat ana memberikan respon. Asif.

Katanya ana ni mesin taip auto. Apa-apa sajalah. Ada saja peluang nak mengenakan orang, ada hari ana mengalah ada hari tak reti nak mengalah.

Sedang leka membaca dan membetulkan ayat-ayat yang ana catatkan sebentar tadi, pop-up satu mesej dari seseorang. Masih berlagak biasa dan memerhatikan setiap bait bicaranya, hati ana tersentuh dan ana mengaku dengan apa yang ditulisnya. Teguran dari seorang sahabat walaupun tak pernah menghadirkan dirinya dalam bentuk nyata. Ana hargai dan mengharapkan dia akan terus menasihati dan menegur ana.

Salam dik.
Lama tak nampak adik mencoret? Rindulah. Sesekali jer update, itupun link kepada post orang lain. Baca juga blog adik, selalu juga update tapi semuanya kisah-kisah peribadi dan catitan adik jer. Akak rindulah nak baca tulisan-tulisan adik macam dulu. Dah lama tak nampak adik menulis, dah pencen ker?

Mungkin ada kala, rasa bosan datang menyinggah dan ada masa rajin sangat. Akak rindu nak baca tulisan adik seperti dulu, yang sarat dengan kasih sayang dan juga adik begitu tekankan apa yang perlu diperhatikan. Sekarang, dah tak macam tu lagi tulisan adik. Semuanya santai dan bersahaja, menulislah dengan hati supaya dapat menegur hati-hati kami.
Panjang lagi mesej tersebut, sengaja ana copy yang awal dan hujungnya. Isi dan tengahnya cukuplah untuk santapan ana sahaja. Sememangnya ana rindu untuk menulis seperti dulu, walaupun ada pihak yang tidak senang. Ana menjadi santai begini entah mana silapnya. Beberapa hari lalu seorang sahabat dalam list YM memberi saranan untuk mengaktifkan diri di ruangan Iluvislam, mengikut menjadi TopBlogger di kelompok Iluvislam tetapi ana menolak. Memang tiada 'isi' pun dalam blog ini untuk dikongsikan bersama. Sesekali, ana diburu rasa bersalah juga kerana blog hanya merapu dan terus merapu. Entah, apa yang membuat ana menjadi sangat merapu. Moga taufiq Nya mengembalikan tulisan seperti dahulu. Ameen.

Sedang berjuang untuk melontarkan idea dan terus menulis. Doakan ana.

- Adakah Kerana Agama -

Moga hadirmu menjadi penguat semangat untuk ana terus menulis. Dah reserved pada satu ruangan peribadi, kisah dan monolog hamba Allah untuk dihayati sang hamba Allah.

Fighting! Fighting!

Cebisan... Awalan... Permulaan...

Adakah Kerana Agama?

(...fiksi semata-mata...) :)

Sakinah menguak jendela disisi katilnya, menghirup udara pagi sambil melihat alam indah ciptaan Tuhan. Hatinya menghiasi alunan asma' Allah, dalam nada yang perlahan dilantunkan zikir-zikir memohon petunjuk Ilahi dalam derap langkah kaki yang semakin perlahan. Lidahnya masih diam, fikirannya masih lagi ligat berputar mencari jawapan yang diharapkan dari Allah taala.

Sakinah masih menikmati 'sarapan' pagi berlaukkan alam ciptaan Allah, sesekali derap nafasnya ditahan-tahan agar udara memenuhi ruang paru-paru, ketenangan dirasai. Hatinya semakin tenang, jiwanya semakin lapang dan pastinya Sakinah tersenyum melihat keletah burung yang singgah di atas pokok sisi biliknya. "Subhanallah."

Maisarah menghampiri Sakinah yang sedari tadi asyik melihat keindahan ciptaan Allah, musim bunga di Bumi Ambiya' sedikit sebanyak memberi kalungan bunga di hatinya. Indah, begitu hebat aturan Ilahi.

"Kak Kina, Sarah dah siapkan sarapan. Jom makan."

Moga hadir tulisan-tulisan ini menyedarkan sang hati yang kelalaian. Panjang lagi yang sudah siap tapi biarkan masa yang akan pamerkan. Insya Allah.

Read more...

Anugerah Ilahi

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, Sabtu lalu (16 Mei 2009) Allah temukan kami dengan kasih sayang Nya. Mudah-mudahan bertemu dan berpisah kerana Allah. Sebenarnya entri ni nak masukkan semalam tetapi memandangkan mood telah hilang dek kerana sakit belakang, maka malas jer nak mengadap blog. Main Feeding Frenzy jer la sambil teman ummi buat kerja. Huhuhu.

Sabtu - 16 Mei 2009

Pagi lagi dah mengadap PC, hehe. Punya la excited, lepas bersiap dalam pukul 9 lebih tu Aiman turun bawah cakap tiada air di tandas atas. Ha? Itu la bangun awal-awal tak nak mandi dulu, huhuhu. Nasib la tandas bawah ni guna tangki, ada la juga air. Kalau tidak, suruh terjun sungai belakang rumah je la. Hik hik.

Memandangkan semua ada destinasi masing-masing maka lepas makan kenduri ummi pun hantarlah ana pergi ke rumah Aisyah. Dari pagi lagi ana bagitahu Aisyah, ana maluuuu nak jumpa dia. Huk huk huk. Sampai je rumah Aisyah, Aisyah dah siap sedia tunggu. Makin kurus je sahabat ni. Aisy... Rasa lawak je nak taip ni. Hihihihi. Few seconds, ummi Aisyah pun keluar dengan muka yang ala-ala terperanjat sungguh. Ana dah segan, tapi masih lagu buat biasa je. Sekali, ayah Aisyah pun keluar. Aduih, malunya. Asif, jalan macam kura-kura je. Sopan gitu, ahaks.

Masuk je dalam rumah Aisyah dengan selamatnya, baru la ana bersalaman dengan ummi Aisyah. Then, mula la buat ana jadi serba salah. "Ya Allah, makcik tak tahu kamu sakit. Makcik tanya Aisyah, dia kata sihat je." Ana pun jawab la... "Sihat makcik, kalau tengok pipi confirm sihat." Amboi, sempat lagi ana nak bergurau ye. Cover malu... Tua sebelum usia. Hihihihi. Terharu sungguh bila ummi dan ayah Aisyah cakap macam-macam pada ana.

"Sabar la, ada hikmahnya. Insya Allah."

"Insya Allah, tak lama lagi sihat la."

Ana OK jer. Hihihi. Tak la 'terasa' sangat dengan keadaan sekarang cuma terkadang datang angin kus-kus tu menangis juga la bila melihat sekeliling tapi tak mampu nak 'meggapai' apa yang nak dicapai. Allah lebih tahu apa yang terbaik. Insya Allah.

Wamakaru wamakarallah wallahu khairul makirin.

Lepas Zohor, ambil Hafizah pula di rumahnya. Awalnya, ummi Aisyah suruh ana duduk diam-diam je, tak payah ikut Aisyah ambil Hafizah tapi segan la pula rasanya. Lagipun nak ikut juga, nak juga, nak juga! Hihi, maka ikut la. Ambil Hafizah, tak turun kereta pun. Hafizah pun tak tahu keadaan ana. Hampir nak sampai rumah Aisyah, maka kami pun bagi hint pada Hafizah.

"Jangan terkejut ye, surprise menanti di rumah."

Kesiannya, Hafizah selalu kena buli dengan kami. Terkejut juga rupanya sahabat dengan 'surprise'. Malu... Malu... Banyak sangat yang dibualkan, paling best walaupun dah cakap awal-awal yang ana masih kenyang pun ummi Aisyah dan anaknya (ehek) suruh makan juga Bubur Pulut Hitam, slurppp. Ya Allah, sedapnyaaaa! Hihihihi. Petang, makan 'jari Aisyah' pula. Isk isk isk, kalau pergi rumah Aisyah kena kosongkan perut. Banyak sangat yang nak disuruh makan. Hihihi.

2 sahabat ini anugerah dari Ilahi, sentiasa memberi bahu untuk dilepaskan segala bebanan perasaan, sentiasa memberi tangan untuk memimpin jalan, sentiasa memberikan semangat untuk mengorak langkah panjang, sentiasa memberi doa untuk tabah dalam perjuangan. Moga kasih sayang dan ukhuwwah ini kekal hingga ke alam sana. Ameen.


Sahabat senyum, tangis, suka dan duka. Hadirnya dirai, perginya dirindui. Kalian tetap di hati.

Terharu sangat, Hafizah minta hp ana nak tengok gambar. Takut juga kalau-kalau dia tengok gambar pakwe ana, ahaks. Nanti berebut pakwe pula, ngeh ngeh ngeh. Lastly dia tengok album gambar-gambar ana dalam hp, dia minta nak bluetooth. Dah la dia minta pic with niqab, orang nak kasi pic without niqab dia tak nak. Kata nak ubat rindu, ambil la yang nampak muka. Ngeeee! Slumbernya dia bermadah...

Muka Ra sentiasa di hatiku...

Kekekekeke, dengan nadanya. Wah, kalau buat sajak best neyh. Hihihi.

Echeh, wajahmu tetap di fikiranku...

Aisyah pula menyambung. Sabar jer la. Ni belum sesi menyakat tahap kronik, biar lah auto sensored. Syukran Aisyah dan Hafizah atas luangan masa kalian, jazakillah atas nasihat-nasihat amat berguna buat diriku. Maaf Aisyah, di waktu hujan lebat di luar sana... Terhujan pula bila bersama.

~ UHIBBUKI FILLAH ~

Read more...

16 May 2009

Dia Masih Menyayangiku

Bismillahirrahmanirrahim.

Pagi ini terhibur sungguh rasanya, sekejap tersenyum, sekejap serius dan sekejap pula melopong mengadap PC. Sungguh kelakar rasanya pagi yang agak sejuk ni, beberapa hari hujan agak lebat. Sakit pada tulang belakang hingga ke tapak kaki semakin mencengkam sendi-sendi apabila ditambah dengan cuaca yang sejuk. Kazalik... Nyaman sungguh rasanya, nuansa hati yang semalam agak kelam hari ini berubah ceria dan begitu tenang dengan kata-kata Nya. Subhanallah. :)

Beberapa hari ni ana dikejutkan dengan mesej-mesej "shock", ya Allah... Rasa macam-macam, boleh pula ditanya apa yang ana rasa. Nak jawab tak rasa apa-apa lah, huhuhu. Biar la, apa pun rasa dan yang mengganggu fikiran telah pun ana buang jauh-jauh, sejauh jauhnya... Hehe. Mudharat dan fadilat datang dari Allah, tenanglah sang hati...


Pagi ini YM dengan seorang ammu (betul-betul ammu), soalan standard dari ammu ni dah pun ana hafaz sekian kali. Bukan apa, setiap kali berkesempatan YM pasti soalan yang sama muncul darinya. Tersenyum sendirian dengan kata-kata ammu, boleh pula dengan bangganya ammu kata seronok sungguh menyakat ana. Ana hormatkan dia jer, kalau tidak mau teruk ana 'belasah' dia pula... Ana jarang nak mengalah dengan orang yang menyakat ana, tetapi memandangkan ammu adalah ammu, kena hormatkan dia. Sesekali bagi chance pada dia, biar la dia seronok. Hik hik.
:)

Semalam menangis dengan kata-kata seorang hamba Allah, sekali lagi pandangan diminta dari seorang sahabat. "Biarkan je lah...." Huhuhu, kenapa semua orang 'menasihatkan' ana membiarkan dia sedangkan ana sayang pada dia. Sayang seorang hamba kepada seorang hamba memang tak seberapa dibandingkan dengan kasih sayang Allah, awal pagi ana bangun dan senyum pada diri sendiri. Menguak jendela dan jauh-jauh ana buangkan segala pahit semalam, senyum pada embun, senyum pada embun, senyum pada embun! :P

Setitis demi setitis embun ana 'kutip', alhamdulillah kasih sayang Allah selalu menemani saat suka dan duka. Senyum dan senyum lagi, semalam Kak Syifa' balas mesej ana. Tiada yang serius, Kak Syifa' demam campak. Alhamdulillah, ana takut kalau Kak Syifa' chikungunya.

Sesekali, tersenyum sendiri. Arh... Manisnya senyuman yang lahir dari hati, rindunya pada Kak Amiera! Sesekali Dia menduga, sesekali jalan sumbing langkahnya namun Dia masih setia memimpin gerak langkah. Maaf pada sahabat-sahabat sekalian andai ana terSALAH dan terSILAP dalam memupuk kasih sayang dalam berukhuwwah, emosi kurang stabil mungkin kerana menahan sakit. Sakit belakang terkadang menguji emosi, sedikit nikmat yang Allah tarik terasa sungguh kehilangan. Terkadang, ana mengaku kalah juga dengan emosi sendiri... Sukar untuk bergerak, sukar untuk bangun, sukar untuk duduk, sukar untuk berjalan buat kesabaran tipis. Astaghfirullah hal azhim. Maaf pada sahabat-sahabat kiranya ada mesej dan pertanyaan yang lewat di balas. Takut teremosi pada kalian.

Hari ini, hati berbunga riang... Semoga Allah temukan kami dengan kasih sayang Nya! Rindu pada Aisyah dan Hafizah moga terubat sebentar lagi. Ameen. ^_^

Ana terbeliak mata dengan kata-kata ammu apabila ana cakap "sekarang ni insyirah masih guna tongkat lagi support tulang belakang yang tak berapa nak stabil." Dengan slumbernya ammu cakap "hah !! tongkat... alamak... parah lagi nie.. mcm org sakit barah tulang..."

Aduih, ni ada juga yang nak kena baling dengan bom C4. Huhuhu! Tapi mujur la lepas tu ammu buat lawak, kekekeke... Senyum lagi (wah sudah Syira, perasan betul Syira ni). Betul la tu, kadang-kadang perlu juga 'menipu diri sendiri' agar terhibur. Hik hik hik. Ammu... Ammu... Sabar je la Syira kalau chatting dengan ammu.
:)

Atas setiap kelam dan suram, Allah datangkan senyuman dan kegembiraan yang tak terkata. Kerana keyakinan masih menebal, Dia menyayangiku dengan cara Nya sendiri. Andai diberikan UJIAN, itu tandanya Dia mahu kita kembali pada Nya. Andai diterjah dengan kesakitan, itu tanda kasih sayangnya yang tebal, mudah-mudahan kaffarah pada diri agar di sana nanti tidak menanggung azab tak tertanggung. Ameen. Andai diberikan kegembiraan, bersyukurlah agar kita mampu memberikan kebahagiaan pada orang lain.

Usah bersedih, Dia masih menyayangiku...

Read more...

14 May 2009

DeDiKaSi BuaT BoNDa [II]

Assalamu'alaikum w.h.b..

Ramai teman blogger yang buat post "HARI IBU" tetapi ana sengaja malas nak tulis, bagi ana hari-hari adalah hari ibu. Hehehe. Just wanna sharing some tipS untuk kita semua... Nasihat dari seorang ibu, kasih dari bonda... Dedikasi kembali untukmu UMMI.

Bagi ana yang sudah mengenali ummi selama 19 tahun 3 bulan 2 minggu 6 hari. Sebenarnya masih banyak perkara yang ana belum 'kenal' ummi, antaranya ialah... Mungkin post kalini muslimah yang membaca boleh sama-sama bermuhasabah kembali dan melihat sejauh mana kita mendekati dan menyelami hati juga perasaan seorang ibu. Buat muslimin juga, mungkin kalian akan lebih memahami seorang ibu apabila selesai membaca post ini. Insya Allah. Wallahua'lam.

Ana dilahirkan sebagai puteri sulung yang banyak berdampingan dengan ummi juga abi. Alhamdulillah. Banyak ilmu yang disalurkan kepada ana sepanjang ana hidup di dunia ni. Antaranya respon (tindakbalas) psikologi yang selalu kita kurang bualkan secara serius. Bagi ana secara peribadi, ana lebih banyak meminta pendapat abi dalam masalah peribadi kerana abi seorang yang sangat mudah dibawa berbincang bukan bermakna ummi tidak begitu sebaliknya ummi jenis yang sempoi sikit, hihihi. Terkadang tu tak jadi nak sharing dengan ummi bila ummi pula yang start sharing all the probs. I am trying to be a good listerner to my parents, ameen. Kalau bercakap dengan ummi selalunya "main redah aje". Abi lebih serius kalau bincangkan sesuatu, hihihi.

Satu perkara yang kita mesti tahu, ibubapa (orang tua) tidak berfikir macam kita (muda).

Kadangkala terjadi konflik apabila anak remaja merasa ibubapa mengongkong hidup dan sebagainya, ada pula yang judge mak ayahnya pun tidaklah baik mana pun jadi kenapa nak mengongkong hidup anaknya. Kita sebenarnya silap, mereka mungkin pernah melakukan kesilapan dan apa yang mereka lakukan ialah cuba untuk mengelakkan kita melalukan apa yang pernah mereka lakukan. Ana selalu berpesan;

Sekiranya ibubapa kita tak nak faham kita, cubalah sebaik mungkin untuk memahami mereka. Kita takkan sesekali mampu memahami hati seorang ibu/bapa selagi kita belum jadi seorang ibu/bapa. Hargailah mereka walaupun mereka selalu melakukan kesilapan kerana mereka tetap yang terbaik sebagai ibu dan bapa. They are trying to be good, give them time.

Dalam proses mengenali seorang insan yang pernah mengandung dan melahirkan ana dengan susah payah, terlalu banyak 'surprise' yang ana dapat. I am smiling now when I write all this words... Hihi. Rupanya masih banyak tentang ummi yang ana tak tahu. Hik hik hik...
:)

Ana ingatkan ummi ni sempoi jer. Tetapi sejak bertemu dengan bakal menantunya... Lebih banyak perkara yang ana berkongsi dengan ummi. Perkara yang sentiasa ana pandang remeh, kui kui kui. Nampak je sempoi tapi, fuhhhh! Ummi pandang dari hujung kepala hingga ke hujung kaki. Ana memang langsung tak jangka pun. Buat muslimah yang bakal bertemu ibu mertua, mungkin tipS ni boleh membantu kalian. Hik hik hik.

Ummi melihat tapi ana tak sedar.
- jari tangan
- kuku
- cara berjalan
- cara makan
- jari kaki

Teringat satu perkara yang Babah cakap pada ana; "Sewaktu sahabat bertanyakan tentang seseorang dari kalangan perempuan untuk dinikahi maka Rasulullah meminta Ummul Mukminin untuk melihat bahagian tangan perempuan tersebut." Wallahua'lam. (Lebih kurang macam ni la ayat Babah, ana tak berapa nak ingat.)

Wanita penuh dengan misteri, hihihi. Sebenarnya melalui 5 ciri yang ana sebut di atas tu, dah boleh nampak yang seorang perempuan tu selalu memasak atau tidak, selalu di dapur atau sebaliknya, kuat berjalan atau bukan. Banyak lagi yang ummi cakap, antaranya di bahagian jari tangan tu ada ciri-ciri khas yang menentukan anda rajin membasuh pinggan atau tidak. Ngeh ngeh ngeh! ^_^

See, hanya dari tangan je dah habis banyak perwatakan seorang perempuan terbongkar. Sebab itu, sebagai seorang perempuan sesibuk mana pun kena juga turun ke dapur. Ana teringat satu ayat keramat; "Perempuan belajar tinggi mana pun, ke dapur jugak!" Dulu, masa sekolah rendah, cikgu Matematik (En. Akhbar) selalu cakap macam ni pada ana setiap kali beliau menyerahkan kertas peperiksaan/ujian. Bengang je setiap kali dia cakap macam tu, ana selalu bertekak dengan En Akhbar, sampai dia cakap pada ummi;

"Anak Puan ni memang berani ye! Kalau benda tu dia nak, dia nak jugak. Saya selalu cabar dia, bagi kertas mesti saya cakap 'Perempuan belajar tinggi mana pun, ke dapur juga' dan dia mesti menjawab. Dia satu-satunya pelajar perempuan yang berani menjawab."
:P

Huhuhu... Mula-mula ingat cikgu memang nak nayakan ana cakap macam tu. Bayangkan, kalau paper dapat cemerlang cikgu sindir-sindir, macam nak nangis je. Rupanya beliau mencabar pelajar lelaki supaya lebih excellent kerana selalunya pelajar perempuan yang mendominasi top 5 dalam kelas.

Betul juga (baru sekarang mengaku) apa yang cikgu katakan, setinggi mana pun pelajaran seorang perempuan, haruslah menjenguk ke dapur. Sesibuk mana pun urusan seharian, perlu juga ke dapur. Teringat kata-kata Ibu, seorang ibu kepada akhawat yang pernah nasihatkan kami;

"Nanti kalian dah berumah tangga, sibuk macammana sekalipun mesti masak. Tak dapat setiap hari, usahakan juga seminggu sekali. Cari juga masa untuk masak untuk keluarga. Air tangan seorang ibu yang masak dengan kasih sayang, makan nasi berlaukkan telur goreng dan kicap pun dah cukup sedap! Lagi satu, kita perhatikan kenapa anak-anak sekarang amat degil dan susah nak mendengar nasihat? Kerana kebanyakan ibu sekarang bekerja dan jarang masak. Anak-anak makan dari air tangan bibik yang entahkan solat entah tidak, masakan yang dibeli dari kedai entah disediakan dengan baik atau tidak. Setidak-tidaknya bila seorang ibu memasak dengan air tangan sendiri, ada doa juga selawat yang ditiupkan, ada doa-doa pengikat hati untuk suami. Sebab tu sekarang kita selalu dengar institusi kekeluargaan sangat rapuh.

Masakan tidak, suami lebih sebati dengan air tangan Mamak! Anak-anak lebih kenal air tangan Bibik berbanding ibu sendiri, sebab tu anak-anak bila ada masalah tak nak berkongsi dengan ibu malah lebih selesa berpeleseran di luar rumah. Maka, jadilah penyakit-penyakit sosial yang semakin membarah. Jadi, bakal-bakal ibu sekalian... Cari ruang waktu untuk memasak. Biarlah lauknya "tak sedap" tetapi disulam dengan selawat dan doa-doa. Setiap dari makanan kita jadi darah daging, jadi... Usahakan supaya daging yang membesar pada tubuh anak-anak adalah daging yang halal, sihat dan penuh dengan barokah."

Subhanallah...

Kita tak ada alasan untuk tidak ke dapur, kalau masih belajar jadikan cuti semester adalah agenda penting untuk belajar masak.
:P Dulu ana pun tak faham dengan ummi, kalau ada tetamu datang ke rumah pasti macam-macam yang ummi nak masak. Masakan cincai yang terkejut tergempar kalau ada tetamu datang pun sudah cukup menyelerakan kami. Rupanya dalam menyambut tetamu, memberi "air tangan" kepada tetamu juga antara pengikat kasih dan ukhuwwah. Insya Allah. Baru-baru ni, apabila adik lelaki bawa 2 temannya ke rumah dan bermalam, baru ana lebih 'kenal' ummi. Ana cuba memasak dengan cara terbaik, rupanya sangat-sangat menyeronokkan apabila semua makanan clear! Hik hik hik. :gelak:

Kebetulan kawan adik pun orang yang agak sederhana, jadi semua masakan ana dipuji. Ahaks. Kalau yang datang tu anak orang kaya, pasti komennya berubah 100%. Ana baru tahu kenapa abi dan ummi lebih suka menjamu "orang di bawah" berbanding "orang di atas", kerana orang yang susah nak rasa sesuatu yang selalu di makan orang kaya lebih menghargai dan lebih berselera. Tengok orang makan dengan selera pun seronok tau... Hihihihi.
:gelak: Motivasi untuk rajin memasak.

Pada sesiapa yang bakal berkahwin atau sudah berkahwin, lepas ni sebelum jumpa bakal/ibu mertua... Sila pastikan anda telah direkrut di dapur, ahakz! Pada yang dah berkahwin, agak-agak suami ajak balik kampung, 3 hari sebelum tu basuh semua pinggan mangkuk di dapur supaya jari kelihatan seperti orang yang selalu basuh pinggan. Ngeeee~
:)

Untuk UMMI dan ABI yang sentiasa... dan sentiasa di hatiku. Terima kasih atas segalanya. Hadiah hari ibu buat ummi dari abi ialah beg tangan yang dibeli sewaktu abi ke KL minggu lepas, rasanya dari tahun lepas ummi nak beg tangan dan pilihan abi adalah yang tepat. Ummi suka sangat-sangat beg tangan baru tu, hadiah dari abi juga buat ummi ialah Isnin lalu abi meeting di KL dan bawa kereta ummi. Elok parking di HQ, kereta berasap... Hohoho, abi bergurau dengan mekanik... "Ni boleh buat hadiah sempena Hari Ibu." Apa ntah namanya, radiater.. Ntah, ana bukan tau sangat pasal kereta ni. Hihihi.

Ummi kata lagi, abi bukan lah jenis yang romantis. Hik hik hik... Tetapi always and always citarasa abi sentiasa 'kena' dengan ummi. That's why kalau nak beli jubah, sampai ke House Of Jubah ummi seret abi. Abi penasihat pakaian, penasihat segala-galanya buat ummi.

Wah, ngarut sudah entri ini.

Semalam, Kholah Safin hantar Kak Darma datang rumah. Insya Allah Kak Darma duduk sampai esok, bagai orang mengantuk di sorong bantal. Hihihihi. Ana tak boleh berjalan, badan dah melengkung akibat sakit belakang. Malam tadi, Kak Darma nak sangat picit kaki ana yang sudah amat bengkak. Apalagi... Nak pegang pun sakit inikan pula picit, jawabnya;

"Kak... nak baby (my Winnie The Pooh)"

Agak-agak sakit ana gigit tangan Pooh, abi tergelak mengekek tengok gelagat ana.
:matabulat:
Sobs sobs... Nasib ana gigit Pooh, kalau gigit tangan orang kan naya jer. Hehehe. Cerita pasal sakit belakang, kelakar pula bila ummi cakap pada kawannya.

"Tengok Syirah sakit belakang, teringat bila kita kontraksi nak bersalin. Lagi-lagi bila dah menggelupur atas katil... Huh! Tak sanggup."

Allah, apa la sangat sakit yang sikit ni berbanding dengan sakit seorang ibu... Even sakitnya memang dahsyat tapi rasanya tak la sesakit ibu-ibu pun.

Ingat ye Insyirah! Jangan angkat barang berat dan jangan dan jangan dan jangan sesekali gatal nak dukung baby. Uwaaaaaaaaaa!
:nangis::nangis::nangis::nangis::nangis::nangis::nangis::nangis::nangis:

Read more...

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO