"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

06 April 2009

PeNguBaT RiNDu *_*

Assalamu'alaikum. Hampir setahun berlalu. Pada April 2008 ke Tanah Suci, kini April menjelma lagi. Ubat kerinduan hati untuk ke sana, maka gambar-gambar ini sebagai tatapan. Moga hati girang walaupun jasad masih di sini. Terpisah jauh namun hati tetap merasa tarikan dari sana. Subhanallah. Kalau ikutkan lebih 200 keping gambar, tetapi ana kongsikan sedikit sahaja dengan antum. Ana kurang pasti hotel-hotel ini masih wujud atau tidak, wallahua'lam. Kerana setahun yang lalu, banyak hotel di sekitar Masjidil Haram dirobohkan untuk Bandar ape tah, lupe la... Maaf, gambar agak tunggang langgang kerana ana menyusun gambar-gambar ini mengikut abjad, maka bila cuba susun kembali beberapa gambar terpadam dari draft (bukan rezeki antum nak tengok la tu) dan ana malas nak upload kembali :P

Hotel tersergam indah di belakang abi namanya Hotel Dar At-Tawhid, perghhh depan pintu masuk Masjidil Haram, agaknya satu malam mau RM1k, wallahua'lam

Hotel ke'geram'an dak baju biru nih, lokasinya sebelah Masjidil Haram

Hotel di sekitar mekah (lepas snap yang ni terus jatuh katil; moralnya duk diam-diam jangan nak ambil gambar jeeeee!) :P

Hotel sekitar Mekah (dalam 150-200m ke Masjidil Haram)

Masjid Nabawi (sebelum berangkat ke Mekah)

Di Movenpick, Madinah (baru je sampai)

Hotel di depan hotel Movenpick (gatal tangan nak snap)

Di sini (kanan yang berpagar tuh) tersimpannya jasad para syuhada juga Saidina Hamzah

Jabal Tsur (hajatku belum kesampaian untuk ke puncaknya!)

Bukit yang belakang tu namanya Jabal Rummah (Bukit Pemanah)

Perkuburan Ma'la (di sini bersemadinya jasad Ummul Mukminin, Saidatina Khadijah)

Masjid Ar-Rahmah di Jeddah
(hihi, bentuknya hampir sama dengan Masjid Terapung di Terengganu)

Heeee... Tak perlu cari dan agak yang mana satu ana, kerana ana tiada di dalam foto :P Sesiapa yang berkesempatan tuk ke sana, jangan tangguh-tangguh. Sekali dah pergi, belum pun balik ke Malaysia dah rasa nak pergi lagi. Itulah tarikan kaabah dan Masjid Nabawi, subhanallah. Menjadi tetamu Allah ni tak mudah, seperti yang dikatakan oleh mutawif kami, Ustaz Abdul Mujib; "Tetamu Allah ini bukan sebarangan orang. Tidak semua orang ada kesempatan untuk jadi tetamu Allah. Ada yang punya duit tetapi tak punya masa (sibuk urusan dunia), ada yang punya masa tetapi tak punya duit. Begitulah manusia... Hati nak datang (ke Mekah dan Madinah) tetapi belum lagi terpilih oleh Allah. Maka, bersyukurlah. Alhamdulillah semua tetamu Allah ini adalah tetamu yang sangat istimewa."

Waduh, masih ku ingat dialog ini di Jeddah... Bersama linangan air mata, rasa gembira tak tahu nak digambarkan dengan kata-kata. Alhamdulillah. Di Mekah, beberapa hari sebelum balik ana dah "meraban" tak nak balik, huhuhu. Habis tu, kene kawin la (kata abi). Isk..! Macam tak de tawaran lain je. Haih, dah la beberapa hari dalam tempoh "meraban" tu terpengsan (maksudnya tak sengaja) di tempat makan. Tu la tandanya orang tak mo balikkkkkk! Lalalala... :P

Kemudian, esoknya ada seorang makcik ni cakap pada ana; "Achik suka perhatikan kamu terutama masa makan (time ni la pun dia amik kesempatan, isk isk isk) sebab muka kamu macam anak achik. Achik ada anak kembar 3 sebaya kamu la. Semua perempuan." Dia tanya nama ana. Kemudian sambung lagi; "Aik, nama pun hampir nak sama." Huhuhu, kebetulan je makcik. Apa kabar le makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang sama-sama pergi tu yer. Harap-harap semuanya dalam rahmat dan maghfirah Allah. Ameen.

p/s: Anak-anak makcik tu cunS abes woooo... Dia tunjuk gambar anak-anak kembar 3 yang sebaya ngan ana tuh masa dalam flight dari Jeddah-KLIA. Huhu... seb baik ana kuat iman, ahaks! Kalau tak... "Achik! Saya nak jadi menantu achik." Kalau ana rijal la... kui kui kui :P

Image Hosted by ImageShack.us

9 leaves:

Kash 6 April 2009 at 10:31  

Bila la pakcik nak sampai sana?

Insyirah 6 April 2009 at 10:40  

Insya Allah (",)
Masih dalam rahsia Allah la tue :) Sekarang kalau nak pegi untuk Umrah dengan Tabung Haji, kalau tak salah dalam RM6k. Sekarang arge hotel melambung sebab banyak otel yang dirobohkan. Kalau ada dalam RM16K boleh terus Haji... Lagi lama, sebulan lebih. Baru la puas... Huhuhuhu.

Kash 6 April 2009 at 14:06  

Insyaallah, doa2kanlah pakcik dan makcik semoga dapat menjadi tetamu Allah.

Insyirah 6 April 2009 at 14:32  

Ameen ya Rabbana (",)
Pakcik penah baca tak buku TRAVELOG HAJI: MENGUBAH SEMPADAN IMAN tulisan Profesor Muhd Kamil Ibrahim.

Fuh! Kalau baca yang tu... boleh meleleh air mata tauuu! :)

p/s: Daftar haji terus laa... Que-up pun haritu daftar nama tercampak tahun 2014. Auh, lambatnye rasa... huhu.

ain,  6 April 2009 at 17:26  

assalamu'alaikum kak syirah comel. jelesnya tingukkkkkk!!

Insyirah 8 April 2009 at 19:29  

Pakcik : Hehehe, lawak kan. Tu la yang tengah rasa nak gelak guling2 jer baca komen budak2 nih. Ada ke cakap COMEL. Rabun agaknye dorang nih... Hehehe :P

p/s: Pipi kot yang comel, gebuuu mcm kek!! (",)

Insyirah 8 April 2009 at 19:33  

Ain >>>

wa'alaikumussalam whb :)
hehehe, bukan comel lah dik, comot... :P

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO