Sanah Helwa Ya Akhi
Alhamdulillah, pada hari ini genap usianya 15 tahun. Pada 7 Julai 2009, seorang lagi adikku meningkat dewasa. Insya Allah, pada akhir tahun ini beliau akan berdepan dengan peperiksaan 'besar' di alam persekolahannya, Peperiksaan Menengah Rendah.
Seakan masih segar lagi kenangan sewaktu kecil dahulu. Jarak usia kami 4 tahun. Pernah kami mengalami 'satu situasi' yang tak pernah ana luputkan dari ingatan walaupun ketika itu usia ana baru 5 tahun dan beliau baru 1 tahun. Waktu itu beliau masih dalam stroller dan ana yang menolaknya, kebetulan menurun bukit dan ana yang dalam girang bermain telah 'terlepas' stroller, sepantas mungkin ana mengejar stroller tetapi kudrat anak kecil usia 5 tahun tak sepantas stroller yang sangat laju menuruni bukit.
Ana menjerit dalam berlari.
Kaku... Stroller telah 'selamat' masuk ke dalam sungai. Kebetulan ketika itu rumah kami berhampiran dengan pondok jaga. Pakcik jaga (pak guard) berlari-lari menuju ke stroller yang terlangkup dalam sungai. Mujur saja sungai itu kecil dan aliran airnya tidak deras. Dengan pantas, pak guard mengambil adik ku yang sedang menangis di dalam stroller. Berdarah mukanya.
Jiran sebelah rumah berlari mendapatkan adikku yang berdarah. Dengan segara menalifon ummi di pejabat, kadar segara ummi pulang ke rumah. Tiada yang serius, sedikit luka di bawah bahagian matanya sehingga kini berparut (kekal agaknya). Setiap kali memandang muka adik, terus ana terkesan dengan parut di bawah matanya. "Buah tangan" dari kakak yang kecil tetapi berlagak dewasa seusia 5 tahun.
Hari ini, setelah hampir 14 tahun ana masih lagi mengingati peristiwa itu dengan jelas. (Perasaan bersalah barangkali)
Sebelum solat Subuh tadi, ana ceria...
"HaPPy BirtHdaY AiMaN"
"Eh, hari ni birthday Aiman ke?"
"Uwekkkk... Purak-purak ya kamuuuu!"
Ana ketawa. Aiman sedang menyikat rambutnya. Ummi segera bangkit membangkang kenyataan ana.
"Eh.... Belum lagi la. Aiman lahir 11 malam. Sekarang ni ummi belum pergi hopsital lagi."
"Ehhh... Tak da maknanya ummi. Penat orang nak tunggu 11 malam nanti baru nak menjerit 'Happy Birthday'. Kalau mengantuk, terpaksa topang mata dengan mancis. Tak kira, tak kira. Nak cakap juga... 'Happy birthdayyyyy'..."
Gawat. Pagi lagi sudah kecoh.
Ya Allah, berkatilah usia adikku; Ahmad Fathi Aiman. Panjangkan usianya dalam kebajikan dan ketaatan. Jadikanlah Aiman seorang insan yang soleh, berakhlaq mulia dan sentiasa memuliakan ibubapa kami. Jadikanlah Aiman insan yang berjaya dunia dan akhirat. Ameen. (",)
2 leaves:
dah remaja ye aiman, Semoga menjadi insan yang soleh. Ameen
Selamat hari lahir juga buat aiman..semoga menjadi insan yg soleh & dikurniakan seorang kakak yang solehah juga :)
Post a Comment