"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

14 April 2009

Pahit Itu Penawar

Assalamu'alaikum w.h.b..

Sebelum meneruskan "hajat" untuk menulis blog, ana memohon maaf sebanyak-banyaknya kepada SEMUA sahabat-sahabat yang menghantar sms tetapi tidak berbalas. Sahabat yang berusaha untuk talifon tapi tak diangkat, sahabat yang BUZZ ym tetapi tidak diendahkan. Bukan ana S.E.N.G.A.J.A melarikan diri sebegini. Ana perlukan ruang untuk menyendiri buat seketika (barangkali lama... tengok la keadaan macammana nanti) Ana tidak mahu bertindah B.O.D.O.H untuk terus berpura-pura ceria walaupun keadaan sebenar adalah sebaliknya, ana hanya menipu diri sendiri saja. Maaf pada semua, ana tahu ada hati yang sedang mengecil dek kerana tingkah ana yang mendiamkan diri. Bukan antum je yang 'bengang' hakikatnya ahli baeyt pun dah stress tengok ana yang talkactive dah jadi bisu tak bersuara. Allah lebih tahu...

Ana tahu semuanya berpunca dari H.A.T.I ana sendiri. Opss... Sebelum antum buat telahan sendiri, ini langsung tiada kaitan dengan putus cinta atau apa saja yang 'sejenis'nya. Siapa la yang berani nak kecewakan ana? Kuikui... Anak didik kesayangan motivator ni, lalala. Berani nak kecewakan ana? Siap la dia 7 hari 7 malam kena ceramah perdana. Dah. Jangan ngarut banyak. Tiada kaitan dengan percintaan berlainan jenis pun, apa? Insyirah jatuh cinta? Ohhh... Kak ATiqah dah pesan, jangan curang dengan POOH. Oleh itu, ana memegang nasihat itu sebaiknya. Pooh tetap menjadi partner tidurku... :)

Kembali pada tajuk (suka betul melencong), ana perlukan sedikit waktu untuk berfikir dan bermuhasabah kembali. Ana minta maaf pada semua kerana mengecewakan kalian dengan sikap ana yang entah apa-apa sejak dua menjak ni. Sebenarnya, masalahnya dah agak lama. Few weeks ago! Tapi, ana fikir ana kuat. Rupanya, ana lebih lemah dari yang ana fikirkan. Few weeks ago, ana masih boleh menahan mutiara air mata. Ana menangis kala sendiri, menangis kala bermonolog dengan Pencipta, tika meluahkan pada Nya. Tapi semakin lama... Ana jadi makin rapuh. Hingga la semalam adik bongsu ana bertanya soalan cepumas.

"Kak Yang, kenapa dah banyak hari mata bengkak?"

Alamak... Nak jawab apa la kat budak kecil ni. Dia bila nak memujuk ana, dia selalu panggil ana "Kak Yang" singkatan dari Kakakku Sayang. Ana tahu, memang dia selalu pujuk ana dengan kata-kata spontannya. Tarbiyyah si kecil yang memaksa ana berfikir. Akhirnya, ana menjawab ringkas pada soalan Adik.

"Tak cukup tidur kot."

Betul la tu. Ana tak tipu pun, huhu. Semakin menjadi rapuh dek kerana sebelum tidur bantai dulu nangis seround sampai tidur dengan air mata sekali. Hahaha... (macam mati laki je ko ni syirah) Sampai la suatu hari dah kul 3 pagi pun duk ngadap laptop juga sebab tak nak tidur punya pasal, alasannya sebab teringatkan nasihat Ustaz Ismail Kamus; Jangan biarkan anak-anak tidur dalam keadaan menangis terisak-isak kerana pada saat itu jiwanya sangat lemah dan amat mudah untuk syaitan menghasut.

Maka, dengan alasan yang ana kira agak "kukuh" untuk ana, ana pun melayan tazkirah-tazkirah yang pernah ana catatkan untuk ana baca kembali. Ohhooo... Bila baca satu per satu respon dari sahabat, ana termenung lagi. "Ana yakin insyirah tabah" Aduh... Sekuat itukah jiwa ini menghadapi himpitan dan serangan demi serangan atas iman yang rapuh? Ana berusaha untuk tidak "melayan" apa yang melanda sekeping hati yang disalut karat mazmumah dengan cuba memahami dan melayani setiap pertanyaan dari sahabat juga pengunjung forum. Malangnya, ana rasa semakin B.O.D.O.H dengan membiarkan kebodohan itu menjadi panjang. Masakan tidak, dalam keadaan tidak stabil ana masih boleh berlagak biasa dan mengerah segala kudrat akal yang dangkal untuk berfikir secara rasional? Pastilah semuanya berlandaskan emosional kerana ana sendiri sedang berperang dengan hambatan perasaan! Maafkan ana atas setiap berlaku, ana hanya hamba Allah yang lemah dan sangat lemah apabila berdepan dengan serangan demi serangan ujian atas keimanan yang sememangnya rapuh.

... La tahzan, innallah hama'ana ...

Entah kenapa hati ana bagai diruntun bila baru sahaja tadi 'terpaksa' mengulang ayat yang sama di tempat yang sama. Seakan Allah 'sengaja' mahu ana fahamkan ayat tersebut dengan hati dan tanamkan dalam jiwa. Ahhhhh... Lemahnya ana. Ujian sekecil ini dah tergolek tercampak terduduk tersungkur, macammana nak menagih gelaran Srikandi andai badai sekecil ini saja sudah cukup untuk membuat dunia ini seakan terhenti berputar. Ana tak tipu. Itu yang ana rasa saat dan ketika ini. Mungkin kerana sudah berminggu ana menahan segala "rasa" yang singgah, hingga tak ada lagi ayat-ayat untuk memotivasikan semangat yang tercampak entah ke mana.

Ya Allah,
Sungguh diri ini sedang berperang tanpa senjata.

Kalini baru kena dengan posting lalu "Psikologi dan Anda", kuikuikui. Ana yang belajar psikologi pun kena dapatkan sahabat yang lebih excellent dalam bidang psikologi untuk membantu ana menghadapi krisis psikologi. (Korang faham tak ni? Tak faham tak per la, sebab yang menaip pun bukannya waras sangat, hihi) Finally, bila hati dah "meletop" maka abes la... Nangis lagi. Kuikuikui. Yang menjadikan mata kuyu semacam ialah tak cukup tidur. Betul la tuh, berjaga tengah malam boleh pula sambung nangis then tak dapat lelap semula. Arghhh... Jadi semalam, untuk mendapatkan tidur yang 'nyenyak', ana tidur sebelah rak buku. Dah set mind, kalau terjaga juga AKU MESTI BACA BUKU! Letak sejadah dan telekung siap-siap, kalau malas baca buku ada kerja yang mesti dilaksanakan selain menangis sorang. Lalalalaa...(",)

+ Pahit Itulah Penawar

Duhai pemilik yang bergelar Insyirah, nasihat tulus buat hatimu yang sedang berkocak dilanda badai. Bukankah seorang teman pernah mengingatkan bahawa hatimu laksana LAUTAN. Adakala, tenang dengan badai dipukul bayu sepoi-sepoi bahasa. Adakala hatimu bak tsunami yang mengganas, itulah kata teman yang perlu kau muhasabah semula. Aduh, sampai ke hati pun dia selami jugak? Nasib tak kelemasan dek kerana bergelumang dengan karat-karat mazmumah yang terkumpul dengan jayanya dalam hati ni. Astaghfirullah hal azhim.

Duhai insan yang bergelar Insyirah. Ingatkah engkau saat engkau dilanda kesakitan yang amat dahsyat hingga para doktor sendiri sudah tidak mampu untuk memberi secebis harapan melainkan menyuntik tubuh kecilmu agar terus NYAH dari bumi nyata ini. Agar engkau berehat dan bersenang-senang di alam separa sedarmu? Ingatkah engkau? Saat hati kecilmu meronta-ronta ingin 'dilepaskan' dari kaffarah Tuhan yang engkau rasakan teramat mendera emosi juga fizikalmu. Ingatkah engkau? Masakan engkau lupa kerana engkau sendiri yang sedang menceritakannya... (Sengal :P)

Akhirnya, dengan takdir Allah yang Maha Mengetahui segala rahsia alam, maka engkau telah disuntik dengan jarum kecil yang membuatkan engkau menangis tak henti dek kerana sakitnya bukan kepalang. Selang beberapa minit tangan kecil yang engkau miliki sudah membengkak 3x ganda dari asalnya. Kata mereka, engkau tidak mampu menanggung segala kesakitan itu. Kata mereka, engkau tidak boleh menahan segala derita itu. Itu kata mereka. Tapi kata hati kecilmu, engkau mampu melaluinya. Allah tak zalim. Allah Maha Mengetahui yang terbaik untukmu. Itulah yang membawamu terus ke lembah perjuangan ini kerana engkau YAKIN dengan pertolongan Allah untukmu!

Tusukan 'ganas' itulah yang membuatkan engkau lupa pada setiap kesakitan yang menjalar ditubuh mungilmu. Hilang sudah setiap kesakitan itu kerana engkau sedang merintih hebat panahan tusukan 'ganas' itu yang membuatkan tanganmu kaku, ubat penahan sakit yang kata mereka sangat engkau perlukan menyebabkan keseluruhan urat tanganmu membengkak. Engkau menangis lagi... Bukan kerana sakit yang kau lalui tetapi kerana merasa natijahnya ubat penahan sakit yang amat 'ganas' itu.

Berbulan lamanya engkau merintih kesakitan tangan yang masih tidak mampu menggenggam pen apatah lagi menulis. Apa kaitannya itu dengan apa yang melanda nuranimu kala ini? Tidakkah engkau nampak hikmah dan aturan yang mahu Allah khabarkan?

PAHIT ITU PENAWAR. Kau terpaksa menangis berguling untuk mendapatkan ubat penahan sakit, kemudian engkau terus berguling-guling menahan sakit dek kerana dos ubat penahan sakit itu terlalu kuat. Makanya? Engkau perlu ingat wahai Insyirah, bahawa kesakitan dan setiap kepahitan itu sebenarnya PENAWAR yang perlu engkau telan walaupun badanmu meronta-ronta! Oleh itu, pesankan pada Qarinmu agar tenang dalam 'ronta-rontanya' untuk mendapatkan penawar dari Allah taala, kemanisan iman yang Dia janjikan. Bukankah engkau telah mengaku beriman? Sewenang-wenangnya engkau mahu kesenangan dalam kenikmatan iman tanpa diuji dan dikuis sedikitpun.

Usaplah air matamu wahai Insyirah, engkau MAMPU dan TAHU untuk mengharungi cabaran iman ini... Pautkan kembali sengitan kata-katamu bahawa engkau memang layak untuk menjadi SRIKANDI pembela agama. Bangkitlah Insyirah. Usaplah air matamu... Engkau punya misi dalam hidup ini, raihlah bahagia dengan membahagiakan insan-insan lain.

~ ujian itu TARBIYYAH, sabar itu INDAH ~

La tahzan, innallah hama'ana. MAAFKAN ANA SAHABAT-SAHABAT. Izinkan hati ini terpujuk oleh kata-kata Allah, Dia yang berikan ujian biarlah Dia memujuk dengan cara dan kehendak Nya.

Wassalam.

Image Hosted by ImageShack.us

8 leaves:

ummu uwais,  14 April 2009 at 21:59  

assalamu'alaikum adik yang dirahmati Allah taala. Salam PERJUANGAN buat adik, pahitnya menghadapi ujian itu sebenarnya adalah kemanisan yang tidak ternilai sebagai seorang pejuang. Melalui ujian demi ujian lah kita semakin kenal jati diri, kita akan tingkatkan usaha untuk rapatkan hubungan dengan Allah. Kita akan melalui proses tarbiyyah langsung dari Allah.

Hmmm, akak dah agak bila sms tak berjawab, talifon tak berangkat mesti ada yang tak kena. Maaf dik, kebelakangan ni mungkin adik terasa dipinggirkan, hakikatnya langsung tak dipinggirkan. Cuma ada beberapa perkara yang perlu akak selesaikan minggu ni. Jadi, akak terlepas pandang dengan keadaan adik walaupun akak dah memang perasan kelainan adik dlm beberapa ketika ni.

Akak yakin, sangat yakin adik KUAT untuk hadapi ujian ni. Akak tahu adik mampu, kerana itu Allah uji adik sedemikian rupa. Banyakkan berdoa dan bermunajat pd Allah. Dia tahu apa yang terbaik.

~ Rindu senyuman manismu wahai adik ~

Kerikkerik 14 April 2009 at 23:28  

salamun 'alaik...
smoga rhmat Allah mengiringi nti slalu...insyaallah
bce post nti...subhanallah...dpt rasa ujian yg anti pikul bgitu berat...tp nti still tabah dan sabar hadapi dgn tenang...(wlupun ana x thu ujian apakah itu)
ana yg kurg dibebani ni pun slalu je x b'syukur dgn nikmat khidupan yg Allah bg...astaghfirullahal'azim...
benar kta nti...pahit itu penawar...sdgkan yg manis itu kdg2 boleh menjadi racun dm idup...kdg2 terlalu b'sng lenang leh buatkan ati dan diri ni terlalu lalai...mudah je bnda2 yg lagha menari2 di dpn mata...n ajk skali menari2 dan melekakan diri dgn nikmat yg smntara nih..huhu..

dan bila Allah sngaja uji hmbaNya dgn ujian yg berat, kpdNya jualah tmpt kta berserah..mengadu...

"Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allahlah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan." An-Nahl:53.....

smuga nti sntiasa sabar+kuat+tabah+yakin+semangat utk hdpi sgala bntuk jnis ujian yg menimpa
insyaallah...(^_^)

Anonymous,  15 April 2009 at 07:58  

Assalamu'alaikum. :)

Ibu baca entry ni sekali terus berlinangan air mata. Tak tahu apa yang melanda hati anak Ibu sekarang ni tapi Ibu tahu Syirah anak yang kuat, anak yang tabah dan sabar. Ujian-ujian kita sangat kecil kalau nak dibandingkan dengan ujian kekasih Allah dik. Terlalu kecil untuk ditangiskan selalu. Walaupun Ibu tak tahu apa yang mencengkam jiwa Syirah tapi Ibu doakan semoga Syirah cepat BANGKIT dan keluar dari air mata. Bukankah nikmat Allah lebih banyak berbanding dengan apa yang diuji atas kita?

Ibu pun tak tahu nak cakap apa sebab Ibu rasa sedih pula bila baca entry Syirah kali ni. Anak yang periang dan suka mengambil hati tiba-tiba sedang bermuram durja. Gerangan ujian apakah yang sedang dihadapi, pasti satu dugaan yang hebat dr Allah kepada insan yang dikasihi Nya agar tak lupa pada Nya.

Anakku sayang, jadilah dirimu umpama pohon kurma. Teguh... Apabila dibaling batu kepadanya, malah dia membalasnya dengan buah-buah yang manis. Jadilah umpama pohon kurma yang selalu memberi manfaat kepada orang lain.

Wangian AISYAH HUMAIRAH yang dicari, jadilah seindah pekertinya. Terharu baca jurnal Syirah, Ibu hanya mampu tersenyum dalam tangisan. Bertuah sungguh diri ini sempat mengenali peribadi mu walaupun tak selalu dapat bersua.

Salam rindu,
IBU.

Insyirah 15 April 2009 at 11:55  

Ummu UwaisWa'alaykumussalam whb akak yang baik hati. :)

Syukran atas nasihat, teguran dan juga komen di atas. Insya Allah, kekuatan itu datang dengan keyakinan. Sebanyak mana keyakinan pada Allah, sebnyak itulh kekuatan akan terbina. Insya Allah. Ameen. Maaf kak, tk balas sms, tak angkat fon. Tak rasa nak bercakap lagi la kak... Rasa nak nanges... huhuhu :P

p/s: Rindu senyumanmu jua ^_^

Insyirah 15 April 2009 at 11:57  

nurul muslimahwa'alaikumussalam whb ukhti. Syukran selalu ziarh ke teratak ana yang tk seberapa indah... :)

Syukran atas nasihat. Jazakillah. Moga Allah perkenankan doa anti, ameen ya Rabb. Moga anti jug dikurniakn ketabahan dan kekuatan iman. Insya Allah. Ameen. :)

Insyirah 15 April 2009 at 11:59  

Ibu: wa'alaikumussalam IBU..!! 1st time ibu komen dalam blog syirah ni. Hehehe... :P sukanya.. sukanya... :)

Insya Allah ibu, Syirah akan usahakan untuk menceriakan muka yang tk berapa comey dengan snyuman seindah suriaaaa :)

Mekasih ye ibu... :)

Insyirah 15 April 2009 at 12:01  

Salam,

Syukran ustaz farid. Patut lah ana masuk blog mdfarid.blogspot tak boleh, rupanya bertukar link. :)

zamry 16 April 2009 at 13:04  

Salam
Ana tidak mengenali ukhti tetapi tidak suka dengan entri ukhti ini....
Bukan semua yang dapat 'kehangatan cinta' dan peringatan secara langsung daripada-Nya seperti ukhti.
Maaf, walaupun ana tidak tahu dan tidak mahu tahu apa penyakit ukhti, percayalah Dia hanya memilih segelintir hamba-Nya untuk memikul ibtila' ini.
Ana pernah 'diberi' insomnia selama 5 tahun,belum sembuh sepenuhnya 'dikurnia' pula batu karang, ditambah pula dengan santa*
Setiap kali ana disahkan dapat itu dan ini, ana hanya tersenyum.
Walaupun santa* itu menyebabkan ana tidak boleh bekerja berat, banyak kena pantang makan(salah makan jantung pedih macam dicucuk2)
confirm dah sakit ana tidak seteruk ukhti tetapi bersabarlah ukhti...May ALLAH bless u
-er...jangan approve komen ni ek.tolong padam deh-

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO