Kala Disapa Bahagia
Bismillahirrahmanirrahim...
Salam'alaykum w.h.b.
Moga Allah menghadirkan taufiq Nya buat kita semua, tergolong sebagai hamba-hamba yang 'sedikit', menjadi hamba-hamba yang 'asing' di hujung usia dunia. Ameen. Menyatakan kesyukuran bukan saja dengan lisan bahkan disertai perbuatan, syukur atas segala kurniaan dan nikmat pinjaman dari Allah. Hamdalah.
Alhamdulillah. I'm still in misery mood but feeling more better then last week. Semalam, abi ada mesyuarat di Jalan Bangsar, maka ana dengan 'excited'nya nak jadi peneman abi. Kebetulan, caturan Allah dah cukup cantik, tambah pula Adik yang 'merelakan' diri memonteng sekolah untuk mengikut sama. Kalau Adik tak 'ponteng' maka ana tak pula ada chance untuk mengikut abi ke Bangsar. Subhanallah, cantik aturan Allah.
Abi tinggalkan kami di Balai Islam, merehatkan badan di sana hingga jam 11.00 a.m dan meniti ditepi jalan menongkah arus bandar metropolitan, naik jejambat dan cross over ke seberang jalan, atur langkah perlahan menurun tangga dan menunggu teksi ke Mid Valley. Sambil menunggu teksi yang sememangnya banyak, Adik bertanya macam-macam "Kak, kenapa kena boikot?", "Kak, kalau tak boikot tak boleh?" Teringat pula ana pada soalan TAG yang lalu. Teksi yang dijanjikan Allah pun tiba, alhamdulillah pemandu Melayu.
Dalam teksi, banyak pula borak pakcik pemandu teksi ni. Ana perasan, ana ada masalah untuk berkomunikasi dengan orang. Mungkin sebab ana kurang berkomunikasi, jadi ianya menjadi masalah pada ana bila terpaksa berkomunikasi. Jadi gugup dan gagap. (mungkin ada yang ketawa kalau tahu 'siapa' ana). Terasa muka disimbah dengan minyak panas, arhhhh... Sampai Mid Valley terus ke tandas dan cuci muka, panas sungguh muka. Adik tanya lagi "Kenapa muka jadi macam tu?" Ana pun tanya balik "Muka jadi macam apa?" Slumber Adik tunjuk cermin depan muka suruh tengok sendiri. Hmmm, muka sangat-sangat merah bak udang bakar. Kenapa? Tiba-tiba jawapan yang paling 'jujur' dan mungkin diketawakan kawan-kawan (Aisyah, jangan gelakkkkkk!) "Maluuuuuuu..!!!"
Huh sudah! Soalan-soalan pakcik teksi tu pun dah pun berjaya membuat muka jadi seperti udang dibakar. Ni guane ambe nak jadi 'kebal'. Allahuakbar. Moga masalah komunikasi ni akan beransur 'pulih' walaupun tidak seperti dulu. I'm a talkactive person. Tapi kalau di rumah, masih lagi talkactive, keluar rumah terus kaku. Singgah di stesen minyak, hulur kad dan sekeping duit RM50, cakap "Pam 6, 50" Skali dia bagi baki RM30, ana dah berkerut. "Erm, 50 kan?" Huhuhu, ana ni pun satu hal juga! "Saya ingat RM20... Maaf." Aduih, minyak isi RM20 jalan tak sampai rumah, kami tolak kereta la agaknya. Huhuhu. Beli bakso, minta 3 bungkus skali cashier dia cakap "RM4.10" ana sememangnya bingung, murahnya. Rupanya dia dengar ana cakap 1 bungkus. Hellow, apa masalah engko ni cik syirah oi... Speak loudly! Tapi rasa macam dah cukup kuat je.
** perlu diselesaikan segera masalah ni... takut bertambah parah.
Di Mid Valley, biasalah masuk ke MPH dah macam nak menjerit-jerit je tengok buku. Rasa nak baca semua, isk isk... Nafsu tu. Pegang buku yang nak dibeli, skali makin lama makin banyak dan makin berat. Huhu, lastly letak semula buku-buku dan ambil hanya 3 buah buku. Tak larat nak angkut sana sini. Jam melewati 12.30 p.m dan kelibat insan yang ditunggu masih belum kunjung tiba. Adik dah lapar, maka terpaksa kami turun mencari alas perut. Elok je duduk, dapat SMS yang orang ditunggu dah sampai MPH. Alahai... Misi MEMBULI. Minta orang di atas turun ke bawah, hek hek hek.
Lepas ni, nak ke Mid Valley dah tak boleh 'harap' pada orang itu lagi. Dengan excitednya membawa kami, alih-alih dia cakap "eiii... mana la ni... rasa macam kat sini." Kih kih kih, sukanya ana tengok gelagat dia, duk senyum perati gelagat si dia yang tak keruan. Rilex la, kita tengok peta. Hehehe, finally jumpa juga kedai tersebut tapi orang ramai (penuh) maka eloklah kalau dibayar 'hutang' dulu, solat. 'Geli hati' pula melihat betapa ramainya kaum Adam yang uzur syari'e di bandar metropolitan ni. Tak solat ke cik abang oi? Kalau dijawabnya "Musafir..." Ohhooo, mu sampai sini sempat pula nak ke masjid tak sempat yer? Kesiannya... (ceceh, berani nak tegur macam tu, pergi stesen minyak pun orang tak dengar ngko cakap syirah oi).
Kesimpulannya. ANA SANGAT BAHAGIA apabila Allah izinkan pertemuan bersama Ukhti Syifa', kami bercakap (tak henti-henti) dalam beberapa perkara. Iyer la, masa mencemburui, setiap saat begitu berharga untuk dikongsikan bersama. Dalam kata-katanya, begitu banyak pesan dan tarbiyyah yang diberikan pada ana. Hamdalah. Ana bersyukur dikurniakan sahabat-sahabat yang begitu 'teliti' dan konsisten dalam dakwah. Tempiasnya kena pada ana, hamdalah. Usai makan, ukhti Syifa' bawa kami ke Wonderland Pets, waktu ni lagi la kelakar. Hihi, ampun kak. Jangan marah yeee... Eiii, nakalnya ana ni. Takpe, kan Babah dah kata "biar nakal jangan comot sudah..." Lalalalaaaa.
Pagi ini. Ana membuka forum dan menjenguk blog. Terkedu pula mendengar khabaran dari Kak Suhaiza. Benar apa yang ditulisnya, ana cuba membaca beberapa kali. Cubit pipi, sakit. Tak mimpi la tu. Tak percaya juga! Tampar pipi, lagi sakit. Sohih la tak mimpi. Innalillahiwainna ilaihirajiun. Ya Allah, terasa pipi tak semena-mena panas, air mata yang tumpah tak mampu nak ditahan. Subhanallah. Ya Allah, beratnya apa yang baru ana tatap beberapa ketika tadi.
Kisah seorang ukhti, beberapa tahun yang lalu dengan gembiranya beliau berkongsi gambar majlis perkahwinannya dengan kami. Kalau tak silap ana, tahun lepas atau 2 tahun lepas berlaku peristiwa yang 'menyentap' emosinya kala menanti bayi yang bakal dilahirkan (dah menanti waktu je pun) dikhabarkan bayi perempuan itu meninggal dalam rahim, beliau melahirkan bayi di Sarawak (she is a teacher) sendirian tanpa ditemani suami dan bakal melahirkan bayi yang tidak lagi bernyawa. 3 April 2009 (post Kak Suhaiza) atau juga disama ertikan SEMALAM, beliau selamat melahirkan bayi lelaki dengan c-sect sebab bayi agak besar dan tak boleh dilahirkan secara normal. 1 jam selepas suaminya mengazan dan iqamat bayi mungil yang baru lahir itu...........................
Keretanya kemalangan merempuh sebuah lori dan KESEMUANYA meninggal dunia. Suami + ibu mertua + bapa mertua beliau meninggal dunia. Tapi beliau masih tidak dikhabarkan dengan berita tersebut kerana masih lagi lemah selepas c-sect. Petang semalam baru dikhabarkan berita tersebut.
Ana terkedu!
Andai ana ditempatnya? Setabah itukah diri ini? Sekental itukah iman ini? Seteguh itukah hati ini? Sekukuh itukah emosi ini? Diam lagi, air mata masih menitis laju. Ya Rabb, mohon diteguhkan sekeping hati ukhti cikju dengan keimanan juga kesabaran yang tebal. Ya Habibi, mohon dikuatkan emosinya menghadapi ujian Mu yang hebat ini. Ya Rabbul Izzati, mohon diberikan kekuatan atas musibah yang menimpa seorang isteri yang kehilangan suami, seorang menantu yang kehilangan ibu dan bapa mertua. Engkau yang menghidup dan mematikan, maka kurniakanlah kebaikan buat cikju dunia akhirat...
Terus memori melekat pada dialog semalam antara Ana - Ummi - Abi.
Gara-gara Mahfuzah cerita tentang cabaran RM 1, 000, 000 minuman isotonik 100 Plus! Ummi cakap kalau dapat duit tu ummi nak sikit (nada gurau) untuk beli rumah. Lama-lama dah jadi ngarut, cerita itu ini sebab ana kata nanti kami (adik beradik) gaduh berebut harta pula. Ana kata lagi, ana tak nak apa-apa cuma ana minta ummi dan abi meredhai ana. Ana sambung kembali; "Eh, perasan lak orang ni kan. Nak berebut harta konon, entah-entah orang yang mati dulu." masih bernada gurau dan diulit ketawa riang biasan perjumpaan Ukhti Syifa'.
Ummi menyambut "Eh, apa pula. Ummi mati dulu. Kalau Syirah mati dulu, siapa nak bela ummi nanti?" Hehehe.
"Tak pe mie, kan ke ramai lagi adik-adik ni ha. Esok kalau ummi mati dulu, ummi merungut pula... Dah bela dari kecil, dah besar bela sampai tua, dah tua pun ummi bela lagi, sakitttttt je." Hak hak hak... Ummi gelak lagi.
"A'ah, betul... betul... Biar la Insyirah mati dulu." Kata Abi.
Abi sambung lagi. "Senang je nak kan redha ummi dan abi. Dengar cakap. Jangan buat dosa, hari-hari bahagiakan kami. Masak apa yang patut, buat apa yang perlu. Tiap-tiap hari picit kaki abi, urut kaki ummi. Dah! Mati nanti dalam keadaan ummi dan abi redha, bahagia kerana ada anak yang tak jemu berbakti semata-mata nak redha kami untuk mendapat redha Allah. Terang kubur, bahagia di akhirat."
Ana diam. Terkedu. Abi senyum menghabiskan ayatnya. Hati ana seakan digerudi! Ya Rabbi, betapa rasa macam nak menangis meraung-raung je. Dah la masa tu tunggu nak solat Isyak, hibanya... hibanya...!! Mata ana sudah layu, badan ana sudah lesu. Abi masih menonton Midsommer Murder, cerita British kegeraman abi. Gimana sih mau dipicit kakinya. Sabarlah mata. Dot on 11 p.m terus suruh abi duduk elok-elok, dengan lafaz bismillah ana picit kaki abi sambil melayan sisa hiba yang tak berkurang. Ya Allah, kenapa hiba sangat niiii....
Di kala gembira, jangan lupa merafaqkan rasa syukur pada Rabbi. Dia meminjamkan perasaan bahagia, suka, gembira itu dengan ujian pada kita. Ingatlah pada firman Nya "Sesungguhnya terlalu sedikit di kalangan hamba Ku yang bersyukur!" Kembali kenangkan firman Nya "Maka di antara nikmat-nikmat Tuhanmu, nikmat apakah yang hendak kamu dustakan?"
Kala disapa bahagia... Jangan lupa, ada insan yang menderita. Bersyukurlah. Belajarlah menjadi hamba yang mahu dan tahu B.E.R.S.Y.U.K.U.R. pada Tuhan.
Wallahua'lam.
** Sekadar melepaskan kehibaan di hati, ma'alish jiddan.
... SANAH HELWA Ustaz Khairul Imtiaz dan Ukhti Nur Ain ...
Moga Allah berkati usia kalian, panjang umur dalam kebajikan dan ketaatan pada Allah... [send sms je, sorry]
1 leaves:
ya Allah..sedihnya bc kisah akak tu...hiba...
smuga ALLAH kurniakan ketabahan pdnya...
Post a Comment