"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

06 July 2009

Tanggungjawab Bertambah

Bismillahirrahmanirrahim.

Sebenarnya, ana bukan dalam kondisi yang 'selesa' untuk mengadap pc tetapi ana rasa ana perlu juga untuk bersuara, setidak-tidaknya dengan bicara-bicara sepi. Alhamdulillah, kesihatan beransur pulih dan kesempatan masa yang ada ana cuba untuk manfaatkan sebaiknya. Hari ini, Adik cuti (hari minggu yang lalu ada program di sekolah jadi hari ni dapat la cuti dari pihak sekolah) dan banyak la yang nak ana laksanakan dengan bantuan Adik. Pagi ini ana selesai mengemas rumah, mengelap birai tingkap, mengemop lantai, vacum carpet dan menyusun atur semula perhiasan dalaman. ~penatnya!~

Ana berhasrat seusai solat Zohor, nak mengemas semula bilik. Sudah 7 bulan ana hidup sebagai nomad di rumah sendiri. Hihihihi. Bilik ana kosong hanya berisi katil yang tak berpenghuni serta baju-baju yang disimpan, tidak seorang pun adik-adik yang berani nak tidur dalam bilik tanpa ditemani ana. ~duh, parah sey!~ Mungkin kedudukan bilik yang berada di hujung (belakang) dan juga kadang kala burung suka menginap di atap bilik ana, mematuk-matuk siling bilik. Alhamdulillah, memandangkan kesihatan ana semakin baik, masalah tulang belakang pun tidak terlalu serius dan ana rasanya sudah cukup bersedia untuk naik dan turun tangga. Insya Allah.

Jadi, ana berhasrat menukar cadar dan mengelap bilik, mop dan sapu lantai yang berhabuk. Seakan tiada penghuni saja, bilik menjadi terbiar kerana ana dan ummi tidur di bawah. Ummi jarang sangat-sangat membiarkan ana tidur sendirian apabila ana tidak sihat. Tetapi, seusai siap mengemas ruangan tingkat bawah. Kepenatan deyh! Huhuhu, rasa macam nak nangis. Itupun sebotol air 500ml hampir habis diminum, terasa kepala sangat berdenyut. Sakit sampai ana terpaksa memejam mata seketika walaupun tidak tidur. Kalau ketiduran, nanti dah kemalasan nak mengemas bilik. Huhu. Saat dan ketika ini, rindu bangat deyh pada mbak. (cewek sungguh!) :P

Ya, ana sakit kepala dan ana kena berehat sebelum ana pengsan pula. Baru beransur sihat, tak boleh nak terlalu memaksa diri. Badan pun still demam. Wah, sudah masuk minggu ke-3 ana demam. Ini kes selsema beruang agaknya, hari-hari tidur dengan beruang teddy (teddy bear). Ahaks! Apapun, moga Allah berikan semangat untuk ana mengemas bilik dengan bantuan Adik. ~penatttttt~ Uhuks.

Semalam, sementara menunggu azan Maghrib. Ana membuka forum Al-Insyirah, gumam sendiri tampak kelainan sedikit dalam forum. Memang berbeza versi, itu ana sedia maklum dari owner Al-Insyirah. Hampir 2 bulan juga secara berdikit, owner Al-Insyirah membuat penambahbaikkan. Alhamdulillah, purple! Kegemaran kami bersama, ana suka ungu dan kebetulan owner Al-Insyirah juga menyukai warna ungu.

"Insyirah, apa pendapat anti tentang forum anti?"

Terbeliak mata ana! Bila pula ana ada forum sendiri ni.

"Forum ana? Bila ana buat forum ni?"

"Al-Insyirah la, kan nama anti tuh. Forum anti la.."

"Owh, kena minta royalti ni guna nama ana."

Sedikit salah faham berlaku, sebenarnya forum Al-Insyirah bukan dimiliki oleh ana. Tetapi, sebaliknya ia adalah milik seorang sahabat. Memandangkan namanya "Al-Insyirah" ramai pula yang dengan mudah membuat kesimpulan awal bahawa forum tersebut dibina oleh ana.

Setelah bertukar dari forum lama ke forum baru, di forum baru juga telah bertukar versi. Alhamdulillah, ana tak pasti secara tepat sudah berapa lama ana bersama Al-Insyirah. Di forum baru, ana yakin ianya sudah 1 tahun lebih tetapi kalau dihitung dari forum lama, ana kurang pasti (tak ingat sebenarnya ni) bila ana mula 'menjebakkan' diri dengan Al-Insyirah. Huhuhu.

Semalam, nick name ana bertukar warna. Waduh! Gawat ni, rupanya dari status ahli telah bertukar menjadi moderator. Ana tahu, sejak dua menjak ini bermasalah sikit untuk memberi output yang bagus dan berkualiti berbanding dahulu ana bekerja keras untuk memberi output bermanfaat. Uhuk! Tanggungjawab ana bertambah, selalu ana mengingatkan diri dan insan di sekeliling;

Jawatan datang bersama tanggungjawab!


Walaupun sekadar moderator sebuah forum maya tetapi berat sebenarnya untuk 'memudahkan' urusan tersebut. Terpaksa memantau secara aktif gerak kerja dan gelombang dari ahli yang lain. Kini, ana memantau 2 forum sebagai moderator. Terkadang, semilir angin bersahaja. Ana santai sekali, seolah-olah tiada kerja tetapi adakala badai menghempas, berpuing-puing angin menerjah buat ana terkadang 'penat' untuk berfikir (kronik dah ni).

Kalau blog ini menjadi suram, huk huk huk.
Maafkan ana yang sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk menguruskan masa dengan baik bagi memuaskan hati pembaca blog, tambahan pula jurnal ana sudah lama bersawang. Itu tandanya tiada output yang bermanfaat selain bicara santai. Iya, berehat dari berfikir sejenak untuk mendapatkan buah fikiran yang baik.

4 leaves:

dheadz 6 July 2009 at 23:40  

Semoga cepat sembuh ya adik Insyirah. Jangan lupa makan ubat, banyakkan bersabar ya.

Insyirah 7 July 2009 at 08:04  

Insya Allah Ustaz Farid. Syukran.

Insyirah 7 July 2009 at 08:05  

Insya Allah akhi Dheadz,
Syukran atas ziarah ke blog saya.

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO