Berita Sedih
Salam.
Saya menerima berita dari seorang teman. Katanya tuan blog .:: HaRuMaN MaWaR ::. sedang sakit.
Semalam, saya sempat ber'sms' dengan tuan blog (ukhti Insyirah) yang katanya sedang berdating dengan ukhti Syifa' di Kuala Lumpur. Petang, saya menghantar sms bertanya keadaannya setelah menjalani terapi tulang belakang dan jawapannya agak menyedihkan;
"Rasa macam semua skru tulang longgar, longlai je."
Syafakillah ya ukhti.
Lewat petang tadi sahabat saya menghantar sms yang membuatkan saya dan suami berada sedikit tertekan;
"Salam ukhti. Jom kita solat hajat dan baca Yaasin buat Insyirah, sakit teruk nampaknya."
Saya beberapa kali menghantar sms kepada Insyirah, pending. Suami juga cuba menghantar sms pada Insyirah, pending juga. Suami mencadangkan saya untuk sms pada no ke-2 Insyirah, alhamdulillah dibalas tetapi sangat menyentuh hati kami sekeluarga.
"Asif kak, Syira tak boleh bangun. Syira baring je ni, tak boleh duduk. Sakit semua sendi dan saraf, tangan tak boleh nak genggam dan betri hp pula dah padam."
Sms kedua dari Insyirah buat saya sayu nak baca.
"Mengiring pun tak boleh lama-lama, baring tanpa bantal nak luruskan tulang belakang tapi demam panas & menggigil. Syira hanya boleh meniarap. Maaf kak, tak boleh mesej lama."
Subhanallah. Hebat ujianmu sayang...
Dengan rendah diri, pihak saya dan suami meminta bantuan dari sahabat-sahabat Insyirah mahupun tetamu yang berziarah untuk mendoakan kesihatan beliau. No hp Insyirah (013) mungkin tidak diaktifkan buat sementara waktu. Mungkin adik-adik boleh tinggalkan pesan di ruangan komen, mudah-mudahan Insyirah akan baca bila keadaannya beransur pulih.
- Ummu Uwais -
12 Julai 2009
3 leaves:
assalamualaikum...
Ya Allah...tersentap ana bc entry ni...meremang bulu roma...ukhti syirah sakit truk ke?
Ya Allah...smoga ukhti segera sembuh n smoga Allah kuatkan dan tabahkan hati ukhti yer...ana kt cnie sntiasa doakan kesihatan yg baik utk ukhti...
*klu ukhti syira blom bc, tolong smpaikan salam pd dia yer...*
...be strong, my dear fren...Allah always with u...n He sends us to be beside u always...to support u always...
^_^
Semoga Syirah akan kembali pulih seperti sediakala...
Post a Comment