"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

01 July 2009

Dari Jendela Hospital


Bismillahirrahmanirrahim...

Sekadar berkongsi cerita, meluahkan rasa dan meredakan gelora di jiwa. Moga Allah tenangkan hati ini... Ameen. Ingin memuhasabah diri sendiri, melakar kisah di blog bukan untuk 'menunjuk-nunjuk' sebaliknya moga cerita ini menjadi iktibar pada sesiapa yang sudi, dan utamanya moga hati ini sentiasa dibelai husnudzon pada Allah, Pencipta yang Maha Tahu apa yang terbaik bagi hamba-hamba Nya.

Pagi ini ana sekadar menyiapkan sarapan yang sangat simple buat abi dan diri sendiri (pandai kan, dah makan ubat awal pagi) budak baik la katakan... hihi. Bukan resepi masakan yang ingin ana kongsikan tetapi bual bicara bersama abi tersayang, sahabat yang setia mendengar butir bicara ana, teman yang tak lokek berkongsi rasa dengan puterinya, rakan yang sentiasa membelai hati ini dengan tazkirah. Moga Allah merahmatimu wahai abiku yang disayangi...

Ana bertanya abi mengenai Arwah Yusrina. Kami maklum, arwah awalnya mengidap kanser hidung. Barangkali sel kansernya aktif, dengan cepat merebak ke tulang belakang dan pula arwah menghidap brain tumor. Subhanallah. Betapa Allah maha berkuasa ke atas hamba-hamba Nya, hanya dengan beberapa detik saja badan yang dahulunya sihat dan gagah kini rebah dengan pelbagai mehnah. Tanda kasihnya Allah pada kita (bagi yang mahu mensyukuri nikmat sakit tersebut). Moga Allah meletakkan dirimu bersama para solihin, ameen.

Cerita abi dari apa yang Mak Teh ceritakan pada abi, malam sebelum meninggal (Yusrina meninggal 5.15 am semalam) arwah menggelupur kesakitan dan ibunya memanggil doktor. Maka doktor memberi morfin kepada Yusrina, kemudian Yusrina terus tidur sampai la ke pagi. Tidur yang amat nyenyak! Pagi tersebut, ibunya menggerakkan Yusrina... Tiada respon. Panggil doktor, doktor sahkan Yusrina tiada lagi. Subhanallah... Mengundang sebak di hati dengan cerita abi, terasa kolam air mata hampir pecah namun digagahi untuk tahan supaya tidak membiarkan air mata menitis di depan rezeki. Allah saja yang lebi tahu bilakah masa yang 'tepat' Yusrina kembali di sisi Nya. Tidurlah Yusrina, berehatlah dari segala derita yang ditanggung. Al-Fatihah buat Yusrina...

Ana 'relate'kan cerita Yusrina dengan apa yang melanda jasad ana. Keadaan yang tidak stabil tetapi masih lagi mencelikkan mata terkebil-kebil memandang manusia, buntu dengan pelbagai konflik akhirnya doktor memohon keizinan dari abi untuk mengKOMAkan ana seketika. Katanya keadaan ana sudah tidak mampu menanggung beban kesakitan. Ana tidak bergerak, hanya mata yang terkebil-kebil dan mutiara yang tak putus-putus tumpah dari kelopak mata. Sesekali, ummi menggenggam erat jari ana, 'memberikan' haba dari badannya untuk 'mengecas' ana yang semakin lemah.


Lembut tangan abi mengusap kepala ana. Senyum dilemparkan. Ana memandang sepi, seakan tiada perasaan. (Macam Ayuni da duplicate girl agaknya) Keberadaan ana di zon ICU tidak mengizinkan ana ditemani ahli keluarga. Tetapi ummi tidak tegar membiarkan ana sendirian, ummi tidur di luar ICU beralaskan kerusi menunggu. Ya Allah, besar jasa kedua orang tuaku... Sesekali ummi menjenguk, mengelap muka ana dan bisikkan sesuatu...

"La ilaha illallah...."

Entah berapa kali diulang, hanya mulut ana yang bergerak tetapi tanpa suara. Ummi pesan lagi, entah kali ke berapa.

"Ingat Allah... Zikir... La ilaha illallah..."

Ana pandang seraut wajah ummi, matanya merah, wajahnya sayu, entah siapa yang tahu hatinya bagaimana. Allah saja yang lebih arif tentang hati manusia yang dilambung berbagai perasaan. Hati ibu, ibu jugalah yang lebih mengerti. Perasaan ayah, ayah jugalah yang lebih mengetahui. Ana bukan seorang ibu, bukan juga seorang ayah dan ana tidak pasti apa perasaan mereka yang harus ana 'rasakan'.

Abi tidak berhajat untuk mengKOMAkan ana, takut-takut terus NOKTAH tanpa sempat berbicara. Sewaktu ber'tarung' dahulu, terasa lebih baik 'pergi' daripada terus 'di sini' kerana keberadaan 'di sini' hanya sebagai bebanan. Tetapi, di susuli dengan istighfar. Misi ana di bumi Allah belum 'complete', jadi keberadaan di dunia ini pasti bersebab. Entah apa 'hantaran' yang mahu dipersembahkan dalam akad di alam barzakh menerima 'pengantin' yang siap diberikan wangian kapur barus. Argh... Ana teruskan juga mengembara, kembali menyusun langkah yang tempang demi menagih restu Nya.

Sesekali, langkah kaki tersasar. Duduk dan menangis sendirian, di birai pintu rahmat Nya... Ana mengetuk... Kembali tersandar, menghela nafas dan menarik kembali sedalam-dalamnya nafas. Terasa kerdil diri ini, tersenyum lagi.

Allah Maha Penyayang!

Allah menghulurkan tangan Nya dengan mehnah dan peringatan ini, semoga menjadi kaffarah kerana Dia yang lebih mengerti keadaan diri ini. Allah tahu, ana tidak kuat menanggung beban dosa yang tergalas, ana 'membayar' di dunia agar tanggungannya menjadi kurang di sana kelak. Moga senyumku di sini mengundang senyuman di sana.

Kata Ustaz Khairul, saat diri masih 'bingung' dengan segala bicara dari Allah.

"Allah sayang kamu sebab tu Allah beri kamu sakit supaya kamu lebih dekat pada Nya. Allah ikat kamu di sisi Nya supaya kamu tak 'berlari' jauh dari Nya. Sakit sebagai penghapus segala dosa kerana Allah tahu kamu tak mampu memikul dosa-dosa kamu, jadi Allah 'tebus' dengan sakit. Mudah-mudahan kamu diberikan kesabaran dan ketabahan untuk meneruskan perjuangan ini. Mudah-mudahan kamu menjadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur."

Bicara seorang guru... Terasa seakan 'menghunus' salur arteri.

... Sedikit dikalangan hamba Ku yang bersyukur.

Setelah cuba menerima segalanya dengan positif, ana menggerakkan jari jemari. Moga ini terbaik untukku, masakan Allah mentaqdirkan sesuatu dengan sia-sia. (",) Iya, hari ini, ana bersyukur dengan keputusan abi membantah doktor untuk mengkomakan ana. Walaupun jauh di sudut hatinya dirundung hiba memandang sekujur tubuh lemah, namun di sisi lain hatinya menggenggam semangat bahawa Allah menguji hamba Nya layak dengan kesanggupan seorang hamba menerima ujian. Subhanallah!

Terasa hikmahnya... Kerana ummi dan abi mahu ana terus 'membuka mata' hingga lafaz syahadah terakhir. Setidak-tidaknya lidah sempat menyebut kalimah 'La ilaha illallah' sebelum terus lena yang panjang.

Bicara ini, ana teringatkan arwah Pak Ngah. Sewaktu sakit, beberapa kali menziarahinya di kampung. Sewaktu ziarah arwah Pak Ngah di hospital, arwah begitu ceria dan positif dengan keadaannya. Begitulah arwah husnuzdon dengan Allah. Senyum dan tawanya masih bersinar walaupun badannya semakin kurus. Tampak cengkung. Semasa di kampung, saat hari-hari akhirnya selalu ana mengambil kesempatan duduk di birai katil Pak Ngah, melayan bicaranya supaya tidak sepi.

"Pergi bersembang dengan Pak Ngah, supaya rindunya pada Kak Nurul dapat di tahan."

Itulah kata-kata ummi setiap kali pulang ke kampung. Iya, anak tunggalnya tika itu masih di New Zealand. Tanpa mengetahui si ayah sedang sakit. Rapat kami menyimpan rahsia walaupun sesekali ana bertanya khabar Kak Nurul dalam Friendster. Allah mendengar rintihan hamba-hamba Nya, seusai menatap wajah Kak Nurul yang agaknya 'terpinga-pinga' dengan keadaan di Malaysia... Sehari bersama Kak Nurul, Pak Ngah kembali di sisi Nya pada hari pertama ana bertarung di medan peperiksaan SPM di hospital.

Ana juga terpinga-pinga, menanti ummi tak kunjung tiba. Yang hadir hanya mbak menemani kesepian ana di hospital, kemudian Tok Bah dan Tok Mak menjenguk tanpa juga memberitakan perkara sebenar pada ana! Abi juga tak kunjung tiba seperti yang dijanjikannya, ana merajuk sendirian. Melayan buku-buku yang menjadi peneman di gerbang peperiksaan. Kemudian, ummi talifon sambil menangis tetapi ana fikir mungkin sebab ummi ada kerja tak dapat nak teman ana di hospital. Walaupun sedih tetapi digagahi juga untuk menyiapkan diri menghadapi peperiksaan keesokkannya.

... Abi di Penang ni, Pak Ngah meninggal. Esok abi balik, abi pergi hospital...

SMS diterima. Toink toink. Kepala seakan dihempap batu. Seharian berlalu, malamnya baru ana tahu perkara sebenar. Semalaman memakai oksigen... Nasib baik abi tak bagitau siangnya, kalau tidak habis la semua paper haritu dijawab dengan memakai oksigen. Huhuhu... (*_*)

Kisah-kisah ini mungkin 'biasa' bagi mereka yang tak merasai dan meredahnya sendiri, tetapi bagi ana yang berjalan, berlari, tersungkur dan rebah dalam kembara ini. Pengalaman sebegini tak semua yang merasai, ana bersyukur atas taqdir Nya yang hebat! Wamakaru wamakarallah wallahu khairul makirin.


Syukur dikurniakan ummi dan abi, abang-abang, adik-adik, pak cik-pak cik, makcik--makcik, atuk dan nenek serta sahabat-sahabat yang hadir disisi.

Aisyah dan Hafizah... Sahabat dunia akhirat. Sahabat yang begitu setia mengingatkan ana dan sering membisikkan kalimah 'La ilaha illallah' tika diri diserang kesakitan di sekolah. Moga ukhuwwah kita kekal hingga ke alam sana. Insya Allah.

Seandainya diserang kesakitan di rumah, abi selalu memangku kepala ana... Mengajar kalimah 'La ilaha illallah' tanpa memperdulikan orang lain yang begitu sibuk untuk menstabilkan ana. Kata abi;

"Abi dan ummi dah redha kalau Allah taqdirkan Syirah pergi dulu..."

Alhamdulillah, moga-moga mereka redha dengan diri ini dan keredhaan mereka memudahkan ana menggapai keredhaan Allah, setidak-tidaknya maghfirah Ilahi...

... Tinta Sepi ...


Hidup ini adalah untuk bersyukur. Bersyukur pada orang yang menyakiti kerana dialah orang yang menabahkan hatimu, pada orang yang tidak mengendahkanmu kerana dialah yang memupuk berdikari, pada yang menjatuhkan kamu kerana dia yang memperhebat potensimu, pada yang mengujimu kerana dia memberi peluang mujahadahmu, pada yang menyeksa kamu kerana dia menguji kesabaranmu. Bersyukurlah dengan segala ujian Nya kerana itulah tarbiyyah dari Allah, sabar itu indah!

13 leaves:

adik mucuk,  1 July 2009 at 14:41  

Assalamualaikum kakakku sayang... moga dikuatkan hati di teguhkan iman menghadapi ujian yg menyapa di perjalanan hidupmu..

ujian itu 'indah' bagi mereka yg 'mengerti'

Kash 1 July 2009 at 16:40  

Salam Hah, semoga tabah dalam menghadapi ujian dari Allah SWT. Semoga cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Amin

Kash 1 July 2009 at 16:52  

kita belum beriman selagi kita belum diuji.

Semoga dengan ujian yang melanda akan menguatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT.

Mohonlah redha Allah, semoga nanti pertemuan kita dengan Allah kelak merupakan pertemuan yang penuh dengan kenikmatan yang tidak terhingga.

Akhi Khairul,  1 July 2009 at 18:29  

Salam.

First ana baca entry ni ana mengaku 'kalah' dengan anak murid yang seorang ni. Anak murid yang sebenarnya banyak mendidik ana dalam urusan 'husnudozn' menerima keperitan hidup. Biarpun langit keceriaan Insyirah selalu mendung, tetapi kekuatan hati selalu mencerahkan segala duka itu!

Ustaz yakin, awak seorang yang kuat!

Anonymous,  1 July 2009 at 20:38  

assalamualaikum..

moga sentiasa tabah dalam menghadapi ujian dari NYA..

<')))<<

ummu uwais,  2 July 2009 at 08:16  

Get Well Soon Sayanggggg :)

Anonymous,  3 July 2009 at 09:18  

Akak belajar sesuatu dari adek...semoga semuanya berjalan dengan lancar..aminnn

Insyirah 3 July 2009 at 19:07  

Wa'alaikumussalam whb Adik Mucuk:

Insya Allah ujian itu memang indah bagi mereka yang berfikir dalam zikir. Doakan agar akak mampu menjadi orang yang berfikir bahawa ujian itu indah. Syukran.

Insyirah 3 July 2009 at 19:09  

Salam Pakcik Kasha yang dikasihi.

Insya Allah, doakan diriku sentiasa tabah dlaam menempuh hidup ini. Insya Allah, doa dari orang-orang yang soleh, didengari Allah (",)

Insyirah 3 July 2009 at 19:12  

Salam Ustaz Khairul :)

Tak payah la nak 'mengalah' dengan dak tecik neyh... Ala, dengan menantu sendiri pun nak berkira... Huhuhuhu.

p/s: Mesti la ustaz yakin, kalau tak camna saya nak jaga uwais... :D

Insyirah 3 July 2009 at 19:15  

Wa'alaikumussalam TANPA NAMA.

Syukran 'ala doa.

p/s: Boleh tahu siapa awak?

Insyirah 3 July 2009 at 19:17  

Salam Ummu Uwais cayang...

Ewah-ewah bapa dan ibu mertuaku mengomen dengan kata-kata semangat, kalau nak ana lebih semangat tampal la gambar uwais dengan mus'ab, sure berkobar2 je semangat... hik3 (gatey lak... ase macam nak geget pipi uwais je) :P

Insyirah 3 July 2009 at 19:19  

Kak tiQah cayang...

uish, apa la sngt yang akak belajar dr adik selain "geget baby"... heheheh :) Akk ngajar adik jauh lebih banyak dr sekadar "menggeget baby" ;))

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO