Mencari Damai
Bismillahirrahmanirrahim...
Sugul. Tak bermaya. Tak bersemangat dan tak berperasaan, eh tak de la. Perasaan masih ada tapi tak sihat. Emosi berkecamuk dan meragam ntah apa-apa. Itu situasi ana sekarang.
Semalam, berusaha mencari titik persefahaman antara hati yang memberontak dan juga kefahaman serta ketenangan jiwa. Semakin cuba di pujuk hati, semakin lebat pula tangisan. Semakin berusaha untuk tenang, semakin menjadi-jadi rajuk di hati.
HATI.
Hati-hati melayan hati. Terasa tak mampu memujuk hati sendiri, mata semakin bengkak dan muka jadi sebam kerana terlalu banyak menangis. Rawat saja hati dengan wudu', mudah-mudahan hilang 'rajuknya' dengan sekeliling yang mendesak. Bicara hati, andai dikongsi dengan manusia barangkali semakin pedih jadinya. Adakala menjadi penyejuk, penawar yang dicari. Bicara saja sama Pemilik hati, Dia lebih mengetahui bagaimana caranya memujuk hati manusia. Tepatnya, hati ana yang sedang memberontak ganas. (Emosi tak stabil. Sila abaikan bicara yang kalian tak faham, bicara hati memang tak mampu dibaca dengan akal fikiran.)
Semalam, setelah pagi dihabiskan dengan menangis sepuas-puasnya melepaskan segala bebanan perasaan yang dihimpun dengan jayanya, ana tertidur sebelum masak. Natijahnya mengikut hati, padahnya pada diri sendiri. Mujurlah terjaga awal, masih sempat menyiapkan makanan tengah hari. Langkah yang longlai sedaya upaya disusun semula, bangkitkan diri dari segala duka. Iya, hidup ini terlalu sekejap untuk dihabiskan dengan menangis tapi nak buat macammana dah ana memang jenis yang suka menangis bila terlalu tension.
Ana tak punya sahabat yang menjadi Doraemon mahupun Sponge Bob apatah lagi animasi yang lain, sahabat-sahabatku semuanya sedang dilatih menjadi srikandi persis Khaulah Al-Azwar, mereka bertempur di medan masing-masing. Bertempur pada tempat yang benar, sedang mengerah kudrat akal memahami bidang masing-masing. Terkadang, teringin juga mahu merasai betapa cerianya punya sahabat seperti Doraemon yang mampu mengelurkan bermacam-macam 'magic' hanya dari poket.
.... Kalau adik ada depan akak, akak nak peluk adik sangat-sangat....
Klimaksnya. Sudah tak keruan minda ini mengalahkan hati yang memberontak. Nasihat ana, jangan suka memendam perasaan nanti jadi seperti ana. Sekali meletop, tak ada kerja lain selain menangis. But its OK, at least I still can cry and feel how hurt is that.
Menyibukkan diri, berusaha untuk membaca buku. Ana capai novel yang masih belum ana baca "Cerita Dari Hati" menambahkan lagi keserabutan minda yang sedang galau. Huhuhu, ana tak faham wataknya. Sekejap katanya anak sulung, kemudian tiba-tiba jadi anak ke-2 dan secara mendadak ada kakak yang belajar di Universiti Malaya dan kemudian hanya mempunyai abang dan seorang adik lelaki. Sampai sekarang ana berfikir, siapa sebenarnya Aisya Humaira itu. Anak sulung atau tidak? Ada kakak atau tidak? Dialog dengan Hidayah, walaupun yang sedang berdialog itu Hidayah dan Humaira tetapi tiba-tiba menjadi watak Khaulah Azwar. Aduh, gawat. Pening ana baca novel tersebut. Sudah tersedia pening, makin pening dibuatnya.
Tidak ana temukan juga jalan menyibukkan fikiran, akhirnya ana kembali mendakap sesuatu yang pasti memberi ketenangan bagi hati yang bergelora. Al-Quran. Sebaris demi sebaris sedaya upaya dilontarkan, setitis demi setitis air mata gugur kembali tetapi bezanya tidak sederas pagi tadi. Alhamdulillah, hati mampu cair dengan kalam Ilahi. Sabarlah wahai hati... :)
Malam menjelma, ana berusaha untuk SUKA pada novel yang dibaca pada waktu siang. Ana memaksa diri untuk SUKA, mencari titik persefahaman dengan buku itu. Iya, sedikit demi sedikit ana cuba buang semua 'kecelaruan' yang ana alami pada waktu siang. Tak sedar Adik sudah terlentok di sofa. Malas rasanya masuk ke bilik, gelap zulumatnya malam menghampirkan ana pada kegelisahan hati yang belum padam. Ana perlu melakukan sesuatu untuk menyibukkan hati. Gerak Adik, masuk bilik dan menatap biasan cahaya dari tingkap. Kuat cengkerik berbunyi, bisikan angin juga rasanya menambah perisa kemarau di hati. Sebak bertandang lagi, aduhai... Air mata semakin lebat, ana mencari bebintang untuk menemani, memberi sinar pada kelopak hati yang semakin larut dalam duka.
Semakin menjadi-jadi tangisan di hujung bingkai tingkap.
Ana menarik selimut, bantal dan teddy bear serta hp. Dengan penuh berhati-hati mengatur langkah. Ana tidak mahu adik-adik terganggu dengan esak tangis yang menjadi-jadi. Ana turun kembali di tempat solat, hati perlukan ubat dan tiada ubat yang paling mujarab selain kembali pada Allah. Akhirnya, puas dan penat menangis, ana tertidur sampai ke pagi. Bangun dengan tengkuk yang amat sakit, melihat posisi ana tidur, barangkali adik-adik menyangka ana tidak bernyawa pagi tadi. Huhuhuhu.
Diam. Hari ini tiada bicara atau gurau senda dengan abi seperti selalu. Ana menyibukkan diri di dapur, dan kemudian menghantar abi ke pintu. Masih mencari damai bagi sekeping hati...
Aisyah dan Hafizah menghantar satu sms pada ana pagi ini;
Dear Allah, this is your month of Rejab. The lady reading this is beautiful, classy, strong and I love her. Help her live with your barakah. Please promote her and cause her to excel above expectations. Help her to shine in darkest places and love where it is imposible to love. Ameen...
Bertubi-tubi terima sms dari Azmah... Syukran wa jazakillah khairan sayang.
[1] Kenapa akak cayang sedih?
[2] Tak ada suatu musibah menimpa diri seseorang melainkan dengan izin Allah dan siapa yang beriman, Allah akan memberi petunjuk kepada HATInya. Adik sayang akak, sayang sangat-sangat. May Allah bless you always.
[3] Semoga air mata yang mengalir membasahi relung hati dan fikiran, serta menenangkan dan membangkitkan jiwa. Moga hati akak tenang yer.
[4] Detik demi detik, ujian datang silih berganti tanda kasih Allah yang tak berpenghujung. Menggenggam erat hati nan rapuh, agar sentiasa merindu rahmat dan kasih Nya.
[5]... akak duk rumah jangan nakal-nakal
Dalam banyak-banyak mesej, ana terkesan mesej akhirnya. Nakal ke ana ni? Tak pernah pula ana membuli sesiapa! Uhuk3.
"Wira kesedihan tidak punya apa-apa melainkan hati yang penuh redha dengan takdir Tuhan. Mengerti akan hakikat kehidupan dan kepastian sebuah KEMATIAN."
....... leave my step here, run away and bring back my HEART. Really miss that moment.
4 leaves:
urm, yela tu tak pernah buli orang,yg haritu paksa adik minum air asam jawa tu apa erk? eh eh itu nasihatlaaa kan? hi hi.. maybe akak tak buli org tapi buli mata akak, suh dia nanges lagi, lagi dan lagi..
hi3, adik gurau jer tau, angan amik ati yer akak cayang
mmuaaahh!
Air asam jawa tu bukan nasihat la, tu namanya memberi tunjuk ajar :)
Ada ke akak buli mata? Sebenarnya mata yang buli akak, asyik suh akak kuarkan air mata jer... Ngeeee... Tapi kan dik, air mata kan ada sejenis 'bakteria' yang mencuci muka kita. Bagus gak tu kan, bertambah cumel la akak nanti... hihihihi.
Sayang kamuuu juga!
hah? cuci muka ngan air mata..
owh, adik blaja benda baru harini..
elok juga idea akak tuh, insyaallah muka berseri di dunia dan akhirat. pasni tak payah beli pencuci muka lagi.
Hehehe, betul lah dik. Kalau akak tak salah kan dik, dulu masa study cikgu zainure kot cakap camtu. Ke akak salah erks? huhu, kalau bukan cikgu Zainure mungkin Dato' Dr Fadilah Kamsah, sebab memang akak pernah dengar mengenai 'bakteria' yang ada dalam air mata boleh mencuci sel-sel kulit muka. Wallahua'lam.
Tapi kualiti air mata juga memainkan peranan kualiti 'bakteria' yang mengalir contohnya tangisan insaf, insya Allah hebat kualiti air matanya berbanding tangisan hanya kerana hal remeh. Wallahua'lam :)
Post a Comment