Nasihat Dari Cikgu
Assalamu'alaikum w.h.b..
Salam dan selawat atas junjungan mulia, Rasulullah s.a.w., keluarga dan sahabat. Alhamdulillah, sedikit masa dapat diisi dengan coretan kali ini. Insya Allah, sambil menanti pulangnya adik bongsu, dapatlah menjenguk blog seketika.
Gambar disebelah ni bukan sekadar hiasan mata, bukan juga sekadar tamsilan dari hati tapi gambar disebelah diambil semasa Gathering MAP pada Januari 2007 yang lalu. Yang memakai baju hijau dibelakang adalah Dr Tengku Asmadi, PhD manakala yang memakai jeket hitam tu Cikgu Rosidi. Kedua-duanya merupakan mentor ana, alhamdulillah.
Dengan Dr, ana agak kurang berani sebab pernah 'dikenakan' oleh Dr dalam pejabatnya didepan semua staff, maka ana pun 'taubat nasuha' nak menjejakkan kaki ke sana lagi. Serikkkkk! *_* Cikgu Rosidi a.k.a Cikgu Shidee, rasanya lebih kepada tak formal. Tak juga anak murid-cikgu tetapi lebih kepada hubungan kekeluargaan, dengan zaujah cikgu juga ana 'berani' buat lawak. Mujur la Kak Nor tu dah lali, tentu la dia lebih dulu kena 'train' dengan cikgu. Hihihihi. Jangan tak tahu, Cikgu Shidee menggunakan kesempatan masa yang ada untuk 'mengenakan' anak muridnya. Tak caya? Baik la percaya! Hihi.
Bukan ini yang ana nak ceritakan sebenarnya (macam biasalah, mukaddimah panjang menjela.) Pagi tadi, dalam ana duduk-duduk sambil buat senaman untuk tulang yang kuat dan sihat (lalalala...) ana terima satu sms. Tapi tak de la terburu-buru sangat nak buka, fasobrun jameel. Hihi. Dah beberapa minit berlalu, rasa macam bunyi ada sms masuk. Dah baca ke belum ea... Dan, ana pun buka sms, jeng jeng jeng... Air mata pun ngalir, huhu.
Salam keikhlasan dariku, mendoakan kesejahteraan dirimu di sana. Moga dirimu cekal menghadapi hidup dengan caramu mengikut kefahaman dan kemampuanmu sendiri agar dirimu tidak sekali-kali berputus asa dan tujuan hidupmu dapat disempurnakan. Tanpa tidak mengendahkan kemahuanmu agar dirimu tetap bahagia dan puas. Dengan kasih dari saudara-saudaramu. Berjuanglah demi dirimu, agamamu, saudara-saudaramu, tanah airmu dan yang penting semata-mata demi Tuhanmu. Berjalanlah di atas muka bumi ini dan berfikirlah. Lihat kelilingmu dan bersyukurlah kerana dirimu telah diberi peluang untuk merasai apa yang kamu rasai. Dan apa yang kamu lihat dan rasai sesungguhnya adalah hadiah dari Nya untukmu. Moga hidayah dan syafaat menjadi nikmat terbesar untukmu selain iman. Salam kemaafan jua dariku.
Ya Allah... Panjang lebar isi sms ni, berulang kali dibaca dan terus membaca.
Ana tak tahu, tak pasti dan tidak menduga kalau-kalau Cikgu Shidee tahu apa yang sedang ana jalani. Barangkali mesej ni kerana dia tahu atau juga kerana sentuhan hati seorang guru. Wallahua'lam. Ana muhasabah diri semula, pagi yang agak cerah dengan cahaya matahari. Alhamdulillah. Walaupun masih samar-samar menilai hikmah Allah dari apa yang berlaku, tapi yang ana yakin dan pasti airmata takkan mampu dihentikan dari mengalir selagi ana tidak ikhlas menghadapi ujian, mehnah dan tribulasi perjuangan.
Akhirnya, ana paksakan juga hati bergerak seiring akal dan iman untuk berlapang dada dan menerima segalanya dengan hati terbuka. Alhamdulillah, akhirnya ana berhenti menangis. (^_^) Hampir setiap hari pulang dari pejabat, abi pasti tanya "Baru bangun tidur ke?". Walhal ana memang tak tidur pun, dek kerana banyak sangat nangis sampai mata bengkak, muka jadi sembab. Ok, dah tak nangis lagi. Insya Allah. Husnudzon, yakin pada Allah dan cubalah untuk merasai nikmatnya tawakkal dan berserah diri pada Allah.
Apa yang ana tahu, selagi tidak dengar dengan telinga sendiri ana harap ana masih husnudzon. Insya Allah. Di sentak dengan ujian dari segenap penjuru, ana tidak lagi terduduk mahupun tercampak atau terguling apatah lagi tersungkur sebaliknya ana mengintai di balik jendela, menghitung bebintang di langit yang luas. Merenung ke dalam diri, mencari salah diri, mengubat duka lara di hati (huhuhu) dan akhirnya ana senyum pada diri sendiri. Senyum pada bintang, senyum pada bintang, senyum pada bintang...
Tak tercapai dengan tangan yang pendek,
Ingin ku raih buih di lautan,
Tak terkumpul dengan tangan yang kecil,
Ingin ku kutip debu bertaburan,
Tak tersimpan dalam genggaman,
Dimana, bagaimana ingin ku milikinya?
Dengan iman, syukur dan sabar...
~ Cikgu Shidee ~
Teringat pada satu situasi dimana ana masih di bangku sekolah, ana terlupa apa yang melanda pada ketika itu (dah lama) tetapi yang masih ana ingat ialah tarbiyyah cikgu Shidee pada ana ketika itu. Suatu hari, apabila cikgu menalifon dan ana tak boleh mengawal tangisan, cikgu terus letak talifon. Dan smsnya... Huwaaaa, maafkan anak murid yang cengeng ni. (Kenapa ana salu buat orang nangis ea?)
Di saat diri ini amat sangat perlukan nasihatnya, cikgu telah mentarbiyyah ana dengan cara yang paling berkesan dan cara itu juga dia lakukan pada seorang lagi ukhti kesayangan ana sewaktu beliau ditimpa musibah. Cikgu selalu mahu kami melihat ujian sebagai satu tarbiyyah, itulah cara cikgu mentarbiyyah dan menasihati kami.... Dengan tarbiyyah dari Allah.
Ana nak senyum... Senyum pada bintang... er, siang hari takde bintang yang ada hanya kentang... Hikhik. Syukran wa jazakillah khairan juga pada adikku yang busyuk, dik Fauzani dengan mesej-mesejmu. Jadilah anak yang solehah... Insya Allah.
~ Dedikasi Buat Guru-Guruku ~
Guruku yang baik banyak menyedarkan aku,
Dunia ini hanya sementara,
Insan paling berjasa menunjuk jalan ke syurga,
Jalan keredhaan Tuhan...
Hihi, maap la yer. Ini je yang ingat, lagu ni salu nyanyi masa zaman tadika dulu...
4 leaves:
Salam dik, bila la nak hilang perangai cengeng tu yer? Adik kena kawin la tuh, nanti dah ada anak kecil ganti ibunya nangis dah tak nangis lagi. Hik hik... :D
Salam Insyirah.
Akhi dah semak, alhamdulillah. Memuaskan :) sikit2 tu nnt akhi mintak tlg lagi, boleh? Jazakillah.
p/s: Tanpa Nama ni siapa ye? Bijaknya idea dia hingga "invisible" identiti.
Akhi baru nak usulkan perkara yang sama pada Insyirah, hehehe. (klau gune ym, dah kuar ikon gelak berguling2 tuh. Hehe)
Wa'alaikumussalam whb Tanpa Nama. Siapakah gerangan yang berkata2 ini? Berani kamu...! Huhuhu... Siapa neyh? Ngadu kat abi baru tau *_*
Wa'alaikumussalam whb Pak Ustaz... Alhamdulillah kalau memuaskan, insya Allah boleh jer kalau ada apa-apa nak ditolong. Sahut cabaran!! (kenal tak ayat ni, hohoho)
Akhi nih saja la tu nak cari pasal ngan orang, orang sambung nangis lagi baru tau, hihihi :D
TAK BAIK gelak guling2, tak sopan. Macammana nak jadi qudwah hasanah pada anak-anak ni kalau bapaknya gelak sampai berguling?! Haihhh... Lalalalalaaaaaa...
Post a Comment