"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

29 April 2009

Monolog Rindu

ku ungkap puitis merdu
satu alunan gemerlapan nan suci
tersingkap tabir nan berduri
dalam mengenal cinta HAKIKI

kususuri jalanan itu
ku lihatkan satu titisan embun salju
yang menadah kerlipan bingtang di angkasa
mengabur minda yang suram
kutatapi keayuan sungai nan terapi
ku lemparkan kesayuan nan tandus


TUHAN...
bantulah aku selagi terdaya

aku terus menyusuri kerlipan itu
tersungkur aku di satu lembah nan sepi
sepi... tanpa suara memerhati
tatkala itu hatiku menyahut...
marilah mengejar cinta ILAHI...

sanubari terusik mengukir mesra
kenikmatan tertusuk tersemat di jiwa
kan ku susun atur derapan langkah aku menyusur
kembali di jalanan yg berliku
seringkali aku dibisik
mengapa kau memiliih jalan derita?
sedangkan bahagia itu milikmu
terbentang kesyahduan di jalanan itu
aku menepis kelam
biarlah aku derita di sini
moga aku bahagia di SANA

"TUHAN... tabahkanlah hatiku.."

Read more...

28 April 2009

Selamat Pengantin Baru

SeLaMaT PeNgaNTiN BaRu

Kak Nur Fasihah Bt Radzuan dan Mohamed Osman B Ali (suami). Asif jiddan, tak dapat nak ke majlis walimah. Perancangan sudah ada tetapi di saat akhir terpaksa pulang ke kampung kerana nenek kurang sihat. Moga jodoh berkekalan hingga ke Syurga, insya Allah. Ameen.

~ DeDiKaSi BuaT PeNgaNtiN ~

Bila dua hati dah terjalin,
Selamatlah pengantin kami doakan,
Moga redha Allah bersinar selalu,
Tanda bermula bahtera hidup,
Dalam melayari bahtera rumah tangga,
Ada masa senang dan masa gelisah,
Jangan nafsu diikut melulu,
Sabar dan bermaafan itu perlu,
Beginilah resam manusia,
Tak lari dari ketentuan Ilahi,
Suami ketua, isteri pembantu,
Menongkah hidup saling berpadu,
Susah dan senang hadapi bersama,
Moga kekal hingga ke Syurga.

Selamat Pengantin Baru Kak!
Jadi isteri yang solehah, ibu yang solehah dan juga ape ea... Jadilah yang terbaik kerana dia adalah yang terbaik untukmu, insya Allah.

-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-

"Anti, bila nak kahwin?"

"Syirah, akak tak sabar nak makan nasi minyak kamu."


"Kak Syirah, bila nak kahwin?"


"Bila nak kahwin?"


Kot mana pun depa pusing soalan, maksudnya sama ja. Bila nak kahwin? Hahahah ~ Gelak dibuatnya bila dapat soalan ni. Balik kampung baru ni pun, Mak Long beberapa kali tanya soalan yang sama. Hihihi, dah macam soalan 'wajib' jer setiap kali nampak muka ana pasti soalan ini yang ditanya. Kenapa la tak tanya soalan yang lebih mencabar, contohnya:

"Bila nak buat novel sulung?"


Ahaks, kan lebih mencabar minda untuk memaksa diri menulis. Beberapa jawapan ni ana fikirkan terlintas di saat menaip entry kali ini, antum pilih ke nak yang mana ^_^

[1] Tunggu la, Uwais kecik lagi ~ logik tak jawapan ni?


[2] Ana kecik lagi ~ betul betul betul (kata upin dan ipin)


[3] Wallahua'lam ~ ni yang paling tepat (bagi ana)


Hihihi, patutnya ana bertanya semula kepada mereka yang bertanya.
"Awatnya, muka ceq ni tua sangat ka?" (*_*) Patut ke kalau ana tanya "Ada ke orang nak kahwin dengan saya?" Lagi la sempoi soalan ni, persoalannya - Ada ke - Huhuhu.

Apa la antum ni, tak habis-habis buat ana stuck. Dalam berjuta-juta soalan dalam dunia ni soalan kahwin juga yang nak ditanya. Seolah-olah ana ni dah 'tua' sangat, kata seorang teman "Eh, ok la tu. Kematangan bukan pada angka umur kita, setiap kematangan seseorang adalah berbeza. Orang yang berumur 20 tahun barangkali lebih matang dari mereka yang berusia 25 tahun dalam hal tertentu dan sebaliknya. Umur 40 tahun pun masih ada lagi yang berperangai seperti budak-budak, kan? Jadi, umur bukanlah penentu kematangan tetapi pengalaman, ilmu dan juga pengetahuan yang digarapkan dalam pemikiran membuatkan seseorang menjadi matang."


Urm, betul juga tu. Sama seperti pendapat Akhi Adnan dalam topiknya dalam Forum. Hihihi.

Dalam apa juga keputusan yang kita lakukan, pasti ada pro dan kontranya. Kalau tidak banyak pun, pasti ada sedikit. Mungkin kita beranggapan begini sebaliknya orang lain tidak dan begitu jugalah dalam apa juga hal termasuklah isu kahwin. Ramai sahabat-sahabat ana yang selalu tanyakan soal ini. Ana cuba kongsikan apa yang ana rasa dan fikir, setiap kelemahan dan kurang matang adalah kerana ana kurang ilmu, kurang pengetahuan juga kurang pengalaman. Moga ada manfaatnya walau sedikit. Insya Allah.

Di zaman sekarang, kebanyakan dari penuntut IPT terjebak dengan percintaan. Sesuatu yang agak sukar (ana kira) untuk mengelaknya kecuali kalau benar-benar kebal dalam berjuang menuntut ilmu. Terkadang, bila melihat orang yang tidak "bercouple" membuatkan orang lain merasa dia pelik, aneh, alien bahkan makhluk dari planet lain. Itulah, bila sudah 'mangli' (sangat terbiasa) melihat atau melakukan kemungkaran, maka dihalalkan saja kemungkaran tersebut. Astaghfirullah hal azhim. Semacam couple adalah satu perkara yang 'normal' dan tidak perlu dibendung.

Ana petik kata-kata Dr Tengku Asmadi (Pakar Perunding Motivasi); "Pasangan yang bercinta sebelum kahwin berlagak baik dan apabila berkahwin terlihat semua kekurangan....."


Ini puncanya keretakan institusi rumah tangga sekarang! Lihat saja indeks perceraian yang sudah jadi seperti trend, kahwin hanya sekadar 'kahwin' tetapi tidak tahu perkahwinan itu untuk apa, bagaimana menjalani kehidupan berumah tangga. Menurut pendapat Datuk Dr Fadilah Kamsah, "Sangat jarang perempuan menjadi isteri yang nusyuz (derhaka) sekiranya suaminya adalah orang yang soleh."

Perlu diingatkan, BAIK tak semestinya SOLEH tetapi orang yang SOLEH insyaAllah orang yang baik. Kadangkala kita melihat seorang hamba itu baik (zahirnya) seperti santun katanya, baik budinya, tak mencuri, tak minum arak dan sebagainya tetapi jarang solat, tak bayar zakat. Na'uzubillah. Kerana itu, baik tak semestinya soleh. Terkadang, ana turut simpati pada mereka yang memperjudikan nasib menjadi isteri kepada seorang lelaki yang baik tetapi selalu mengerjakan perkara-perkara mungkar. Terkadang melihat golongan bapa/suami yang sangat akrab dengan 'Kedai Nombor Ekor' ana merenung kembali, muhasabah diri sendiri.

... Apalah nasib isteri dan anak-anaknya? Apalah nasib mereka, diberi makan minum dari rezeki yang tidak halal. Darah daging yang terhasil dari wang yang HARAM ...

Ana sangat-sangat bersyukur kerana Allah mengurniakan seorang bapa yang sangat-sangat teliti dalam ehwal sumber duit. Hatta, pekerja abi selalu bercerita betapa takutnya kontraktor dengan abi. Abi sangat berhati-hati dengan kontraktor hatta diajak minum secawan teh bersama kontraktor pun tak mahu, apatah lagi menerima yang bukan-bukan. Malahan, kontraktor selalunya mengatakan hal yang sama. Pernah beberapa tahun yang lalu, seorang kontraktor cina memberi hamper dan duit raya yang dihantar ke rumah... Tahu apa yang abi buat?

Hamper-hamper tersebut SATU pun tidak diizinkan kami makan dan kesemuanya diberikan kepada orang lain (jiran). Duit raya yang berjumlah RM100 untuk setiap anak juga langsung tidak diizinkan kami menggunakan dan kesemua wang tersebut diarahkan untuk dimasukkan ke dalam tong derma masjid.


Itulah abi.

Artikel-artikel ana yang selalu menempel di jurnal juga selalu ana sentuh secara sengaja betapa simpatinya ana pada mereka (lelaki) kerana tersepit diantara kemampuan dan juga kemahuan untuk memenuhi permintaan keluarga hingga melakukan perkara-perkara yang mendatangkan mudharat. Ana selalu pegang kata-kata ustaz sewaktu di sekolah.

"Api neraka mencari daging-daging yang terhasil dari sumber yang H.A.R.A.M."

Jadi, bila dikaitkan dengan persoalan kahwin. Inilah yang selalu buat ana muhasabah, setelah apa yang ummi dan abi berikan pada ana selama ini sanggup ke ana menerima setiap pemberian suami tanpa meminta apa-apa selain dia menginfaqkan dirinya (fikrah, tenaga juga wang) di jalan dakwah. Bolehkah ana bersabar dengan setiap kekurangan untuk menjadi seorang yang tidak mengharapkan apa-apa meterial selain sakinah, mawaddah wa rahmah dalam rumah tangga. Bolehkah ana menjadi qudwah yang baik untuk anak-anak. Diri sendiri pun tak terurus lagi ni, susah nanti suami nak tarbiyyah sedangkan dia perlu 'menjimatkan' masa di rumah untuk menguruskan ladang dakwah pada masyarakat.

Hihihi... Jawapannya ~ Ana perlukan mujahadah.


Ummi selalu memberi pesanan demi pesanan pada ana, selalunya berkaitan dengan hidup. Dan kadangkala gelihati bila ummi sebut "...Nanti kalau dah kahwin....." Aduih, macam la ana ni dah tua kerepot. Hik hik hik.
Ummi juga selalu cakap, "Perempuan ni banyak nafsu, nak itu, nak ini. Tengok orang 'ada', kita pun nak juga. Jangan tengok apa yang orang dapat, tapi tengok macammana kita nak simpan."

Wah, makan dalam tu. Insya Allah ummi. Nasihat mu ku genggam hingga menjadi debu agar terbang di tiup angin, kan ku hirup debu-debu itu lalu sebati dengan degupan jantung, selagi nyawa masih di jasad maka tinta nasihat ummi kan ana usahakan untuk turuti.


Bagi ana yang jahil ni. Berkahwin di usia muda, kalau rasa takut tergelincir dan menambah maksiat hati... Tafaddhal. Jangan la semborono je kahwin, belajarlah dulu ilmu-ilmu dalam rumah tangga. Bukan hanya khatam hukum-hakam dan permasalahan dalam rumah tangga tapi semak-semak juga 'watak' makhluk yang bakal mendampingi kalian. Bukanlah bermaksud kalian perlu buat kajian "Bagaimana seorang perempuan" mahupun "Bagaimana seorang lelaki" cukuplah tahu apa yang disukai dan apa yang dibenci oleh kaum itu... Wallahua'lam.

Orang kata, jangan bersenda gurau soal poligami atau soal madu dengan isteri sensitif tu.
(Mungkin ini je kot yang boleh ana highlightkan sedikit) :)


Tapi sebenarnya, tak semua perempuan yang terlalu sensitif dengan perkara ini kerana sudah beberapa kali dengar dari sahabat yang dia dilamar oleh seorang isteri untuk suaminya. Ini kes isteri pertama carikan isteri (kedua) buat suami. Haih, sudah... Sudah... Senyum lebar je Sang Adam membaca ayat ni.


Ana pernah ditanyakan oleh seorang ukhti... "Anti sanggup dimadukan? Kalau anti sanggup untuk bermadu, jadi janganlah teragak-agak untuk berkahwin."

Melopong ana dibuatnya.

Diteruskan lagi, "Bermadu dengan keluarga suami, mak ayah suami, adik beradik suami... Kerana menjadi isteri bukanlah bermaksud berkahwin dengan SEORANG suami tetapi kamu telah 'berkahwin' dengan keluarganya, dalam ertikata lain menerima seluruh ahli keluarga suami menjadi sebahagian dari hidup kamu." Huhuhu... Ingatkan apa la tadi.


~ Kahwin Dan Masih Belajar ~


Ramai yang berjaya dan ramai juga yang kecundang apabila cuba melakukan dua perkara dalam satu masa. Masih belajar (tiada pekerjaan) tetapi berhasrat untuk berkahwin. Ana pernah 'bahas' dengan abi dalam soal ni. Kalau di Malaysia ni, mungkin perkahwinan itu OK tetapi tak enjoy. Tak boleh betul-betul nak 'kenal' pasangan, maklum la asal jer merajuk lari rumah mak. Asal je kecil hati dengan pasangan, tidur rumah mak lebih-lebih lagi kalau jaraknya hanya sekangkang kera. Hal kecil pun boleh jadi besar bila 'anak mak' dan 'anak ayah' ni berkahwin.

Berbeza kalau menuntut di perantauan. Suasana berbeza. Apa sahaja yang melanda rumah tangga, semuanya perlu diuruskan sendiri oleh 2 makhluk tersebut. Merajuk? Kecil hati? Geram? Rasa nak sekeh? Pandai-pandai la nak selesaikan. Nak lari rumah mak pun tak boleh, jauh. Nak mengadu pada ayah pun susah, nanti dibidas semula "Orang kahwin, kau pun nak kahwin. Dah gaduh kau cari ayah yer." Ha, gitulah contohnya. Dan banyak juga yang ana lihat, kahwin awal (di oversea) sangat la bahagia tetapi bila dah balik ke Malaysia semuanya semakin tawar. Masing-masing dah kerja, kerjaya semakin berkembang... Jangan lupa siram baja pada pokok yang bernama rumah tangga.

Pinjam ayat Ustaz Hasrizal; "Erti hidup pada memberi, jangan menuntut hak yang tak berkesudahan dari isteri."


Sebenarnya, antum tak tahu kenapa ana gelak bila disoal begini. Hik hik hik... Ana selalu teringat cara adik lelaki ana yang amat spontan bercakap. "Kak, jangan kahwin la. Siapa yang kahwin dengan akak, umpama menyeksa dia jadi orang gila jer."
Hik hik hik...

Siapa la yang bakal 'beruntung' tu yer... Dia P.E.R.L.U menjadi seorang yang sangat tabah dan cekal, sama ada dia nak atau tidak dia tetap perlu mujahadah untuk menjadi seorang yang penyabar seandainya dia telah pun DIA ciptakan untukku. Aiwah. Siapa la lelaki 'bertuah' yang akan bertahan untuk melihat seorang isteri yang macam ana ni kan, sentiasa diburu keresahan seperti yang melanda kedua ibu bapaku. ~ Adoih, nak gelak jer rasanya ni.


Tu la, antum la ni... Asyik je tanya soalan yang sama.

p/s: Teringatkan ayat Cik Mie dalam blog dia... Pinjam ayat akhi Adnan sat; Kalau belum makan nasi minyak diri sendiri, jangan tanya nasi minyak orang. Kalau tahun ni tak ada budget nak buat nasi minyak untuk diri sendiri, tak yah la tanya nasi minyak orang sebab orang tunggu nasi minyak Cik Mie dengan Cik Mar dulu. Lalalalala.


p/s/s: Nak jadi pengapit... Kui kui kui

Allahummaj'alni hubbak wa hubba man ahabbak, waj'al hubbaka ahabba ilayya minal maail baridi. Ameen ya Rabbal alameen.

Image Hosted by ImageShack.us

Read more...

25 April 2009

Kaabah Enggan Bergerak


Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman, tok guru dah mula kuliah. Beliau menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhirat kelak. Tentang syurga, tentang neraka. Para jemaah masing-masing diam, tunduk dan insaf. Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok guru iaitu berkaitan dengan titian As Sirat. Jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya.

Jika orang beriman, pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang kafir, ia akan mengecil dan memanjang. Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak menuju ke syurga.

Yang menghairankan, biarpun kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak.. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya.

Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi kaabah ke syurga.. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak. Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak. Kaabah menjawab, ada lagi beberapa orang yang tidak hadir... Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia.

Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka. Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di sekelilingnya.

Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku... Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka. Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga... bersyukur sekiranya dapat mengerjakan haji dan umrah...

Satu motivasi bagi rakan-rakan yang mampu untuk ke Mekah... silakanlah menjadi tetamu Allah. Pergilah ketika masih muda dan kuat agar setiap langkah dan setiap nafas kita gagah dan diberkati oleh Allah swt... Kebahagiaan itu pasti datang, namun sejauh manakah kita mengingati Allah swt dalam setiap urusan dunia kita?

Fwd by Abi's e-mail.

Image Hosted by ImageShack.us

Read more...

Saya Perlukan Dia

Terkadang terasa diri ini kuat menempuh badai yang datang menyinggah lalu terlupa pada Rabbi yang Maha Berkuasa lantaran kekurangan menilai diri yang serba kekurangan. Jatuh dan tersungkur di ribaan Ilahi adalah lumrah kehidupan manusia yang menghambakan diri pada Nya, merasa kekerdilan diri yang terlalu di depan Ilahi lalu dia sujud kembali pada Rabbi. Dia Yang Maha Kuasa, Maha Mengetahui kudrat hamba Nya dalam menilai satu kehidupan, Dia yang Maha Menyayangi hamba Nya yang selalu tersasar dari jalan Nya. Dia menerima sujud hamba Nya tanpa menilai warna kulit atau paras rupa nan indah mempersona mahupun kusam tidak bermaya.

Beberapa hari lalu... Ana dengan 'gagah' bangkit dari apa yang berlaku, menghapus luka dan duka di hati walaupun sulit sekali untuk melupakannya, biarlah... Lumrah kehidupan, tidak akan merasa MANIS andai tiada merasa kesedihan atau ujian. Alhamdulillah. Sekali lagi ana merasakan Allah menyayangi, sangat menyayangi ana atas apa yang berlaku. Alhamdulillah, syukran ya Allah. Dia tahu bagaimana untuk memujuk hamba-hamba Nya kerana dari Dia lah kita datang dan kepada Nya kita kembali.

Beberapa hari lalu, ana 'bangun' dan bisikkan pada nubari ana perlu berlapang dada menerima apa yang Dia ingin berikan. Alhamdulillah, hati lebih 'rehat' dan fikiran juga tidak 'berat' malah mata juga tidak lagi mengeluarkan 'keringat' yang sia-sia. =) TERIMA KASIH YA ALLAH.

-_-_-_-_-_-_-_-_-

Ana tersenyum sendiri melihat gambar di sebelah ini. KATAKAN TIDAK PADA PERGAULAN BEBAS! Ingat tuuu... Dari apa yang ummi dan abi cerita tentang kerenah ana:

Ana seorang anak yang suka buat hal sendiri-sendiri, banyak cakap bila dirangsang, tidak bersuara bila fokus sesuatu, lebih banyak menghabiskan masa di rumah daripada luar (ni kes katak bawah tempurung), terlebih bercakap apabila topik yang dibualkan adalah perkara yang sangat ana minati (adoih la), barang ana ialah barang ana dan orang lain tak boleh kacau (bukan tamak tetapi untuk menggunakan barang-barang peribadi memang memerlukan 'kebenaran' dari ana), terlalu detail dalam hal-hal tertentu (terutama duit amanah parents), terlalu 'saving' hinggakan pensil picit (mekanikal) digunakan dari darjah 5 hingga tingkatan 5! Malangnya hanya sekali dipinjam oleh adik ana, pensil tu tamat riwayatnya. SEDIH betul. Kesimpulannya, ana seorang yang rumit... keh keh keh ^_^

Tapi, dalam ramai-ramai anak... Ana la yang selalu jadi 'banker', hik hik. Sebab ana seorang yang 'kedekut' jadi ana boleh la dikategorikan sebagai seorang yang kayes... Lalalala. Kalau wang saku harian, sebelum pergi sekolah mesti simpan 20 sen dalam tabung. Balik nanti, balance pun masuk tabung... Hihihi, cukup bulan masuk bank. Kalau time berbelanja, memang tak ingat dunia pun. Masuk kedai buku, hangus ratus-ratus. Tak per la, yang penting... Ummi dan abi tak kisah. Sesak-sesak ana juga yang jadi 'ah long', tak per la ni 'ah long' solehah punyeee. Tak de interest maaaa! :P

* sesi ngarut *

-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-

Beberapa hari ni, terasa sungguh memerlukan 'si dia' yang dirindui sepenuh jiwa dan raga. Walaupun terasa macam tak menghargai kesediaan dan kesetiaan 'si dia' sepanjang ana dilanda krisis tulang belakang (alamak, ayat tak leh blah langsung, hoho), dia lah yang banyak sangat membantu ana untuk terus belajar jalan dan mengorak satu langkah baru dengan penuh berhati-hati. Hadirnya jarang kita sedari tetapi bila dia sudah tiada disisi barulah kita terasa betapa 'si dia' pujaan hati dah tiada lagi. Hargailah seadanya apa yang kita ada, kerana yang kita ingin miliki belum tentu menjadi milik kita. Huhuhu...

Nak cakap: Saya minta maaf....

Agaknya, faham ke 'si dia' tu. Sepanjang ana berlatih bertatih... Dia la yang banyak membantu, selangkah demi selangkah kaki diajar untuk menapak hinggalah ana kembali berjalan seperti sedia kala. Rindu pula pada 'si dia' yang sudah hilang entah ke mana sejak ana mula berjalan, bukanlah lupa pada jasanya cuma ana tak mahu orang melihat keakraban kami sebagai pasangan yang terlalu dekat hatta nak kemana-mana pun pasti dia menemani kecuali lah bila ana tidur mengulit mimpi... Kejam ke ana?

Ana hargai kehadiran dia disisi ana kerana abi dan ummi yang menautkan hati kami...

Oh TONGKATKU... Aku perlukan mu...!!!!

Hehehe, antum ni... Dahhhh!! Jangan fikir yang bukan-bukan. 'Si dia' pujaan hatiku ialah tongkatku... Huhuhu, itulah... Manusia selalu mudah lupa diri, baru boleh berjalan beribu-ribu langkah, tongkat itu ku simpan di stor. Uwaaaaa... Kini tercari-cari kembali tongkat yang menjadi teman setia saat tidak mampu lagi melangkah dengan derap yang gagah. Huk huk... Malunyer ~ Semalam on the way nak balik kampung, berhenti di rNr. Disebabkan hilang keseimbangan badan dek kerana tulang belakang yang kembali sakit hingga ke tapak kaki kiri, terpaksalah adik-adik memapah ana, romantis bak pengantin baru gitu... Hoho. Tak pasal-pasal jadi 'bahan tontonan' orang yang singgah di situ.

Bukan ana tak mahu selalu memakai tongkat, tapi terasa sungguh lambat perjalanan langkah kaki ini. Huk huk... Tambahan pula, menjadi perhatian semua orang. Uwaaaa... Orang asyik je tanya;

"Eksiden ker?"

"Jatuh ke?"

"Patah kaki ker?" - maybe sebab seret kaki

Tidak... Tidak... Semuanya tidak.

Huhuhu, "Saya saket belakanggggg" itu la jawapan ringkas, padat dan mantap dari ana.

"Owh, memang dari dulu tak boleh jalan ke?" Alamak, ni yang malas nak jawab apa-apa kalau orang tanya. Dalam hati, jerit-jerit jer "Dulu saya ni, berlari, bersukan, panjat gunung pun penah..." Semakin ku beri jawapan, semakin banyak munculnya soalan-soalan. Lantas... Ku diamkan diri, pekakkan telinga, pejamkan mata...

Saya bukan OKU tetapi saya menjadi OKU (orang kurang upaya) tanpa Allah disisi. *_*

Kesimpulannya: Saya sangat perlukan Dia (Allah) setiap masa dan saya juga perlukan dia (tongkat) apabila sakit belakang menyerang kembali. Maka, itulah terciptanya tajuk post kali ini.

Maaf ye sahabat-sahabat kalau ada yang tidak suka dengan post kali ini, ana hanya berkongsi cerita. Tidak ada terniat sedikit pun mahu mencari simpati atau yang seumpama dengannya...

Read more...

24 April 2009

Sarapan Pagi Jumaat


Setiap saat dan detik kita sering mengadu di atas ujian yang ditimpakan. Tapi kuncinya adalah SABAR. Dalam al-Quran, Allah berfirman sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar. Tapi jangan kita lupa sebenarnya terlalu sedikit dikalangan hamba yang bersyukur dalam dunia ini. Melafazkan "alhamdulillah" pun terlalu sukar.

Memang ramai orang yang bersabar tapi sangat sedikit orang yang bersyukur. Bila kita fikirkan sejenak, terlalu banyak nikmat Allah yang dikurniakan kepada hamba Nya sehingga tidak berbelah bahagi tapi dimana tanggungjawab kita sebagai hamba Nya? Yang kita tahu hanya nak bermegah-megah dengan kelebihan yang kita ada. Tapi kita lupa semua itu datang dari siapa? Jadi, ambillah masa untuk kita muhasabah diri. Adakah kita ini dikalangan hamba Nya yang bersyukur??

Astaghfirullah hal azhim.

Image Hosted by ImageShack.us

Read more...

23 April 2009

Nasihat Dari Cikgu


Assalamu'alaikum w.h.b..

Salam dan selawat atas junjungan mulia, Rasulullah s.a.w., keluarga dan sahabat. Alhamdulillah, sedikit masa dapat diisi dengan coretan kali ini. Insya Allah, sambil menanti pulangnya adik bongsu, dapatlah menjenguk blog seketika.

Gambar disebelah ni bukan sekadar hiasan mata, bukan juga sekadar tamsilan dari hati tapi gambar disebelah diambil semasa Gathering MAP pada Januari 2007 yang lalu. Yang memakai baju hijau dibelakang adalah Dr Tengku Asmadi, PhD manakala yang memakai jeket hitam tu Cikgu Rosidi. Kedua-duanya merupakan mentor ana, alhamdulillah.

Dengan Dr, ana agak kurang berani sebab pernah 'dikenakan' oleh Dr dalam pejabatnya didepan semua staff, maka ana pun 'taubat nasuha' nak menjejakkan kaki ke sana lagi. Serikkkkk! *_* Cikgu Rosidi a.k.a Cikgu Shidee, rasanya lebih kepada tak formal. Tak juga anak murid-cikgu tetapi lebih kepada hubungan kekeluargaan, dengan zaujah cikgu juga ana 'berani' buat lawak. Mujur la Kak Nor tu dah lali, tentu la dia lebih dulu kena 'train' dengan cikgu. Hihihihi. Jangan tak tahu, Cikgu Shidee menggunakan kesempatan masa yang ada untuk 'mengenakan' anak muridnya. Tak caya? Baik la percaya! Hihi.

Bukan ini yang ana nak ceritakan sebenarnya (macam biasalah, mukaddimah panjang menjela.) Pagi tadi, dalam ana duduk-duduk sambil buat senaman untuk tulang yang kuat dan sihat (lalalala...) ana terima satu sms. Tapi tak de la terburu-buru sangat nak buka, fasobrun jameel. Hihi. Dah beberapa minit berlalu, rasa macam bunyi ada sms masuk. Dah baca ke belum ea... Dan, ana pun buka sms, jeng jeng jeng... Air mata pun ngalir, huhu.

Salam keikhlasan dariku, mendoakan kesejahteraan dirimu di sana. Moga dirimu cekal menghadapi hidup dengan caramu mengikut kefahaman dan kemampuanmu sendiri agar dirimu tidak sekali-kali berputus asa dan tujuan hidupmu dapat disempurnakan. Tanpa tidak mengendahkan kemahuanmu agar dirimu tetap bahagia dan puas. Dengan kasih dari saudara-saudaramu. Berjuanglah demi dirimu, agamamu, saudara-saudaramu, tanah airmu dan yang penting semata-mata demi Tuhanmu. Berjalanlah di atas muka bumi ini dan berfikirlah. Lihat kelilingmu dan bersyukurlah kerana dirimu telah diberi peluang untuk merasai apa yang kamu rasai. Dan apa yang kamu lihat dan rasai sesungguhnya adalah hadiah dari Nya untukmu. Moga hidayah dan syafaat menjadi nikmat terbesar untukmu selain iman. Salam kemaafan jua dariku.

Ya Allah... Panjang lebar isi sms ni, berulang kali dibaca dan terus membaca.

Ana tak tahu, tak pasti dan tidak menduga kalau-kalau Cikgu Shidee tahu apa yang sedang ana jalani. Barangkali mesej ni kerana dia tahu atau juga kerana sentuhan hati seorang guru. Wallahua'lam. Ana muhasabah diri semula, pagi yang agak cerah dengan cahaya matahari. Alhamdulillah. Walaupun masih samar-samar menilai hikmah Allah dari apa yang berlaku, tapi yang ana yakin dan pasti airmata takkan mampu dihentikan dari mengalir selagi ana tidak ikhlas menghadapi ujian, mehnah dan tribulasi perjuangan.

Akhirnya, ana paksakan juga hati bergerak seiring akal dan iman untuk berlapang dada dan menerima segalanya dengan hati terbuka. Alhamdulillah, akhirnya ana berhenti menangis. (^_^) Hampir setiap hari pulang dari pejabat, abi pasti tanya "Baru bangun tidur ke?". Walhal ana memang tak tidur pun, dek kerana banyak sangat nangis sampai mata bengkak, muka jadi sembab. Ok, dah tak nangis lagi. Insya Allah. Husnudzon, yakin pada Allah dan cubalah untuk merasai nikmatnya tawakkal dan berserah diri pada Allah.

Hati itu milik Allah, jadi... Untuk mengubah hati seorang manusia, pintalah pada Allah agar Dia boleh mengubahnya menjadi lebih baik.


Apa yang ana tahu, selagi tidak dengar dengan telinga sendiri ana harap ana masih husnudzon. Insya Allah. Di sentak dengan ujian dari segenap penjuru, ana tidak lagi terduduk mahupun tercampak atau terguling apatah lagi tersungkur sebaliknya ana mengintai di balik jendela, menghitung bebintang di langit yang luas. Merenung ke dalam diri, mencari salah diri, mengubat duka lara di hati (huhuhu) dan akhirnya ana senyum pada diri sendiri. Senyum pada bintang, senyum pada bintang, senyum pada bintang...

Ingin ku gapai bintang di langit,
Tak tercapai dengan tangan yang pendek,
Ingin ku raih buih di lautan,
Tak terkumpul dengan tangan yang kecil,
Ingin ku kutip debu bertaburan,
Tak tersimpan dalam genggaman,
Dimana, bagaimana ingin ku milikinya?
Dengan iman, syukur dan sabar...

~ Cikgu Shidee ~

Teringat pada satu situasi dimana ana masih di bangku sekolah, ana terlupa apa yang melanda pada ketika itu (dah lama) tetapi yang masih ana ingat ialah tarbiyyah cikgu Shidee pada ana ketika itu. Suatu hari, apabila cikgu menalifon dan ana tak boleh mengawal tangisan, cikgu terus letak talifon. Dan smsnya... Huwaaaa, maafkan anak murid yang cengeng ni. (Kenapa ana salu buat orang nangis ea?)

Di saat diri ini amat sangat perlukan nasihatnya, cikgu telah mentarbiyyah ana dengan cara yang paling berkesan dan cara itu juga dia lakukan pada seorang lagi ukhti kesayangan ana sewaktu beliau ditimpa musibah. Cikgu selalu mahu kami melihat ujian sebagai satu tarbiyyah, itulah cara cikgu mentarbiyyah dan menasihati kami.... Dengan tarbiyyah dari Allah.

Terima kasih Cikgu!

Ana nak senyum... Senyum pada bintang... er, siang hari takde bintang yang ada hanya kentang... Hikhik. Syukran wa jazakillah khairan juga pada adikku yang busyuk, dik Fauzani dengan mesej-mesejmu. Jadilah anak yang solehah... Insya Allah.

~ Dedikasi Buat Guru-Guruku ~

Guruku yang baik banyak menyedarkan aku,
Dunia ini hanya sementara,
Insan paling berjasa menunjuk jalan ke syurga,
Jalan keredhaan Tuhan...

Hihi, maap la yer. Ini je yang ingat, lagu ni salu nyanyi masa zaman tadika dulu...

Read more...

22 April 2009

Back Pain Is Coming


Bismillahirrahmanirrahim :)

Assalamu'alaikum w.h.b.. Salam mahabbah, salam perjuangan buat sahabat-sahabat yang sebilangannya sedang menempuh imtihan. Moga Allah berikan kemudahan buat semua, lulus dengan keputusan yang cemerlang. Insya Allah :)

Alhamdulillah. Masih diberikan nikmat-nikmat yang tak terhitung dari Allah, pinjaman kepada hamba-hamba. Ana terjumpa gambar (sebelah) ni melalui akaun Friendster, nampak comel pula. Sebab mata dia bulat :D

Alhamdulillah. Semalam berpeluang dan diberikan kesempatan untuk menyelesaikan kain baju yang bertimbun-timbun, perkara biasa apabila berjalan jauh. Pulang ke rumah, baju dah hampir nak sama tinggi dengan bukit belakang rumah, hihihi. Memandangkan hujan yang tak henti-henti, puas la difikirkan mana nak menyidai pakaian-pakaian yang banyak ni. Penyidai di bawah bumbung semaksima mungkin digunakan. Akhirnya, hihihi. Sidai la dalam rumah. Dah macam kedai dobi jer. Kalau orang datang la, tak dapat nak dibayangkan. Huhu.

Vacum carpet, sapu sampah, lap tingkap... Hihi, tak mop lantai pun. Dah terasa senget sebelah je badan ni. Yey! Back pain is coming!! Petang semalam kelakar betul dengan Adik, mujur la tak gelak guling-guling. Budak ni memang nak kena dengan kakak dia dah, sabar je la. Seperti biasa, balik je dari sekolah mesti ada je cerita yang nak dikongsikan. Kerenah kawan-kawan dan juga cerita guru-guru yang mengajarnya. Ana hanya mendengar dan kadang kala menyampuk sepatah dua, hihihi.

Cerita Adik - Kawan Kena Marah.

Adik ada seorang kawan yang selalu menjual keropok buatan ibunya pada kawan-kawan sekelas. Malang tak berbau, semalam atas kesilapan si penjual yang meletakkan barang-barang dagangan di atas meja telah dilihat oleh guru Bahasa Inggeris mereka. Maka, itu adalah hari terakhir beliau dapat menjual barang-barang dagangannya. Adik cerita lagi, kesian kawan (si peniaga) tu. Mak dia yang suruh jual, dia anak askar. Urm, terus ana diam. Mungkin ianya pendapatan kecil, apalah sangat menjual keropok buatan ibunya, barangkali sehari hanya beranggaran RM4-5 sahaja. Mungkin RM4-5 itu kecil dimata kita tetapi besar dimata anak kecil itu. Memang menjual di sekolah adalah perkara yan dilarang tetapi.... Ramai juga cikgu yang meniaga di sekolah, jual kain, jual itu dan ini. Tak apa pula? Erk, tak suka! Tak suka!!

Nak Angkat Cerek

Setelah puas semalaman memanggang badan, hari ini sedikit memberikan keselesaan. Alhamdulillah. Masak air, nak angkat cerek terus 'shot' pada tulang belakang. Ya Allah... Dah buat jalan ala-ala apa je ni. Hik hik. Sambil menaip, ana tersenyum teringatkan soalan Dr Siva (ortopedik) "You ada rasa kebas tak kaki kiri yang tak boleh gerak ni?" Ana geleng-geleng jer. Jawapannya ialah tidak, bahasa badan jer. Hihi. "Are you sure?" Angguk pula.

Dia pegang lagi kaki kiri ana. "You ada rasa tak kalau I pegang macam ni?" Ana angguk jer. "Ok. Kalau I buat macam ni?" sambil dia pegang ibu jari kaki. Ana angguk jer. Hohohoho!

Pengakuan secara eksklusif...
Sebenarnya ana takut nak mengaku sememangnya kaki kiri ku sungguh kebas, kadang-kadang sakit sampai tak rasa apa-apa. Hohohohoho!


Siapapun yang bertanya. Kawan, doktor, nurse, pakar terapi dan semua-semua yang berkaitan yang bertanyakan tentang tahap kekebasan kaki kiri, jawapannya "TIDAK". Huhuhu. Tak terniat pun nak tipu, tapi sebab dah takut tahap kritikal jawab je la "TIDAK". Setelah 4 bulan, ana masih berusaha keras membengkokkan jari-jari kaki kiri yang masih belum dapat dibengkokkan, hihihi. Beberapa minggu selepas keluar hospital baru mengaku pada abi yang ana tak ngaku kaki ana kebas. Pastu kena ceramah perdana dengan abi, lalalalala...

Lepas ni, ana jadi selfish. Huhuhu. Kalau rasa tak sanggup nak angkat/buat sesuatu yang mengundang bahaya buat tulang belakang, maka ana akan menolaknya. Dulu, takut orang kata ana beralasan untuk bermalas-malasan. Tapi sekarang, ana mengikut kudrat tulang belakang. Huk huk huk... Ya Allah, peliharalah hati ini...


Ok, enough buat dek bucuk yang rindukan celoteh ana. Kesemputan menjelma... Oh Hujan... Sejuk.. Sejuk... Beshhhhh...! Dengar aliran air sungai belakang rumah buat diri ini bagai digamit-gamit untuk terjun ke dalamnya, ahaks. :P

~ RiNDu iTu aNuGeRaH ~

Read more...

21 April 2009

Iktibar Dari Tanah Suci

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam'alaykum w.h.b..

Alhamdulillah, permusafiran beberapa hari sudah tamat. Seawal jam 2 pagi tadi, ana menerima sms dari seorang akhawat kerana sudah beberapa hari blog tidak dikemaskini. Ana ada tapi tak ada, hihi. Ana ada depan pc tetapi tidak ada idea untuk mengemaskini blog malah terbit idea-idea untuk blog yang baru. Alhamdulillah, beberapa perkara asas sudah selesai. Posting sulung juga sudah terbit dan akhawat tersebut la orang pertama yang menjadi tetamu blog "anak" kepada blog ini. Insya Allah, moga ianya mampu memberikan sedikit kelainan. Sengaja mengasingkan kedua-dua isi blog kerana ianya berlainan. Niqobgirl.blogspot lebih kepada cerita dan apa sahaja, tetapi blog yang satu lagi hanya memaparkan karya-karya, insya Allah.

- RiNdU MeKaH LaGi -

Beberapa hari yang lalu, 'mimpi' itu datang lagi dan terjaga dari tidur rupanya degupan jantung seperti seorang atlit yang baru selesai berlari pecut sejauh 400 M. Astaghfirullah hal azhim. Perasaan diterjah pelbagai situasi, akhirnya ana terus mengambil wuduk. Menenangkan degupan jantung yang hampir membuatkan ana menjadi sangat-sangat penat.

Terkenangkan Mekah dan segala isinya.

Hari Ahad lalu, berjalan di Pekan Sehari di Temerloh bersama Aiman. Sewaktu membeli air kelapa laut madu, ana mengikuti perbualan peniaga bersama seorang pembeli lain. Seorang warga tua (ana kira) yang kelihatan sedang menikmati air minumannya.

Peniaga : Bila balik?
Pakcik tua : Minggu lepas.
Peniaga : Oh...
Pakcik tua : Sekarang ni panas! Berdebu! Hotel jauhhh sangat. Nak jalan pergi ke masjid pun berdebu, panas. Diorang runtuhkan bangunan, nak bina yang baru. 5 tahun lagi ok la.
Peniaga : Iye ke?

Monolog hati... astaghfirullah hal azhim...

Air yang dipesan juga siap dibungkus, ambil, bayar dan jalan.

Bumi Madinah, warganya lebih lembut, sopan dan geografinya rata. Suasananya tenang, hati juga lebih aman di sini. Raudhah. Dekat disisi Rasulullah s.a.w..

Bumi Mekah, warganya sedikit kasar, agak garang (takut woooo) dan geografinya berbukit-bukit. Suasananya agak kelam kabut dengan bas dan kenderaan-kenderaan lain (barangkali kerana hotel kami dahulu di main road, hihi). Kaabah. Masjidil Haram.

Terkenangkan azimat dan mutiara nasihat dari ummi dan abi sebelum berangkat ke Tanah Suci. Hampir setiap hari sepanjang 2 minggu kami diberikan kursus perdana khas dari ummi dan abi, setibanya di KLIA kami tetap diingatkan kembali dengan nasihat demi nasihat. "Jaga mulut, jaga akhlaq. Nampak yang pelik-pelik, jangan tegur." Itulah antara yang selalu diulang dan diulang hingga kami pula yang mengulang apabila ummi dan abi mengingatkan. Hihi, nakal betul. Setibanya di Jeddah, ujian pertama sudah menerpa. Rasanya keluarga ana la yang paling ceria dengan lawak jenaka dari Abang Chik. Menanti beberapa jemaah yang menghadapi sedikit kesulitan dengan pihak imigresen, beberapa jemaah yang 'berada' sudah mula mengomel dan mengulang soalan pada mutawif yang bertugas.

Kami masih ceria. Tak sabar untuk menanti perjalanan ke Madinah al-Munawwarah. Setibanya di Madinah, terlalu excited nak ke Masjid Nabawi. Alhamdulillah. Dan banyak pengalaman yang sempat dikutip sepanjang keberadaan di Madinah. Meninggalkan Madinah dan terus menyelusuri padang sahara yang terbentang luas. Hati seakan mengecut, terasa sungguh tersiat-siat... Bagaimanalah agaknya keadaan Rasulullah s.a.w. bersama para sahabat melintasi padang sahara menuju ke Madinah? Allah, sulit untuk membayangkan. Di Mekah, ana lebih banyak merasa situasi-situasi yang mendebarkan. Ada yang membuatkan ana tersenyum dan ada peristiwa yang buat ana terlalu merindui kota Mekah, ada rahsia yang ingin ana rasa. Wallahua'lam.

Dahulu. Selalu tak sabar untuk melihat rancangan Jemputan Umrah Astro Oasis. Kadang-kadang tak sedar air mata yang menitis, rindu! Sekarang rancangan itu sudah tamat. Hanya rancangan Iktibar Dari Tanah Suci yang mengubati hati. Mendengar kisah-kisah para jemaah ibadah Haji selalu memberikan mau'izzah dan ibrah yang sangat menginsafkan. Di bawah ini ana sertakan beberapa cerita yang sempat ana rakan dalam kotak memori. Insya Allah. Moga iktibarnya sama-sama kita renungkan.

[1]

Seorang penduduk desa. Hanya bekerja kampung. Belajar hanya peringkat rendah. Mendapat sentuhan bermakna sewaktu di Mekah al-Mukarramah. Sebelum di berikan 'sentuhan' dari Rabbi itu, hatinya merasa sesuatu bakal berlaku. Resah dan gelisah menaungi taman hati tetapi keyakinan pada Rabbi masih menebal lalu digagahi juga langkah kaki menuju ke kaabah. Dan... Kala itu. pintu kaabah dibuka seluas-luasnya. Maka dia menangis terisak-isak. Hingga ke hari ini, tiada seorang manusia yang mengetahui apa yang diperlihatkan Allah kepada pakcik tua ini. Peristiwa itu berlaku sudah lama, namun setiap kali di tanya dan di suruh berbicara tentang peristiwa tersebut, pakcik itu menjadi sangat sedih dan sebak lalu menangis terisak-isak tanpa dapat menahan gelora hatinya. Wallahua'lam. Ini adalah kerana beliau telah dipesan oleh 'orang' disebelahnya sewaktu bersama-sama menyaksikan peristiwa tersebut; "Kalau kamu dibunuh sekalipun, jangan ceritakan hal ini kepada sesiapapun."

Allahuakbar.

Sebenarnya, pakcik itu sendiri berbicara bahawa beliau langsung tidak mampu bercerita dan hatinya terus dihujani dengan pelbagai perasaan. Kembali ke tanah air, beliau terus menjadi orang yang lebih baik. Alhamdulillah. Solat 5 waktu di awal waktu dan jemaah di masjid. Kehidupannya juga bertambah baik. Dan pesan abi buat ana merenung panjang;

"Orang yang ada PhD pun belum tentu tinggi di sisi Allah. Sedangkan pakcik yang hanya kerja kampung, tak la baik mana pun masa mudanya. (Melalui cerita pakcik itu) Tetapi Allah dah pilih dia, berikan dia kelebihan yang kita sendiri tak tahu hingga terbuka hijab sewaktu di Mekah. Yang dekat dengan Allah itu orang yang beriman, yang tinggi disisi Allah itu orang yang bertaqwa."

Muhasabah...

Hanya yang dipesan oleh pakcik tua itu;
"Buatlah apa yang Allah suruh, tinggal apa yang Allah larang."


Hanya Allah yang mengetahui apa yang diperlihatkan kepada pakcik itu sehingga beliau begitu berubah secara drastik sewaktu menceritakan apa yang dilihatnya.

[2]

Kisah Wak Daud Tanjung Karang =)

Kisah ini ada dalam buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman tulisan Prof Kamil. Dan ana diberikan peluang mengikuti kisah Wak Daud dalam rancangan Iktibar Dari Tanah Suci (saluran Astro Oasis) betapa beliau sangat-sangat menjaga hati ibundanya. Juga tidak lupa akan kasih sayang untuk isterinya. Secara 'jujurnya' memang susah untuk menjadi adil apabila seorang lelaki membawa ibu dan isterinya. Barangkali salah seorang dari 2 wanita kesayangan sang lelaki akan terasa hati atau wallahua'lam. Tanah Suci tanah barokah, juga bumi ujian.

Teringat akan tulisan Prof Kamil dimana seorang yang alim di bidang agama juga tidak sempat untuk beribadah di Masjidil Haram, hanya sempat membaca surah al-Ikhlas kerana sibuk mencari sanak saudara di sekitar Mekah. Manakala Prof Kamil yang 'buta al-Quran' alhamdulillah berjaya khatam al-Quran di Mekah. Kerana keazaman untuk beribadah kepada Allah.

Wak Daud juga begitu. Walaupun kesihatan ibunya teruji sewaktu keberadaan di Mekah, namun kasih sayang dan kebaktian yang dicurahkan buat ibunda tersayang sangat tidak berbelah bahagi. Terus ana ingatkan kembali peristiwa yang buat mutiara mata kembali bergenang. Ummi sudah 6x melahirkan anak dan adik bongsu dilahirkan secara c-sect lantaran rahim ummi terkoyak sewaktu melahirkan anak ke-5. Maka, ujian-ujian yang 'biasa' dihadapi oleh kaum ibu ialah bengkak kaki apabila duduk terlalu lama. Perjalanan sekitar 8 jam sudah cukup untuk membuatkan kaki ummi membengkak. Diingatkan, tandas di sana tidaklah secanggih di Malaysia. Wuduk di singki. Dan sudah menjadi tanggungjawab ana untuk membantu ummi berwuduk. Apabila perlu membasuh kaki, ana akan ambil air dari singki dan membasuh kaki ummi. Setelah selesai, ana memakaikan stokin buat ummi.

Itu adalah rutin ana sepanjang berada di Jeddah, Madinah juga Mekah. Setiap permusafiran juga destinasi yang dibawa oleh ustaz mutawif, ummi berusaha menjaga wuduk tetapi ujian di sana (",) Maka, ujian buat ummi sebenarnya bonus buat ana. Dapat membantu ummi, alhamdulillah. Tak semena-mena seorang dari kalangan jemaah yang sekumpulan kami seakan mencebik "Seronoknya, wuduk anak ambil. Stoking dipakaikan. Mengada pula."

Astaghfirullah hal azhim...

Pengajarannya -> Jaga M.U.LU.T. Iktibar yang perlu kita ambil, bumi Mekah dan Madinah bumi ujian. Menjadi tetamu Nya. Ambillah ibrah yang ingin diperlihatkan kepada kita, bukan rungutan, bukan ngomelan dan bukan kepada bukan-bukan. Buat sahabat-sahabat atau sesiapa sahaja yang mempunyai keinginan ke Tanah Suci samaada ziarah (umrah) mahupun haji, banyakkan sabar dan banyakkan diam. Kerana mulut badan binasa. Di Mekah dan Madinah, semuanya "dibayar cash" oleh Allah s.w.t.. Wallahua'lam.

Ya Allah,
Jadikanlah kami orang-orang yang sabar,
Jauhkanlah kami sifat-sifat mazmumah.
Ameen.

Image Hosted by ImageShack.us

Read more...

17 April 2009

Kala Senja Menyapa

Assalamu'alaikum w.h.b..

Salam di waktu senja. Hehe, indahnya waktu senja. Ana suka menanti terbenamnya matahari, ada la tu kenangan-kenangan dikala senja menyapa. Ada sesuatu yang selalu 'menghiburkan' di waktu senja. Terkadang senja juga mengetip hati menjadi sayu... Ana berterima kasih pada semua yang melayangkan respon di blog, e-mail, sms mahupun YM sepanjang ana mengalami waktu 'moody' yang amat teruk. Huhuhu.

Syukran jiddan juta-juta lemon buat Ustaz Khairul atas kritikan yang amat diperlukan. Memang ana perlu dikritik! Terima kasih ya Allah. Senyum lebar dengan e-mail yang panjang lebar dari beliau.

Ana kenal ukhti bukan semalam, bukan minggu lepas tapi dari zaman ukhti beruniform sekolah, dah masuk kolej (keluar kolej, hihik). Ana tahu dah kerenah adik yang seorang ni. Kalau diucap "itu" maka bukan "itu" tetapi perlu berfikir sebaliknya. Tersirat lebih banyak berbanding tersurat, bahasa orang sastera memang susah nak faham.

Hik hik hik, sejak bila pula ana jadi orang sastera pula ni. Belum berjaya lagi nak buat gurindam, tak lulus bersastera. Hihihi. Insya Allah, e-mail dari ukhti Azmah sedikit sebanyak mengingatkan ana supaya 'besarkan' jiwa yang kecil ni. Sebenarnya, memang ana sengaja publish entri itu, nampak sangat emosional dan ana bersyukur dalam ramai-ramai makhluk Allah, ada seorang insan yang dapat faham dan dapat tangkap maksud sebenar ana: INSYIRAH PERLU DIKRITIK. Bukanlah maksud ana hentam, tetapi kritikan yang membina seperti yang disyarah panjang oleh Ustaz Khairul. Hihi.

*** Nak Jawab T.A.G dari Babah.

1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?

.:: HaRuMaN MaWaR ::. kerana? Hehe, ana sedang berusaha menjadi mawar yang mewangi kerana akhlaq, mawar yang hanya bisa di hidu harum mewangi kerana perjuangannya (echeh!) tetapi tidak mampu untuk dicapai apatah lagi dirapati golongan Adam yang menakutkan itewww... (Lalalala... :P)

2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?

http://niqobgirl.blogspot.com kerana apa? Secara peribadinya, blog umpama buku (ana je yang anggap macam tu) dan sebuah buku catatan seorang budak kecik (kan? kan?) yang berniqob. Eish, jawapan ntah pape je.

3) Apakah method penulisan dalam blog anda?

Bergantung pada mood. Selalunya memang ditulis secara spontan maka bergantung pada keadaan. Kepelbagaian itu penting supaya ana yang nak baca tak rasa bosan. Ngeh ngeh ngeh :P

4) Pernah terasa nak hapuskan blog anda?

Tak pernah la pula buat masa sekarang tapi di masa depan? wallahua'lam.

5) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang TAG anda ini?

Sekadar meminjam semula ayat Babah ->> Blognya nampak seperti nyawa-nyawa ikan walaupun masih lagi berdegup cuma tak berapa nak kencang, sekencang jantung ana berdegup bila semput, hek hek. Isi blog tu sebenarnya selalu buat ana 'sengih' sendirian depan PC.

6) Senaraikan 5 orang yang akan anda TAG

[1] Kak Syifa' UM
[2] Kak Amiera UUM
[3] Kak Atiqah UKM
[4] Yanna UniKL
[5] Kak Ida Jordan

p/s: Nama-nama yang tertera sila JAWAB yer (sesi mendera dalam fatrah imtihan, hihi)

Alhamdulillah. Dah jawab pun TAG. :)

** Cerita Semalam **

Memandangkan sarapan dan makan tengah hari sendirian di rumah, ana tak makan pun. Tambah pula keadaan badan yang sedang demam, makanya... Tak best makan lonely, tengok ada capati yang masih tersisa. Mak aih, lupa nak makan punya pasal. Lepas panaskan terus buat kerja lain, bila nak makan capatinya udah mengeras. Tak pe la, makan. Rezeki tauuu. Rasa la macam makan roti arab, ngeh ngeh ngeh :P Abi balik, cerita pada abi. Dengan slumber abi tempelek "Eleyh, nak pergi Mekah la tu." Waduhhh... Abi ni terlalu memahami betul la. Hehehe, betul la kata seorang ukhti yang disayangi juta-juta lemon tu "You have the best father in the world!" Terima kasih ya Allah.

Semalam, lepas Isyak bagi abi makan kek Sarawak. Sedapppppp sangat! Boleh la order lagi. Hihihi. Sambil abi makan tu, tanya program abi masa commisioning machine Rabu lepas, biasa la duk dalam terowong tu 'keras' la sikit. Iyer la, duduk pun dalam perut bumi, hehe. Staff abi selalu nampak Mat Saleh hisap curut dalam tu, macam-macam la kisah mistik. Haritu pun seorang staff kerja shift malam, bangunan control room yang baru tu lagi la 'keras'. Kalau malam-tengah malam, seandainya pintu automatik sliding door tu tak dikunci makanya dimain-mainkan oleh makluk itu. Sekejap buka sekejap tutup... Satu malam ni pula staff ternampak kawan seorang lagi duk buka peti ais sambil pusing dan menatapnya dengan senyuman 'melirik' padahal orang tu tak kerja pun. Esoknya terus demam!

Kisah-kisah macam ni memang 'seronok' bila dengar, adik-adik kusyuk je lepas tu nak pergi dapur pun penakot ya amat... Aih! Apa nak risau, dia hamba Allah, kita pun hamba Allah. :) Bukan la nak cakap besar, tapi sesekali nampak tu biasa la. Dah kita hidup pun sama-sama dengan 'mereka' kan. Apa yang penting, kuatkan semangat. Insya Allah.

~ demam mood ~ rindu uwais mood ~ geram durrah mood ~ gelihati mus'ab mood ~

Chayok! Chayok!

Image Hosted by ImageShack.us

Read more...

16 April 2009

Tazkirah Pagi

Assalamu'alaikum w.h.b..
Moga nikmat Iman dan Islam yang dikurniakan Allah, disyukuri sebaiknya. Selawat atas Junjungan mulia, Muhammad s.a.w., keluarga juga sahabat Baginda. Moga pagi hari ini, ada barokahnya dalam kehidupan kita. Ameen, insya Allah.

Beberapa hari lalu, ana merongkah kembali cerpen-cerpen yang berada dalam simpanan ana, dan ana mula menyelak kembali helaian demi helaian cerpen yang sudah bertahun itu. Ana suka dan sayang pada sebuah cerpen *Berakhirnya Episod Cinta* sebab, wallahua'lam. Kebanyakan cerpen yang ditulis oleh remaja adalah berkisar tentang cinta. Ana kurang 'selesa' dengan lambakan cerpen dan juga novel sebegitu yang kurang 'membina'. Tetapi sekarang, sudah ada penulis yang agresif seperti Faisal Tehrani, Ummu Hani, Fatimah Syahra dan beberapa penulis lain yang semakin membuka minda masyarakat, berfikir menggunakan iman. Kisah-kisah Islamik sebegitu amat kurang. Tetapi ana suka pada penulisan seperti yang ditonjolkan oleh Faisal Tehrani dan juga Ummu Hani, mereka mengembara dan picisan kembara itu dibukukan walaupun dalam sebuah penceritaan kreatif. Ana telah mencuba untuk menulis sesuatu seperti itu, alhamdulillah peluang ke Tanah Suci, ana garapkan kembali dalam bentuk penceritaan. Bagi ana, iya lebih mudah untuk mencurahkan idea-idea. Kerana pengalaman selalu mendewasakan! Terima kasih ya Allah :)

Apa kaitannya dengan *Tazkirah Pagi*?

Ada kaitannya. Hihi. Sabar, bertenang. Ana menyelak helaian cerpen *Berakhirnya Episod Cinta* dan ana mendapat 'sesuatu' darinya. Ana ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat semua, moga ada manfaatnya bersama.

Bercinta... memang menyeronokkan... mengasyikkan... Siapa tak nak mencintai dan dicintai, lebih-lebih lagi bagi seorang insan dari keturunan Adam yang ketagihkan belaian seorang wanita. Memang benar jiwa lelaki mudah goyah apabila digoda wanita. Seringkali juga hati ini ingin dicintai... tapi... apabila melihat sahabat-sahabat yang dahulunya sentiasa menjaga hubungan dengan Allah... berqiamullail... sentiasa berjemaah di masjid... kini... qiamullail hilang entah ke mana disebabkan bergayut hingga lewat malam. Biasanya apabila azan berkumandang, terus menuju ke masjid untuk solat berjemaah. Tapi kini, mahu tak mahu terpaksa melayan panggilan talifon dari si dia.

Dahulu... selalu rindu untuk mendengar kata-kata ilmu daripada ustaz di kuliyyah-kuliyyah agama, namun kini, penerangan hadis dan cerita-cerita yang disampaikan oleh ustaz tidak lagi indah... membosankan... indah lagi mendengar cerita yang entah apa-apa daripada si dia... Hati Amar Haziq seringkali tertanya-tanya mengapa mereka boleh berbuat begitu sedangkan pada masa yang sama saudara seIslam mereka di Palestin, Kashmir, Iraq, Selatan Thai dan di negara-negara lain sedang menderita. Hidup mereka dibayangi kekejaman pengganas. Masjid Al-Aqsa masih lagi dirantai Yahudi, tidak terasakah yang mereka juga bertanggungjawab untuk membebaskan Masjidil Aqsa?
Ini adalah intro kepada cerpen 13 muka surat dengan font text Comis Sans MS bersaiz 9. Kisahnya tak 'terlepas' dengan kisah cinta tetapi lebih kepada pengorbanan. Ana juga tersenyum membaca akhiran cerita ini (bukan syok sendiri, hihi) kerana sewaktu pertama kali membaca kisah cinta pengorbanan ini ana menyudahkan dengan tangisan. Iya, rasa cinta seorang lelaki untuk mendapatkan syahid disisi Allah sangat mendalam, bagaimana mujahadah seorang lelaki untuk istiqamah memelihara hatinya dari segala jenis godaan! Kerana dia adalah AMAR HAZIQ yang tabah lantaran rentetan ujian demi ujian yang dihadapinya. Kerana itu, ana tersenyum. Monolog sepi... Aku mesti sekuat Amar Haziq untuk mencari 'diri' Hafni Insyirah dalam diri seorang Insyirah. Senyum kerana Allah 'menegur' ana melalui cerita ini.

Cerita yang hanya fiksi tetapi membuat ana berfikir panjang.
Jadi... Sahabat-sahabat yang barangkali sedang asyik masyuk di alam percintaan, mungkin ayat di atas bisa 'menggegarkan' sedikit ketenangan hati kalian. TIDAKKAH KALIAN RASA BERSALAH? Asyik di alam percintaan, lupa pada mereka yang sengsara sedang kita sama-sama 'berkokok' bahawa mereka adalah saudara seagama. Sengaja ana mahu mengocakkan ketenangan kalian, sesekali rentapan kalbu sebegini memang perlu supaya tersedar dari lena yang panjang! Cinta itu memang mengasyikkan (melalaikan).

“Ya Allah... disebalik wajah yang ku cintai ini, ada keindahan... Disebalik keindahan itu ada ketenangan dan kedamaian... Disebalik ketenangan dan kedamaian itu, terpancar sinar jihad... Disebalik itu semua, terselit sinar cinta... cinta kepada Allah, Rasul dan syahid. Ya Allah ya Tuhanku, berkatilah impian kami berdua, bantulah kami, permudahkanlah kami agar mereka mampu menjadi jurutera, doktor, saintis persis al-Kindi, Ibn Khaldun, Ibn Sina, Al-Khawarizmi, usahawan gemilang seperti Uthman Al-Affan dan seterusnya menjadi generasi yang akan mengembalikan zaman kegemilangan Islam... Ameen...”

Doa ini adalah bisikan hati Hafni Insyirah pada Rabbul Izzati pada waktu malam yang indah di bawah langit yang luas, dia berbisik pada Allah. Doa yang membuatkan ana bertanya kepada diri sendiri "Mampukah Insyirah bertindak seperti Hafni Insyirah?" yang rela untuk mengorbankan 'diri' mendapatkan mardhatillah. Apapun, muhasabah perlu selalu diiringi dengan tindakan untuk berubah. Think positive!
Ana teringatkan kata-kata seorang teman, lebih kepada tazkirah sebenarnya;


"Akhlaq awak harini adalah proses tarbiyyah yang akan awak berikan kepada anak-anak awak. Jadi, untuk berhajatkan sesuatu kenikmatan memperoleh anak-anak soleh solehah, 'keperitan' bermujahadah menjadi insan yang soleh solehah itu perlu ditekankan. Orang selalu pandang remeh soal ini, hakikatnya perbuatan kita hari ini natijahnya pada hari kemudian. MENCARI yang soleh sebenarnya lebih susah dari MENJADI yang solehah. Apabila MENCARI, awak tercari-cari tetapi apabila MENJADI awak tahu apa yang perlu awak jadi... Solehah pada kalam dan perbuatan."

Terima kasih ya Allah.

... Life never be the same. Life is changing ...

Read more...

The LOVE Smile

Assalamu'alaikum w.h.b..
Salam keceriaan, salam kasih sayang.

Just wanna sharing.

[1] Today is my best friend's 20th birthday.

Ya Allah Yang Maha Berkuasa ke atas hamba-hamba Nya, satukanlah jiwa kami didalam agama Mu. Ya Rahman, titipkan kemesraan didalam hati kami. Ya Razzak, cukupkanlah kami dengan segala pemberian Mu. Ya Qahhar, peliharalah kami dari perkara yang mendatangkan kemurkaan Mu. Ya Khaliq, yang menghidup dan mematikan kami... Panjangkanlah usia UKHTI HAFIZAH dalam kebajikan dan ketaatan. Jadikanlah pertambahan usianya makin menambahkan lagi ilmu, iman, amal, khusyuk & tawadhuknya kepada Mu. Ameen. SANAH HELWA ya SODIKI HAKIKI.

Sebentar tadi ana mencari dan mencari dan terus berusaha mencari gambar-gambar ukhti Hafizah yang ada di dalam pc juga tumbdrive. Sebenarnya sudah lama kami tidak bertemu, sekadar sms pengubat rindu. Atas kesibukan masing-masing (hehe, ye la tuh Syirah sibuk) maka ana teringatkan "outing" kami bertiga (dengan ukhti Aisyah) selepas habis SPM ke Kuala Lumpur. Ya...! Ada beberapa gambar yang mengingatkan kembali kenangan kami di Kuala Lumpur, she look so sweet. Rindu nak jumpa! The next album, eheh still the same person. Aisyah and Hafizah. 2 'important' person in my life. Our gathering at Mama Jas's house. Lamanya!!

The real sweet photo; ukhti Hafizah with Fong Yin Mei, the chinese girl. Just a candid photo! Ya, I love candid and snap all the moment, hihi. I just missing them, my all friends. Nak tempek gambar-gambar tu disini, hihi. Berpuluh kali ku fikirkan semula, tak payah la. Cukup la ana saja yang menatapnya. Ya, finally im SMILE.


Lilypie 3rd Birthday Ticker
** Bila la Uwais nak besar.. huhu

[2] Jam di laptop sudah menunjukkan 1.06 pagi.

Baru sebentar tadi ana mendapat YM dari sahabat. Adik kepada UST HANIF JAMALUDIN TIMB DPM ZAQZIQ PULANG KE RAHMATULLAH PD 11 PM WAKTU MALAYSIA. Urm, ekceli baru je beberapa jam sebelum tu ana ziarah blog Ust Hanif. Innalillahiwainna ilaihirajiun. Al-Fatihah.


Image Hosted by ImageShack.us

Read more...

14 April 2009

Pahit Itu Penawar

Assalamu'alaikum w.h.b..

Sebelum meneruskan "hajat" untuk menulis blog, ana memohon maaf sebanyak-banyaknya kepada SEMUA sahabat-sahabat yang menghantar sms tetapi tidak berbalas. Sahabat yang berusaha untuk talifon tapi tak diangkat, sahabat yang BUZZ ym tetapi tidak diendahkan. Bukan ana S.E.N.G.A.J.A melarikan diri sebegini. Ana perlukan ruang untuk menyendiri buat seketika (barangkali lama... tengok la keadaan macammana nanti) Ana tidak mahu bertindah B.O.D.O.H untuk terus berpura-pura ceria walaupun keadaan sebenar adalah sebaliknya, ana hanya menipu diri sendiri saja. Maaf pada semua, ana tahu ada hati yang sedang mengecil dek kerana tingkah ana yang mendiamkan diri. Bukan antum je yang 'bengang' hakikatnya ahli baeyt pun dah stress tengok ana yang talkactive dah jadi bisu tak bersuara. Allah lebih tahu...

Ana tahu semuanya berpunca dari H.A.T.I ana sendiri. Opss... Sebelum antum buat telahan sendiri, ini langsung tiada kaitan dengan putus cinta atau apa saja yang 'sejenis'nya. Siapa la yang berani nak kecewakan ana? Kuikui... Anak didik kesayangan motivator ni, lalala. Berani nak kecewakan ana? Siap la dia 7 hari 7 malam kena ceramah perdana. Dah. Jangan ngarut banyak. Tiada kaitan dengan percintaan berlainan jenis pun, apa? Insyirah jatuh cinta? Ohhh... Kak ATiqah dah pesan, jangan curang dengan POOH. Oleh itu, ana memegang nasihat itu sebaiknya. Pooh tetap menjadi partner tidurku... :)

Kembali pada tajuk (suka betul melencong), ana perlukan sedikit waktu untuk berfikir dan bermuhasabah kembali. Ana minta maaf pada semua kerana mengecewakan kalian dengan sikap ana yang entah apa-apa sejak dua menjak ni. Sebenarnya, masalahnya dah agak lama. Few weeks ago! Tapi, ana fikir ana kuat. Rupanya, ana lebih lemah dari yang ana fikirkan. Few weeks ago, ana masih boleh menahan mutiara air mata. Ana menangis kala sendiri, menangis kala bermonolog dengan Pencipta, tika meluahkan pada Nya. Tapi semakin lama... Ana jadi makin rapuh. Hingga la semalam adik bongsu ana bertanya soalan cepumas.

"Kak Yang, kenapa dah banyak hari mata bengkak?"

Alamak... Nak jawab apa la kat budak kecil ni. Dia bila nak memujuk ana, dia selalu panggil ana "Kak Yang" singkatan dari Kakakku Sayang. Ana tahu, memang dia selalu pujuk ana dengan kata-kata spontannya. Tarbiyyah si kecil yang memaksa ana berfikir. Akhirnya, ana menjawab ringkas pada soalan Adik.

"Tak cukup tidur kot."

Betul la tu. Ana tak tipu pun, huhu. Semakin menjadi rapuh dek kerana sebelum tidur bantai dulu nangis seround sampai tidur dengan air mata sekali. Hahaha... (macam mati laki je ko ni syirah) Sampai la suatu hari dah kul 3 pagi pun duk ngadap laptop juga sebab tak nak tidur punya pasal, alasannya sebab teringatkan nasihat Ustaz Ismail Kamus; Jangan biarkan anak-anak tidur dalam keadaan menangis terisak-isak kerana pada saat itu jiwanya sangat lemah dan amat mudah untuk syaitan menghasut.

Maka, dengan alasan yang ana kira agak "kukuh" untuk ana, ana pun melayan tazkirah-tazkirah yang pernah ana catatkan untuk ana baca kembali. Ohhooo... Bila baca satu per satu respon dari sahabat, ana termenung lagi. "Ana yakin insyirah tabah" Aduh... Sekuat itukah jiwa ini menghadapi himpitan dan serangan demi serangan atas iman yang rapuh? Ana berusaha untuk tidak "melayan" apa yang melanda sekeping hati yang disalut karat mazmumah dengan cuba memahami dan melayani setiap pertanyaan dari sahabat juga pengunjung forum. Malangnya, ana rasa semakin B.O.D.O.H dengan membiarkan kebodohan itu menjadi panjang. Masakan tidak, dalam keadaan tidak stabil ana masih boleh berlagak biasa dan mengerah segala kudrat akal yang dangkal untuk berfikir secara rasional? Pastilah semuanya berlandaskan emosional kerana ana sendiri sedang berperang dengan hambatan perasaan! Maafkan ana atas setiap berlaku, ana hanya hamba Allah yang lemah dan sangat lemah apabila berdepan dengan serangan demi serangan ujian atas keimanan yang sememangnya rapuh.

... La tahzan, innallah hama'ana ...

Entah kenapa hati ana bagai diruntun bila baru sahaja tadi 'terpaksa' mengulang ayat yang sama di tempat yang sama. Seakan Allah 'sengaja' mahu ana fahamkan ayat tersebut dengan hati dan tanamkan dalam jiwa. Ahhhhh... Lemahnya ana. Ujian sekecil ini dah tergolek tercampak terduduk tersungkur, macammana nak menagih gelaran Srikandi andai badai sekecil ini saja sudah cukup untuk membuat dunia ini seakan terhenti berputar. Ana tak tipu. Itu yang ana rasa saat dan ketika ini. Mungkin kerana sudah berminggu ana menahan segala "rasa" yang singgah, hingga tak ada lagi ayat-ayat untuk memotivasikan semangat yang tercampak entah ke mana.

Ya Allah,
Sungguh diri ini sedang berperang tanpa senjata.

Kalini baru kena dengan posting lalu "Psikologi dan Anda", kuikuikui. Ana yang belajar psikologi pun kena dapatkan sahabat yang lebih excellent dalam bidang psikologi untuk membantu ana menghadapi krisis psikologi. (Korang faham tak ni? Tak faham tak per la, sebab yang menaip pun bukannya waras sangat, hihi) Finally, bila hati dah "meletop" maka abes la... Nangis lagi. Kuikuikui. Yang menjadikan mata kuyu semacam ialah tak cukup tidur. Betul la tuh, berjaga tengah malam boleh pula sambung nangis then tak dapat lelap semula. Arghhh... Jadi semalam, untuk mendapatkan tidur yang 'nyenyak', ana tidur sebelah rak buku. Dah set mind, kalau terjaga juga AKU MESTI BACA BUKU! Letak sejadah dan telekung siap-siap, kalau malas baca buku ada kerja yang mesti dilaksanakan selain menangis sorang. Lalalalaa...(",)

+ Pahit Itulah Penawar

Duhai pemilik yang bergelar Insyirah, nasihat tulus buat hatimu yang sedang berkocak dilanda badai. Bukankah seorang teman pernah mengingatkan bahawa hatimu laksana LAUTAN. Adakala, tenang dengan badai dipukul bayu sepoi-sepoi bahasa. Adakala hatimu bak tsunami yang mengganas, itulah kata teman yang perlu kau muhasabah semula. Aduh, sampai ke hati pun dia selami jugak? Nasib tak kelemasan dek kerana bergelumang dengan karat-karat mazmumah yang terkumpul dengan jayanya dalam hati ni. Astaghfirullah hal azhim.

Duhai insan yang bergelar Insyirah. Ingatkah engkau saat engkau dilanda kesakitan yang amat dahsyat hingga para doktor sendiri sudah tidak mampu untuk memberi secebis harapan melainkan menyuntik tubuh kecilmu agar terus NYAH dari bumi nyata ini. Agar engkau berehat dan bersenang-senang di alam separa sedarmu? Ingatkah engkau? Saat hati kecilmu meronta-ronta ingin 'dilepaskan' dari kaffarah Tuhan yang engkau rasakan teramat mendera emosi juga fizikalmu. Ingatkah engkau? Masakan engkau lupa kerana engkau sendiri yang sedang menceritakannya... (Sengal :P)

Akhirnya, dengan takdir Allah yang Maha Mengetahui segala rahsia alam, maka engkau telah disuntik dengan jarum kecil yang membuatkan engkau menangis tak henti dek kerana sakitnya bukan kepalang. Selang beberapa minit tangan kecil yang engkau miliki sudah membengkak 3x ganda dari asalnya. Kata mereka, engkau tidak mampu menanggung segala kesakitan itu. Kata mereka, engkau tidak boleh menahan segala derita itu. Itu kata mereka. Tapi kata hati kecilmu, engkau mampu melaluinya. Allah tak zalim. Allah Maha Mengetahui yang terbaik untukmu. Itulah yang membawamu terus ke lembah perjuangan ini kerana engkau YAKIN dengan pertolongan Allah untukmu!

Tusukan 'ganas' itulah yang membuatkan engkau lupa pada setiap kesakitan yang menjalar ditubuh mungilmu. Hilang sudah setiap kesakitan itu kerana engkau sedang merintih hebat panahan tusukan 'ganas' itu yang membuatkan tanganmu kaku, ubat penahan sakit yang kata mereka sangat engkau perlukan menyebabkan keseluruhan urat tanganmu membengkak. Engkau menangis lagi... Bukan kerana sakit yang kau lalui tetapi kerana merasa natijahnya ubat penahan sakit yang amat 'ganas' itu.

Berbulan lamanya engkau merintih kesakitan tangan yang masih tidak mampu menggenggam pen apatah lagi menulis. Apa kaitannya itu dengan apa yang melanda nuranimu kala ini? Tidakkah engkau nampak hikmah dan aturan yang mahu Allah khabarkan?

PAHIT ITU PENAWAR. Kau terpaksa menangis berguling untuk mendapatkan ubat penahan sakit, kemudian engkau terus berguling-guling menahan sakit dek kerana dos ubat penahan sakit itu terlalu kuat. Makanya? Engkau perlu ingat wahai Insyirah, bahawa kesakitan dan setiap kepahitan itu sebenarnya PENAWAR yang perlu engkau telan walaupun badanmu meronta-ronta! Oleh itu, pesankan pada Qarinmu agar tenang dalam 'ronta-rontanya' untuk mendapatkan penawar dari Allah taala, kemanisan iman yang Dia janjikan. Bukankah engkau telah mengaku beriman? Sewenang-wenangnya engkau mahu kesenangan dalam kenikmatan iman tanpa diuji dan dikuis sedikitpun.

Usaplah air matamu wahai Insyirah, engkau MAMPU dan TAHU untuk mengharungi cabaran iman ini... Pautkan kembali sengitan kata-katamu bahawa engkau memang layak untuk menjadi SRIKANDI pembela agama. Bangkitlah Insyirah. Usaplah air matamu... Engkau punya misi dalam hidup ini, raihlah bahagia dengan membahagiakan insan-insan lain.

~ ujian itu TARBIYYAH, sabar itu INDAH ~

La tahzan, innallah hama'ana. MAAFKAN ANA SAHABAT-SAHABAT. Izinkan hati ini terpujuk oleh kata-kata Allah, Dia yang berikan ujian biarlah Dia memujuk dengan cara dan kehendak Nya.

Wassalam.

Image Hosted by ImageShack.us

Read more...

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO