"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

16 April 2009

Tazkirah Pagi

Assalamu'alaikum w.h.b..
Moga nikmat Iman dan Islam yang dikurniakan Allah, disyukuri sebaiknya. Selawat atas Junjungan mulia, Muhammad s.a.w., keluarga juga sahabat Baginda. Moga pagi hari ini, ada barokahnya dalam kehidupan kita. Ameen, insya Allah.

Beberapa hari lalu, ana merongkah kembali cerpen-cerpen yang berada dalam simpanan ana, dan ana mula menyelak kembali helaian demi helaian cerpen yang sudah bertahun itu. Ana suka dan sayang pada sebuah cerpen *Berakhirnya Episod Cinta* sebab, wallahua'lam. Kebanyakan cerpen yang ditulis oleh remaja adalah berkisar tentang cinta. Ana kurang 'selesa' dengan lambakan cerpen dan juga novel sebegitu yang kurang 'membina'. Tetapi sekarang, sudah ada penulis yang agresif seperti Faisal Tehrani, Ummu Hani, Fatimah Syahra dan beberapa penulis lain yang semakin membuka minda masyarakat, berfikir menggunakan iman. Kisah-kisah Islamik sebegitu amat kurang. Tetapi ana suka pada penulisan seperti yang ditonjolkan oleh Faisal Tehrani dan juga Ummu Hani, mereka mengembara dan picisan kembara itu dibukukan walaupun dalam sebuah penceritaan kreatif. Ana telah mencuba untuk menulis sesuatu seperti itu, alhamdulillah peluang ke Tanah Suci, ana garapkan kembali dalam bentuk penceritaan. Bagi ana, iya lebih mudah untuk mencurahkan idea-idea. Kerana pengalaman selalu mendewasakan! Terima kasih ya Allah :)

Apa kaitannya dengan *Tazkirah Pagi*?

Ada kaitannya. Hihi. Sabar, bertenang. Ana menyelak helaian cerpen *Berakhirnya Episod Cinta* dan ana mendapat 'sesuatu' darinya. Ana ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat semua, moga ada manfaatnya bersama.

Bercinta... memang menyeronokkan... mengasyikkan... Siapa tak nak mencintai dan dicintai, lebih-lebih lagi bagi seorang insan dari keturunan Adam yang ketagihkan belaian seorang wanita. Memang benar jiwa lelaki mudah goyah apabila digoda wanita. Seringkali juga hati ini ingin dicintai... tapi... apabila melihat sahabat-sahabat yang dahulunya sentiasa menjaga hubungan dengan Allah... berqiamullail... sentiasa berjemaah di masjid... kini... qiamullail hilang entah ke mana disebabkan bergayut hingga lewat malam. Biasanya apabila azan berkumandang, terus menuju ke masjid untuk solat berjemaah. Tapi kini, mahu tak mahu terpaksa melayan panggilan talifon dari si dia.

Dahulu... selalu rindu untuk mendengar kata-kata ilmu daripada ustaz di kuliyyah-kuliyyah agama, namun kini, penerangan hadis dan cerita-cerita yang disampaikan oleh ustaz tidak lagi indah... membosankan... indah lagi mendengar cerita yang entah apa-apa daripada si dia... Hati Amar Haziq seringkali tertanya-tanya mengapa mereka boleh berbuat begitu sedangkan pada masa yang sama saudara seIslam mereka di Palestin, Kashmir, Iraq, Selatan Thai dan di negara-negara lain sedang menderita. Hidup mereka dibayangi kekejaman pengganas. Masjid Al-Aqsa masih lagi dirantai Yahudi, tidak terasakah yang mereka juga bertanggungjawab untuk membebaskan Masjidil Aqsa?
Ini adalah intro kepada cerpen 13 muka surat dengan font text Comis Sans MS bersaiz 9. Kisahnya tak 'terlepas' dengan kisah cinta tetapi lebih kepada pengorbanan. Ana juga tersenyum membaca akhiran cerita ini (bukan syok sendiri, hihi) kerana sewaktu pertama kali membaca kisah cinta pengorbanan ini ana menyudahkan dengan tangisan. Iya, rasa cinta seorang lelaki untuk mendapatkan syahid disisi Allah sangat mendalam, bagaimana mujahadah seorang lelaki untuk istiqamah memelihara hatinya dari segala jenis godaan! Kerana dia adalah AMAR HAZIQ yang tabah lantaran rentetan ujian demi ujian yang dihadapinya. Kerana itu, ana tersenyum. Monolog sepi... Aku mesti sekuat Amar Haziq untuk mencari 'diri' Hafni Insyirah dalam diri seorang Insyirah. Senyum kerana Allah 'menegur' ana melalui cerita ini.

Cerita yang hanya fiksi tetapi membuat ana berfikir panjang.
Jadi... Sahabat-sahabat yang barangkali sedang asyik masyuk di alam percintaan, mungkin ayat di atas bisa 'menggegarkan' sedikit ketenangan hati kalian. TIDAKKAH KALIAN RASA BERSALAH? Asyik di alam percintaan, lupa pada mereka yang sengsara sedang kita sama-sama 'berkokok' bahawa mereka adalah saudara seagama. Sengaja ana mahu mengocakkan ketenangan kalian, sesekali rentapan kalbu sebegini memang perlu supaya tersedar dari lena yang panjang! Cinta itu memang mengasyikkan (melalaikan).

“Ya Allah... disebalik wajah yang ku cintai ini, ada keindahan... Disebalik keindahan itu ada ketenangan dan kedamaian... Disebalik ketenangan dan kedamaian itu, terpancar sinar jihad... Disebalik itu semua, terselit sinar cinta... cinta kepada Allah, Rasul dan syahid. Ya Allah ya Tuhanku, berkatilah impian kami berdua, bantulah kami, permudahkanlah kami agar mereka mampu menjadi jurutera, doktor, saintis persis al-Kindi, Ibn Khaldun, Ibn Sina, Al-Khawarizmi, usahawan gemilang seperti Uthman Al-Affan dan seterusnya menjadi generasi yang akan mengembalikan zaman kegemilangan Islam... Ameen...”

Doa ini adalah bisikan hati Hafni Insyirah pada Rabbul Izzati pada waktu malam yang indah di bawah langit yang luas, dia berbisik pada Allah. Doa yang membuatkan ana bertanya kepada diri sendiri "Mampukah Insyirah bertindak seperti Hafni Insyirah?" yang rela untuk mengorbankan 'diri' mendapatkan mardhatillah. Apapun, muhasabah perlu selalu diiringi dengan tindakan untuk berubah. Think positive!
Ana teringatkan kata-kata seorang teman, lebih kepada tazkirah sebenarnya;


"Akhlaq awak harini adalah proses tarbiyyah yang akan awak berikan kepada anak-anak awak. Jadi, untuk berhajatkan sesuatu kenikmatan memperoleh anak-anak soleh solehah, 'keperitan' bermujahadah menjadi insan yang soleh solehah itu perlu ditekankan. Orang selalu pandang remeh soal ini, hakikatnya perbuatan kita hari ini natijahnya pada hari kemudian. MENCARI yang soleh sebenarnya lebih susah dari MENJADI yang solehah. Apabila MENCARI, awak tercari-cari tetapi apabila MENJADI awak tahu apa yang perlu awak jadi... Solehah pada kalam dan perbuatan."

Terima kasih ya Allah.

... Life never be the same. Life is changing ...

0 leaves:

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO