"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

22 July 2009

Masih Seperti Dulu


Bismillahirrahmanirrahim :)

Alhamdulillah, kesihatan semakin membaik. Sedang bersedia secara fizikal dan mental untuk menempuh frasa terapi seterusnya, bersedia untuk 'dikerjakan'. Insya Allah, pengorbanan harus dilakukan demi sebuah perjuangan. Mudah-mudahan ikhtiar sebagai hamba Allah akan menundukkan hati ini, mahu dan tahu bersyukur dan sedar diri bahawa manusia tak punya apa-apa. Segala yang ada pada kita hanyalah pinjaman dari Allah taala. SEGALAnya hanya pinjaman hatta nyawa kita sendiri, setiap pinjaman perlu dipulangkan dan bersedialah untuk memulangkan nyawa kepada Pemilik Yang Esa.

Pagi ini ana sungguh ceria setelah semalam puas meraung... Salah diri sendiri yang tak sedar diri, jatuh pun salah diri sendiri. Alhamdulillah, setelah bertarung untuk mengelak dari mengambil painkiller, semalam telan juga painkiller takut la juga binatang-binatang di sekeliling runsing dengan tangisan ana. Hihihi... Cewek sungguh la budak ni, memang cewek (perempuan) pun bukan cowok (lelaki). Lalalala...!

Ana buat capati untuk abi, abi belikan kuih untuk ana. Pagi ini abi ada lawatan ke site jadi mungkin tengah hari pun abi tak balik, bersenang lenang sikit di rumah.

Pagi yang damai ini terima kiriman sms dari seorang senior masa sekolah dulu. Lama sangat tak dengar khabar dan pagi ini dia hantar sms pada ana, soalan biasa mengenai kesihatan dan belajar di mana. Ayat akhirnya membulatkan mata ana, berkerut juga dahi dibuatnya. Apakah maksud dan niatnya bertanyakan soalan terakhir itu? Husnudzon sajalah. Mahu membalas apa tidak... Ana berteka teki sendiri.

Balas tetapi bersyarat.

Ana balas ringkas soalannya dengan jawapan dari sekeping hati.

"Berkahwin bila-bila masa. Sudah bertunang dengan kematian sejak azali, hanya menanti waktu untuk dinikahkan."

Pada yang memahami 'kerenah' ana mungkin menganggapnya seperti biasa. Pada yang masih belum memahami 'kerenah' ana barangkali mengurut dada mendengar ucapan mahupun kata-kata seperti ini dari seorang insan kerdil; ana.

"Syirah masih tak berubah macam dulu gak kan. Tak baik cakap macam tu. Ajal maut di tangan Tuhan. Syirah tak boleh minta macam tu."

Terasa tersekat kerongkong ana dengan balasan darinya.

... oh, rupanya bertahun-tahun tempoh perkenalan tidak juga membolehkan dia memahami ana :)


"Sahabat yang menyayangi sahabatnya akan sentiasa mengingatkan bahawa hidup ini singkat. Raihlah waktu-waktu akhir untuk merafa'kan syukur pada Allah dan setiap detik adalah ibadah. Manusia boleh bersabar tika diberi ujian dalam kehidupan tetapi AMAT sedikit yang bersyukur. Islam ad-deenun nasihah, semoga bersedia menghadapi kematian."

Semusim dahulu, untaian kata dan bicara sepi ana banyak berlatarbelakangkan sebuah KEMATIAN yang pasti. Saat itu usia masih jagung, tetapi pengalaman dan pengajaran dari sebuah KEHIDUPAN mendidik hati ini untuk mengingati kematian itu sangat hampir, sangat-sangat hampir. Hakikatnya tak semua yang mampu memahami maksud yang ingin ana sampaikan. Malahan, dianggapnya pula ana orangnya suka merungut dan begitu begini.

La ba'sa.

Memang bicara sepi si kecil yang berusaha mentarbiyyah hati sendiri sangat sukar untuk di pandang berbanding bicara kencang sang dewasa yang berusaha menghanyutkan jiwa jauh dari Tuhan. Na'uzubillah.

"Kenapa Kak Syirah selalu menangis?"

Soal seorang adik yang tak pernah jemu berusaha untuk memahami dan mengenali diri yang serba kekurangan ini.

"Meluahkan perasaan..."

Ana tergelak dengan jawapan sendiri. Tiada cara lainkah untuk meluahkan perasaan? Ada. Inilah antara cara ana meluahkan perasaan; menulis.

"Saya suka membaca tetapi tak suka menulis."

Satu komen yang ana baca dari Saifulislam.Com, jawapan dari Abu Saif membuatkan ana tersenyum sendirian.

"Ibarat orang suka makan tapi tak suka sendawa."

Oh, begitu umpamanya orang yang hanya gemar membaca tanpa gemar menulis. Kalau dahulu ana selalu mengajak adik-adik akhawat membuka akaun Friendster sebelum ana mengetahui dan merasai 'kepedihan' melalui alam Friendster itu sendiri. Selalu saja dihentam, tetapi sekarang ana merasakan kritikan-kritikan itu selalu mengundang muhasabah pada diri. Ayat-ayat pedas itulah yang membina kekuatan untuk bangkit dan meneruskan langkah. Terima kasih pada pengkritik-pengkritik tersebut.

Kini, ana lebih gemar memberi sokongan pada adik-adik untuk menulis. Kalau menulis menggunakan pen dan kertas, bukankah membazir pokok-pokok yang semakin pupus demi mengasah bakat menulis? Jadi, alternatifnya ialah komputer. Ada adik yang gemar berkongsi cerita melalui e-mail dan sms seperti yang selalu dilakukan oleh Azmah, Fatimah, Khairiyyah, Fauzani dll. Tetapi, ana tetap juga mengajak adik-adik ini untuk cuba menulis di lapangan blog sebagai satu medan bercerita, bukan suka-suka tetapi cerita yang mampu memberikan semangat dan suntikan positif kepada mereka.

Menulis mungkin suka-suka tetapi saat demi saat yang berlalu, satu hari nanti kita pasti RINDU untuk mengintai kembali coretan-coretan itu. Adakala emosi memuncak, tak setara dengan diri yang kerdil. Tetapi waktu itu hanya emosi yang kita utamakan, luahkan saja. Esoknya bila terbaca apa yang ditulis apabila emosi kembali tenang, aduh malu sendiri dibuatnya. Itulah muhasabah, pengalaman selalu mendidik untuk menjadi matang. Kematangan tidak pada USIA tetapi bagaimana kita menghadapi ujian. Persiapan mental diiringi iman dan tawakkal pada Allah.

Jurnal ana yang tercatat dari tahun 2005 semakin layu dan usang setelah ana mula mengaktifkan diri di lapangan blog. Tujuannya tetap sama, catatan diri untuk mengingatkan diri. Ingatan-ingatan dari sahabat dan untuk sahabat. Indahnya...

Ada adik yang malu untuk berkongsi cerita menggunakan blog, takut orang lain baca. Ana senyum sendiri. Kalau begitu, bina saja blog yang berkunci, lebih privasi dan hanya insan yang mahu diberikan keizinan saja yang dapat membacanya. Mahu atau tidak mahu saja soalnya :)


Menulis:

Berusahalah menggunakan bahasa yang betul dan elakkan dari menggunakan 'bahasa sms' ianya sangat menyulitkan pembacaan. Bacaan yang menarik isi dan kualitinya jadi sulit lagi menyulitkan apabila terlalu banyak menggunakan 'bahasa sms'.

Perkataan mereka-mereka sebenarnya TIDAK WUJUD dalam bahasa Melayu. Tolong ubah bahasa (pertuturan dan tulisan). Mahu memartabatkan bahasa Melayu tetapi masih tidak peduli bahasanya. Perkataan mereka itu sudah majmuk, tidak perlu untuk dimajmukkan lagi. Apabila dikiaskan kepada manusia:

Mereka sedang berlari.

bukannya

Mereka-mereka sedang berlari.

Tetapi apabila dikiaskan pada 'rekaan' makanya ayat itu boleh menjadi

[1] Nur sedang mereka sepasang jubah moden.

[2] Noh mereka-reka cerita supaya dirinya diberikan perhatian.

....oh, ana masih belum berubah rupanya. Masih gila-gila. Bukan sewel tapi sengal. (Macam kenal je ayat ni. Ayat sapa ye?)

0 leaves:

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO