Iktibar Dari Tanah Suci
Bismillahirrahmanirrahim.
Salam'alaykum w.h.b..
Alhamdulillah, permusafiran beberapa hari sudah tamat. Seawal jam 2 pagi tadi, ana menerima sms dari seorang akhawat kerana sudah beberapa hari blog tidak dikemaskini. Ana ada tapi tak ada, hihi. Ana ada depan pc tetapi tidak ada idea untuk mengemaskini blog malah terbit idea-idea untuk blog yang baru. Alhamdulillah, beberapa perkara asas sudah selesai. Posting sulung juga sudah terbit dan akhawat tersebut la orang pertama yang menjadi tetamu blog "anak" kepada blog ini. Insya Allah, moga ianya mampu memberikan sedikit kelainan. Sengaja mengasingkan kedua-dua isi blog kerana ianya berlainan. Niqobgirl.blogspot lebih kepada cerita dan apa sahaja, tetapi blog yang satu lagi hanya memaparkan karya-karya, insya Allah.
- RiNdU MeKaH LaGi -
Beberapa hari yang lalu, 'mimpi' itu datang lagi dan terjaga dari tidur rupanya degupan jantung seperti seorang atlit yang baru selesai berlari pecut sejauh 400 M. Astaghfirullah hal azhim. Perasaan diterjah pelbagai situasi, akhirnya ana terus mengambil wuduk. Menenangkan degupan jantung yang hampir membuatkan ana menjadi sangat-sangat penat.
Terkenangkan Mekah dan segala isinya.
Hari Ahad lalu, berjalan di Pekan Sehari di Temerloh bersama Aiman. Sewaktu membeli air kelapa laut madu, ana mengikuti perbualan peniaga bersama seorang pembeli lain. Seorang warga tua (ana kira) yang kelihatan sedang menikmati air minumannya.
Peniaga : Bila balik?
Pakcik tua : Minggu lepas.
Peniaga : Oh...
Pakcik tua : Sekarang ni panas! Berdebu! Hotel jauhhh sangat. Nak jalan pergi ke masjid pun berdebu, panas. Diorang runtuhkan bangunan, nak bina yang baru. 5 tahun lagi ok la.
Peniaga : Iye ke?
Monolog hati... astaghfirullah hal azhim...
Air yang dipesan juga siap dibungkus, ambil, bayar dan jalan.
Bumi Madinah, warganya lebih lembut, sopan dan geografinya rata. Suasananya tenang, hati juga lebih aman di sini. Raudhah. Dekat disisi Rasulullah s.a.w..
Bumi Mekah, warganya sedikit kasar, agak garang (takut woooo) dan geografinya berbukit-bukit. Suasananya agak kelam kabut dengan bas dan kenderaan-kenderaan lain (barangkali kerana hotel kami dahulu di main road, hihi). Kaabah. Masjidil Haram.
Terkenangkan azimat dan mutiara nasihat dari ummi dan abi sebelum berangkat ke Tanah Suci. Hampir setiap hari sepanjang 2 minggu kami diberikan kursus perdana khas dari ummi dan abi, setibanya di KLIA kami tetap diingatkan kembali dengan nasihat demi nasihat. "Jaga mulut, jaga akhlaq. Nampak yang pelik-pelik, jangan tegur." Itulah antara yang selalu diulang dan diulang hingga kami pula yang mengulang apabila ummi dan abi mengingatkan. Hihi, nakal betul. Setibanya di Jeddah, ujian pertama sudah menerpa. Rasanya keluarga ana la yang paling ceria dengan lawak jenaka dari Abang Chik. Menanti beberapa jemaah yang menghadapi sedikit kesulitan dengan pihak imigresen, beberapa jemaah yang 'berada' sudah mula mengomel dan mengulang soalan pada mutawif yang bertugas.
Kami masih ceria. Tak sabar untuk menanti perjalanan ke Madinah al-Munawwarah. Setibanya di Madinah, terlalu excited nak ke Masjid Nabawi. Alhamdulillah. Dan banyak pengalaman yang sempat dikutip sepanjang keberadaan di Madinah. Meninggalkan Madinah dan terus menyelusuri padang sahara yang terbentang luas. Hati seakan mengecut, terasa sungguh tersiat-siat... Bagaimanalah agaknya keadaan Rasulullah s.a.w. bersama para sahabat melintasi padang sahara menuju ke Madinah? Allah, sulit untuk membayangkan. Di Mekah, ana lebih banyak merasa situasi-situasi yang mendebarkan. Ada yang membuatkan ana tersenyum dan ada peristiwa yang buat ana terlalu merindui kota Mekah, ada rahsia yang ingin ana rasa. Wallahua'lam.
Dahulu. Selalu tak sabar untuk melihat rancangan Jemputan Umrah Astro Oasis. Kadang-kadang tak sedar air mata yang menitis, rindu! Sekarang rancangan itu sudah tamat. Hanya rancangan Iktibar Dari Tanah Suci yang mengubati hati. Mendengar kisah-kisah para jemaah ibadah Haji selalu memberikan mau'izzah dan ibrah yang sangat menginsafkan. Di bawah ini ana sertakan beberapa cerita yang sempat ana rakan dalam kotak memori. Insya Allah. Moga iktibarnya sama-sama kita renungkan.
[1]
Seorang penduduk desa. Hanya bekerja kampung. Belajar hanya peringkat rendah. Mendapat sentuhan bermakna sewaktu di Mekah al-Mukarramah. Sebelum di berikan 'sentuhan' dari Rabbi itu, hatinya merasa sesuatu bakal berlaku. Resah dan gelisah menaungi taman hati tetapi keyakinan pada Rabbi masih menebal lalu digagahi juga langkah kaki menuju ke kaabah. Dan... Kala itu. pintu kaabah dibuka seluas-luasnya. Maka dia menangis terisak-isak. Hingga ke hari ini, tiada seorang manusia yang mengetahui apa yang diperlihatkan Allah kepada pakcik tua ini. Peristiwa itu berlaku sudah lama, namun setiap kali di tanya dan di suruh berbicara tentang peristiwa tersebut, pakcik itu menjadi sangat sedih dan sebak lalu menangis terisak-isak tanpa dapat menahan gelora hatinya. Wallahua'lam. Ini adalah kerana beliau telah dipesan oleh 'orang' disebelahnya sewaktu bersama-sama menyaksikan peristiwa tersebut; "Kalau kamu dibunuh sekalipun, jangan ceritakan hal ini kepada sesiapapun."
Allahuakbar.
Sebenarnya, pakcik itu sendiri berbicara bahawa beliau langsung tidak mampu bercerita dan hatinya terus dihujani dengan pelbagai perasaan. Kembali ke tanah air, beliau terus menjadi orang yang lebih baik. Alhamdulillah. Solat 5 waktu di awal waktu dan jemaah di masjid. Kehidupannya juga bertambah baik. Dan pesan abi buat ana merenung panjang;
"Orang yang ada PhD pun belum tentu tinggi di sisi Allah. Sedangkan pakcik yang hanya kerja kampung, tak la baik mana pun masa mudanya. (Melalui cerita pakcik itu) Tetapi Allah dah pilih dia, berikan dia kelebihan yang kita sendiri tak tahu hingga terbuka hijab sewaktu di Mekah. Yang dekat dengan Allah itu orang yang beriman, yang tinggi disisi Allah itu orang yang bertaqwa."
Muhasabah...
Hanya yang dipesan oleh pakcik tua itu;
"Buatlah apa yang Allah suruh, tinggal apa yang Allah larang."
Hanya Allah yang mengetahui apa yang diperlihatkan kepada pakcik itu sehingga beliau begitu berubah secara drastik sewaktu menceritakan apa yang dilihatnya.
[2]
Kisah Wak Daud Tanjung Karang =)
Kisah ini ada dalam buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman tulisan Prof Kamil. Dan ana diberikan peluang mengikuti kisah Wak Daud dalam rancangan Iktibar Dari Tanah Suci (saluran Astro Oasis) betapa beliau sangat-sangat menjaga hati ibundanya. Juga tidak lupa akan kasih sayang untuk isterinya. Secara 'jujurnya' memang susah untuk menjadi adil apabila seorang lelaki membawa ibu dan isterinya. Barangkali salah seorang dari 2 wanita kesayangan sang lelaki akan terasa hati atau wallahua'lam. Tanah Suci tanah barokah, juga bumi ujian.
Teringat akan tulisan Prof Kamil dimana seorang yang alim di bidang agama juga tidak sempat untuk beribadah di Masjidil Haram, hanya sempat membaca surah al-Ikhlas kerana sibuk mencari sanak saudara di sekitar Mekah. Manakala Prof Kamil yang 'buta al-Quran' alhamdulillah berjaya khatam al-Quran di Mekah. Kerana keazaman untuk beribadah kepada Allah.
Wak Daud juga begitu. Walaupun kesihatan ibunya teruji sewaktu keberadaan di Mekah, namun kasih sayang dan kebaktian yang dicurahkan buat ibunda tersayang sangat tidak berbelah bahagi. Terus ana ingatkan kembali peristiwa yang buat mutiara mata kembali bergenang. Ummi sudah 6x melahirkan anak dan adik bongsu dilahirkan secara c-sect lantaran rahim ummi terkoyak sewaktu melahirkan anak ke-5. Maka, ujian-ujian yang 'biasa' dihadapi oleh kaum ibu ialah bengkak kaki apabila duduk terlalu lama. Perjalanan sekitar 8 jam sudah cukup untuk membuatkan kaki ummi membengkak. Diingatkan, tandas di sana tidaklah secanggih di Malaysia. Wuduk di singki. Dan sudah menjadi tanggungjawab ana untuk membantu ummi berwuduk. Apabila perlu membasuh kaki, ana akan ambil air dari singki dan membasuh kaki ummi. Setelah selesai, ana memakaikan stokin buat ummi.
Itu adalah rutin ana sepanjang berada di Jeddah, Madinah juga Mekah. Setiap permusafiran juga destinasi yang dibawa oleh ustaz mutawif, ummi berusaha menjaga wuduk tetapi ujian di sana (",) Maka, ujian buat ummi sebenarnya bonus buat ana. Dapat membantu ummi, alhamdulillah. Tak semena-mena seorang dari kalangan jemaah yang sekumpulan kami seakan mencebik "Seronoknya, wuduk anak ambil. Stoking dipakaikan. Mengada pula."
Astaghfirullah hal azhim...
Pengajarannya -> Jaga M.U.LU.T. Iktibar yang perlu kita ambil, bumi Mekah dan Madinah bumi ujian. Menjadi tetamu Nya. Ambillah ibrah yang ingin diperlihatkan kepada kita, bukan rungutan, bukan ngomelan dan bukan kepada bukan-bukan. Buat sahabat-sahabat atau sesiapa sahaja yang mempunyai keinginan ke Tanah Suci samaada ziarah (umrah) mahupun haji, banyakkan sabar dan banyakkan diam. Kerana mulut badan binasa. Di Mekah dan Madinah, semuanya "dibayar cash" oleh Allah s.w.t.. Wallahua'lam.
Jadikanlah kami orang-orang yang sabar,
Jauhkanlah kami sifat-sifat mazmumah.
Ameen.
1 leaves:
Ya tuhanku, betapa rindunya hati ini ingin kembali menjadi tetamu...
Sampaikan hajatku ya Allah...
Pengalaman menunaikan fardu haji cukup terkesan dalam jiwa ini. Terma kasih ya Allah atas segala nikmat dan kasihsayangMu..
Post a Comment