Pohon Cinta Madinah
Bismillahirrahmanirrahim :)
[1]
"Istikharahlah ukhti, mohon bantuan Allah dalam membuat keputusan ini. Apapun jangan lupa, bersihkan hati dan hindari dari memberatkan sesiapa pun dalam urusan ini."
Senyum dalam menahan segala rasa. Ada riak luka di wajah. Bukan tidak berusaha untuk menolak dengan sebaik-baik cara tetapi takut melukakan hati sesiapa, bukanlah bermaksud tiada yang terluka tetapi sekurang-kurangnya ada usaha untuk mengurangkan rasa kecewa.
"Ustazah, ana ada perkara mustahak nak beritahu ustazah sebelum ustazah berangkat ke Madinah."
Satu SMS ku biarkan, fikiran masih penat dengan beberapa urusan yang berkaitan hati. Bukan tidak tegas berdepan kerenah ajnabi tetapi urusan hati melibatkan perasaan membuatkan aku juga turut tak keruan. Allahu Rabbi...
Selang beberapa hari baru aku teringatkan SMS dari sahabat dari bumi ambiya', perkara apakah yang mustahak. Haruskah aku membantu sebelum berangkat ke Tanah Suci? Hati masih berat melangkah namun aku harus kuat mental dan fizikal untuk mengharungi hari-hari indah di Tanah Haram. Tapi, kalau aku biarkan saja... Mungkin sedang terdesak memerlukan pertolongan aku.
"Ustaz nak ana bantu apa?"
Aku gagahi juga menekan "sent" sementelah hari-hari terakhirku di Tanah Air. Arh... Rindu benar aku pada bau debu Tanah Haram. Aku rindu untuk memeluk dan dipeluk jaddatun warga Arab yang bertubuh besar, terasa hangat ukhuwwah walau nasab kami memang jauh benar. Tetapi kata Ammu Harun, aku mirip orang Arab. Aku selalu menggayakan abaya dan tudung hitam di depan mak dan ayah, lagak seorang Arab. Namun, darah Melayu dalam tubuh aku masih pekat. Aku orang Melayu...
"Insya Allah, ana dah hantar e-mail pada ustazah. Bukalah sebelum ke Madinah. Semoga selamat dalam perjalanan, doakan ana najah di sini."
Aku membiarkan SMS tanpa balasan lantas desktop kesayangan di buka. E-mail apakah yang begitu mustahak sehingga di 'saran' untuk membaca sebelum berangkat ke Tanah Suci.
Assalamu'alaikum waRahmatuLLAH.
Sebenarnya ana mahu menyimpan 'pertolongan' ini sehingga sampai pada masanya tetapi ana khuatir tidak sempat menyampaikan maksud e-mail ana. Ana mahu melamar ustazah, istikharahlah dan ana harap untuk dapat jawapan ustazah setelah ustazah pulang dari Mekah.
Wassalam.
Aku ketap bibir, entah dari mana datangnya airmata tiba-tiba bajuku basah. Allahuakbar... Seolah tanganku menggigil, badan sejuk pantas aku ambil wuduk dan sejukkan getaran jiwa. Sejadah aku hamparkan mengadap kiblat, solat aku bersulamkan esak tangis tanpa reda. Ujian apakah yang Engkau berikan ya Tuhan... Mehnah apa yang Engkau titipkan untukku ya Tuhan... Habis solat dan luahan rasa sepenuhnya pada Khaliq, aku mencapai mushaf al-Quran. Ku dakap penuh rindu, aku mahu meredakan gelora hati. Aku mahu sinar buat hati...
Fazkuruni azkurkum...
Tersekat-sekat alunan suara yang diiringi esak tangis, aku tidak mampu menghabiskan bacaan lalu ku ulang dan terus ulang hingga lancar. Diam. Tuhan, dosa apakah yang aku lakukan hingga Engkau tidak mengizinkan aku melancarkan lidah membaca kalam dari Mu? Tuhan, sehitam manakah hati ini dengan titik hitam hingga kelu lidahku menghabisi ayat indah Mu. Astaghfirullah hal azhim...
Mushaf al-Quran aku tutup kembali, kembali mendakap seeratnya. Aku mahu puas memeluk mushaf al-Quran, aku mencari kekuatan. Istighfar dilantunkan sebanyak mungkin, menggigil badan kesejukan. Akhirnya terlena berselimutkan telekung putih hadiah dari mak dan beralaskan sejadah dari ayah, mushaf al-Quran masih lekat di dada.
"Assalamu'alaikum... Ukhti sihat?"
SMS dari Ummu Hanani melekat di mata, arh... Aku pasti Ummu Hanani mahukan jawapan istikharahku. Dengan hati-hati, aku memuntahkan segala perasaan yang aku pendam.
"Wa'alaikumussalam Ummu Hanani. Alhamdulillah bi khair. Moga ukhti juga sihat hendaknya. Ana tahu, ukhti mahukan jawapan dari soalan. Sudah sampai tempoh yang ukhti berikan. Insya Allah, ana berusaha memberi jawapan yang terbaik untuk ana dan dia. Ana menolak lamaran darinya... Maaf. Doakan perjalanan ana ke Tanah Suci dipermudahkan Allah."
Hanya itu yang terdaya aku sampaikan. Kembali aku mendakap mushaf al-Quran.
Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, dengan sedikit kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang sabar. (Al-Baqarah : 155)
(Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan 'inna lillahi wa innaa ilaihi raaji'un' (Al-Baqarah : 156)
Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. (Al-Baqarah : 157)
****
[2]
Aku memanjangkan munajat hamba di sudut tepi Raudhah. Sengaja aku mencicip rasa hati dan meluahkan bicara. Raudhah, taman syurga. Alhamdulillah, Allah memilih aku mendiami taman syurga yang sangat tenang dan damai. Tika aku mabuk dengan cinta dan merasa dekatnya aku dengan jasad Rasulullah, aku dihujani air mata. Segera aku menutup muka dengan purdah, lantas bangun dan memberi laluan kepada para jemaah lain untuk mengambil tempat aku. Aku bersandar di tiang dalam Raudhah, hatiku masih merintih.
"Ya Ilahi Rabbi, tunjukkan aku kebenaran... Berikan aku kekuatan dalam menghadapi ujian berdepan dengan hamba Mu."
Segera aku berpaling, mata tertancap pada satu sudut. Terpaku. Arh, benarkah ini? Astaghfirullah hal azhim. Aku memisat mata yang masih bersisa air mata. Subhanallah. Aku meneruskan selawat atas Junjungan mulia, aturan langkahku tak selonglai tadi. Seakan ada kekuatan yang menyusup tubuh kerdil.
"Malizi?"
Aku disapa seorang nenek Turki. Tidak susah mengenali mereka, ada imejnya tersendiri. Aku jadi ketawa sendiri, aku meneka ini jemaah Turki, ini pula jemaah Iran dan begini begitu.
Aku sekadar mengangguk kepala. Lantas secawan air dihulurkan kepada aku. Iya, air zam-zam. Aku meneguk dan kembali mengangguk sambil tangan aku dekatkan di dada... "Syukran..." Entah apa doa yang dibacakan untukku tidak sepatah aku memahami, diusap-usap kepalaku lagak si ibu yang sedang mendoakan anak. Aku jadi kaku, entah kemana hilangnya kudratku untuk melangkah. Lantas aku dipeluk dan dicium. Subhanallah walhamdulillah.
Seperti biasa, mak dan ayah menunggu di satu pintu masjid untuk memudahkan perjumpaan sebelum pulang ke pondok. Aku lihat kelibat mak dan ayah sedang berjenaka di sebelah tiang masjid. Ya Rabbi, bersaksikan Masjid Nabawi ini... Aku memohon pada Mu ya Allah, panjangkanlah jodoh mak dan ayah hingga ke syurga Mu. Himpunkan kami bersama orang-orang yang bertaqwa, perkenankanlah ya Allah.
"Assalamu'alaikum. Dah nak balik ke?" Aku menyapa mak dan ayah.
"Wa'alaikumussalam waRahmatuLLAH. Khalas? Jom pusing-pusing di luar masjid. Nak beli kebab kalau kedai dah buka, kemudian balik bilik."
Aku mengangguk dan menarik tangan mak, kami beriringan bersama. Hati resah menjadi berbunga, subhanallah! Moga itu pilihan dari Mu untukku.
****
[3]
Sepanjang bermusafir di Tanah Suci, hatiku bagai dibugar kemas. Kuntum mengembang dan terasa hangatnya berada di dalam rahmat Nya, insya Allah. Malam itu, ayah berhajat untuk qiyam di Masjidil Haram manakala aku dan mak hanya tidur di hotel. Aku tiba-tiba teringatkan peristiwa di Raudhah semasa di Madinah beberapa hari lalu, biarkan dahulu. Sebelum melelapkan mata, aku mengambil wuduk dan solat taubat. Aku yakin harapan Allah tidak palsu.
****
[4]
Beberapa bulan sekembalinya dari Tanah Suci aku tergamam dengan apa yang aku lihat. Air liur seakan tersekat dan air mata semacam laju membasahi pipi, tiada kata dan bahasa yang aku mampu luahkan selain air mata tumpah semacam empangan pecah!
Allahuakbar.
Hati masih kaget, terkejut dengan apa yang diperlihatkan kepadaku. Lantas diam, aku menenangkan diri dalam munajat sepi kala dinihari. Semakin aku tenangkan diri, semakin aku teringatkan peristiwa di Raudhah beberapa bulan lalu. Dalam diam, zikrullah masih aku gagahi supaya hati tidak menari sama rancak dengan tangisan. Menangis apakah ini? Aku tidak sedih. Aku juga tidak mendapat khabar gembira. Tangisan syukur barangkali.
Syukur kerana kepingan puzzle telah ditunjukkan kepada aku. Benarkah ini? Lantas aku kembali sujud pada Rabb, Dia mampu membelai aku supaya aku tidak 'meracau' seperti ini. Tenang dalam zulumat malam.
Akhirnya, kepada ayah aku suarakan bicara hati. Tentang yang aku lihat di Raudhah sewaktu di Madinah, juga apa yang berlaku semasa aku di Masjidil Haram kala berkhalwat dengan Tuhan. Aku terangkan juga apa yang aku rasakan...
"Dialah yang lelaki misteri yang selalu hadir dalam hampir setiap istikharah, tanpa mengenali seraut wajah, tanpa mengenali budi dan pekerti sehinggalah wajahnya di tampakkan di Raudhah di ruangan solat Muslimah. Mustahil seorang lelaki di celah-celah muslimah! Tetapi tidak mustahil pada Allah kan ayah? Dia juga lelaki yang mahu mengambil Jannah, menggantikan ayah untuk menjaga urusan dunia dan agama Jannah."
Aku menghabiskan sisa kata-kata dengan suara terketar-ketar tanpa melihat raut wajah ayah... Tanpa aku sedari, ayah tersenyum dengan anggukan kecil.
"Ayah redha dengan pilihanmu..."
Subhanallah.
Lalalala... Sengal jer, dapat idea ni secara spontan dan terus menarikan jari jemari... Hip hip hoorayyy! Dah lama sangat tak tulis macam ni kan. Hehehe. Alhamdulillah. Sebenarnya cerita ni macam tergantung, antum buat ending sendiri jer la sebab ana dah tak de idea nak tulis. Ngeh ngeh ngeh...
Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka - Ustaz Mohd Zahid Abu Bakar; Analogi Cerpen Aku Pun Tahu.
Wallahua'lam.
17 leaves:
Ai.... ingatkan anti betol2 kena pinang tadi.... kat tajuk tu kena warning awal2... hanya cerita, nasib baik x baca sekerat jalan....
Hihihi... bagus, teruskan usaha! Akak taknak baca sampai abes, nak baca separuh je!! sampai sebelum dia cakap namanya Jannah. hehehe.
ehem2~
nmpknya..nnt ana akn merasa nasik minyak dlu kot dri syire...
wahh.best2! ^_~
lalalala~
*sengaja menyalah anggap..huhu*
Azizul, itulah anta suka sangat baca separuh2 (provokasi je ayat ni). Alah kalau warning nanti orang tak saspen.
Tapi best jugak kan kalau jadi macam Jannah. Huhu...
Ummu uwais nak kene babab eh? Baca je sampai habis! Insya Allah mungkin kisah ini akan dilanjutkan (sila berikan idea2 bernas) hohohoho...
Syudde!!~
Jommmm! Raya ketiga ana belanja anti makan nasi minyak erk! Anti nak makan kat kedai mana? Kedai mana yang sedapppp nak makan nasi minyak... Ana belanje tapi anti bayor. Kan 1st day raya dah dapat banyak duwet raya. Muahahaha...
syira, ana pun egtkan ni kisah btul2 anti. syira2. hihi
Wadus kenapa semua orang mengatakan perkara yang sama, Nad cayang pun terpedaya juga ek... Allahuakbar, malu pula ana rasa. Padahal ini hanya coooobaan :)
Jazakillah ukhti, doakan ana boleh siapkan kisah Pohon Cinta Madinah hingga selesai.
*menanti idea dari Allah*
Salam.
Alhamdulillah, adik ana nak buat buku dah. Lepas ni boleh terus menulis, akhirnyaaaaaa kini pasti ku merasaiii. Eh, melalak ape ni, huhuhu. Setelah puas di saran baru nak menulis, apapun selamat menulis.
-TuLiS DaRi HaTi aKaN TuRuN Ke HaTi
Insya Allah, doakan yer Abu Hanisah. Moga akhi juga najah dalam bidang akhi. :)
tw xpe, ana hmpir terpedaya skjap td.
egtkn cite btol2 tw :)
insyaAllah ukhti, semoga Allah melancarkan sgle urusan ukhti ye.
salam~ :*
Salam~tumpang nanyer~ini kisah benar yang diadaptasikan ke~sebab~saya terkesan dengan citer ini~sekian.
Teruskan menulis~
Nad cayang...!! :)
Jazakillah. Hihihi, nampaknya semua terpedaya dengan 'Pohon Cinta Madinah' ana ni ye! Allah, ana tak sengajaaaa... huwwwwaaaaa! Udah2 jangan le cakap camtu lagi. :">
Er... Ini kisah rekaan semata-mata, kalau tersama tu hanya kebetulan je. Hihihi.. ^_^
Padan muke... tengok semua ingat anti lah pelakon utama nye tu... nie... ada pengalaman ke? InsyaAllah.. moga2 berjayalah anti terbitkan novel tu ek... jgn lupe... kad raye...
Amboi, sedapnya bahasa Encik Azizul (kate padan muke kat ana) :((
Huhuhuhu... Kad raya oooo kad raya, jap eh ana design kad raya duluk. Hihihihi... Macam2 la, kenapa semua membuli ana nih?
Salam, anakanda insyirah seorang anak kecil yang berbakat besar. Teruslah meratah kalam-kalam Tuhan agar hati menjadi tenang dalam ungkapan syukur bersalut redha. Jadikan kelebihan menulis sebagai satu pedang di medan dakwah.
"sampaikan dariku walau satu ayat..."
Post a Comment