"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

16 July 2009

Warkah Untuk Calon Zaujku

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Assolatuwassalam, selawat buat junjungan mulia, Muhammad s.a.w. Kekasih Istimewa.


Assalamu'alaikum.


Sejahtera buat calon suamiku, moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati dirimu yang tidak pernah ku temui, namun doa ku tidak pernah putus mengiringi setiap langkah mu demi meraih keredhaan Nya…

"Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah"
Ku mulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah s.a.w. kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini. Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandangan mu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.

Calon zaujku,

"Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..."

Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buat mu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalan ku sejak aku mengenali dunia baligh ini.
Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diri ku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buat ku oleh ummi dan abi. Tiada harta untuk ku persembahkan dalam taklik ijab kita nanti. Tiada harta sebagai jaminan bahawa kau akan menikmati sedikit kesenangan apabila ijab bersaksi telah dilafazkan. Hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata...

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang." (surah ar-Rum: 21)

"... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri..." (Ali Imran : 159-160)

Kecantikan
, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk ku pertontonkan pada mu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata.


Aku tidak menjanjikan aku mampu membahagiakan rumahtangga kita nanti, kerana aku memerlukan engkau untuk bersama-sama ku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hamba Nya kepada Penciptanya yang agung. Melalui pencarian ilmu agama bersama, marilah kita jadikan pernikahan ini sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam.

Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini. Aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suami ku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak kita untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul.

"Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya." (Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)

Renungilah Firman Nya ini, lalu kau akan tahu hakikat diri ku dan diri mu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan dan jodoh.

"Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu." (An Nisaa’ : 1)

Calon Zaujku yang dirahmati,

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka". (An-Nissa':34)

Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam kalam Nya yang mulia. Aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untuk ku dan anak-anak pewaris kejihadan Islam yang bakal lahir. Jadikanlah pernikahan ini sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diri ku dan diri mu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaan Nya.


Lakukanlah tanggungjawab mu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insya Allah. Ingin aku berbicara mengenai pemberianmu kepadaku. Kau terlalu membimbangkan akan kehendak bersifat duniawi semata-mata. Benar?! Ketahuilah. Aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hati ku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama.

Cukuplah seandainya, maharku sebuah kalam mulia, Al-Quran, kerana aku meyakini kalam itu mampu memimpin rumahtangga kita dalam meraih keredhaan Nya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara.
Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah ini melalui pernikahan, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agama ku, insyaAllah. Akhlak mu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekeliling mu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan.

Ku titipkan sebahagian daripada pembacaanku dalam Jalan Dakwah Mustaffa Masyhur, tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im.

Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w. kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w. tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.
Terlalu panjang rasanya aku mencoretkan warkah ini.

Cukup dahulu buat tika ini, andai diizinkan aku akan kembali menitipkankan lagi kiriman bertintakan hati ini. Akhir bicara, maaf andai tiada pertemuan yang ku susuli kerana pada ku biarlah merindu daripada jemu tatkala kita disatukan.


Wassalam

.::. Ya Allah, gembirakan kami dengan redha Mu .::.


~ tulang rusuk kirimu ~

Suami jangan menagih setia,
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha,
Terimalah seadanya yang terindah,
Di lubuk hati mu,
Isteri adalah AMANAH buatmu...

6 leaves:

al-faqir,  16 July 2009 at 22:18  

Salam ukhti.

Terdiam dan termenung panjang ana baca entri ukhti ni...

Moga bahagia dengan setiap 'ujian' yang datang.

Kak Miftah,  17 July 2009 at 09:15  

Salam dik comeyyyyy :p

Ececeh, kunun sangat la tuh "TAK CANTIK". Akak ingat lagi masa pertama kali jumpa adik, terdetik dalam hati sanubari kecil ini;

"Muka macam hindustan, tapi sekali lagi tengok macam orang arab pun ada jugak"

Harta tak pa dik, boleh kumpul sama-sama dengan suami. Hehehe, adakah kakakmu ini mengalami masalah pernafasan ataupun sudah terhidu haruman nasi minyak dalam .:: HaRuMaN MaWaR ::.

Touching je ayat, hehehe. Tergelak lak akak sorang-sorang, ingat lagi macammana menerima lamaran dari suami. Kih kih! Memori tuh, huhu.

Faridrashidi.Com 18 July 2009 at 13:10  

Salam,

Suatu peringatan yang baik.. Alhamdulillah wa syukurillah.. moga dikurniakan permaisuri impian. AMin.

Insyirah 19 July 2009 at 18:17  

Salam semua

Insya Allah, moga ianya bermanfaat :)

hanim yusra 12 November 2009 at 14:54  

assalamualaikum..
sungghu indah bait2 tu ukhti..
bergenang air mata ana membaca dek tersentuh dengan warkah tersebut..
moga nti dirahmati Allah selalu..

Insyirah 18 November 2009 at 21:01  

Wa'alaikumussalam. Moga Allah kurniakan ketenangan untuk kita :) Usaplah air mata ukhti. Usah menangis.

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO