Nikmat Pagi Jumaat
"Siapa beli nasi goreng ni?" Ummi kelihatan pelik dengan bungkusan nasi goreng dalam polisterin. Masih bersisa sedikit.
"Abi." Ana jawab ringkas.
"Nasi goreng dalam mangkuk ni mana datangnya?" Ummi bertanya kembali.
"Pagi tadi Syirah masak."
"Aik... Dah masak nasi goreng, beli pun nasi goreng juga?"
Ummi pelik. Ketawa ana dan abi.
"Abang ingat dia tak larat, Abang beli la kat kelab (cafe). Balik rumah tengok dia pun masak juga. Abang makan la yang dia masak, dia makan yang Abang beli."
Ummi menggeleng kepala. Dialog sepasang suami isteri yang pelik dengan situasi 'dapur' rumahnya kebelakangan ini.
Selepas makan malam, ana menyiapkan dapur.
Hai orang-orang yang beriman, makanlah diantara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kamu hanya menyembah pada Nya.
(Surah Al Baqarah Ayat 172)
"Esok abi nak makan apa?"
"Ikut lah..."
"Ikut lah tu stand for what? Capati? Roti telur? Nasi Goreng?" Sengih ana mengusik abi. Membalas dendam petang semalam abi mengenakan ana dek kerana gambar-gambar yang ana minta abi tolong downloadkan dari internet.
"Can you just cook for me anything you like to eat. Please don't ask me, you make me serba salah nak cakap. Kalau larat, buat je apa-apa sekadar yang larat. Kalau tak larat, just inform me nanti abi belikan. Ok?"
Keningnya ditari-tarikan sedikit sambil dahinya mengerut. Kebekalangan ini pergerakan ana agak terbatas. Setiap hari ana menunggu Adik balik dari sekolah untuk minta adik mengangkat bakul kain baju dan ana hanya menyidai tanpa perlu terbongkok-bongkok. Alhamdulillah, Adik memahami walaupun adakala merungut juga kepenatan yang belum hilang sudah diperingatkan untuk membantu melangsaikan kerja-kerja rumah.
Soal masakan abi memang simple dan tidak cerewet. Kalau sedap, dimakannya banyak. Kalau kurang sedap, dimakannya sedikit dan kemudian setelah bersenang-senang barulah dikomen serba sedikit untuk membantu ana menambahbaikkan apa yang kurang. Tarbiyyah halus abi sedari dulu.
Pagi ini ana sekadar menyiapkan nasi goreng dan secawan air panas untuk abi. Tidak mengada-ngada menyiapkan western breakfast seperti dulu.
Selesai masak, ana hantarkan sepinggan nasi goreng pada abi. Dalam samar-samar pagi yang berlimpahan hujan, guruh dan kilat. Langit tampak suram sekali, tak secerah pawana hati ana.
"Thanks."
Abi tak pernah lokek berterima kasih atas setiap yang dilakukan oleh isteri atau anak-anak. Seperti satu penghargaan dengan ucapan ringkas. Memaknakan sebuah pengorbanan. Terasa dihargai (",)
Pagi ini abi kurang bercakap, matanya masih lekat menonton rancangan House. Wah, ana juga kini begitu 'angau' dengan rancangan House. Macam-macam istilah biologi yang kami pelajari, hehehe. House bukan rancangan rumah tetapi rancangan bertemakan suasana hospital, seorang doktor pakar yang bernama Gregory House, M.D yang keras hati, sengal, baran, kadang-kadang sewel macam ana juga tapi semua sikap-sikap hampes itu tidak menghalangnya untuk membantu pesakit mencari dan terus menghurai rahsia-rahsia badan. Subhanallah. Pandangan maknawi yang diukhrawikan (eh, betul ke ayat ana ni).
"I think we should meet with Dr House!"
Satu pagi abi berseloroh sambil memakai stokin. Ana melayan saja dengan gelak, begitulah suasana pagi ana. Motivasi pagi untuk positif sebelum menghadapi hari yang panjang.
Ana sudah puas menjadi 'bahan ujikaji' doktor-doktor pakar sehingga kos perubatan mencecah puluhan ribu ringgit. Tetapi bukan soal kos yang mendukacitakan, sikap para doktor yang buat kekecewaan mendalam pada kami. Biarkan sejenak kisah duka itu, kita teruskan dengan keceriaan. :)
Abi terhincut-hincut.
"Abi, gout ker?"
Satu anggukan kecil.
"Makan apa?"
Nampak susah benar nak berjalan.
"Semalam makan sambal petai dengan udang. Sakit sangat."
"Owh, makan dengan diorang (auditor) ye semalam?"
Soalan yang ana sendiri dah tahu jawapannya. Tengah hari semalam abi tak balik makan di rumah.
"Yup, dengan mat salleh."
"Ha... Mat salleh makan petai?" Kagum ana, ana sendiri tak makan petai. Hihihi.
"Dia pernah jadi consultan di Kenyir. Sikit-sikit dia cakap 'insya Allah' dulu dia kerja di Dubai lama."
"Muslim ke?"
"Tak lah...!"
Dulu, consultan di sini ada yang dari Crotia, Norway dan merata tempat. Yang paling hampes sekali kalau tak salah Mr Mihai, haritu dia cuti lama balik ke kampung halamannya (tak pasti dimana) kemudian bercuti di Miami. Siap called abi lagi masa sedang 'berjemur' di pantai Miami. Hadoi... Hampes... Hampes...!
Sebelum abi kerja pagi tadi, abi duduk tersandar pada kerusi. Susah berjalan akibat gout yang menyerang buku lali. Ana sekadar menyapu minyak dan pakaikan stokin abi.
"Abi tak nak pakai tongkat ke?"
Tergelak besar abi dengan soalan 'nakal' dari ana. Selalu ana yang kena marah sebab malas pakai tongkat walaupun terbongkok-bongkok. Harini, masanya nak 'kenakan' abi pula. Hehehehe.
Esok...! Terasa nak buat Girl's Outing dengan adik-adik perempuan mengelilingi taman bunga. Insya Allah.
Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah; dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba Nya. (Surah Al-Baqarah ayat 207)
Syukur pada Allah atas nikmat ini, di saat sahabat-sahabat lain mengulit kitab-kitab yang tebal isi dan kulitnya Allah memberi kenikmatan untuk ana mengulit kulit kaki abi, menyarungkan stokin dan mencium kehangatan dahi abi. Saat sahabat-sahabat lain terpisah dari ibubapa beratus batu, terpisah dengan lautan dan benua, ana masih disisi ummi dan abi. Sesetia Fatimah bersama Rasulullah, ameen.
Ya Allah,
Bawalah hati ini ke arah cinta Mu, layarkanlah perahu iman ini ke lembah cinta Mu kerana tiada yang lebih indah dan enak selain berada di dalam pelukan kehangatan kasih sayang Mu. Terimalah diri ini yang selalu alpa dengan suratan peringatan dari tarbiyyah-tarbiyyah Mu.
Dan bantulah sahabat-sahabatku dalam perjuangan mereka mengembalikan ke'izzahan Islam, bantulah mereka atas perpisahan dari keluarga yang tidak mampu ditamsilkan dengan kata-kata.
Peliharalah mereka dalam jagaan Mu kerana hanya Engkaulah Penjaga terbaik untuk mereka, ku titipkan sahabat-sahabat dan ahli baeytku dalam pemeliharaan Engkau.
Ameen (^_~)
0 leaves:
Post a Comment