"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

28 April 2009

Selamat Pengantin Baru

SeLaMaT PeNgaNTiN BaRu

Kak Nur Fasihah Bt Radzuan dan Mohamed Osman B Ali (suami). Asif jiddan, tak dapat nak ke majlis walimah. Perancangan sudah ada tetapi di saat akhir terpaksa pulang ke kampung kerana nenek kurang sihat. Moga jodoh berkekalan hingga ke Syurga, insya Allah. Ameen.

~ DeDiKaSi BuaT PeNgaNtiN ~

Bila dua hati dah terjalin,
Selamatlah pengantin kami doakan,
Moga redha Allah bersinar selalu,
Tanda bermula bahtera hidup,
Dalam melayari bahtera rumah tangga,
Ada masa senang dan masa gelisah,
Jangan nafsu diikut melulu,
Sabar dan bermaafan itu perlu,
Beginilah resam manusia,
Tak lari dari ketentuan Ilahi,
Suami ketua, isteri pembantu,
Menongkah hidup saling berpadu,
Susah dan senang hadapi bersama,
Moga kekal hingga ke Syurga.

Selamat Pengantin Baru Kak!
Jadi isteri yang solehah, ibu yang solehah dan juga ape ea... Jadilah yang terbaik kerana dia adalah yang terbaik untukmu, insya Allah.

-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-

"Anti, bila nak kahwin?"

"Syirah, akak tak sabar nak makan nasi minyak kamu."


"Kak Syirah, bila nak kahwin?"


"Bila nak kahwin?"


Kot mana pun depa pusing soalan, maksudnya sama ja. Bila nak kahwin? Hahahah ~ Gelak dibuatnya bila dapat soalan ni. Balik kampung baru ni pun, Mak Long beberapa kali tanya soalan yang sama. Hihihi, dah macam soalan 'wajib' jer setiap kali nampak muka ana pasti soalan ini yang ditanya. Kenapa la tak tanya soalan yang lebih mencabar, contohnya:

"Bila nak buat novel sulung?"


Ahaks, kan lebih mencabar minda untuk memaksa diri menulis. Beberapa jawapan ni ana fikirkan terlintas di saat menaip entry kali ini, antum pilih ke nak yang mana ^_^

[1] Tunggu la, Uwais kecik lagi ~ logik tak jawapan ni?


[2] Ana kecik lagi ~ betul betul betul (kata upin dan ipin)


[3] Wallahua'lam ~ ni yang paling tepat (bagi ana)


Hihihi, patutnya ana bertanya semula kepada mereka yang bertanya.
"Awatnya, muka ceq ni tua sangat ka?" (*_*) Patut ke kalau ana tanya "Ada ke orang nak kahwin dengan saya?" Lagi la sempoi soalan ni, persoalannya - Ada ke - Huhuhu.

Apa la antum ni, tak habis-habis buat ana stuck. Dalam berjuta-juta soalan dalam dunia ni soalan kahwin juga yang nak ditanya. Seolah-olah ana ni dah 'tua' sangat, kata seorang teman "Eh, ok la tu. Kematangan bukan pada angka umur kita, setiap kematangan seseorang adalah berbeza. Orang yang berumur 20 tahun barangkali lebih matang dari mereka yang berusia 25 tahun dalam hal tertentu dan sebaliknya. Umur 40 tahun pun masih ada lagi yang berperangai seperti budak-budak, kan? Jadi, umur bukanlah penentu kematangan tetapi pengalaman, ilmu dan juga pengetahuan yang digarapkan dalam pemikiran membuatkan seseorang menjadi matang."


Urm, betul juga tu. Sama seperti pendapat Akhi Adnan dalam topiknya dalam Forum. Hihihi.

Dalam apa juga keputusan yang kita lakukan, pasti ada pro dan kontranya. Kalau tidak banyak pun, pasti ada sedikit. Mungkin kita beranggapan begini sebaliknya orang lain tidak dan begitu jugalah dalam apa juga hal termasuklah isu kahwin. Ramai sahabat-sahabat ana yang selalu tanyakan soal ini. Ana cuba kongsikan apa yang ana rasa dan fikir, setiap kelemahan dan kurang matang adalah kerana ana kurang ilmu, kurang pengetahuan juga kurang pengalaman. Moga ada manfaatnya walau sedikit. Insya Allah.

Di zaman sekarang, kebanyakan dari penuntut IPT terjebak dengan percintaan. Sesuatu yang agak sukar (ana kira) untuk mengelaknya kecuali kalau benar-benar kebal dalam berjuang menuntut ilmu. Terkadang, bila melihat orang yang tidak "bercouple" membuatkan orang lain merasa dia pelik, aneh, alien bahkan makhluk dari planet lain. Itulah, bila sudah 'mangli' (sangat terbiasa) melihat atau melakukan kemungkaran, maka dihalalkan saja kemungkaran tersebut. Astaghfirullah hal azhim. Semacam couple adalah satu perkara yang 'normal' dan tidak perlu dibendung.

Ana petik kata-kata Dr Tengku Asmadi (Pakar Perunding Motivasi); "Pasangan yang bercinta sebelum kahwin berlagak baik dan apabila berkahwin terlihat semua kekurangan....."


Ini puncanya keretakan institusi rumah tangga sekarang! Lihat saja indeks perceraian yang sudah jadi seperti trend, kahwin hanya sekadar 'kahwin' tetapi tidak tahu perkahwinan itu untuk apa, bagaimana menjalani kehidupan berumah tangga. Menurut pendapat Datuk Dr Fadilah Kamsah, "Sangat jarang perempuan menjadi isteri yang nusyuz (derhaka) sekiranya suaminya adalah orang yang soleh."

Perlu diingatkan, BAIK tak semestinya SOLEH tetapi orang yang SOLEH insyaAllah orang yang baik. Kadangkala kita melihat seorang hamba itu baik (zahirnya) seperti santun katanya, baik budinya, tak mencuri, tak minum arak dan sebagainya tetapi jarang solat, tak bayar zakat. Na'uzubillah. Kerana itu, baik tak semestinya soleh. Terkadang, ana turut simpati pada mereka yang memperjudikan nasib menjadi isteri kepada seorang lelaki yang baik tetapi selalu mengerjakan perkara-perkara mungkar. Terkadang melihat golongan bapa/suami yang sangat akrab dengan 'Kedai Nombor Ekor' ana merenung kembali, muhasabah diri sendiri.

... Apalah nasib isteri dan anak-anaknya? Apalah nasib mereka, diberi makan minum dari rezeki yang tidak halal. Darah daging yang terhasil dari wang yang HARAM ...

Ana sangat-sangat bersyukur kerana Allah mengurniakan seorang bapa yang sangat-sangat teliti dalam ehwal sumber duit. Hatta, pekerja abi selalu bercerita betapa takutnya kontraktor dengan abi. Abi sangat berhati-hati dengan kontraktor hatta diajak minum secawan teh bersama kontraktor pun tak mahu, apatah lagi menerima yang bukan-bukan. Malahan, kontraktor selalunya mengatakan hal yang sama. Pernah beberapa tahun yang lalu, seorang kontraktor cina memberi hamper dan duit raya yang dihantar ke rumah... Tahu apa yang abi buat?

Hamper-hamper tersebut SATU pun tidak diizinkan kami makan dan kesemuanya diberikan kepada orang lain (jiran). Duit raya yang berjumlah RM100 untuk setiap anak juga langsung tidak diizinkan kami menggunakan dan kesemua wang tersebut diarahkan untuk dimasukkan ke dalam tong derma masjid.


Itulah abi.

Artikel-artikel ana yang selalu menempel di jurnal juga selalu ana sentuh secara sengaja betapa simpatinya ana pada mereka (lelaki) kerana tersepit diantara kemampuan dan juga kemahuan untuk memenuhi permintaan keluarga hingga melakukan perkara-perkara yang mendatangkan mudharat. Ana selalu pegang kata-kata ustaz sewaktu di sekolah.

"Api neraka mencari daging-daging yang terhasil dari sumber yang H.A.R.A.M."

Jadi, bila dikaitkan dengan persoalan kahwin. Inilah yang selalu buat ana muhasabah, setelah apa yang ummi dan abi berikan pada ana selama ini sanggup ke ana menerima setiap pemberian suami tanpa meminta apa-apa selain dia menginfaqkan dirinya (fikrah, tenaga juga wang) di jalan dakwah. Bolehkah ana bersabar dengan setiap kekurangan untuk menjadi seorang yang tidak mengharapkan apa-apa meterial selain sakinah, mawaddah wa rahmah dalam rumah tangga. Bolehkah ana menjadi qudwah yang baik untuk anak-anak. Diri sendiri pun tak terurus lagi ni, susah nanti suami nak tarbiyyah sedangkan dia perlu 'menjimatkan' masa di rumah untuk menguruskan ladang dakwah pada masyarakat.

Hihihi... Jawapannya ~ Ana perlukan mujahadah.


Ummi selalu memberi pesanan demi pesanan pada ana, selalunya berkaitan dengan hidup. Dan kadangkala gelihati bila ummi sebut "...Nanti kalau dah kahwin....." Aduih, macam la ana ni dah tua kerepot. Hik hik hik.
Ummi juga selalu cakap, "Perempuan ni banyak nafsu, nak itu, nak ini. Tengok orang 'ada', kita pun nak juga. Jangan tengok apa yang orang dapat, tapi tengok macammana kita nak simpan."

Wah, makan dalam tu. Insya Allah ummi. Nasihat mu ku genggam hingga menjadi debu agar terbang di tiup angin, kan ku hirup debu-debu itu lalu sebati dengan degupan jantung, selagi nyawa masih di jasad maka tinta nasihat ummi kan ana usahakan untuk turuti.


Bagi ana yang jahil ni. Berkahwin di usia muda, kalau rasa takut tergelincir dan menambah maksiat hati... Tafaddhal. Jangan la semborono je kahwin, belajarlah dulu ilmu-ilmu dalam rumah tangga. Bukan hanya khatam hukum-hakam dan permasalahan dalam rumah tangga tapi semak-semak juga 'watak' makhluk yang bakal mendampingi kalian. Bukanlah bermaksud kalian perlu buat kajian "Bagaimana seorang perempuan" mahupun "Bagaimana seorang lelaki" cukuplah tahu apa yang disukai dan apa yang dibenci oleh kaum itu... Wallahua'lam.

Orang kata, jangan bersenda gurau soal poligami atau soal madu dengan isteri sensitif tu.
(Mungkin ini je kot yang boleh ana highlightkan sedikit) :)


Tapi sebenarnya, tak semua perempuan yang terlalu sensitif dengan perkara ini kerana sudah beberapa kali dengar dari sahabat yang dia dilamar oleh seorang isteri untuk suaminya. Ini kes isteri pertama carikan isteri (kedua) buat suami. Haih, sudah... Sudah... Senyum lebar je Sang Adam membaca ayat ni.


Ana pernah ditanyakan oleh seorang ukhti... "Anti sanggup dimadukan? Kalau anti sanggup untuk bermadu, jadi janganlah teragak-agak untuk berkahwin."

Melopong ana dibuatnya.

Diteruskan lagi, "Bermadu dengan keluarga suami, mak ayah suami, adik beradik suami... Kerana menjadi isteri bukanlah bermaksud berkahwin dengan SEORANG suami tetapi kamu telah 'berkahwin' dengan keluarganya, dalam ertikata lain menerima seluruh ahli keluarga suami menjadi sebahagian dari hidup kamu." Huhuhu... Ingatkan apa la tadi.


~ Kahwin Dan Masih Belajar ~


Ramai yang berjaya dan ramai juga yang kecundang apabila cuba melakukan dua perkara dalam satu masa. Masih belajar (tiada pekerjaan) tetapi berhasrat untuk berkahwin. Ana pernah 'bahas' dengan abi dalam soal ni. Kalau di Malaysia ni, mungkin perkahwinan itu OK tetapi tak enjoy. Tak boleh betul-betul nak 'kenal' pasangan, maklum la asal jer merajuk lari rumah mak. Asal je kecil hati dengan pasangan, tidur rumah mak lebih-lebih lagi kalau jaraknya hanya sekangkang kera. Hal kecil pun boleh jadi besar bila 'anak mak' dan 'anak ayah' ni berkahwin.

Berbeza kalau menuntut di perantauan. Suasana berbeza. Apa sahaja yang melanda rumah tangga, semuanya perlu diuruskan sendiri oleh 2 makhluk tersebut. Merajuk? Kecil hati? Geram? Rasa nak sekeh? Pandai-pandai la nak selesaikan. Nak lari rumah mak pun tak boleh, jauh. Nak mengadu pada ayah pun susah, nanti dibidas semula "Orang kahwin, kau pun nak kahwin. Dah gaduh kau cari ayah yer." Ha, gitulah contohnya. Dan banyak juga yang ana lihat, kahwin awal (di oversea) sangat la bahagia tetapi bila dah balik ke Malaysia semuanya semakin tawar. Masing-masing dah kerja, kerjaya semakin berkembang... Jangan lupa siram baja pada pokok yang bernama rumah tangga.

Pinjam ayat Ustaz Hasrizal; "Erti hidup pada memberi, jangan menuntut hak yang tak berkesudahan dari isteri."


Sebenarnya, antum tak tahu kenapa ana gelak bila disoal begini. Hik hik hik... Ana selalu teringat cara adik lelaki ana yang amat spontan bercakap. "Kak, jangan kahwin la. Siapa yang kahwin dengan akak, umpama menyeksa dia jadi orang gila jer."
Hik hik hik...

Siapa la yang bakal 'beruntung' tu yer... Dia P.E.R.L.U menjadi seorang yang sangat tabah dan cekal, sama ada dia nak atau tidak dia tetap perlu mujahadah untuk menjadi seorang yang penyabar seandainya dia telah pun DIA ciptakan untukku. Aiwah. Siapa la lelaki 'bertuah' yang akan bertahan untuk melihat seorang isteri yang macam ana ni kan, sentiasa diburu keresahan seperti yang melanda kedua ibu bapaku. ~ Adoih, nak gelak jer rasanya ni.


Tu la, antum la ni... Asyik je tanya soalan yang sama.

p/s: Teringatkan ayat Cik Mie dalam blog dia... Pinjam ayat akhi Adnan sat; Kalau belum makan nasi minyak diri sendiri, jangan tanya nasi minyak orang. Kalau tahun ni tak ada budget nak buat nasi minyak untuk diri sendiri, tak yah la tanya nasi minyak orang sebab orang tunggu nasi minyak Cik Mie dengan Cik Mar dulu. Lalalalala.


p/s/s: Nak jadi pengapit... Kui kui kui

Allahummaj'alni hubbak wa hubba man ahabbak, waj'al hubbaka ahabba ilayya minal maail baridi. Ameen ya Rabbal alameen.

Image Hosted by ImageShack.us

5 leaves:

Anonymous,  28 April 2009 at 16:07  

salam ukhti.

ana tgelak baca coretan ukht kalini. gelihati dengan "dialog" yg dimonologkan.

-ada ke?-

macammana kalau ana cakap MEMANG ada. tp ukht yg x nak... huhu.

memiliki sekuntum mawar berduri tidak mudah, harum hanya utk 'dikongsi' dari jauh, x mampu dirapati bukan takut dilukai tp terasa diri ini x layak 'menjadi' yang terbaik bg sekuntum mawar idaman jg rebutan *_*

moga istiqamah mjadi yg terbaik!

- ukhti -,  28 April 2009 at 23:01  

Tok! Tok!

Assalamu'alaikum cikguuuuu :)

Insya Allah, nak tunggu Uwais ye. elok la tuh, masih ada peluang utk hafaz Quran. He he he. Congak tambah tolak darab bahagi, hurm 20tahun lagi la makan nasi minyak syirah. Wargh, lama tu. Snggup ke akak bertahan? He he he.

Tak kisah la ada orang nak ke tak nak ke, rilex jer dik. Jodoh ni tak datang sendiri, kena usaha juga tapi adik kan masih muda lagi. Ambillah waktu untuk mencari ilmu sebanyak2nya. Akak tau adik sangat2 tabah.

(dapat mesej dr ustazah salwa haritu rasa macam nak tipon adik tapi ustazah cakap tak yah dlu sebab adik tak angkat tipon dalam waktu2 gawat. kuatkan hati.. akak tau berat ujian yang menimpa tapi hati adik cepat terubat kerana akak yakin Allah takkan bagi ujian melainkan pd hamba yang layak. Akak sayang adik...)

Dik. Bila nak jumpa ye? Akak rindu la adik.. rndu nak dngar pok pek adik la, he he he. Senang2 nanti datang la rumah akak yang tak seberapa ni. Ajak ummi abi sekali yer.

(ukhti yang selalu mengenakan adik)

- u know me - :D

Insyirah 29 April 2009 at 11:20  

Wa'alaikumussalam USTAZAH :)

Ngeeee... betui2, hehehe. Bla nak jumpa akak yerk? Bila akak nak jumpa adik? Ihiks. Tau la, jumpa nanti kita pok pek la..Huhu, mentang2 la orang cakap banyak... huk huk huk. Bukan adik cakap banyak, tapi akak tu yang tak nak bercakap. Kalau dua-dua diam, x beshhhh la kak :D

(i know what u did last time, ahaks)

ummu aisyah,  29 April 2009 at 14:32  

Assalamu'alaikum..insyirah

nak tanya lah sikit pasal hamper yang diberikan pada jiran dan wang yang di dermakan pada masjid tu.

saya kurang jelas sikit.

kalau kita sendiri tak boleh terima kedua-duanya atas alasan mungkin saja rasuah, kenapa nak kasik pada orang lain? kenapa tak pulangkan ja pada pemberi semula?
tidak kah nanti kesannya pada penerima yang mengguna pakainya?

tolong jelaskan pada saya. maaflah saya kurang faham duduk sebenar perkara ni.

Insyirah 30 April 2009 at 08:55  

Wa'alaikumussalam whb Ummu Aisyah.

Jiran saya ni non-muslim, orang asli yang mempunyai anak 12 orang. Maka, kami memberinya atas alasan "membahagiakan" mereka.

Kontraktor juga seorang non-muslim (cina). Setelah meminta beberapa pandangan sahabat, untuk mengelakkan wang itu kami gunakan (rasuah) maka untuk kebaikan ummah yang lebih memerlukan. Jadi, memberikan kepada masjid tu bukan dikira rasuah kerana kami tidak mengguna wang tersebut. Mksud rasuah itu juga ditujukan kepada abi (dan keluarga) dan ianya tidak membawa mudharat andai diberikan kepada orang lain.

Wallahua'lam.

Sebelum2 ni pun sekiranya kontraktor memberi duit kepada anak2 (sebab dah tahu abi takkan terima), maka duit tersebut memang dah terbiasa akan dimasukkan ke mana-mana masjid yang agak uzur. Tapi sekarang ni dah tak terjadi lagi sebab kontraktor semuanya dah maklum, bagi la apa pun semuanya kami tolak. Mungkin dulu masih kecil dan agak kurang faham, jadi bila orang bagi ingatkan apa.. Ambil jer. :)

Wallahua'lam.

p/s:Mungkin boleh tanyakan kepada yang lebih arif.

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO