"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

25 April 2009

Saya Perlukan Dia

Terkadang terasa diri ini kuat menempuh badai yang datang menyinggah lalu terlupa pada Rabbi yang Maha Berkuasa lantaran kekurangan menilai diri yang serba kekurangan. Jatuh dan tersungkur di ribaan Ilahi adalah lumrah kehidupan manusia yang menghambakan diri pada Nya, merasa kekerdilan diri yang terlalu di depan Ilahi lalu dia sujud kembali pada Rabbi. Dia Yang Maha Kuasa, Maha Mengetahui kudrat hamba Nya dalam menilai satu kehidupan, Dia yang Maha Menyayangi hamba Nya yang selalu tersasar dari jalan Nya. Dia menerima sujud hamba Nya tanpa menilai warna kulit atau paras rupa nan indah mempersona mahupun kusam tidak bermaya.

Beberapa hari lalu... Ana dengan 'gagah' bangkit dari apa yang berlaku, menghapus luka dan duka di hati walaupun sulit sekali untuk melupakannya, biarlah... Lumrah kehidupan, tidak akan merasa MANIS andai tiada merasa kesedihan atau ujian. Alhamdulillah. Sekali lagi ana merasakan Allah menyayangi, sangat menyayangi ana atas apa yang berlaku. Alhamdulillah, syukran ya Allah. Dia tahu bagaimana untuk memujuk hamba-hamba Nya kerana dari Dia lah kita datang dan kepada Nya kita kembali.

Beberapa hari lalu, ana 'bangun' dan bisikkan pada nubari ana perlu berlapang dada menerima apa yang Dia ingin berikan. Alhamdulillah, hati lebih 'rehat' dan fikiran juga tidak 'berat' malah mata juga tidak lagi mengeluarkan 'keringat' yang sia-sia. =) TERIMA KASIH YA ALLAH.

-_-_-_-_-_-_-_-_-

Ana tersenyum sendiri melihat gambar di sebelah ini. KATAKAN TIDAK PADA PERGAULAN BEBAS! Ingat tuuu... Dari apa yang ummi dan abi cerita tentang kerenah ana:

Ana seorang anak yang suka buat hal sendiri-sendiri, banyak cakap bila dirangsang, tidak bersuara bila fokus sesuatu, lebih banyak menghabiskan masa di rumah daripada luar (ni kes katak bawah tempurung), terlebih bercakap apabila topik yang dibualkan adalah perkara yang sangat ana minati (adoih la), barang ana ialah barang ana dan orang lain tak boleh kacau (bukan tamak tetapi untuk menggunakan barang-barang peribadi memang memerlukan 'kebenaran' dari ana), terlalu detail dalam hal-hal tertentu (terutama duit amanah parents), terlalu 'saving' hinggakan pensil picit (mekanikal) digunakan dari darjah 5 hingga tingkatan 5! Malangnya hanya sekali dipinjam oleh adik ana, pensil tu tamat riwayatnya. SEDIH betul. Kesimpulannya, ana seorang yang rumit... keh keh keh ^_^

Tapi, dalam ramai-ramai anak... Ana la yang selalu jadi 'banker', hik hik. Sebab ana seorang yang 'kedekut' jadi ana boleh la dikategorikan sebagai seorang yang kayes... Lalalala. Kalau wang saku harian, sebelum pergi sekolah mesti simpan 20 sen dalam tabung. Balik nanti, balance pun masuk tabung... Hihihi, cukup bulan masuk bank. Kalau time berbelanja, memang tak ingat dunia pun. Masuk kedai buku, hangus ratus-ratus. Tak per la, yang penting... Ummi dan abi tak kisah. Sesak-sesak ana juga yang jadi 'ah long', tak per la ni 'ah long' solehah punyeee. Tak de interest maaaa! :P

* sesi ngarut *

-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-

Beberapa hari ni, terasa sungguh memerlukan 'si dia' yang dirindui sepenuh jiwa dan raga. Walaupun terasa macam tak menghargai kesediaan dan kesetiaan 'si dia' sepanjang ana dilanda krisis tulang belakang (alamak, ayat tak leh blah langsung, hoho), dia lah yang banyak sangat membantu ana untuk terus belajar jalan dan mengorak satu langkah baru dengan penuh berhati-hati. Hadirnya jarang kita sedari tetapi bila dia sudah tiada disisi barulah kita terasa betapa 'si dia' pujaan hati dah tiada lagi. Hargailah seadanya apa yang kita ada, kerana yang kita ingin miliki belum tentu menjadi milik kita. Huhuhu...

Nak cakap: Saya minta maaf....

Agaknya, faham ke 'si dia' tu. Sepanjang ana berlatih bertatih... Dia la yang banyak membantu, selangkah demi selangkah kaki diajar untuk menapak hinggalah ana kembali berjalan seperti sedia kala. Rindu pula pada 'si dia' yang sudah hilang entah ke mana sejak ana mula berjalan, bukanlah lupa pada jasanya cuma ana tak mahu orang melihat keakraban kami sebagai pasangan yang terlalu dekat hatta nak kemana-mana pun pasti dia menemani kecuali lah bila ana tidur mengulit mimpi... Kejam ke ana?

Ana hargai kehadiran dia disisi ana kerana abi dan ummi yang menautkan hati kami...

Oh TONGKATKU... Aku perlukan mu...!!!!

Hehehe, antum ni... Dahhhh!! Jangan fikir yang bukan-bukan. 'Si dia' pujaan hatiku ialah tongkatku... Huhuhu, itulah... Manusia selalu mudah lupa diri, baru boleh berjalan beribu-ribu langkah, tongkat itu ku simpan di stor. Uwaaaaa... Kini tercari-cari kembali tongkat yang menjadi teman setia saat tidak mampu lagi melangkah dengan derap yang gagah. Huk huk... Malunyer ~ Semalam on the way nak balik kampung, berhenti di rNr. Disebabkan hilang keseimbangan badan dek kerana tulang belakang yang kembali sakit hingga ke tapak kaki kiri, terpaksalah adik-adik memapah ana, romantis bak pengantin baru gitu... Hoho. Tak pasal-pasal jadi 'bahan tontonan' orang yang singgah di situ.

Bukan ana tak mahu selalu memakai tongkat, tapi terasa sungguh lambat perjalanan langkah kaki ini. Huk huk... Tambahan pula, menjadi perhatian semua orang. Uwaaaa... Orang asyik je tanya;

"Eksiden ker?"

"Jatuh ke?"

"Patah kaki ker?" - maybe sebab seret kaki

Tidak... Tidak... Semuanya tidak.

Huhuhu, "Saya saket belakanggggg" itu la jawapan ringkas, padat dan mantap dari ana.

"Owh, memang dari dulu tak boleh jalan ke?" Alamak, ni yang malas nak jawab apa-apa kalau orang tanya. Dalam hati, jerit-jerit jer "Dulu saya ni, berlari, bersukan, panjat gunung pun penah..." Semakin ku beri jawapan, semakin banyak munculnya soalan-soalan. Lantas... Ku diamkan diri, pekakkan telinga, pejamkan mata...

Saya bukan OKU tetapi saya menjadi OKU (orang kurang upaya) tanpa Allah disisi. *_*

Kesimpulannya: Saya sangat perlukan Dia (Allah) setiap masa dan saya juga perlukan dia (tongkat) apabila sakit belakang menyerang kembali. Maka, itulah terciptanya tajuk post kali ini.

Maaf ye sahabat-sahabat kalau ada yang tidak suka dengan post kali ini, ana hanya berkongsi cerita. Tidak ada terniat sedikit pun mahu mencari simpati atau yang seumpama dengannya...

0 leaves:

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO