PsiKoLoGi DaN aNDa
Assalamu’alaikum w.h.b..
Salam keceriaan, salam kasih sayang, salam perjuangan buat sahabat-sahabat. Moga rahmat dan maghfirah Allah menaungi hati-hati kita, ameen.
Semalam, ana tersenyum kecil dengan persoalan seorang sahabat. “Awak rasa kaunselor tu bagi nasihat ikhlas ke? Itu kan sumber pendapatan dia...” Allahuakbar, tercabar juga apabila dapat soalan cepumas macam ni dari orang yang rapat dengan ana. Walaupun ana tahu mungkin soalan ni hanya satu persoalan yang tidak perlukan huraian, tapi ana nak juga mencoretnya setelah mampu berfikir dengan waras (insya Allah).
[1] Masyarakat (terutamanya rakyat Malaysia) masih memandang serong kepada pekerjaan seorang ahli psikologi, kaunselor mahupun psikitris. Hal ini tidak berlaku kepada masyarakat negara maju seperti di negara Barat.
[2] Hanya orang bermasalah sahaja yang perlu berjumpa dengan kaunselor. Orang berpenyakit seperti tekanan perasaan atau tekanan jiwa sahaja perlu mendapatkan khidmat ahli psikologi (kaunselor atau psikitris).
[3] Psikitris merupakan 'Doktor Gila'.
Hehehe... (”,) Senyum... ini lah pandangan masyarakat Malaysia secara umumnya. Setelah meneliti minat dan kencenderungan, ana sebenarnya sangat mengimpikan mahu menjadi seorang ahli psikologi. Ana bercita-cita mahu memberikan perkhidmatan sebagai kaunselor mahupun psikitris di hospital. Sama ada berdepan dengan pesakit mental mahupun berdepan dengan insan-insan yang kerapuhan atau kepatahan semangat berdepan dengan ujian SAKIT. Kerana apa?
Mungkin ada chemistry dengan jiwa ana sendiri, wallahua’lam. Hakikatnya, pekerjaan ini sangat mencabar semangat dan IMAN seseorang. Hihihi, setelah diberikan peluang oleh Allah s.w.t. berdepan dengan beberapa pesakit yang mengalami masalah tekanan mental sewaktu bertarung dalam peperiksaan SPM, ana dapat pengalaman yang sangat berharga dimana sifu ana (cikgu Shidee) pun sangat cemburu. Dia sebagai motivator pun tak pernah berdepan dengan pesakit tekanan mental. Subhanallah. Semacam Allah memberi jalan untuk ana bermuhasabah diri. Alangkah beruntungnya diri ini...
Berbalik kepada soalan sahabat, ikhlas ke seseorang kaunselor itu memberikan nasihat sedangkan itulah sumber pendapatannya. Mari kita semak bersama. Soalan ini tidak terlalu spesifik sebenarnya kerana setiap cabang pekerjaan ada kelebihan tersendiri. Soalan ini juga boleh berubah kepada:
[1] Ikhlaskah seorang doktor merawat pesakitnya sedangkah itulah sumber pendapatannya?
[2] Ikhlaskah seorang jurutera membina bangunan sedangkah itulah sumber pendapatannya?
[3] Ikhlaskah seorang ustaz dan ustazah mendidik masyarakat dengan ilmu agama sedangkan itulah sumber pendapatannya?
[4] Ikhlaskah seorang guru mendidik masyarakat dengan ilmu-ilmu sedangkan itulah sumber pendapatannya?
Kenapa perlu memandang serong pada satu pekerjaan semata-mata kerana pekerjaan tersebut mendedahkan seseorang kepada masyarakat atau individu yang bermasalah? Ikhlas adalah rahsia hamba dengan Tuhannya, syaitan tidak tahu dan tidak mampu merosakkannya, malaikat tidak tahu dan tiada upaya mencatatnya. Jadi, apa nak dirisaukan? Ia hanya antara Allah dan diri kita sendiri. Wallahua’lam.
Andaikata seorang kaunselor memberi nasihat secara tidak ikhlas kerana ia adalah sumber pendapatannya, adakah seorang doktor dikira ikhlas apabila merawat pesakitnya? Jurutera ikhlas membina bangunan, mengemudi enjin? (syirah ni nak kene goreng dengan abi ke, huhu.) Pada pandangan mata ana yang jahil ni, setiap dari seorang muslim ada peranan masing-masing. Ummat Islam umpama sebuah pasukan, walaupun dibidang yang berbeza tetapi mempunyai satu persamaaan. Mungkin ada yang bertindak sebagai perancang, ada yang memikirkan strategi, ada panglima, ada askar, ada perawat dan juga ada penasihat. Ada yang menjadi tentera berkuda, ada yang bertugas sebagai pemanah, jagalah sayap masing-masing.
Sama juga seperti pekerjaan. Ada yang menjadi doktor, ada yang menjadi jurutera, ahli psikologi dan sebagainya. Key wordnya saling melengkapi antara satu sama lain. Kalau semua nak jadi ustaz dan ustazah, mana nak munculnya saintis yang beriman dikalangan orang Islam? Apapun pekerjaan kamu pasti ada kelebihannya tersendiri, selagi tidak salah disisi agama... Anggaplah ia sebagai wadah untuk berdakwah. Bukan ustaz dan ustazah saja boleh berdakwah kerana kita dilahirkan sebagai khalifah, semua mempunyai tanggungjawab dan peranan masing-masing.
Ustaz ustazah menjadi doktor rohani. Jurutera menjadi doktor enjin, guru menjadi doktor ilmu, psikitris menjadi doktor orang yang mempunyai tekanan mental dan semuanya adalah ‘doktor’ iaitu perawat bagi setiap bidang masing-masing. Guru berdakwah kepada anak murid, jurutera tidaklah berdakwah kepada enjin tetapi mampu berdakwah kepada pekerja bawahannya. Berdakwah tidak semestinya perlu memakai jubah dan serban, kerana melalui akhlaq yang baik juga kamu boleh berdakwah.
Bagi ana, seorang kaunselor ada kelebihannya tersendiri untuk berdepan dengan mad’u. Dia belajar ilmu-ilmu psikologi dan mudah baginya untuk ‘psiko’ pada mad’u. Tidakkah itu satu kelebihan? Benar. Ada yang berpandangan seorang kaunselor ni macam la tiada masalah, asyik nak dengar masalah orang. Hihihi, peranan kaunselor BUKAN menyelesaikan masalah tetapi hanya memberi panduan dan cadangan sebaliknya orang yang terbabitlah perlu menyelesaikan masalahnya sendiri. Kaunselor juga ada masalahnya dan mungkin dia juga perlu mendapatkan pendapat atau sokongan dari orang lain.
Sama seperti seorang doktor. Adakah seorang doktor tidak akan sakit? Tidak. Doktor juga sakit dan dia perlu mendapatkan rawatan dari doktor pakar sekiranya penyakitnya serius. Seorang doktor kardiologi bolehkah merawat penyakit yang berkaitan dengan neurologi? Tidak. Setiap bidang itu mempunyai kepakaran masing-masing. Begitulah juga hidup ini. Saling melengkapkan kerana tiada yang sempurna. (”,)
... Life never be the same. Life is changing ...
Menganjakkan paradigma pada akal yang dangkal walaupun bersalut iman senipis kulit bawang.
Ukhti Fil Islam,
Insyirah.
0 leaves:
Post a Comment