"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

25 February 2014

Saat Engkau Bujang

Bismillahirrahmanirrahim. 

Buat sahabat-sahabat yang masih belum berkeluarga (bujang). Suatu ketika melihat orang lain seronok dan gembira dengan pasangan, pasti terselit perasaan cambest tengok kemesraan orang yang sudah menikah. Suatu ketika melihat rakan-rakan memegang anak, pasti terselit perasaan cambest tengok kemesraan ibu dan anak yang terjalin. 

Sesuatu yang sering kamu lupa semasa hidup sebelum berkeluarga adalah nikmat masa bersendirian. Saat kamu punya peluang yang terbentang sangat-sangat luas untuk membaca al-Quran bila-bila masa yang kamu suka, peluang untuk kamu bertahajjud pada mana-mana waktu yang kamu selesa, peluang untuk kamu fokus semasa solat fardhu. 

Tidak semestinya dengan perkahwinan sahaja kamu akan menikmati kebahagiaan, Allah beri jalan yang luas untuk merasai kebahagiaan walaupun semasa bujang. Kamu punya ruang dan peluang yang sangat luas dan lebar untuk menumpahkan kudrat kepada jalan-jalan kebajikan, ayuh! gunakan tenaga mudamu untuk ummah. 


Saudariku sayang, 

Ramai yang mencemburui nikmatnya waktu semasa bujang tatkala membaca al-Quran seberapa lama yang kita suka tanpa adanya makhluk-makhluk halus yang comel menarik al-Quran dari tangan kita. 

Ramai yang mencemburui nikmatnya waktu semasa bujang tatkala solat tanpa adanya makhluk-makhluk halus yang comel memanjat badan semasa rukuk, duduk di atas belakang semasa sujud, menarik telekung dan tudung semasa qiyam. 

Ramai yang mencemburui nikmatnya waktu semasa bujang tatkala kamu sedang membersihkan diri di kamar mandi tanpa ada ketukan demi ketukan, gendangan-gendangan yang bertalu di pintu dari makhluk-makhluk halus yang comel itu :) 

Anak. 

Mereka tidak minta untuk hadir ke dunia, tetapi kehadiran mereka penuh dengan warna suka dan duka. Memang kamu akan merasa seronok, suka, geram nak gigit dan kunyah sampai lumat seterusnya telan sebab keletah mereka sangat comel. Tapi, tidak setiap masa dan saat kecomelan mereka kekalkan. Ada ketikanya, langsung tak comel dan kamu akan turut sama menjadi tak comel bila mereka sedang bertantrum :) 

Nikmatilah masa bujangmu, kelak engkau akan mencemburi masa-masamu dan engkau lebih menghargai waktu bersendirian. 

Sahabatmu,
:)

5 leaves:

Kak iman 25 February 2014 at 19:33  

ha betol2 sy sokong 2.trm ksh ingtkan diri yg sdg hanyut ni

Unknown 25 February 2014 at 21:11  

insyirah, sy share kat blog sy...
amek dari fb insyirah,,,

xpe kan...?
dah share baru nak bagi tau... -_-"

nurILahi 26 February 2014 at 15:48  

Assalamualaikum..tdk sangka rupanya disaat sibujang mencemburui org yg sdh berkahwin, rupanya mereka jua turut dicemburui krn masih bersendirian...nice sharing. mhon ukhti bri keizinan utk share artikel ini..adlh amat baik jka ukhti boleh sdiakn link share ke fb spy dpt dimanfaatkn brsama yg lain :) syukran.

Jamy Yaacob 7 March 2014 at 01:10  

Salam insyirah..betul tu, nikmatilah waktu bujang yang ada..kak jamy sekarang bila ada anak, masa kita banyak dihabiskan dengan anak..rutin harian yang biasa buat dulu dah tak sama, dah berubah.memg betul si comel menggembirakan hati..untuk orang bujang hargailah waktu bujang.

misssya 16 May 2014 at 19:06  

Terima kasih atas perkongsian.
Hati lebih tenang.
Tak sangka rupanya masih ada insan yg berkeluarga mencemburui si bujang.
Kerana si bujang ini mencemburui sang keluarga. ;-)

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO