Jurnal oh Jurnal
Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, mulakan pagi yang cerah dengan syukur. Alhamdulillah. Hidup ini indah, kurniaan bagi mereka yang bertuah! Syukur alhamdulillah, Pilihanraya Kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau memberi kemenangan buat rakyat yang mahukan perubahan. [Betul ke ayat ni? Opss, ana belum layak mengundi] TaHNiaH buat mereka yang 'naik', moga menjalankan amanah dengan betul. Insya Allah.
[1] Ana sibuk
[2] Ana menyibuk
[3] Ana penyibuk
Grrrr... Memang ianya benar! Ana sibuk membuat kerja-kerja ummi, sabar je la nak mengadap system ni. Huhu. Ana menyibuk, betul juga. Menyibuk di blog seorang sahabat dengan komen-komen yang langsung tak membina. Ana penyibuk, pun betul juga (orang tu yang kata). Kenapa tetiba perlu jadi penyibuk ni? Arghhhh...! Bila pula ana menjadi seorang penyibuk sedangkan ana tak kacau dia dalam kuali pun sekadar kacau di alam nyata je, sobs sobs. Tak per la, lepas ni langsung tak kacau dah... [majuk la konon]
Jurnal Oh Jurnal...
Kenapa masih ada yang SUDI nak baca dari PAGE 1 sedangkan jurnal tu dah tercampak ke PAGE 58? Kenapa perlu baca kisah 'silam' yang selalu berderaian air mata dan berpura-pura dengan gurau senda? Perlu ke baca 'lakonan' keceriaan itu? Perlu agaknya... Siap mengatakan "walaupun terlambat tapi nak juga baca dari awal, nak jadi pembaca setia blog dan jurnal" Eleyh, macam tak ada yang lebih berfaedah nak dibuatnya. (Psiko... Psiko...) :P
Semalam! Ana menjenguk kembali 'isi' di dalam jurnal. Agaknya ana menangis ke seperti tulisan dan coretan ana tu? Tahukah kamu ana tersenyum dan hampir gelak membaca semula 'lipatan sejarah' yang pernah ana tintakan itu? Kerana... Satu perkataan meluncur lajuuuuuuu di mulut walaupun tiada orang mendengarnya kerana semalam ana sendirian di rumah. Hehehe.
Adoiiii Syirah, cengeng betul la.
Desir hati... Hehe, betapa LOMAHnya hamba pada waktu itu. Hampir semua nak dihamburkan dalam jurnal, ala... jurnal tu pun kala usia baru 15 tahun. Masih berhingus lagi. Tak reti nak 'select' apa yang 'perlu' dan apa yang 'mahu' dikongsikan. Cuba "awak" (bukan awak-awak, hihi) baca page yang ke 58 mesti dah tak hingusan lagi... Sebab itu adalah tulisan budak berusia 19 tahun. Ada banyakkkk beza tau. Lalalala... (Tak nak kalah juga tu)
Sebenarnya ana sangat berniat nak menghapuskan tulisan-tulisan lama serta karut marut didalamnya sekali, maluuuuu bila baca semula. Tetapi bila difikir-fikirkan, allahuakbar. Sayang! Sebab mana tahu, mungkin 10-20 tahun lagi andai Allah masih meminjamkan nafas buat ana, ana baca kembali coretan-coretan usang itu (dengan harapan Dr Tengku Asmadi tak delete la.. huhu) dan ia adalah satu pengalaman INDAH. Walaupun apa yang ditintakan hanyalah bersama titis-titis air mata seorang hamba yang lemah. Maka, dengan itu, ana 'merelakan' saja ia terus di 'parking' di sana. Moga bermanfaat buat ana sendiri, saat rebah ada juga tautan hati untuk menguatkan semangat yang sememangnya rapuh.
Komen yang buat ana senyum dalam diam: MANJA!
Fuh... Manja sangat ke coretan itu? Masakan tidak, baru seawal usia 15 tahun. Memanglah manja. Biar lah, setiap kekurangan itu BUKAN untuk dihapuskan dari pengetahuan orang, kerana setiap manusia punya kekurangan! Jadi, ana sengaja membiarkan kekurangan itu agar ana mampu perbaikinya sedikit demi sedikit. Barangkali kala usia 25 tahun (setelah 10 tahun usia jurnal itu) hilang sudah tinta-tinta seorang anak yang manja. Insya Allah. (",)
p/s: Sedang berusaha mencari dan mengumpul CERPEN, insya Allah akan disatukan dalam satu blog baru, koleksi CERPEN yang pernah ana tulis sendiri juga tulisan sahabat-sahabat. Doakanlah agar ana tak M.A.L.A.S untuk mengerahkan minda dalam penulisan.
p/s/s: Sahabat-sahabat yang berminat untuk menulis CERPEN untuk membantu mengumpul dana PMRAM sila berhubung dengan saya. Tinggalkan komen pun boleh juga.
Sebelum disalah sangka... saya di Malaysia. Sebut PMRAM nanti ada pula yang tersalah anggap dek kerana posting-posting sebelum ni ana 'menjerit' nak ke Mesir. Eheks! :P
Petikan dari Jurnal bertarikh 20 Oktober 2008
Ya Allah yang Maha Sabar,Lama tak dengar khabar dari seorang sahabat, semalam sengaja menghantar SMS kepadanya. Allahuakbar, tak tahu rupanya diam sahabat adalah kerana keluarganya ditimpa ujian dari Allah s.w.t. "Rumah dan kedai akhi terbakar... seminggu lalu." Ana terkedu juga la dengan SMS dari sahabat, muhasabah diri sendiri walaupun musibah itu belum kena di dahi sendiri. Dikala anda gembira, bersyukurlah kerana nikmat itu dipinjamkan dari Allah untuk memberi 'ujian' kegembiraan pada kamu. Ingatlah, disaat anda di'uji' dengan kegembiraan ada insan yang sedang diberikan 'nikmat' keresahan, ujian dan kesedihan yang berpanjangan untuk menguji keutuhan keyakinan mereka pada Tuhan setelah mengatakan 'kami telah beriman'.
Jadikanlah Insyirah orang yang sabar,
Ya Allah yang Maha Mengetahui,
Kuatkanlah hati Insyirah,
Ya Allah yang Maha Berkuasa,
Ikatkanlah hati Insyirah dengan relung cinta Mu,
Ya Allah yang Maha Penyayang,
Jauhkanlah mazmumah yang bersarang di hati Insyirah,
Gantikanlah dengan keindahan pekerti mahmudah,
Singkapkanlah hatinya dengan keindahan syurga Mu,
Tika Insyirah rawan dalam ujian silih berganti,
Ya Allah ya Qahhar,
Ingatkanlah Insyirah tika dia gembira,
Sedarkan dia dengan amaran azab Mu,
Hanya Engkau sajalah tempat kami bergantung harap.
Ameen ya Robb!
Ucapkanlah A.L.H.A.M.D.U.L.I.L.L.A.H wa syukrillah 'ala nikmatillah. Sesungguhnya setiap kesulitan ada kemudahan. Ujian yang hebat hanya singgah di jiwa insan yang hebat! Ujian yang menggerunkan hanya singgah pada iman yang pasak dengan keteguhan janji TUHAN.
*** Kak Wani, kalau terbaca... Mesej ini juga buat akak. Innallah hama'as sobirin, ingat janji Allah. Kalau kita tolong agama Allah, PASTI Allah akan tolong kita. Uhibbuki habeebah.
0 leaves:
Post a Comment