Siapa Kata Tak Boleh?
Assalamu'alaikum kepada tetamu yang setia menziarah. (",)
Alhamdulillah. Pagi ini dalam kekelam kekabutan untuk menyiapkan tugasan (hihi, sohih ana ni memang orang yang gelabah) :P dan di pagi yang indah ini, abi tersayang tunjukkan gambar... Jeng jeng jeng. Gambar penerima Anugerah Canselor UTM. Ehem... Beliau berjaya menyiapkan PhD dalam jangka masa 2 tahun setengah. Masya Allah! Hebat betul. Gambar ini di ambil dari website rasmi, huhu.
Pada awalnya apabila minta abi tolobg simpankan gambar-gambar beliau untuk ana masukkan dalam blog, abi protes barangkali ia adalah privasi seseorang (aih pagi-pagi dah gaduh dengan abi) akhirnya abi mengalah. Ambil POSITIFnya, kejayaan beliau sebagai seorang anak Malaysia, seorang Melayu dan paling bangganya seorang MUSLIM..!
Siapa kata MUSLIM tak boleh cemerlang?
Siapa kata MELAYU mundur dalam pelajaran?
Siapa kata anak MALAYSIA lemah?
Inilah bukti kejayaan seorang anak Malaysia, anak Melayu dan paling utama seorang MUSLIM yang berjaya membuktikan bahawa kita (ummat Islam) mampu untuk berjaya. Kunci utamanya ialah buang sifat M.A.L.A.S yang amat sinonim dengan orang Melayu!
Ayuh sahabat-sahabatku!
Bangunlah dari lena yang panjang!
Bangkit Islam Bangkit!
Andai ana 'di sana', ana perlu memegang cabaran dari abi untuk memecah rekod cgpa abi... Dan ana juga dicabar untuk memecahkan rekod kejayaan ustaz Khairul. Hmmm, ana? (senyum dalam hati)
Salam kejayaan buat Penuntut Ilmu.
3 leaves:
Mabruk untuk abi!...abi enti la...bukan abi ana,...hehe
inila contoh tauladan bagi generasi kini yg sedap2 saja habiskan duit org tua, tp belajarnya tidak...aih...
Akhi, anta salah faham ni (",)
Gambar ni bukan abi ana. Just tumpang gambar Dr Ir Sazali je dalam blog (muka dia macam abi ke?) =)
Syukran jazilan ya ukhty. Alhamdulillah, kejayaan ini adalah untuk umat Islam kesemuanya. Bagi pengetahuan ukhty, semua umat Islam boleh berjaya dan akan berjaya kecuali bagi mereka yang tidak mahu mengecapi kejayaan sahaja yang akan ketinggalan. Pesanan saya, jadikan sifat Nabi Muhammad SAW sebagai ikutan (Siddiq, Amanah, Tabliq & Fatanah). Setiap pekerjaan/pembelajaran yang dilakukan dengan iklhas kerana Allah akan mengecapi kemanisan dan kepuasan di dalam melakukannya.
Dr Sazali.
Post a Comment