"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

28 September 2009

Raya Dan Ubat

Bismillahirrahmanirrahim :)

-post ini ditulis pada 25 Sept 2009-

Masih demam ketupat dan lemang? Ana sudah meninggalkan segala jenis lauk pauk yang membuat kepala toink toink. Sudah sudah la tu makan, huhuhu.

Alhamdulillah, semalam beraya dengan sanak saudara di Kedah. Seawal pagi lagi bertolak ke Kedah, sewaktu memulakan perjalanan dari Penang lagi ana sudah merancang mahu makan bihun sup, dah lama sangat tak makan bihun sup di kampung! (^_^) Tiba di Alor Star, pesan pada Abang Cik yang memandu untuk melalui jalan Pokok Sena supaya boleh melintas di depan Darul Ulum. Lama sangat tak melintas di depan Darul Ulum, kalau dulu hampir setiap tahun semasa raya pasti abi akan ke Darul Ulum Pokok Sena untuk membayar zakat. Sekarang Tok Mak tak duduk Kedah, jarang la balik kampung di Kedah.

Sudah banyak yang berubah (ana pun berubah juga, dulu kecil sekarang dah besar). Kemudian, kami melalui jalan Kuala Nerang. Destinasi pertama ialah rumah Kak Syifa', sedang ana duduk terasa tak puas hati pula. "Siapa pula garu-garu belakang nih!" Pusing belakang tak ada siapa pun. Huhuhuhu. Masih terasa semacam digaru-garu. Rupanya hp telah di 'vibrate' dan hp yang duduk dalam poket sudah 'terjun' ke belakang.

Setelah beraya di rumah Kak Syifa', teringat satu kata-kata Kak Syifa'

Insya Allah tak lama lagi sihat la tu, dah sampai ke kaki.


Ana senyum je. Bermula dari kepala, turun ke dada, terus ke perut, menjalar ke belakang dan berjangkit pada kaki. Settle! Dari kepala hingga kaki, selepas kaki ni insya Allah habis sudah satu badan 'dijelajah'... Hik hik hik.

Ana kene mula berpantang (segala jenis makanan yang disenarai kelabukan - tak la tahap senarai hitam lagi okay!) kerana sepanjang tempoh berhari raya (hari ke-5) sudah banyak ais yang diteguk dan paling menarik tertarik sewaktu beraya di rumah Tok Lang, kami sekeluarga dijamu makan aiskrim. Huhu, tak nak makan nanti tak menghargai tuan rumah (huh, alasan. lalalalaaa..) jadi makan la dengan senang hati. Selang beberapa jam, urat-urat sudah ku rasa sedang 'menari-nari' di dalam badan. Hihihi, pagi ini sudah demam kus-kusss.

Selepas sarapan, ambil habbatus sauda' dan makan ubat serta painkiller kerana ana tidak berhajat mahu minum air dot dot dot. Kenapa kini ana rajin makan ubat yea? Huhuhu. Kenapa dulu ana sangat mengelat mahu menelan ubat? Jawapannya... Sebab malas makan ubat. :)


Kekadang melihat ubat-ubat (yang duduk dalam 1 beg) membuatkan ana 'letih' memikirkan bila la ubat ni nak habis. Sebelum habis, sudah diisi dengan ubat yang baru. Berpapan-papan pula tu (tambah 'letih' lagi). Kalau orang yang cakap malas makan ubat bila demam tu, menyampah pula rasanya dengar (ayat kejam) baru sebiji dua dah complain macam-macam. Kalau tak nak makan ubat, jangan merungut!

Tapi dulu, memang ana sangat malas makan ubat. Hihihi, penat la tengok ubat. Bau ubat pun dah tak larat. Suasana dan bilik ana sendiri bau macam farmasi, tapi itu dulu sewaktu ubat bersepah merata tempat, sekarang dah 5S kan. Hihihi. Ubat hanya berada di dalam beg ubat. (Syira kan good girl) :P

[~..BiLa MaLaS MaKaN uBaT..~]

"Dah makan ubat?"

"Belum"

"Habis tu bila nak sihat?"

..diam..

"Makan la ubat."

"Tak nak."

"Kenapa tak nak makan?"

..diam dan nangis..

Setiap kali doktor tukar jenis ubat, ana mengalami masalah tindak balas bahan kimia dalam badan yang agak teruk. Badan jadi lembik lantaran muntah beberapa hari. Hah, dah jelas kan kenapa ana malas makan ubat. Akhirnya puas abi memujuk ana makan ubat, makan ubat cepat sihat. Benarkah?

Tidak juga, kerana kesan ubat-ubatan yang selama ini diambil memberi 'buah tangan' kepada buah pinggang. Jadi, jangan makan ubat! ~alasan tak nak makan ubat~

Akhirnya, salah satu cara untuk abi memujuk ana makan ubat ialah menyuruh ana sendiri menunggu ubat di farmasi selepas berjumpa dengan doktor. Hahaha, sungguh bijak taktik abi. Setiap kali ambil ubat, of course la ada bill. Bila tengok bill ubat, terbeliak juga mata ana. Setiap bulan 2x berjumpa dengan doktor dan setiap kali mengambil ubat, kos ubat saja +- RM500 kalau sebulan paling senang kan sudah RM1k itu hanya kos ubat. Belum lagi bila masuk wad. Seingat ana, paling murah setiap kali dimasukkan ke wad adalah lingkungan RM8k dan ke atas.

Pernah tuan doktor cakap pada ana;

"Nanti makan ubat ni sampai habis, jangan tinggal ye. Ubat ni sebiji aje RM80 tau."

Haih, dalam hati monolog. Tahu je doktor ni ana selalu malas makan ubat. Huhuhu.

Sebiji ubat berharga RM80? Hurm, kira sendiri lah kalau sebulan :(

Ana seorang yang agak sensitif. Tak boleh tengok orang susah, sebab rasa macam nak sangat tolong (macam la ana ni jutawan hartawan... huk huk) tapi ana masih lagi boleh diam cuma kalau ana tengok orang susah yang sakit. Haaaa, tak boleh tahan woooo!!! Sebab ana boleh rasa picisan dari cebisan perasaan mereka, dah la tertekan dengan ekonomi tambahan pula sakit yang dideritai. Subhanallah... Bukan ujian kecil.

Dulu ana suka juga tengok Bersamamu (TV3) tetapi Mak Yah tak bagi ana tengok lagi sebab Mak Yah kata ana ni senang 'hujan'. Tengok TV nak relief fikiran, jadi jangan la gunakan waktu terluang untuk 'hujan'. Tapi sesekali ana tengok juga, sebagai lapangan muhasabah diri. Tapi sekejap-sekejap je la, ana tak leh nangis, tak leh depress dan tak leh stress nanti ana makin stress tengok ubat... Ngeeeeeee. Cool bebeh! :p


Mari lah makan ubat! Hehehe... Selepas ini, kalau blog dibiarkan itu tandanya sedang mengalami proses terapi yang sungguh menyeronokkan lagi menceriakan dan sangat membahagiakan hati seorang insan comel bernama Cik Syira. Lalalala... Mak cik terapi pun dah rindu ana, sabar mak cik kita jumpa tak lama lagi. (Abes la, entah apa lagi skill mak cik tu nak smack down ana) (T_T)

Sungguh membahagiakan bila beraya di rumah sepupu abi, Mak Cik Rosni namanya. Dengan penuh tatasusila telah mencadangkan abi tercinta membawa ana menunaikan Umrah supaya ana cepat sihat.

"Nanti hang bawa la anak ni pergi Mekah, buat umrah. Bagi mandi dengan air zam-zam. Basah telekung pun tak pa, lepas tu doa depan kaabah. Mudah-mudahan, ikhtiar kita sebagai hamba Allah. Kesian aku tengok anak hang."

Berbunga hati ana, kembang setaman :)

"Insya Allah. Saya dah pernah bawa dia umrah masa dulu. Dia ni memang sakit lama dah, ni pun dah baik banyak ni tapi sejak sakit belakang ni belum bawa lagi."

Yeay yeay! Untung ape... Separuh dari usia ana menelan ubat-ubat... Best kan, alala.. Jeles la tuh. Setelah dihitung-hitung, ehhh duit raya ana banyak dari adik-adik. Itu la, rezeki namanya.

Abi perli...


"Duit raya banyak dari yang lain sebab duit tu orang suruh buat terapi..."

Erk! Tak mo kawan abi...

5 leaves:

Kerikkerik 28 September 2009 at 16:25  

syire..o0o...syire..
rjin mkan ubat
klu mls makan
nnt kena pkul..hehhe! =P

ana doakan cik syire sntiasa kuat, sihat, cerdas slalu (macam slogan susu lak..ahaks!)

^_^

Anonymous,  28 September 2009 at 16:34  

salam dik syira,

kata doktor dr singapore yg rawat kak mia tu, ubat yg diambil dr hospital kerajaan malaysia lbh murah dr yg berada di luar negara.

Contohnya mcm akak...diberi ubat kanser (MTX)..ia hanyalah ubat just like painkiller...sementara cuma..kesannya mmg effect buah pinggang...akhirnya kencing pun x lawas...now akak diam2 dh diberitahu hal sbnr dr doktor dr singapore tu bah ..akak kena tekanan drh rendah...jika mkn lama telan ubat mtx tu, akak mungkin leh kena effect kidney.

ttg pregnant ..lg la sebak dik, akak dikatakan akan alami bengkak teruk & kesakitan akibat tak dpt ampung kandungan...ditambah lg, risiko keguguran...sebak akak dgr. Namun,kuasa Allah...hanya dia je kan..yg dpt menidakkannya.

luluh hati mendengar..kdg2 rs

"must i stop ubat2 tu semua...& beralih pd supplemen asli like kelapa dara,"

kini, sakit makin ketara..Tp, akak percaya..kekuatan smgt & gembirakan hati seharian boleh mengatasi segala hal.mudah2an adik syira juga begitu. terkadang menangis, boleh melegakan hati...mari lah kte sama2 kuatkan smgt

Insyirah 29 September 2009 at 09:55  

Syudde, ewah sker hati dia je nak pukul orang. Orang gigit kang baru taw! Hohoho, masih terasa lemak manis ketupat jagung, huhuhuhu...

Syukran 'ala doa :)

Insyirah 29 September 2009 at 10:01  

Salam Kak Mia :)

Syira ambil ubat hospital swasta itu yang mahal (agaknya la), so far pakar yang merawat syira semua dia swasta kak kecuali kalau emergency je pergi hosp gov sebabnya hosp gov flow dia slow.

Macam haritu, nak buat ultrasound pun kene que-up seminggu, then tunggu result pastu baru nak buat MRI que-up lagi. Sebab tu banyak berurusan dengan hosp swasta, at on shot buat semua sekali. Lagipun kalau masuk wad ummi akan temankan sekali (belum boleh decided apa-apa, huhu)

Kalau hosp swasta, habis buat test terus mula dengan rawatan jadi ummi tak perlu bazirkan cuti untuk teman di hosp. Dh besar pun manja lagi, huhuhu.

Sama je la kak, ubat-ubat kesan pada buah pinggang dan usus. Kalau makan ubat tanpa makanan yang betul2 'fit' memang perut rasa tsunami je. Masa form 4 kanser usus tapi masih awal baru tanda-tanda awal so terus buat homophati, alhamdulillah tak teruk la tapi makanan memang kene kontrol. Kalau pedas memang tak tahan... Rasa bergelora je dalam perut, hehehe.

Sabar yer kak, insya Allah yakin dengan Allah. HiDuP ini INDAH... :)

Anonymous,  30 September 2009 at 15:29  

Salam dik..

Lama akak tak menjengah blog adek ni. Lama juga kita tak berborak sama, kan..

Hidup mmg perlu ujian. Kalau tidak ada ujian, sifat kita, pemikiran kita, dan pendidikan kita akan tetap masih di takuk yang lama. Ujian ini semakin menjadikan adek akak ni matang.

Terkadang, akak teringat satu cerita adek apabila adek sakit ni. Mungkin betul...(nanti kalau sempat, msg lah akak ape maksud akak ni ea..sebab tak mo rahsia ni terbongkar...:P)...

Tabah dan sabarlah kerana Allah bersama-sama dengan orang yang rajin makan ubat..kui3...

Sebenarnye, kalau ikutkan nasihat akak, tak yah de makan ubat. Tapi kalau Dr bg ubat antibiotik, yang tu wajib makan..Tapi kalau ubat2 selain tuh..emh, i'm not sugest u to eat them...(",)...

lebih elok adek cari suplement mana yg sesuai dgn adek utk mmbantu badan adek. Ubat adalah dadah yang sebenarnye menahan sementara sahaja, tetapi badan kita ada fitrah masing-masing. Ikutlah dan carilah fitrah adek..ia akan menyuburkan badan adek..

seperti sebidang tanah yang telah ditanam,maka ada nutrien yang telah habis digunakan. Maka, untuk mendapatkan semula nutrien tuh, maka tanaman yang ditanam kene bergilir..

Kita asalnya dari tanah, maka..carilah dari tanah juga..(",)..

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO