Usaplah Air Matamu
Bismillahirrahmanirrahim.
Ramadhan berlalu, sudah sedikit masa yang berbaki untuk disempurnakan. Sejujurnya, sangat berat ujian sepanjang Ramadhan, lebih menyesakkan dada dari tahun yang lalu. Pelbagai peristiwa yang berlaku tetapi selagi masih mampu membuahkan senyum dan tawa, it is still undercontrol.
Saat insan-insan lain tidur dalam lena dibuai mimpi-mimpi indah, ana menghirup aroma kabus yang menebal. Ada warna warni di langit, walaupun bulan samar-samar di balik kabul yang tebal. Ada suara yang memujuk hati, ada kalam yang menenteramkan jiwa, ada sentuhan yang mendamaikan diri... Walaupun di sebalik setiap senyuman dan hamparan perhiasan, air mata tetap mengalir deras.
Tuhan, bantulah aku memahami segala yang berlaku dengan hati yang benar-benar tunduk pada aturan Mu. Bantulah aku menyelami segala yang terhidang dengan hati yang cinta kepada Mu... Ampunkanlah aku dalam setiap gerak geri yang melupakan kehadiran Mu, tanpa rasa gentar terhadap amaran-amaran Mu, gantikan aku hati yang lebih baik. Hati yang lebih lunak, lebih akrab dengan Mu...
Usaplah air matamu, dalam sujud dan ruku', dalam duduk dan berdiri, dalam lena atau sedar... Kerana engkau masih punya Allah untuk memujuk hatimu.
2 leaves:
salam buat adik khaulah-insyirah,
setiap sesuatu ujian, banyak2an bersabar, ingat Allah selalu...Tangani ia dengan menghadirkan senyuman dan gembirakan hari2 adik dgn orang2 di sekeliling. Banyakkan diri mendekatkan diri pd Allah ye dik...Bile perlu,menangislah agar terbias rs luahan hati...luahkan la ...agar adik hilang rs nestapa.
puasa tinggal beberapa hari je lg....semoga kite menumpahkan air mata kerana ramadhan bakal berlalu sesaat nanti
Salam kak Mia.
Insya Allah terima kasih atas nasihat kepada adik. Moga Allah memberikan kesabaran dan ketabahan untuk kita sama-sama melangkah demi merebut maghfirah, mudah2an redha Allah... :)
Post a Comment