"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

19 July 2009

Terapi Kedua

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, semalam dari jam 10.40 pagi-2.50 petang ana menjalani terapi tulang belakang kali yang kedua. Lama sungguh terapinya, sebenarnya sudah siap sebelum Zohor tetapi mengalami sedikit masalah apabila ana diserang sakit dan pening kepala hingga rasa tak stabil untuk bangun dan berjalan. Maka, ana direhatkan seketika (di katil) dan diberikan air glukos. Barangkali oksigen kurang di otak, as usual :) Cuba untuk memejam mata, kemudian diserang menggeletar yang bermula dari mulut kemudian tangan kaki dan seluruh badan. Yaaa... Gotcha!

Terus terapi (Kak Long) panggil ummi, then dah start mengelilingi dunia khayalan sendiri. Sekejap pejam sekejap celik pastu pejam tak celik-celik. Huhuhu, pengsan pula tapi tak lama. Mungkin keletihan sangat akibat meronta-ronta semasa tempoh terapi dilakukan. Sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat menyakitkan :)

Alhamdulillah, banyak tulang yang dapat ditarik semula (implikasi akibat terlalu banyak kali jatuh semasa pengsan) tetapi satu tulang di bahagian belakang tidak dapat ditarik kerana ana sudah mula menangis terisak-isak dan menggelupur. Kih kih kih! Masa seorang terapi baru pegang, ana dah terbeliak dan apabila ditekan terus ana genggam seerat-eratnya tangan Kak Long (terapi) dan sebelah lagi tangan genggam katil. Fuh, macam nak tercabut tulang belakang. Terus stop dan suruh ana bertenang.

Ya Allah, ikutkan hati TAUBAT NASUHA ana tak nak pergi lagi terapi seterusnya!

Memang sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat menyakitkan. Ana minta maaf sebanyak-banyaknya pada sahabat-sahabat terutamanya pada Sis Azmah lantaran sms yang tidak dijawab. Semalam ana mengerang kesakitan yang teruk selepas menjalani terapi dan terpaksa tidur dengan ketulan-ketulan ais dek kerana tak mampu nak menahan sakit. Pagi ini sekali lagi adik perempuan ana tuam tulang-tulang yang 'ditarik' dengan ais. Alhamdulillah, semakin berkurangan sakitnya tetapi ana masih belum mendapat 'mood' untuk memegang hp.

Ana minta maaf sangat-sangat, tidak terdetik walau sekelumit di hati nak meminggirkan sahabat-sahabat yang begitu setia disisi cuma ana takut dalam tempoh-tempoh 'kritikal' ini ana secara tak sengaja merungut atau mengeluh lantaran kesakitan yang dialami. Izinkan ana mengundur, menguzlah diri dan mencari kekuatan menghadapi realiti kehidupan.

Doakan hati yang kerapuhan ini moga seteguh karang di lautan, tetap gagah walau dihempas badai.


Last but not least, HAPPY BIRTHDAY tp my cousin... FAIZ AMIZA yang ke-11. Semoga membesar sebagai anak yang soleh, berjaya dunia dan akhirat. Ameen.

p/s: Faris mengejek melihat ana bertongkat; "Kakak dah tua... hahahahaa"

Ana terpaksa menjalani proses penuaan dengan cepat. Tua sebelum usia :)

Salam perjuangan,
ukhti fil islam (",)

11 leaves:

mujahidah annafs 20 July 2009 at 00:49  

salam anti.
smoga dberi nikmat kesihatan yg bek.
insyaAllah.
lme da xcontact anti yek. ((:

Insyirah 20 July 2009 at 12:32  

Salam :)

Insya Allah, nnt ada rezeki kita jumpa lagi yerk!

ukhti fil ISLAM 20 July 2009 at 13:52  

assalamua'laikum.. alhamdulillah, mujahidah xpernah gentar.. janji ALLAH tu pasti, kan sayang? inna ma'al 'usri yusraa....

Insyirah 20 July 2009 at 15:47  

Wa'alaikumussalam ukhti fil islam :)

Insya Allah, doakan moga kita sama-sama thabat. Ameen.

adik mucuk,  21 July 2009 at 14:21  

dunia hanya persinggahan sblm ke akhirat negeri abadi.
semoga kesakitan di negeri yg fana malepaskan kita dr azab di 'sana'
Ya Allah, sungguh kami redha akan takdirmu,
maka bukakanlah pintu rahmatmu seluas-luasnya ke atas kami..
moga ujian yg dtg membawa bersama bisikan cintaMu..amin..

hehe.. panjangnyer komen

adik mucuk,  21 July 2009 at 14:23  

akak tak balas msg tak per, yg penting namamu tetap di hatiku.
hik hik

Abu Uwais,  21 July 2009 at 14:39  

Salam. jangan le sampai 'taubat nasuha' untuk berubat, kata nak sihat kan. kena la tahan sikit!

Insyirah 21 July 2009 at 20:39  

Adik Mucukkkkk :)

Hihi tq for da do'a, semoga Allah memberikan kekuatan untuk kita sama-sama istiqamah dalam tarbiyyah dan sentiasa husnudzon dengan percaturan Ilahi. Ameen... (",)

Cayang kamuuuu!

Insyirah 21 July 2009 at 20:40  

Salam Abu Uwais.

Cakap senang la, yang menanggungnya.... Ya Allah... Sakit :((

Kerikkerik 22 July 2009 at 01:08  

salam~
smuga cpt smbuh ^_^
*stiap ksakitan akn mgurangkan dosa2 kita*

ceria slalu yerr ^_~

Insyirah 22 July 2009 at 08:40  

Salam... :)

Hihi, mekasih Ukhti Shudde (ihiks, tul ke ana eja ni?) Moga kita sama-sama husnudzon dengan perjalanan hidup. :)

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO