"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

29 April 2010

Selangkah Ke Depan


Bismillahirrahmanirrahim.


Alhamdulillah, majlis pertunangan yang berlangsung pada September 2009 beberapa hari selepas Eid Fitri (Maaf, tak ingat tarikh pertunangan) dan ikatan pertunangan itu akan diputuskan melalui akad nikah pada 14 Mei 2010. Insya Allah, semoga segalanya berjalan lancar. Ameen.

Alhamdulillah, rumah masih terkawal tidak bersepah dengan segala macam khazanah alam yang bakal 'terjah' ke rumah selepas majlis akad nikah & walimah di pihak perempuan (kakak ipar). Iya, selepas majlis walimah di pihak perempuan, maka akan bermula segala kesibukan. Buah tangan untuk tetamu, dan segalanyalah. Bersiap sedia untuk mengerah tenaga... Hihi. Macam susah sangat je nak buat, mengada-ngada! ^_^

Masa majlis bertunang, kalau ana tak salah pihak perempuan bagi 21 dulang hantaran. Ngeh ngeh ngeh... Baru lepas Eid Fitri, orang kampung bagi lemang, ketupat, rendang, kuih raya, dan macam-macam ada.

Abi mahu segera selesaikan kad-kad jemputan, baru 'kecoh' dengan kad jemputan. Setiap malam selepas solat Isyak akan buka 'warung kad jemputan' sehingga tengah malam. Best juga, boleh bergaduh dengan semua!

"Ummi, jangan la cross abi. Biar seorang-seorang, pening ni... Confuse la. Jap, ulang semula nama siapa tadi."

"Adikkkk... Kan dah cakap bla bla bla."

"Adik, cuba buat kerja elok-elok."

"Aiman, tolong la lipat cover ni... Kalau semua buat kan cepat siap."

"Woi, diam-diam... Tak dengar ni."

Sebenarnya tak kecoh mana pun tapi sengaja mengecohkan keadaan. Lalala...

"Abi, dah kirim coklat kat Abang?"

Muehehe... Mengada-ngada nak coklat dari jauh.

"Malaysia pun ada coklat juga la."

Ummi nak join buat 'kecoh'.

"Tapi nak coklat yang ada kurma."

As usual, ada je alasan ana... Lalalalala.

"Abi, cakap kat Abang 1 kg dah la."

"Eh, 2 kg la. Ummi pun nak makan juga!" - Aik, ummi pula nak lebih. Tadi cakap Malaysia pun ada coklat. Hikhik.

"Ummi tak boleh makan banyak, kencing manis." - Chance nak mengenakan ummi, macam la ana nak makan 1 kg dan ummi makan 1 kg coklat tu.

"Sekeh juga budak ni kang..."

Lalalala. Semua orang berhasrat nak sekeh budak ni (ana la tuh) tapi tak sekeh-sekeh pun. Soalan tambahan, kenapa orang selalu rasa nak sekeh ana?

Insya Allah, abang dijadualkan sampai di Malaysia pada 3 Mei 2010.

Alhamdulillah, abang menunaikan umrah bersama bakal bapa mertua dan bakal abang iparnya. Jadual awal, mereka berangkat ke Tanah Suci pada bulan 3 tetapi delay kepada 24 April. Jadi, tiba di Malaysia pada 3 Mei, 11 hari sebelum majlis akad nikah.

"Abang buat penyucian jiwa sebelum kahwin..."

"Kenapa tak pergi selepas kahwin? Nanti kelam kabut."

"Hehe, dah bakal bapa mertua dia nak bawa juga..."

Tiba-tiba kami buat andaian itu dan ini.

"Ala kalau Abang tak sempat balik pun tak pe, bapa mertua dia akad je lah kat sana..."

Nakal betul kami ni. Ada lak fikir macam tu. Huhu.

Baru sibuk-sibuk dengan persiapan majlis walimah. Sambil kecoh adik-beradik, abi mula berangan nak main dengan cucu. Aduh, tolong la abi nih... Baru nak dapat menantu, dia dah berangan main dengan cucu.

"Kalau kembar, dapat 2 terus!"

Hik hik... Ana ada sejarah genetik kembar di sebelah ummi. Ummi ada sepasang adik kembar (lelaki & perempuan). Kalau belajar biologi, secara amnya berkemungkinan berpeluang untuk ada anak saudara kembar. Sebenarnya tak ada apa pun yang 'pelik' sebab semua dari kita punya genetik kembar. Zuriat Adam & Hawa juga kembar, kita juga dari rumpun yang sama. Jadi, semuanya ada genetik kembar cuma bezanya genetik itu 'cair' atau 'pekat' saja dalam DNA kita. (",)

"Kak, garden wedding ye? Orang nak tabur bunga ros banyak-banyak la nanti..."

"Tak la dik, last minute kan tukar venue jadi tema pun tukar juga."

Aduh! Ana baru berangan nak tabur bunga mawar banyak-banyak. Biar seharum dan seindah mawar. Lalalala... Berangan sendiri je la nampaknya!

Haih, tak sangka masa kecil-kecil bergaduh rebut makanan dengan Abang, Abang dah nak kahwin. Masih ingat kami 3 beradik maka ada 3 rotan tergantung di rumah, hujung rotan tu abi pecah-pecahkan jadi bila kena badan memang berdesup je rasanya, sungguh enak! Dan kami bertiga selalu je sorok rotan tu bersama-sama, komplot pula. Kalau satu rotan ummi jumpa, maka ketiga-tiga sekali dapat habuannya jadi semua rotan di sorok tempat yang kami fikir ummi dan abi tak boleh nak jumpa. Lalalala... Nakal sungguh!

Balik kampung, 'berkubang' dalam sawah bila pacat melekat mula melolong sampai lembu-lembu yang lepak tepi sawah pun cabut lari. Mandi air perigi sampai Mak Lang marah takut kami terjun dalam perigi yang tak tahu berapa dalamnya perigi tu. Boleh pula kejar ayam sampai ayam terjun dalam perigi buta (perigi lama tiada air) kemudian cari alasan nak ambil tangga untuk turun dalam pergi untuk selamatkan ayam.

Belum lagi kisah merayau dalam hutan cari kulat yang tumbuh pada pokok getah selepas hujan. Balik dengan beg plastik penuh kulat, teruk kena marah dengan Tok Bah sampai terfikir nak lari pergi Siam. Mentang-mentang la Kedah dekat dengan Siam. Kui kui kui.

Melalak tak nak raya dengan Tok Bah hanya gara-gara kena marah dek kerana merayau cari kulat dalam hutan sampai ummi menangis (time tu ummi dalam pantang adik bongsu) sebab semua anak-anak tak nak raya dengan ummi (sebenarnya 'marah' dengan Tok Bah), giliran raya di kampung sebelah abi adalah satu kenikmatan tiada bandingan kerana kami bebas dari leteran Tok Mak.

Bila hujan lebat, ana dan abang-abang memegang 'senjata' masing-masing yang terdiri dari penyapu, penyodok sampah dan juga baldi. Kami main hujan dan tangkap labi-labi yang selalunya turun di celah air mata air belakang rumah. Tangkap labi-labi dan letak dalam baldi siap berikan nama lagi, bangun esoknya labi-labi dah hilang.

Saspek utama kami ialah ummi. Ummi lepaskan labi-labi, kemudian ummi buat seolah-olah labi-labi tu keluar dari baldi (sebab baldi tumbang). Selepas orang mesin rumput, bila rumput kering kami kumpul rumput dan kutip ranting kayu buat 'rumah' di halaman rumah. Semut adalah penghuni 'rumah' tersebut. Kalau time 'sengal mendadak' akan keluar kereta mainan abang yang diparking dalam 'porch' yang terbina dari ranting dan rumput kering.

Pernah abang kedua ana ambil bunga raya dan 'conteng' dinding rumah jiran. Penuh warna merah. Abi menjegil mata, dan abang diarahkan untuk mencuci dinding rumah jiran. Bukannya dia takut, malah bersorak gembira dapat main air dan sabun. Huhuhu. Sekadar picisan cerita untuk dikenangkan. Nakal sungguh kami 3 beradik waktu kecil, 3 adik di bawah ana tak senakal kami (ana dan abang-abang).

Daisypath Wedding tickers

Anak-anak ummi dan abi dah besar ^_^

p/s: Dah baik dah, tak nakal dah... Lalalalalaaaaa...

Saya Dah Besar ^_^
Insyirah Soleha

Read more...

27 April 2010

Memang Comel ^_~


Warna pink, suka sangat... matanya bulat.
Sangat suka tengok orang mata bulat tapi bukan terbeliak, hehe.



Mahu jadi bidadari yang berada di bumi :)
Meriah dengan bunga, comel...



Rasa comel kalau duduk dikelilingi bunga dan ada rama-rama yang menjadi penyeri.
Masa kecil, selalu kejar rama-rama. Kini, seakan pupus saja rama-rama.



Ibarat menanti abi balik dengan ais krim. Ummi balik dengan Portugis Tart. Hik hik, teringin sangat makan cendol pulut letak kacang merah dan jagung tapi belum boleh makan pulut, kena pantang :)



Suka sebab warna ungu :)
Tepi pantai pula... waduh, macam berada di dunia khayalan (",)



Imiginasi Uwais, Durrah dan Mus'ab.
Hampir 4 tahun usia Uwais dan Durrah. Mereka sudah besar.



Tersenyum saja... Sekadar humor. Ada ke camni... :)
Kalau dah tak berjodoh, insya Allah akan hadir yang LEBIH BAIK
untuk agama, dunia dan akhirat (",)
Yang penting, berusaha jadi yang terbaik!!


Tidak secomel katon ini kerana terlebih comel berbanding katon-katon ini ^_^

Source : facebook rakan-rakan.

"Semua orang boleh berikan pendapat dan kita tidak pernah menafikan haknya untuk memberikan pendapat. Bila kita tidak arif tentang sesuatu, dan diminta bercakap tentangnya, kita akan mula 'berbohong'."

Bergembiralah bagi orang yang sabar.

Insyirah Soleha

Read more...

23 April 2010

Selamat Pagi Cinta!

Bismillahirrahmanirrahim.

*Entri penuh emosi, sila biarkan ia teremosi*

"Assalamu'alaikum kak, selamat pagi... Moga sihat iman dan fizikal."

Tingggg! okeh, ni bunyi mesej ana.

"Wa'alaikumussalam dik Syira, selamat pagi. Moga cepat sembuh, jangan nakal-nakal nanti tulang mana lagi nak tercabut. Alhamdulillah, akak sihat."

Ganas sangatkah ana sampai semua tulang nak tercabut? :D

Lasak sangatkah ana sampai tulang bahu boleh tercabut? :D

Ok, salah faham telah berlaku. Tidaklah seganas mana tapi kalau setakat gaduh dengan Qashrina memang ana kalah sebab Qashrina memang ganas, hihi. Tumbukan padu Qashrina boleh buat ana terasa macam nak gigit jer tangan budak tu. Ok, tidak berniat mengumpat Qashrina, just membayangkan beliau berjalan bersama Ayuni dan Arissa memakai gaun putih sambil membawa sejambak bunga untuk dihulurkan untuk tuan puteri *excuss me, im the princess ok* lalu dengan penuh sopan santun menyambut jambangan bunga mawar merah, pink dan putih tersebut... Lilitan bunga lavender sebagai penyeri cik flower girls harum semerbak. Tiba-tiba, prapppp... tulang bahu tercabut. Oh, alangkah...!!! Huhu. Mimpi berakhir tragis.

Jangan mengalah, mesti cuba. Genggaman tangan sudah tidak seteruk hari pertama.

"Sakit pun still menaip ker?"

Perlu lakukan sesuatu bagi mengelakkan dari berfikir apa yang berlegar di kotak minda. Semalam cuba memegang buku untuk membaca, bukan mengangkat buku tetapi memegang buku. Terasa ada perubahan, try again and again.

Prapppp...

Tulang mana pula ni, bahu atau kaki?

Jari masih terasa 'keras' dan 'kaku' tetapi digagahkan usaha untuk menggerakkan jari jemari, ya... motivasi tinggi untuk menggerakkan jari walaupun ngilu pada bahu. Usaha!

Dahulu, bila sakit belakang (usah banyak, sakit sikit pun cukup) pasti sukar untuk solat dan akan berteman dengan kerusi untuk solat. Bila hati runsing sangat, cepat-cepat ambil Quran sampai abi pun tahu selepas solat hulurkan Quran untuk ana tenangkan diri. Tahan saja air mata dari gugur.

"Kenapa menangis ni?"

Tiba-tiba... rasa... nak menangis.

Itu saja?

Bukan.

Habis?

Tertanya pada diri sendiri, monolog sepi sepanjang menahan hati untuk menerima setiap kata-kata manusia, menahan diri dari terus bercakap.

'Ya Allah, apalah dosaku hingga tidak mampu sujud pada Mu...'

Lalu, air mata yang ditahan-tahan tak tertahan lagi, semuanya terhambur.

'Sedang sujud itu terlalu dekat dengan Mu...'

Seperti si anak kecil.

Sedang mereka dikurniakan kesihatan namun tidak sedikit mereka memanfaatkan nikmat tersebut. Apa aku bisa jadi seperti ini tatkala sihat Engkau pinjamkan sementara nafas masih Kau salurkan buat pinjaman kembara ini?

Pohon kebaikan dari Allah, Dia memujuk dengan cara dan kehendak Nya bukan cara dan kehendak kita!

Astaghfirullah hal azhim.

Kini, tatkala Dia mengambil sejenak pinjaman nikmat sebelah tangan (wallahua'lam) ana seakan-akan rilex saja. Memang rilex sangat, sudah puas tidur dan cuba elak dari ambil painkiller tapi tak mampu rasanya menggagahkan diri segagah Nabi Ayub yang begitu kuat. Sedang painkiller hanya beberapa langkah di depan mata, antara barang wajib di dalam beg ana adalah ubat-ubatan. Painkiller antara ubat yang selalu dibawa bersama.

"Jangan selalu ambil painkiller nanti rosak sistem badan, rosak buah pinggang."

Diam.

Tersenyum.

Mahukah mengambil sedikit dari kesakitan ini?

Ana tidak mahu terus-terusan menangis dan dilihat menangis hanya kerana menahan sakit. Digagahkan juga mengambil painkiller walau sudah tahu natijahnya, buah pinggang akan penat menapis kimia yang bersarat dalam tubuh!

"Sakit itu kan anugerah, tahan saja lah. Sabar."

Berkata itu MUDAH, aplikasinya SUSAH. Usah banyak, diserang demam dan sakit kepala saja sudah terasa mahu putus urat menahan sakit. Andai ku sampaikan sabar, apakah setenang tatkala mengucapkan kalimah tersebut?

Benar, sakit itu anugerah Allah tapi salahkah bila ana makan ubat?

Dush! Rasa nak baling periuk api jer pada orang tuh. Then cakap, sabar... Sakit tu anugerah, tahan sajalah. Lalalalaaaaa.

Kalau tak makan ubat mungkin akan ada yang kata ana kufur nikmat, ubat depan mata pun tak makan. Aduhai, letih dengan manusia. Banyak sangat pendapat, jadi tak perlu peningkan kepala sangat, utamakan apa yang Allah katakan, hanya satu pendapat dan tiada dua mahupun tiga atau empat. Mudah saja kan kerana diri ini milik Allah?

"Allah yang memiliki segala apa yang di langit dan di bumi...." [Surah Ibrahim : 2]

Iya, Mak Uda sudah tegur perubahan ana. Sampai saja rumah Mak Uda, buka tudung terus Mak Uda cakap ana dah 'kecut', pipi tidak lagi chubby. Oh, sedih juga kerana berusaha keras nak bagi comel macam ni sebab asyik dikutuk seperti mayat berjalan. Yeayh, finally chubby juga. Tapi, lately ramai tegur ana 'kecut'. Sobs sobs...

"Mak Uda, orang sengsara ni."

Terbeliak mata Mak Uda. Hehe, kesian... Terkejut dengan pemilihan bahasa ana.

"Kenapa?"

"Semua orang tanya 'macammana nak kahwin, sakit je.' kalau yang tragis lagi tu siap tanya 'ada ke orang nak kahwin dengan syirah, sakit je'. Tu yang kurus, tekanan perasaan. Haha..."

Pasti Mak Uda fikir otakku sedang senget dan mengarut. Luahan dalam bentuk orang tak perasan. Bila tukar baju, lagi Mak Uda terkejut.

"A'ah, dah kurus banyak..."

Ok, ana rasa kalau hari-hari orang ulang 'stupid question'

[1] macammana nak kahwin, sakit je
[2] ada ke orang nak kahwin dengan syirah, sakit je

Easanya dalam masa sebulan ni boleh decrease lagi 10kg... Finally, luruh habis tulang ana hahaha.

Kahwin? Ok, sudah faham kenapa kakak-kakak yang sudah bertunang tangguhkan kahwin dan sampai ada yang putuskan pertunangan, mungkin sangat stress dengan soalan 'bodoh' ni dari orang sekeliling. Mereka sakit, ana sakit tapi bezanya ana menganggap soalan itu hanya soalan 'bodoh' saja. Rilex lah, ana positif saja... Positif... Positif setelah puas menangis, hihi.

Ok, tidak bermaksud orang yang tanya soalan tu tak bijak tapi soalan tu tak bijak... Kalau betul pun nak menguji tahap rasional ana, usahlah tanya soalan yang agak bodoh macam tu.

"Wei, ada jaminan ke korang sihat sampai bila-bila? Entah lepas kahwin terjatuh masuk longkang dah patah tulang riuk..."

Masalahnya tak pernah ana nak tanya direct macam ni sebab ana tahu sakit hati tu sesuatu yang sangat menyakitkan, ana tak nak buat perkara yang sama pada orang lain. Fine, stop tanya soalan yang agak bodoh macam tu okey!

Tapi, disebabkan tertekan menahan sakit, orang nak 'membodohkan' ana dengan soalan yang agak bodoh (bagi ana)... ana membidasnya semula.

"Ni nak menidakkan ketentuan Allah ke apa? Kalau kahwin tu untuk orang yang sihat, kenapa tak kahwin-kahwin lagi?!"

Ha, amik kau!

"Sorry, gurau jer... Gurau jer..."

So much thing yang boleh di gurau, kahwin juga yang nak diguraukan. Adoi...! Rasulullah pun bergurau juga tetapi gurauan Baginda sesuatu yang enak didengar dan sedap hati yang mendengar. Yoshhhh!

Ana ok je ni, tak de heart feeling pun cuma nak buka 'mata' korang sikit, gurau jangan sampai sakitkan hati orang.

Entri ini tidaklah bermaksud ana akan berkahwin esok. Nanti salah faham lagi, adeh... ni bicara cinta sama kematian bukan cinta sama manusia.



Pagi ini, ustaz Farid tag doa ini dalam facebook. Jazakallah...!

p/s: Abi, baliklah cepatttt.... T_T

Tawakkal Alallah
Insyirah Soleha

Read more...

22 April 2010

Bintang-Bintang Ke Syurga

Bismillahirrahmanirrahim.


Pertama, maaf kalau ada silap taip kerana masih menggunakan satu tangan untuk menaip (still wearing arm sling most 23 hours ++/day tolak time wuduk dan masuk tandas. Ya, mahu sembuh laju-laju)

Kedua, syukran jiddan pada pemberi buku ini (wah, dedikasi pula) siap dengan autograf penulis. Tak boleh snap autograf dan publish dalam blog, jadi OKU begini malas mahu rumit-rumit. Telah diberi 'tugasan' untuk review buku ini, maka dengan berat hati nak kene review sebagai tanda terima kasih daun keladi pada pemberi buku, lainkali dapat hadiah lagi masa PBAKL. Hihi. Ok. Tak nak merepek, terus kepada point :)



Tajuk : BINTANG-BINTANG KE SYURGA
Penulis : Xarine
Harga : RM19.90 (Sem. Malaysia)

Baca sinopsis pada belakang kulit buku;

Urusan ini perutusan cinta. Seperti sabda Rasulullah, tidak beiman seseorang kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.

Islam itu cinta. Cinta itu fitrah terpateri dalam hati. Hanya cinta dalam hati yang akan menyatukan kita dan semu manusia. Sepertimana alam kehidupan yang satu ini ditampung oleh bongkah-bongkah alam yang sedang bercinta; roh cinta yang mutlak terpateri pada hukum qadar Nya. Dan setiap detik pasir-pasir dan burung-burung itu mengucapkan 'cinta' ke hadrat Tuhan mereka.

Maka aku berusaha mencintai semua, dan mengikat hati pada simpulan iman kepada qada dan qadar Allah.

Imran lulusan kejuruteraan, anak miskin yang tidak punya apa-apa kecuali kecintaannya kepada Allah. Lalu wajarkah dia ada hati kepada si dia yang punya segala-galanya? Atau orang miskin hanya layak untuk dijodohkan dengan orang yang tidak punya apa-apa juga? Kalau begitu, apa pula maknanya sekufu?

Lama juga ana ambil waktu membaca sinopsis ini, oleh kerana otak ana senget dalam hal-hal cinta, ambil masa berfikir bila nak mula baca. Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, bab pertama dibaca terasa nak gelakkan diri sendiri yang mempunyai otak senget, akhirnya satu per satu bab dihabiskan dan semuanya selesai pada hari ke-3. Tahniah ya Insyirah... Otak ana dipulihkan oleh En Xarine selepas selesai membaca hingga muka surat terakhir! Alhamdulillah.

Bagi ana hampir setiap bilah perkataan dan juga metafora yang digunakan oleh penulis menunjukkan kematangan, unsur sastera digarap bersama fakta sains dan dalil bersumberkan quran dan hadis agak mengasyikkan jiwa pembaca seperti ana! Ya, En. Xarine seorang jurutera, wajarlah fakta sains banyak diaplikasikan dalam karya beliau.

Contoh yang dibawa juga menarik hati untuk terus mengetahui kisah selanjutnya. Plot cerita ada unsur saspen (untuk watak Safia si gadis penuh misteri), kelakar (si Muslimah yang 'senget' otaknya) dan macam-macam watak yang agak menarik seperti watak utama; Imran sendiri :)

Kisah ini kisah Imran, perutusan cinta... Ana tidak mahu mengolah bicara cinta itu, antum kena baca sendiri. Sekadar mahu berkongsi apa yang ana suka dari buku ini.

Muka surat 91 : Ada cerita orang gila... Ana tak sangka En Xarine akan mengolah kisah orang gila tersebut kepada sesuatu yang amat bermotivasi. Setiap yang berlaku ada hikmahnya, pasti ada kebaikan syaratnya apabila kita memandang dengan pandangan iman, insya Allah. Kemudian, diolah pada kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir yang kemudian bersangkutan dengan keimanan para sahabat di zaman Rasulullah saw, menarik bukan? (",)

Muka surat 132 : Bicara Imran mengenai aurat apabila dikatakan 'yang penting hati... don't judge the book by its cover'. Ana tersenyum dengan jawapan ringkas dari Imran (antum kena baca sendiri). Menariknya, dakwah yang ditonjolkannya begitu simple dan langsung tidak rigid kerana teorinya mudah "besi yang panas apabila dimasukkan ke dalam air sejuk, rosaklah susun atomnya."

Kalau ikut, ada lagi yang menarik mahu dikongsikan tapi tangan dah lenguh... hihihi. Lain la kalau ada yang nak tolong taip :P

Ringkasnya, buku ini perutusan cinta tetapi menariknya olahan En Xarine tentang alam tidak hanya kiasan pada cinta tetapi diterapkan unsur islami dan mengajak pembaca untuk berfikir. Ok, ana rasa otak ana tak senget lagi selepas berfikir-fikir apa yang mahu En. Xarine sampaikan walaupun ada part yang ana agak 'kekirian'... Oh, masih senget lagi otak ana.

Ahadiat Akasyah juga seorang penulis berlaterbelakangkan kejuruteraan tapi hanya cinta... cinta... cinta saja yang di'lumat'kan dalam karyanya. Ana rasa En Xarine akan di senaraikan sebagai penulis yang ana akan kumpul buku-bukunya. Really, ia menarik! Satu lagi buku - Yuda Di Padang Maya (Xarine) belum dibaca, anyone nak bacakan untuk ana? Hihi... Oh dear, jadi OKU ni melatih sabar sebanyak-banyaknya. Rindu nak baca semua buku-buku yang sedang que :)

Lagi... Sapa nak baca buku Bintang-Bintang Ke Syurga, kalau tak puas dengan review ni ana akan sambung bila tangan dah sihat. Lenguh tuhhhhhhh... Adeh! T_T

p/s : Nak detail, beli dan baca sendiri la ye... Hihihi.

Read more...

19 April 2010

Tulang Bahu Tercabut

Bismillahirrahmanirrahim.

Maaf... Masih banyak komen tidak dibalas, sengaja tidak membalas kerana pasti akan mengambil masa yang amat panjang untuk menaip satu mesej balasan komentar pembaca.

Alhamdulillah, secara senyap merancang terapi (walaupun awalnya tak nak buat terapi, hihi) dan sempat pula bergurau dengan sahabiyah tentang sakit. Biarlah mereka, mereka tak tahu setiap kata-kata itu mengguris hati kecil ini. Mereka sedikit pun tidak tahu apa yang dirasai, kalau gurauan itu menggembirakan mereka, moga mereka bahagia :)

"Kak, are you okey?"

Adik itu tahu ana melakukan terapi hari ini itupun selepas ana mohon maaf darinya kerana tidak mampu membalas sms darinya akibat pening kepala. Selepas menerima sms tentang kemalangan seorang sahabat, buntang saja mata ana. Ukhti, sembuh laju-laju ya! ^_^

Hari ini, terapi langsung tidak menyentuh tulang belakang sebaliknya fokus pada saraf dan tulang bahu yang tercabut. Subhanallah... Kuat sungguh! :)

"Ummi, rasanya tulang bahu ni makin jatuh la..."

"Ya, bila jalan nampak bahu Syirah terkulai."

Semasa menunggu giliran, hiba sungguh melihat seorang anak kecil ana rasa sekitar 3 tahun tetapi masih tidak berjalan.

"Ya Allah, saya ini sakit... Sembuhkanlah sayaaa!"

Terhibur dengan nyanyian tersebut, hihi. Tetapi bila anak kecil itu masuk ke bilik rawatan, tangisan lolongan darinya buat sejuk kaki dan tangan ana. Hiba... Jeritan demi jeritan seorang pakcik juga buat ana insaf.

"Ya Allah, saya ini sakit... Sembuhkanlah sayaaa!"

Ana menyanyi di dalam hati, mengikut rentak yang didengari awal tadi.

Tiba giliran ana, seperti biasa... Kali ini ana agak terkejut, disangkakan bahu hanya bengkak rupanya tulang bahu ana tercabut dan tulangnya sudah jatuh banyak sehingga menarik tulang rusuk dan dada sehingga pembengkakan serius! Subhanallah, terkedu.

Tanpa painkiller atau ubat bius, tangan direntap (menggunakan kuasa seorang lelaki) sekuat-kuatnya. Allah... Allah...

"Maaf, kalau perempuan tak cukup kuat nak tarik macam ni, nanti makin sakit bila ditarik berulang kali."

Ana faham. Waktu itu juga ditemani oleh terapi perempuan dan ana menutup aurat selengkapnya.

Berkali-kali dengar bunyi tulang 'meletup'.

"Alhamdulillah, (tulang) dah masuk."

Ingatkan dah habis rupanya tangan dipusing, ditarik dan entah apa gayanya lagi. Hehehe.

"Kuat awak, saya tak dengar langsung suara awak."

Hanya sekali terlepas dari mulut 'awwwww...' sebab terkejut direntap, haha. Diam saja, air mata ditahan sekeras-kerasnya. Menahan sakit, tak sedar kaki menggeletar sehingga menggenggam katil sekuatnya, berselerak cadar. Kih kih kih...

Ok. Need lot of rest, taip guna 1-2 jari sungguh slow. Tangan direhatkan sepenuhnya bimbang tulang bahu terkeluar semula hatta menolak pintu pun tak dibenarkan, hihi. SELAMAT MANJA Cik Syirah! ^_~

Insyirah Soleha

"Ya Allah, saya ini sakit... Sembuhkanlah sayaaa!"

p/s : Tidurrrr... T_T

Read more...

16 April 2010

Sahabat Tercinta


Tiga Srikandi Bersaudara

Bismillahirrahmanirrahim.

Sahabatku,

Kata orang bercinta, biar jauh di mata tetapi tetap di hati. Andai rindu menggigit sukma, pandanglah pada sang rembulan di malam hari kerana bulan itu hanya satu dan di mana juga kita berada, kita tetap memandang bulan yang satu.

Kata orang berkasih, biar jauh di mata tetapi hadir dalam doa. Andai dilanda rindu dendam, segera memandang langit yang luas agar terasa keluasan rahmat Tuhan, mudah-mudah Allah yang Maha Pemurah itu segera mengaturkan pertemuan.

Kata orang saling menyayang, biar jauh di mata tetapi tetap diingati walau ke alam mimpi. Andai terasa sayangnya meluap-luap, pandanglah ke tanah agar segera mengingati mati, mudah-mudahan ingatan pada kematian akan melenyapkan keripuhan hati yang melanda.

Tetapi, pesan aku padamu wahai sahabat yang teramat, amat, amat aku sayangi... Andai di hatiku atau hatimu terdetik rasa yang tak mampu diluahkan dengan kata-kata... Aku tidak mampu berkata apa-apa kerana dirimu terlalu istimewa. Aku tak mampu meluah rasa sekeping hatiku pada dirimu wahai sahabat.

Aku hanya mampu memujuk hati.

Jauhmu dariku adalah kerana Allah.
Sepimu dariku adalah kerana kesibukan seharianmu sebagai penuntut ilmu.
Senyapmu adalah kerana jadualmu padat sebagai pejuang agama Allah.
Diammu adalah kerana dirimu dikelilingi sahabat-sahabat yang soleh solehah.

Dan aku hanya terdaya meminta dan terus meminta dari Allah agar sentiasa memelihara sahabat yang aku cintai ini dengan sebaik-baik penjagaan. Kerana, hatiku selalu yakin bahawa tiada penjaga yang lebih hebat jagaannya selain dari Allah yang Esa. Hatiku terpujuk, jiwaku menunduk, perasaanku terduduk...

Sekeping hati ini aku berikan pada Allah, lantunan doa buat sahabat yang sentiasa hadir setiap sujud terakhir dalam solatku.

Sahabatku,

Di saat mereka memandang rembulan, melempar pandangan pada keluasan langit, menjatuhkan hati memandang debu tanah yang berhembus perlahan... Aku tidak mampu menutup rasa hatiku, kerana kita sebenarnya punya KIBLAT YANG SATU. Hanya itu yang mampu mendamaikan ripuh gelora kalbuku saat merindui dirimu wahai sahabatku.


Sanah Helwa ya sodiki hakiki, happy 21th Birthday! Happy sweet 21 years old... Moga rahmat, maghfirah Ilahi sentiasa bersamamu! Moga panjang umur, murah rezeki, sihat tubuh badan. Semakin bertambah usia, semakin bertambah ilmu, iman, amal dan tawadhuk. Allahumma ameen.

~ S.A.Y.A ~ S.A.Y.A.N.G ~ K.A.M.U ~

Sahabatku,

Walau di mana dirimu berada, apakah di utara selatan timur mahupun barat... Aku selalu mendoakan kesejahteraan buatmu hatta diriku tidak lagi beriringan di sisimu. Kita tetap bersama, dalam doa dan sujud saat memandang kiblat yang satu.

p/s: Diambil dari Catatan Hati Fatinah [9 : Warkah Buat Sahabat]

Best of L.O.V.E,
Insyirah Soleha
Sahabat yang selalu mencintaimu (",)
scheduled : 00:25 +8.00

** Maaf tiada yang istimewa untuk dizahirkan. Komen-komen dari pembaca juga tidak sempat dibalas lagi, kesukaran menaip akibat pembengkakan tulang ~ yosh costocondritis, nak suruh ana manja juga walaupun ana sudah pesan Jangan Manja! Boleh feel tulang semakin timbul dan membesar. Yeay! Membesar sebagai juara. Ngeeeee :P

Read more...

13 April 2010

Jangan Manja!

Bismillahirrahmanirrahim.

"Kak Insyirah, bila nak buat terapi?"

Hampir terlupa pada perkataan terapi (",) Mula mencongak tarikh, akhirnya buat keputusan untuk menangguhkan sesi terapi.

"Sakit belakang semula ke?"

"Boleh tahan lagi, insya Allah."

Bukan tidak mahu mempercepatkan tarikh tetapi memandangkan tarikh walimah abang sekitar sebulan saja lagi, ana mahu bersama dalam walimah abang, mahu melihat abang akad nikah dan mahu bersama abang untuk melihat hari bahagianya. Insya Allah, setakat ini abang mahu berkahwin sekali seumur hidup. Kalau abang katanya nak berkahwin berkali-kali dalam hidup, mungkin ana tidak kisah kalau 'mengecualikan' diri sebab ada walimah lain di hari kemudian. Hihihi... Gurau je.

Bukan tidak mahu mempercepatkan tarikh tetapi perlu bersedia secara emosi dan fizikal untuk melalui terapi. Dari pengalaman terdahulu, 3 hari pertama hanya akan terlantar di atas lantai. Duduk hanya ketika solat dan makan, selainnya hanya terbaring bagi meredakan kesan terapi dan insya Allah 3 hari pertama perlu kemantapan dari sudut rohani untuk melalui segala ujian yang hadir. Emosi perlu stabil, rohani juga harus mantap kerana saat itu hati menjadi sangat-sangat rapuh.

Bukan tidak mahu mempercepatkan tarikh tetapi perlu bersedia untuk menahan rasa sekitar 1-2 minggu melalui demam akibat proses terapi yang dilalui. Sungguh, ianya menyakitkan tetapi ana harus dan mesti (wajib) kuatkan semangat. Horey! Selepas kesusahan ada kemudahan. Selepas kesakitan, ada kesembuhan. Insya Allah.

Memandangkan tarikh pernikahan abang yang hanya bersisa sebulan, ana mahu meraikan hari bahagia tersebut dalam keadaan yang sangat ceria. With no back pain, no depression, no bad feeling, bla bla bla.

"Ana baca blog, kenapa ukhti ukhti buat terapi pada bahu kiri tetapi tidak pada bahu kanan?"

Hihi, ana tersenyum dengan soalan ini. Jawapannya untuk memperbetulkan semula kedudukan bahu kiri ana yang dahulunya pernah tercabut keluar dari sarungnya. Ngeee... Tangan kiri agak lemah dan tidak cukup kuat untuk menampung sesuatu yang bebannya melebihi 5 kg. Apabila bahu kiri bengkak akibat terlebih angkat berat, ianya akan menggeletar dan sangat sukar untuk menampung atau memegang apa jua yang mahu dipegang.

Adakala tidak mampu untuk menggenggam tangan kecuali diserang shacking (menggeletar) yang teruk sehingga tangan akan tergenggam dengan sendiri. Bila shacking, ana sangat suka untuk memeluk teddy bear
atau berpaut erat menggenggam tangan sesiapa supaya tangan ana tidak melekat (tergenggam tangan sendiri). Kerana itu, bila dukung bayi yang montel (berisi) lama sedikit pasti abi akan merenung dengan pandangan yang tajam. Tapi, ketajaman pandangan abi tidak sedikit memudarkan kecintaan pada makhluk fitrah :)

Untuk mengangkat baju di ampaian juga adakala ana perlu membuat trip supaya bakul lebih ringan. Kadang-kadang nak tunjuk kuat, membuktikan diri tidak manja seperti yang orang selalu cakapkan. Akhirnya, tulang dan rusuk mula membengkak sehingga tulang timbul. Allah, oleh itu keinsafan timbul dari dalam diri bahawa diri sendiri yang seharusnya menjaga amanah dari Allah supaya tidak menyusahkan orang lain.

Kalau dahulu, bila kesakitan tulang belakang yang teramat sehingga menangis terisak-isak di hadapan semua orang... Ummi akan membantu meredakan kesakitan dengan menyapu air zam-zam pada tulang belakang dan mengusap kepala dengan air zam-zam supaya ana dapat menenangkan diri. Sekarang ana harus berfikir bagaimana untuk ana mengurus diri sendiri tanpa bantuan ummi dan adik-adik kerana tidak selamanya mereka akan berada bersama ana.

Dahulu, apabila tiba-tiba terkejut bangun dari tidur dan menangis dengan kuat...

"Sakit... Sakit..."

Pasti ummi dan abi bergegas bangun untuk melihat, rupanya kaki ana cramp dan sakitnya seperti mahu putus pinggang sebab menahan sakit di kaki, posisi badan akan failed dan ianya mengakibatkan sakit pinggang yang teramat dahsyat. Sekarang ana harus berfikir bagaimana untuk mengurangkan sakit ketika cramp supaya tidak menjerit di waktu malam dalam keadaan yang separa sedar supaya tiada lagi yang terkejut akibat kesakitan yang ana rasai. Minum susu.

Dahulu, pakcik mengusik.

"Kesian hang, hilang satu nikmat Syurga."

Di dalam syurga ada sungai yang mengalir, aliran sungai tersebut adalah susu. Ana tersenyum. Dahulu, satu cawan susu dan satu cawan air mineral setiap pagi. Seteguk susu, dua teguk air mineral sehingga akhirnya setiap pagi kekenyangan minum susu dan air mineral :) Tekak ini sangat alah dengan bau susu, sangat meloyakan, terasa tekak kembang semacam tetapi kini tidak lagi. Secawan mug susu boleh diminum begitu saja :)

"Insyirah minum susu apa?"

"Saya minum Anlene untuk tulang yang sihat dan kuat." *sigh*

"Subhanallah. Larat Insyirah bau susu Anlene? Baunya agak kuat, meloyakan..."

Ana tersenyum lebar. Itu cara Allah mentarbiyyah ana, sehingga kini apa juga susu tepung bisa ditelan dengan mudah. Insya Allah. Anlene, Omega dsb insya Allah ana tiada masalah lagi. Alhamdulillah.

Kalau dahulu, ana selalu boleh mengharapkan akhun untuk dukung ana... Ngee, how sweet! Sampaikan di tempat umum juga akhun pernah dukung ana dengan lagak superhero sampaikan orang disekeliling begitu kagum dengan kami adik-beradik. Satu tautan ukhuwah dalam keluarga yang sangat erat.

"Eiii... elok-elok pegang adik tu, jatuh nanti naya dia..."

Nenek menjerit setiap kali akhun dukung ana.

"Boleh tak pakai seluar, ni nak dukung macammana kalau pakai macamni?"

Ana garu kepala. Adik perempuan ana sarungkan baju kemeja abang pada ana untuk dijadikan baju sejuk supaya tudung ana tidak mengganggu pandangan abang.

Sekarang ana perlu berdikari bagaimana untuk mengurus kesihatan ana sendiri supaya terus stabil dan tidak menjunam jatuh pada graf bawah. Ana perlu berusaha, selebihnya Dia yang menentukan hasilnya. Apabila kamu berazam, maka bertawakkallah kepada Allah :)

Sesungguhnya kematian itu pemutus segala kenikmatan.

Sesungguhnya kesakitan itu mengingatkan diri pada kematian... Hihihihi...


Teringin nak kutip bunga ros (merah, pink, putih) banyak-banyak mesti cantik kan... Lalalala...

Semangattttt...!!!

Insyirah Soleha
3.00 petang
Menghirup aroma rumput :)

Read more...

Malaysia Kaya Rasuah

Bismillahirrahmanirrahim.

Abang-abang ana memiliki perniagaan masing-masing. Dari cerita mereka, yang seorang selalu berurusan dengan syarikat swasta dan kerajaan dan seorang dari banyak travel dan selalu pergi ke tempat orang. Ayuh, sedikit kisah dari mereka buat muhasabah bersama.

Situasi 1

Abang yang banyak travel sudah pastilah selalu melanggar etika memandu dengan sukanya telah memecut melebihi had laju yang ditetapkan. Apabila ditahan oleh encik polis, maka abang dengan 'senang hati' minta surat saman sebaliknya encik polis banyak kali mengulang ayat.

"Ni kalau kene nih, RM300 nih..."

Abang yang agak 'lurus' pun setuju untuk membayar saman memandangkan beliau tahu telah memandu melebihi had laju yang ditetapkan. Rupanya sampai sudah encik polis mengulang ayat tersebut. Kini, beliau sudah bersedia kalau-kalau 'ditahan' encik polis, beliau mahu melihat gelagat encik polis lalu mahu berkata.

"Saya tahu, kalau kena... RM300..."

Antum faham tak apa yang nak disampaikan? Encik polis nak cakap, kalau kena saman kena bayar RM300 tapi kalau 'bayar' tanpa saman, boleh dirunding. Allah! Kasihannya isteri dan anak-anaknya makan wang haram, akhirnya menjadi daging. INGAT! Api neraka itu sangat suka membakar daging-daging yang tumbuh dari hasil yang haram. Allah... Allah...


Sekadar hiasan di mata...
Situasi 2

Seorang kenalan ummi, membuka syarikat (petrol pump station). Pada suatu hari, di saat abi sedang mengisi minyak dan ummi bersembang... Kenalan ummi ni seorang bangsa cina, dia pun bertanya pada ummi.

"You lepas pencen mau buat apa?"

"I nak buka stesen minyak lah..." -nada gurau

"Eh, dulu arr... manyak senang wo mau buka stesen minyak, ini jam arr manyak susah wo. Ini arr, I ada kebun bunga tau... Kalau mau kira ini steten minyak arr, talak (tak ada) untung wo... Ini jam ar, banyak minta wang oooo. You beli tanah buat kebun lagi bagus maaa.."

Faham dah, faham dah. Malu je, dah la pihak terbabit yang dimaksudkan ialah orang-orang Melayu dan beragama Islam. Macammana kita nak bicara soal integriti dan sebagainya kalau pihak yang mewar-warkan integriti juga tiada nilai integriti dalam pekerjaan.

Situasi 3

Abang yang seorang mendapat tender sebuah badan kerajaan, sehingga waktu yang diharapkan masih tidak mendapat bayaran sedangkan barang-barang sudah dihantar semuanya. Abang yang seorang ni memang baran, oleh kerana banyak tender yang tak dapat dibuat gara-gara tidak dapat bayaran, maka beliau pun menyerang pejabat tersebut lalu dengan senang hati 'mengutip' kembali barang-barang yang dihantar sehingga pekerja semuanya tercengang.

Lalu, adiknya ini bertanya... "Banyak ke yang tak dibayar?"

"Banyak la... Abang tak boleh nak rolling modal, semua payment pending."

"Berapa?"

"RM70k."

Subhanallah...

"Kalau section Pak Uda best, 2 minggu dah dapat payment tak ada masalah langsung."

Abi pun menyampuk.

"Selalunya kalau payment bermasalah ni maksudnya bahagian tersebut memang bermasalah, maybe dorang harap hang 'hulur' kot. Kalau department yang bersih, tak ada masalah pun dengan payment."

Waduh, apa nak jadi la...

Cukup saja la 3 situasi, kalau nak dikisahkan boleh jadi novel semua kisah-kisah yang terkumpul dalam cerita abang-abang yang terpaksa berdepan dengan pelbagai dugaan iman pada mereka yang mengharapkan rasuah. Na'uzubillah. Abi juga selalu memberi nasihat soal integriti dalam pekerjaan bahkan ummi juga selalu merungut tentang hal ini. Tetapi, kontraktor selalu saja takut dengan abi, bahkan tidak ada kontraktor yang berani dengan abi.

"Haq adalah haq. Kalau you salah, I tak approve. Ikut prosedur."

That's why abi kurang popular, sebab abi sangat tegas dalam hal-hal berkaitan kontraktor.

Ummi juga suatu ketika dahulu berurusan dengan kontraktor, bila selesai kerja kontraktor suka benar menghulur duit. Ummi dengan tegas, dan pantas cakap.

"I kerja, I dah ada gaji dan ini memang tugas I. You simpan duit ni, belanja anak isteri you."

That's why semua kontraktor sayang ummi. Mudah kerja mereka kalau berurusan dengan ummi. Kadang-kadang ana memerhati pergerakan badan dan memandang tepat ke arah anak mata seseorang, lalu diri ini selalu monolog dalam diam.

"Kesian..."

Wallahua'lam.


Alangkah bagusnya kalau semua punya sikap begini.

Read more...

11 April 2010

Macammana Ada Baby?

Bismillahirrahmanirrahim.

"Kak Yang, macammana boleh ada baby?"

Tarik kain tutup muka, pusing tempat lain. Menyorok... Intai di sebalik kain, Adik masih tercegat depan ana.

"Kak Yang, cakap la macammana boleh jadi baby."

Kepala yang tak gatal pun boleh gatal dengan tiba-tiba. Muka macam kena simbah dengan minyak panas.

"Adik tanya abi lah..."

Larikan diri. Dengar hujung-hujung saja perbualan dua hala antara abi dan Adik, muka ana merah menyala.

"Lelaki dan perempuan kahwin, lepas tu ada la baby."

Nasib baik Adik tak tanya, kenapa orang tak kahwin pun ada baby. Huh...

"Tapi, macammana boleh ada baby?"


Comel kan? Terasa macam nak gigit pipi yang mulus. Dia makhluk fitrah :)


Adik masih tak puas hati dengan jawapan abi.

Zazzz...! Terus membelek tafsir al-Quran.

Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa. [Surah Al-Baqarah (2) : Ayat 2]

Apa juga bentuk ketidakfahaman (sebenarnya tak tahu nak terangkan proses kejadian manusia) maka rujuk kembali pada al-Quran, sekiranya tiada maka rujuklah pula kepada hadis. Insya Allah, sekiranya 2 perkara ini digenggam erat selamanya berada dalam kebenaran.

Dialah yang membentuk kamu dalam rahim sebagaimana dikehendaki Nya. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. [Surah Ali-Imran (3) : ayat 6]

Dialah Yang menciptakan kamu dari diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isterinya, agar dia merasa senang kepadanya. Maka setelah dicampurinya, isterinya itu mengandung kandungan yang ringan, dan teruslah dia merasa ringan (beberapa waktu). Kemudian tatkala dia merasa berat, keduanya (suami isteri) bermohon kepada Allah, Tuhannya seraya berkata: "Sesungguhnya jika Engkau memberi kami anak yang sempurna, tentulah kami termasuk orang-orang yang bersyukur". [Surah Al-A'raf (7) : Ayat 189]

Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitis mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan beransur-ansur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (ada pula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya, supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatu pun yang dahulunya telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah. [Surah Al-Hajj (22) : Ayat 5]

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah. [Surah Al-Mukminun (23) : Ayat 12]

Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). [Surah Al-Mukminun (23) : Ayat 13]

Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Suci lah Allah, Pencipta Yang Paling Baik. [Surah Al-Mukminun (23) : Ayat 14]

Yang membuat segala sesuatu yang Dia ciptakan sebaik-baiknya dan Yang memulai penciptaan manusia dari tanah. [Surah Sajdah (32) : Ayat 7]

Kemudian Dia menjadikan keturunannya dari saripati air yang hina (air mani). [Surah Sajdah (32) : Ayat 8]

Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalam (tubuh) nya roh (ciptaan) Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati; (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur. [Surah Sajdah (32) : Ayat 9]

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan [Surah Al-'Alaq (96) : Ayat 1]

Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. [Surah Al-'Alaq (96) : Ayat 2]

Ayat-ayat ini ana susun mengikut turutan surah dalam juzuk. Buat rujukan semula ya. Jangan ambil bulat-bulat, mungkin ada yang silap. Wallahua'lam.

Semasa di tingkatan 3, akan belajar bagaimana proses kejadian manusia dalam matapelajaran Sains. Persenyawaan manusia. Sperma dan ovum, hanya sperma (dalam setitis mani ada berjuta sperma) yang kuat saja akan berjaya melepasi bla bla bla... dinding uterus, bla bla bla... Masa tu baru terfikir, selama ini ingatkan seorang bayi itu duduknya dalam perut (usus) rupanya duduknya dalam rahim. Patutlah dikatakan mengandung = anak itu dikandung dalam rahim. Maha Suci Allah.

Kesimpulannya, KITA SEMUA DILAHIRKAN SEBAGAI JUARA kerana dari awal kejadian lagi we fight for live (hanya sperma yang kuat saja akan berjaya menembusi ovum)! Kerana manusia itu dilahirkan sebagai khalifah Allah, menjulang panji dan mendaulatkan Islam.

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. (Surah At-Tiin (94) : Ayat 4]

Wallahua'lam.

If oneday my kid ask me "Ummi, macammana ada baby?"

Jawabku "Pergi buka blog ummi, ummi dah tulis dah masa Mak Su tanya dulu-dulu..." Hohohoho. Pening anak-anakku kalau ada ummi macam ni, haihhhh! Lagi pening kalau anak-anak semuanya ikut perangai umminya. Isk isk isk...

p/s: Adik... Ni jawapan yang Adik nak, semoga Allah merahmatimu :)


~ Sleeping Beauty ~

Insyirah Soleha
Mengintai rembulan disebalik awan :)

Read more...

09 April 2010

Teman, Maafkan Diriku!

Bismillahirrahmanirrahim.


Hati masih bersarang dengan duka, alhamdulillah tiada siapa mengesan kedukaan ini. Ana berjaya menyembunyikan dengan baik.

"Are you ok? Last night someone asking me about you."

Ana tersenyum, buat kerja seperti biasa. Memang ok pada lahiriah, tetapi ada sesuatu yang tersembunyi dan dipaut erat-erat supaya tidak terkeluar dengan kalam apatah lagi dizahirkan dengan perbuatan. Satu kata-kata muncul di layar facebook milik seorang teman akrab.

"Wanita yang suci adalah wanita yang dijaga oleh Allah, tidak sedikitpun membenarkan mana-mana lelaki mnyentuh dirinya walaupun hatinya, kerana Allah teramat mencintainya. Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta manusia yang lebih banyak mngecewakan kita. Jika Allah mendatangkan kesedaran dalam diri manusia, bermakna Allah mahu ambil kita untuk dijaga NYA."

Subhanallah. Hari ini dengan kepala yang kebingungan dan mata yang bersisa bengkak, ana mendapat begitu banyak kalam taujihad kerana penghujung tangisan itu dengan sedikit keyakinan ana lafazkan seuntai kata-kata yang penuh bermakna.

"Allah beri ujian, biarlah DIA memujuk dengan cara dan kehendak NYA."

Alhamdulillah, semasa sedang membersihkan sisa dari kelopak mata, ukhti dengan getaran yang Allah berikan telah menyampaikan sesuatu buat ana.

4 Great ways of living.

1. look back and thank Allah.
2. look forward and trust Allah.
3. look around and believe Allah.
4. look within and find Allah.
May Allah bless us.

Jazakillah ya ukhti.

Serentak dengan sendu airmata ini, Allah getarkan hati seseorang untuk memujuk.

"Hiasilah diri dengan senyuman walau diri diambang kedukaan kerana ia melambangkan kekuatan hati dan kekuatan iman. Senyumlah dari hati, pasti dunia ini akan berseri!"

Senyum. Tersenyumlah...! Allah selalu punya cara untuk memujuk dengan cara dan kehendak Nya, bukan kemahuan dan keinginan manusia. Insya Allah, yakin dengan Allah.

"Ukhti, ana rasa bersalah yang teramat sangat. Ana tak tahu macammana nak cakap, cuma ana terasa nak menangis saja sekarang ni. Air mata ana terlalu murah, ana tak tahu macammana nak hentikan air mata dari terus mengalir."

"Ukhtiku sayang... Tidurlah, dah lewat sangat ni sayang. Rehat dulu, tenangkan fikiran dan positif. Insya Allah, sekarang ukhti emosi sangat nanti ukhti hanya akan bercakap berlandaskan emosi. Tenangkan diri, tidur. Dah lewat sayang."

"Maaf sebab ganggu ukhti lewat macam ni..."

"Ana belum tidur lagi ni sayang, ukhti tak ganggu ana pun. Cuma ana nak suruh ukhti rehat dulu."

Akhirnya, tidurlah mata dan jasad ini dari segala kedukaan.

"Insyirah, dah bersedia nak berkongsi dengan ana?"

"Tak apa lah... Ana rasa ana dah ok sekarang, maafkan ana ye atas apa yang berlaku semalam."

"Sure ke ni?"

"Insya Allah, HE will guide me. Jazakillah."

Tiada apa-apa yang mahu diluahkan. Bila menangis, ubatnya tidur. Bangun keesokannya rasa penat sangat, heart beat will beat more faster than usual and got chest pain. Yey!

"Apa manfaat menangis?"

"Mata akan bengkak, dada akan sakit dan terasa sangat penat."

"Itu manfaatnya? Bagus la, teruskan usaha."

"Wei, nak kene gigit ke haaa?"

"Nak kunyah pun silakan la..."

Aduh, aduh... Kawan seangkatan sengal dah muncul.

"Sebenarnya, apa yang mengganggu hati dan jiwa belahan jantung ku ini? Napa ni?"

"Sejak bila ana belah hati dan jiwa serta jantung enti? Hishhhh... Ana? Dibelenggu perasaan bersalah pada seseorang yang ana sayang. Entah la, ana tak tahu nak terangkan macammana. Cuma ana rasa bersalah yang teramat sehingga ana tak boleh nak kawal emosi lalu mengalirkan air mata dengan sangat banyak."

"Seseorang yang enti sayang? Enti curang dengan ana yer?"

"Hish, kalau orang lain baca ni jadi skandal ni weh! Sejak bila kita ada affair? Adoi la..."

"Bukan enti ke nak jadi zaujah ana?"

"Berapa mas kawin enti nak kasi kat ana?"

"Ngeee... Ana kasi besi buruk jer lah, timbang kati tuh dapat beribu jugak."

"Ha... Baru semalam ada seorang akhawat buat lawak dengan ana. Ada ke patut suruh ana cari Ikan Duyung untuk buat mas kawin. Ana tanya kenapa tak Ikan Dugong, ngeeeee!"

"Syira, nape nangis?"

"Eh.. Ingatkan dah lari topik dah tak perlu cakap. Keh keh keh..."

"Siapa yang buat enti nangis ni?"

Seolah-olah macam kesalahan orang lain pula, padahal ana yang bersalah.

Ana sangat menyayangi sahabat ana dan sahabat ana juga terlalu menyayangi ana sehinggakan kami selalu sama-sama saling memberi peringatan dan nasihat agar ikatan ukhuwah ini akan terus berkekalan sehingga ke alam akhirat. Ana menyayanginya kerana akidah, dan ana teramat menyayanginya kerana dia teman yang sangat mencintai Islam. Tetapi, keterbatasan waktu dan jarak telah memisahkan dua orang yang bersahabat.

Ana melepaskan dia... Sebenarnya ana tidak melepaskan tali ukhuwah, cuma ana melepaskan dia untuk terus berjuang. Ana tahu awalnya dia sering mengadu tentang pelbagai masalah yang dihadapi. Kesukaran untuk mengekal imej sebagai seorang muslimah, ana tak jemu memberi semangat dan kekuatan. Islam itu bukan hanya pada nama, di mana bumi dipijak di situ Islam dijunjung! Itu prinsip ana dan kami bahagia dengan prinsip tersebut.

Sewaktu awal dahulu, kami sama-sama belajar dan mencari pelbagai sumber dan dalil mengenai niqab (purdah). Tetapi, keterbatasan ruang dan waktu (mungkin waqi') memisahkan kami. Sesekali, sayu sekali emosi yang dilontarkan pada ana. Di tengah malam, di awal pagi... Ana masih setia untuk menenangkan emosinya.

"Syira, doakan ana di sini. Ana rasa lemah sangat-sangat, ana rindukan enti dan tarbiyyah..."

Terkadang, ana pula yang lebih-lebih menangis setiap kali membaca mesej dari dia. Ana tak mampu untuk berada di sisinya saat dia sangat memerlukan ana. Lama kami tidak berhubung sehingga satu waktu yang Allah tetapkan. Ana speechless. Ana tergamam dan air mata mengalir dengan laju.

Sahabat yang ana sangat kasihi kerana Allah dan Rasul Nya bukan lagi sahabat ana yang dahulu. Bila ana melihat dia hari ini dan merenung dia yang semalam, ana terdiam.

Adakah tarbiyyah dahulu tidak lagi membekas di hatinya?
Adakah waqi' yang terlalu menekan dirinya sehingga berubah?
Adakah biah solehah yang diimpi tidak ditemui?

Air mata ana mengalir sangat lebat.

Ana sangat rasa bersalah.

Adakah ana yang meninggalkan dia sendirian berjuang?
Adakah ana yang melupakan dia yang memerlukan semangat perjuangan?
Adakah ana yang lalai mengingatkan dia tentang virus kehidupan?

Dalam diam... Ana menangis, lebatnya air mata di pipi sebenarnya tidak selebat air mata yang sedang menghujani relung hati ana.

"Sayang... Di mana kecintaan mu pada imej seorang muslimah. Apakah niqab itu telah menghalang dirimu untuk thabat dalam perjuangan sehingga engkau memilih laluan yang begitu jauh dariku, sahabat yang begitu menyayangimu. Sayang, di mana hijab yang memelihara maruah dirimu sebagai seorang muslimah..."

"Sayang, ana suka tengok enti pakai niqab." Itulah yang selalu dikatakan pada ana.

"Enti jagalah hijab ni baik-baik, biarpun enti tak pakai niqab tapi ana nak enti jaga hijab ni baik-baik. Ana sayangkan enti." Memang ana menyayanginya.

Tetapi, rebah hati ana umpama dihempap sesuatu yang sangat berat.

Ana menyayangi sahabat ana, dan ana mahu bersamanya sehingga ke Akhirat. Sekiranya ana ke syurga, ana mahu dia menjadi teman yang bersama ana di syurga. Ana mahu berjiran dengan sahabat ana, dan ana mahu selalu bersamanya di syurga. Ana mahu... Ana mahu dunia ini mempertemukan ana dengannya untuk ana hidup dengannya di akhirat.

Tapi kini?

Air mata ana masih mengalir. Kerana ana GAGAL membuktikan kecintaan dan kasih sayang ana padanya. Kiranya benar kasih sayang kerana Nya, pasti akan ana ikatkan dia pada Islam yang akan menyatukan kami di alam akhirat.

Sayang, maafkan ana yang terlupa!

Ya Allah, izinkan aku kembali memimpin tangannya kepada keindahan Islam. Kerana hanya dengan islam mampu ku sempurnakan kebahagiaan jiwa ini. Aku mahu dia di sisiku bersama rantaian perjuangan Islam. Kerana, aku terlalu menyayanginya!

Teman, maafkan diriku!

Rindu pada saff perjuangan bersama para sahabiyah. Apakah mereka masih menjadi diri mereka atau kerakusan dunia telah menjadikan mereka berubah wajah? Allah, aku serahkan semua sahabat-sahabatku dalam jagaan Mu. Engkau saja yang mampu memelihara mereka sebaik-baiknya. :(

Perkara kedua yang mendukakan ialah perasaan sangat bersalah kerana sodiki hakiki mengalami kemalangan jalan raya. Ana tak tahu kerana tidak diberitahu dan rasa macam nak pengsan melihat gambar-gambar kemalangan di dalam facebook. Kereta terbalik (bayangkan kereta terbalik - bumbung di atas jalan raya) remuk depan dan belakang. Syafakillah sayang! Moga terus kuat, cepat sihat dan diri ini menyayangimu T_T

p/s: mahu bawa diri... pujuk hati sendiri.

Insyirah Soleha
1.50 petang

Read more...

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO