Erti Ukhuwwah Bagiku
"Apa pendapat akak tentang ukhuwwah?"
"Ukhuwwah? Terlalu umum soalan adik... Spesifik sikit."
"Maksud adik, bagi akak... Apa yang membuatkan akak rasa satu hubungan itu ialah satu ikatan ukhuwwah?"
"Berkasih sayang kerana Allah, bertemu memberi kasih sayang dan berpisah meraikan perjuangan."
Owh. Begitu rupanya apa yang dimaksudkan ukhuwwah bagi seorang kakak yang sudah ku anggap sebahagian dari hidup ana. Mungkin seusia ini masih terlalu hingusan untuk ana memberi tafsiran atas satu ikatan apatah lagi menyentuh apa yang bersangkutan dengan kasih sayang yang terlalu umum untuk dibicarakan.
Bagi ana, ukhuwwah itu merupakan satu medan untuk ana memberi kasih sayang, berkongsi ilmu dan mendengar rintihan sahabat-sahabat yang lelah dalam perjuangan. Terkadang melalui satu pertalian ukhuwwah yang mungkin bagi orang lain tidak bermakna apa-apa tetapi bagi ana secara peribadinya ianya sesuatu yang ana hargai dan raikan dengan sebaiknya. Insya Allah.
Dengan kudrat sang hamba yang sungguh kerdil dan dhaif, ana yakin kita tidak akan kuat bila bersendirian. Pertemuan sudah cukup untuk menggembirakan ana, sebuah pertemuan adalah satu anugerah Ilahi yang tak mampu untuk ana ungkapkan. Hati dan perasaan merafa'kan syukur pada Allah dengan sifat Ar-Rahman Nya mengaturkan pertemuan dan mengikat hati-hati kami dalam ikatan kasih sayang.
Kata ukhti Atiqah dalam blognya mengingatkan kembali dialog-dialog kami berdua. Dahulu, kami umpama kembar siam yang mana ana sentiasa rindu untuk berbicara dengannya. Bicara apa saja, ilmiah dan santai malah apa juga bahasa perasaan yang berat dan ringan. Semuanya ana campur adukkan sampai ana sendiri merasa khuatir keakraban ini mungkin akan menjadikan pudarnya kenikmatan ukhuwwah apabila terlalu banyak yang diketahui dan terlalu banyak di ambil tahu perihalnya.
Kata ukhti Atiqah lagi, dalam ramai-ramai adik (seakidah) beliau, ana lah yang paling kuat membangkang kata-katanya hatta perkara-perkara yang menurutnya adalah fakta. Biasalah, dalam banyak bual bicara tidak semua yang sama fikiran dan ana tetap popular dengan jolokan kuat membangkang cakap orang. Suatu ketika dahulu, ana juga pernah bertanya pada ukhti Atiqah apakah maksud ukhuwwah bagi dirinya. Ana mengambil sedikit bicaranya...
.... ukhuwwah internet itu tak wujud lah dik, apakah ukhuwwah itu kalau kita tak tahu perasaan sahabat kita. Mungkin di YM tertera ikon smile tetapi dia sedang sedih, kita tak jangka apa yang dia rasa. Ukhuwwah ke macam tu? ...
As usual, ana kuat membangkang cakap ukhti Atiqah (dan sememangnya semua orang, bukan ukhti Atiqah sorang je, huhu).
Kalau ada award adik yang paling kuat membangkang, agaknya dapat pada Syirah ke kak? (*_*)
Panjang bicara kami mengenai ukhuwwah, akhirnya dengan bulat tekad dan semangat yang padu. Ana menghunus ayat-ayat cinta pada jantung hati ukhti Atiqah.
"Adik akan buktikan akak salah! Adik akan usahakan untuk jumpa akak!" (^_~)
Hohoho... Barangkali ada yang sinis, ada yang senyum memperli dan ada yang menganggap ianya tidak membawa apa-apa makna pun. ANTUM SALAH! Ana sedaya upaya mengotakan kata-kata ana. Dari sini ana merentas kota metropolitan dan bersendirian (berlagak berani) mengambil kesempatan keberadaan keluarga di Sungai Buloh untuk menaiki train (komuter) ke Seremban. Hah! Apa lagi, misi membuli ukhti Atiqah. Seronoknya bila terkenangkan pertemuan pertama kami. Ukhti yang kelam kabut menyiapkan kerja-kerja rumah merempit dengan jayanya untuk bertemu dengan ana si adik yang kuat membangkang kata-katanya.
Kelakar!
"Kak.. Adik dah sampai."
Sekali pusing belakang, aik ukhti dah sampai. (Senang je nak cam even first time jumpa sebab ukhti berniqab dan ana dapat rasakan 'aura' beliau sedang tersenyum dan menuju ke arah ana). Masa tu baru lepas pilihan raya, masih mood 'sengal' pilihan raya sebab ana sangat berkeras hati nak pakai jubah hijau dan tudung putih (meraikan kemenangan PR, hihi.) Elok je kami bertemu tanpa sempat bersalam, hp ukhti berbunyi rupanya mesej yang ana hantar sebentar tadi baru sampai pada ukhti. Kami sama-sama tergelak kecil dan terus bersalam dan she gave me a big lovely hug. I can feel it... Subhanallah!
Kemudian disusuli dengan pertemuan kedua, waktu itu ana bersama ukhti Syifa' dan adik-adik. Kami diambil oleh ukhti Atiqah dan ukhti Aqilah. Seronok sangat masa ni walaupun sebenarnya badan menjerit-jerit kepenatan melayan kerenah adik-adik yang bermacam. Dugaan kecil berbanding kerenah ana pada ummi dan abi. Redha sajalah kan, training nak jadi ibu solehah. Ahaks! Ukhti Atiqah dan ukhti Aqilah bawa kami shopping di kedai buku, hehehe. Kompleks PKNS (ingat lagi...) menjadi saksi yang kami telah diseksa oleh ukhti Atiqah untuk bergambar. Adui, sabar jer la. (^_~) Bukan selalu jumpa... Redha je kena culik sampai ke Kajang, jauh juga tu kami berpusing-pusing. Nasib baik tak pening. Hehehe. Enak, kami dijamu makan kuetiaw kerang. Tapi ana tak boleh makan seafood, huhuhu.
Sebelum berpisah, ana katakan pada ukhti;
"Kak, nak cium...!"
Hek eleyh, macam la boleh cium. Kedua-duanya berniqab, terhijab dek sehelai kain. Tapi, dek kedegilan yang nyata ana tetap juga nak cium ukhti. Ngeeeeee! Pastu siap request nak hug lama-lama. Ish, cengeng!
SYIRA SAYANG KAK ATIQAH.
Ukhti Amiera dan ukhti Syifa' juga diperkenalkan melalui alam maya. Doktor Tengku Asmadi adalah orang yang 'bertanggungjawab' mempertemukan kami. Alhamdulillah, sudah 5 tahun kami berukhuwwah walaupun asalannya hanya melalui alam maya tetapi ana usahakan juga untuk mempertemukan hati-hati kami. Keakraban kami hinggakan ukhti Amiera menganggap bonda ukhti Syifa' sebagai ibu 'tumpang' kerana keberadaannya jauh dari keluarga mengikat kasih sayang ukhti Amiera dengan bonda ukhti Syifa'. Bonda... Iya, itulah yang kami (ana, ukhti Syifa'+ukhti Amiera) gelarkan pada ibu ukhti Syifa'. Umpama ibu kami sendiri. Walaupun ana hanya baru bertemu Bonda 2x tetapi sungguh ana merasakan pawana rahim Nya menggembur hati ana pada Bonda. Khabar dari ukhti Syifa', Bonda demam chikungunya sudah cukup meresahkan hati ana. Sungguh, ini perasaan ana biasan kasih sayang yang kami gemburkan bersama. Apabila bertemu, ada saja kiriman buah tangan Bonda pada ana. Terharu sangat.
"Kak tak takut ke nanti Syira rebut Bonda dengan akak?"
"Eh nak takut apa pula. Syira kan adik akak. Adik akak maksudnya anak Bonda. Bonda akak, bonda adik juga."
Ya Allah, menitis air mata ana... Sanggup 'berkongsi' kasih ibu kalau itu 'hajat' si adik yang selalu membuli kakaknya. Ana selalu mencuri masa yang tersisa, hatta beberapa ketika saja asalkan dapat bertemu dengan ukhti Syifa' yang selalu 'berkorban' hingga ana takut kiranya dia 'terkorban' kerana usaha keras untuk bertemu dengan ana yang comot ni.
SYIRA SAYANG KAK SYIFA'.
Dan yang paling ana rindu saat ini ialah ukhti Amiera... Beliaulah kakak yang paling sukar untuk ana ketemu. Dalam jalinan ukhuwwah sepanjang 5 tahun ini, kami bertemu hanya 2x sahaja. Pertama di Alor Setar (refer jurnal topik: Aidilfitri Di Bulan Rejab) pada tahun 2005 dan tahun lepas selepas 3 tahun kami bertemu semula. Menyusun bicara, menukil kenangan dan juga ana takkan lepaskan begitu sahaja. Ana snap sebanyak mungkin gambar ukhti, bayangkan saja dalam masa 3 hari ukhti di rumah ana lebih 200 gambar yang ana potretkan hingga ukhti 'mengeluh' sakit pipi barangkali terlalu banyak senyum di depan camera. (Sungguh kejamkah daku??!) Ana menyimpan sedikit azam, dengan bantuan dan idea dari ukhti Syifa'... Ana sangat berhajat kiranya konvo ukhti Amiera nanti, ana dapat bersama meraikannya. Ana teringin untuk berkenalan dan bersua muka dengan bonda ukhti Amiera yang jauh di Johor. Insya Allah, ada rezeki kita bertemu.
SYIRA RINDU + SAYANG KAK AMIERA
Cerita lagi... Cikgu Shidee yang juga dikenali melalui alam maya, diperkenalkan dari ukhti Amiera. Semasa awal perkenalan, cikgu Shidee belum berkahwin jadi tak banyak yang dapat dikongsikan tetapi setelah berkahwin.. Teramat teruja apabila cikgu Shidee dan zaujahnya (Kak Nor) bertandang ke teratak kami yang serba sederhana. Hidangan istimewa dari ana untuk tetamu istimewa di hati ana --> RoSe cHiCkEN (^_~) psttt... Kak Syifa' telah memakan RoSe cHiCkEN import buatan tangan ana yang penuh kasih sayang... Hihihi, nampaknya resepi tersebut menjadi 'rebutan'... Lalalalala :P
Beberapa kali Cikgu Shidee ke rumah kami bersama zaujahnya. Terkadang orang sungguh tidak mahu percaya melalui ukhuwwah maya akan memberi sesuatu yang tak kita duga. Alhamdulillah, ana merasai kemanisan ukhuwwah hatta tidak selalu bertentang mata.
Teruskan kembara.... Antara kenalan-kenalan maya yang telah ana ketemu adalah beberapa forummer melalui gathering. Ana masih impikan LIQA' AKHAWAT yang belum terlaksana. Kembara bersama ukhti Nadia yang juga berkenalan melalui alam internet cukup memberi kemanisan pada ana. Syukran ukhti atas pengorbanan ukhti untuk menjayakan pertemuan kita. Ana harap kita akan bertemu lagi, insya Allah. Jangan rindu-rinduan menjadi kita rasa jauh sebaliknya anggaplah ia pemanis ukhuwwah agar kita sentiasa rasa dekat dengan dekatnya hati kita pada Allah. :)
Kenangan pertemuan bersama ukhti Nur Fasihah di Bahau (jauh den merantau ni ha...) seakan masih segar walaupun kala itu beliau baru saja habis pengajian. Sekarang sudah menjadi isteri orang.
Ukhti Yanna, ukhti Fauzani, ukhti Najwa, ukhti Bibi Raihana, ukhti Fairuz dan semua ukhtun yang ana kasihi... Syukran atas tautan ukhuwwah kalian. Insya Allah, moga Allah aturkan pertemuan kita yang akan membuatkan kita semakin erat. Jangan kerana status kita 'ukhuwwah maya' membuatkan kita rasa ukhuwwah yang terjalin hanya sebagai mengisi masa terluang sebaliknya tanamkan persepsi yang positif. Dahulukan husnudzon, insya Allah kita akan berkasih sayang kerana Allah dan kerana Allah jugalah kita berjuang! Berjuang mempertautkan hati-hati kita yang berbolak balik sifatnya.
Ukhuwwah maya juga... Ana mendapat wang kertas 10 genieh Mesir... Yihaaaaa!! Duit raya tuh, siapa senang-senang nak bagi. At last, abi yang 'kebas' duit Mesir bernilai 10 genieh tersebut. Telah dipesan oleh tuannya, duit tu untuk simpan bukan untuk beli nasi bungkus. Adeh la. Dan ukhuwwah maya juga, ana mendapat kiriman hadiah dari Perlembahan Nil dan dikirim hati unta yang masih belum berjodoh nak jumpa... Uhuk, sadis je teringatkan hati unta tu. Agaknya kena pi Mekah terus makan unta sekor baru berjodoh dengan hati unta, hihihi. :P
....... Banyak lagi nak taip tapi mata dah sakit, huhu. Kesimpulannya;
Syukran atas persahabatan yang kalian hulurkan dan jazakumullah khairan katsira atas segala nasihat, tunjuk ajar dan juga semua perkongsian ilmu. Moga Allah memberkati kita. Andai terpisah di dunia nyata, moga dipertemukan di alam Abadi. Ameen. (",)
Sahabat Maya,
...NurInsyirah...
9 leaves:
Seolah-olah adek berada di hadapan akak, tak putus2 tersenyu baca entry ini..Ada2 je..mmg kuat membangkang pun..rasa cam nak sekeh je..kui3...
apa2 pun, akak pun sayangkan adek..semoga Allah meredhai ikatan ukhwah ini, dan seperti mana yang akak ingat2kan sebelum ni, akak tak sedih berpisah di dunia ini, tapi sedihlah andai kita tidak ditakdirkan bertemu semula di sana..(",)
sayangggggg syirah...
syira, ana SAYANG anti! (((:
Kak Atiqah :)
Adik bukan depan akak la, adik duk belakang akak... Hehehe, tengah ready nak tutup mata akak dengan tangan adik neyh. Muehehehe :D
Ape? Nak sekeh erks? Nampaknya akak ni sama juga la dengan sahabat yang seorang lagi, tak de menda lain yang diingat selain PENYEKEH yang nak dihadiahkan pada adik... sobs sobs...
Insya Allah, moga ukhuwwah ini hingga ke sana. Ameen.
Nadia cyg!!
Ana pun cayang anti mush3 juta2 lemon :D
Asif taw syg tak pat nak jumpe anti sebab ana dah buat appoinment untu treatment 11 julai tuh pukul 4. Treatment di Sungai Buloh.. Jadi, kalau kite jumpe tak pat lama. Sian anti dtg jauh2 nak jumpa kejap macam x berbaloi jer. MAAF sangat2... Uwaaaaa
Salam kak Syirah :)
Nak tanya soalan cepumas:
Dalam banyak-banyak sahabat maya akak kan, pernah tak ada peminat... Hehehe. Maksudnya, peminat yang bukan saja meminati tulisan tetapi meminati penulisnya. :D
Fatimah,
kamu mahu dibuat gulai oleh akak ker? Aduiii.. soalan apa ituuuu?
Salam kasih dan sayang buat sahabat yang sgt2 jauh di mata tapi sgt2 dekat di hati.. =) moga anti sentiasa dilindungi Allah..diberi kekuatan oleh-NYA untuk menghadapi ujian2 yang tak putus..semoga anti cepat sembuh dan kita dapat bertemu untuk memekarkan lagi ukhuwwah yang bermula di alam friendster ni..hihi.. =p
Anti ternyata seorang sahabat yang sungguh ana kasihi walaupun kita tak pernah bertemu..satu masa dulu waktu ana belum lagi 'dilepaskan' untuk berjuang kerana ilmu..anti sentiasa menemani ana siang dan malam..walaupun hanya ber'sms'..hee tapi cukup memberi kesan pada ana hingga sekarang..
ana rindu saat2 dulu..kadang kala menitis airmata mengenang keadaan yang sentiasa sibuk..(macam la sibuk sangat)..huk3..jika ada masa terluang ana buka laman "Haruman Mawar"..sekurang-kurangnya terubat rindu ana pada anti yang tak pernah ana jumpa.. =(
ana sangat terkesan..tersentap..
seolah-olah anti mengetahui keadaan ana di sini..ana mengalami tekanan yang sangat2 perit..
sehinggakan ana hampir2 putus asa dengan sesuatu yang ana impikan..
malamnya..ana menerima kata-kata hikmat dari anti..kalau di izinkan Allah ketika itu..ana ingin pergi pada anti..ingin sangat seorang mujahidah sejati membelai jiwa ana yang kian rapuh..namun ana tabahkan hati, Allah memberi seberapa banyak ujian buat hamba-hamba yang sentiasa dalam perhatian-NYA.. ana akur dan terus bersabar hingga kini..
Sayang..ana harap Allah masih lagi mahu memberi kesempatan kepada kita untuk bertemu..membasahkan jiwa yang gersang dengan ukhuwwah yang diredhai..semoga anti cepat sembuh..semoga Allah sampaikan curahan kasih sayang ana pada anti yang jauh..
-I love you so much-
-You are my reality idol-
~Kekasih Gelap~
wah..bestnya dapat berjumpa dgn sahabat msg2...irin pun selalu gak bace blog ukhti atirah(sejenak bersama kopi panas) irin pun pernah terbaca juga entry yg menceritakan mengenai perkenalan alam maya x sama dgn alam nyata.
sedih juga apabila membaca kisah kemalangan ukhti atirah di seremban. maaf irin x dpt melawat walaupun tmpt kita dkt shj. irin duduk di mantin ngri 9 je..
assalamualaikum..
salam kasih sayang yang tiada batasannya..ira..sekali lagi ira buat akak nangis..dah la kt cc,pelik owg sebelah nie dok tengok dok kesat2 airmta.hehehe..
sesungguhnya ukhuwwah ini perkara paling indah dalam hidup akak, dan akak sudah melihat hikmah Allah tidak mengurniakan saudara perempuan utk akak, sebab Dia nak bagi Ira n K.mie yang sngat2 akak syang..
thank's a lot sayang..tiada kata yang boleh akak nukilkan utk menyatakan rasa syukur ini selain alhamdulillah.
p/s:jom jumpa Dr. Tengku Asmadi..belanja dia makan coz dengan perantaraan beliau kita berkasih syang hingga kini dan selamanya..insyaAllah.hehehe..
love u sooo much!
Post a Comment