"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

31 July 2009

Ceriakan Hatimu

Bismillahirrahmanirrahim...

Hamdalah, boleh kembali mengaktifkan badan setelah selesai major theraphy. Hip hip hooorayyyyyy! Semalam Aisyah called, rasanya dah lama tak bercakap lama macam tu dengan Aisyah. Syukran dear :) Nanti makan banyak-banyak sikit yer, bagi gemuk senang nak jual hujung tahun nanti kalau timbang ikut kilo baru la kayesssss. Kalau nak jual sekarang ni murah sangat sebab badannya kurus kerempeng aje. Hihi, anda hanya ada lebih kurang 4 bulan untuk menggemukkan badan. Lalalalaaaa... (^_~)

Opsss... ana? Ana... Ana perlu kuruskan badan, biar kurus kerempeng nanti senang nak dilambung-lambung. Hihi, dilambung ombak le... Isk, dah lama rasanya tak mandi laut kan. Kalau nak mandi pun waktu malam yang best, tapi nanti hilang kena kidnap dengan mambang laut laks. Dah la ana comey jer kan, hihihi. Mambang laut tak pe juga, dia tak jual. Kalau kena lanun yang meronda-ronda kat laut tu, haaaa.. abis da anak kesayangan abi yang paling comey ni dah abi tak ada geng nak gaduh-gaduh. Sian abi kan? Jadi, tak yah la mandi laut kita berendam dalam jazuki je la. Kalau rasa nak aura air laut gak, beli je garam 10kg tabur dalam tab jakuzi pastu berendam jer la kan. Haa... OK gak tu, tapi antum la buat dulu kalau best baru ana buat. Ngeeeeee! (^_~)

Sedey... Sedey, pagi tadi sambil duduk menyisir saki baki rambut yang ada, banyak lagi rambut yang gugur. Ades, dah la rambut sikit je pastu gugur pula. Baru la terasa apa yang orang lain rasa, kalau orang yang jalani kimoterapi abis semua rambut dia gugur tinggal kulit kepala jer la. Nasib baik juga ada kulit kepala, kalau tidak... Isk habis nampak semua isi-isi dalam kepala, takut! Ngeri pun ada juga kan. Sebab itu, hargailah semua nikmat yang Allah berikan, mungkin esok tiada lagi nikmat itu dan kita tak sempat nak menikmati segala nikmat tersebut. Bersyukurlah kerana Allah selalu beri peluang untuk kita merasai segala pinjaman dari Nya. Ucap apa adik-adik? Ucap "Alhamdulillah" cikgu Syira. Opss, alamak... Rasa macam dalam tadika la... Sorry... :P

"Lepas dah bekam tu rasa apa? Ok sikit tak kepala?" Soalan 'maut' dari abi.

Hehehe, ana bukan bekam 1 tempat macam insan-insan lain, tapi bekamnya merata tempat sampai ana rasa nak menjerit.

"Stopppp! Stopppp! Nanti habis rambut saya...!" :(

Mudah-mudahan lepas ni sakit kepala yang menggila tahap gaban dan super-power rangers ni kalau tak hilang pun ianya berkurangan. Insya Allah lepas ni dah tak sengal lagi sebab darah-darah yang blocking kepala otak kembali normal, pasni sopan santun jer la. Tak de comot-comot lagi dah, terus ayu jer. Hik hik hik, perasan abis la nih. Tak pe, tak pe... Memang kena puji diri sendiri pun sebab memang tahu yang diri ni comot tapi kalau selalu di cakap comot aje nanti makin comot, kena cakap comey baru la nampak macam hipokrit sikit. Huhuhu.

Mahfuzah sangat ngeri melihat kepala ana, asyik terjerit-jerit je. Ek eleyh, dia tak tahu kalau tengok kepala orang yang habis kimoterapi langsung tak de rambut. Kalau ada pun memang sipi-sipi je itu pun Allah bagi pinjam je, tak lama kemudian abis semuanya gugur ke bumi. Jangan tak tahu, esok kita pun nak rebah ke bumi juga. Ingat tu... Bila dah rebah, siap disimpan dalam perut bumi.. Haaa, jangan nak ingat rambut lebat yang ada atas kepala tu terbang melayang ditiup angin sepoi-sepoi bahasa sentiasa menjadi milik kita, Allah bagi pinjam je tuh. Sebab itu, peliharalah ia sebaiknya. Pakai tudung comey-comey, ok apa. Bila dah comey tu, cepat jer orang yang ensem-ensem datang meminang. Eh, ni dah masuk topik lain. Tukar-tukar, dak kecik mana leh cakap pasal ni. (T_T)

"Abi... of course kepala rasa ringan sebab rambut dah tak de..." Sadis je nada.

"Ek eleyh, ingat kan apa la. Tak apa la tak cantik asalkan sihat."

"Tapi baruuuuuu je baru haritu abi cakap semua anak abi cantik-cantik. Ni kata tak cantik lak." Cet, pagi-pagi pun nak gaduh. Abi ketawa je, malas nak layan ana.

"Abi nampak positif tak?" Elele... Tukar topik la tu, macam orang tak tahu.

"Abi nampak G.A.R.A.N.G la."

"Tu la, kenapa semua orang cakap abi garang."

"Bukan abi garang tapi muka abi nampak garang."

"Iye ke?"

"A'ah la. Kalau dorang nak kenal abi, kena la jadi menantu abi baru tahu true colour abi. Nanti dorang lagi sayang abi dari sayang anak abi." Ana angguk-angguk sambil mainkan kening. Cet, ngengada dengan abi pulak.

"Iye ke?"

"Iye la... Trust me!"

Hohohoho... Betul la, kalau abi di rumah totally tak sama langsung macam di pejabat. Kalau di pejabat, muka serius je. Ummi cakap masa abi muda dulu (sebelum kahwin) lagi la terserlah kesyadidannya. Masa zaman dulu, punya la ramai peminat abi tapi abi strict sungguh. Waktu kerja hanya soal kerja, tak ada chance la nak melawak dengan office-mate. Dunianya hanya rumah, pejabat dan surau. Lagi lawak masa dah nikah dengan ummi (lepas 2 minggu nikah baru kenduri) sebab SEHARI selepas akad nikah terus kerja macam biasa, 3 hari lepas nikah abi ajak ummi minum di kafe.

Abi called ummi, ajak minum. Ummi leyh cakap kat abi camni.

"Tapi En. A, saya ada kerja nak buat."

"Iyeee... Buat kerja dulu bagi siap. Nanti Abang pergi meja, kita minum."

"Baik En. A."

Tengok tuh, ummi punya la respect (takut sama kot, heheh) dah kahwin pun panggil 'En. A' lagi. Isk, isk, isk... Orang zaman sekarang, belum kahwin, tak bertunang lagi pun dah berkanda dinda, darling la, apa la... Lagi ngeri bila budak-budak sekolah yang couple duk panggil 'daddy' dengan 'mummy', aish nak muntah I... Nasib I dah tak sekolah, ngeeee! (^_~)

Dulu, ummi dan abi duduk sekali dengan Mak Teh dan Pak Teh. Abi selalu cerita, kadang-kadang naik motor dengan ummi pergi kedai dan ada masanya naik motor dengan Mak Teh pergi kedai. Sampaikan orang kedai tu cakap;

"Bagusnya, madu dia baik jer. Boleh duduk serumah."

Aisey... Padahal Mak Teh tu kakaknya abi. Tapi dek kerana muka ummi dan Mak Teh macam nak sama, orang salu tersalah. Termasuk lah ana, kalau jalan dengan Mak Teh orang ingatkan ana ni anak Mak Teh. Kalau jalan dengan ummi, lain jadinya sebab orang ingat ummi tu kakak ana, ana pula adik ummi. Hadui... Hadui...

Sudah... Sudah, nak masak pula. Melayan blog ni nanti tak masak pula...

Ingat yer... Jangan gelak aje, gelak tu pun hanya pinjaman dari Allah. Semoga kita semua menceriakan hati di hari Jumaat, bersihkan jiwa dan lapangkan minda. Buat cousin yang bakal bertunang tu, tahniah tahniah :) Kandaku juga bakal bertunang, tengok barang hantaran tunang dia pun ana dah stress. Haiyok! Baru barang hantaran dah banyak duit abis, isk isk... Simpan dalam Tabung Haji tu senang-senang leyh pergi panggilan haji akan datang (isk, kedekut tul dak Syira ni).

Orang kate... "KAHWIN NI SEKALI JE SEUMUR HIDUP". Saya lak kata, ek eleyh macam boleh percaya jer. Perkahwinan impianku telah ku ceritakan pada abi, tergelak besar abi dengar impian majlis kahwin ana. Tak pe, biar la orang nak kata apa pun. Ghuraba'... Ghuraba'... Huhu. Dah orang kata kahwin sekali je seumur hidup, biar lah sekali itu jer perkahwinan yang barokah kekal hingga ke dalam syurga. Bercinta sampai ke syurga, kan kan kan. Betul la tu, ada orang angguk dah tu.

Sudah... Sudah... Tak mo melalut lagi nanti Azmah teringin nak gigit ana pula. (*_*)

Read more...

30 July 2009

Jendela Rindu

Bismillahirrahmanirrahim... :)

Hamdalah, ana telah selesai menjalani major theraphy for my back bone sebanyak 3x dan selepas ini hanya menjalani terapi susulan sahaja. Insya Allah. Jazakumullah khairan pada semua yang mendoakan ana, semoga Allah membalas dengan sebaik-baik pembalasan. Ameen.

[1]

Dalam termenung sendiri, melayan mp3 yang berbunyi sedari tadi. Tersenyum sendirian, lagunya mengingatkan ana pasa susuk tubuh seorang insan yang istimewa dan selalu menjadi istimewa di hati ana. Ummu Uwais. Entah kenapa hati terasa sangat ingin membuka blog peribadi Ummu Uwais, subhanallah rupanya ada wadah yang diberikan pada ana. Jazakillah khairan ukhti. Terselit sekali gambar mereka sekeluarga, Ummu Uwais, Abu Uwais, Uwais dan kembarnya (Durrah) serta Mus'ab. Satu gambar di dalam rumah sedondon berwarna ungu muda. Ana tersenyum, comel sangat! Satu gambar lagi di dalam program, aduhai Mus'ab tampak stress dengan mukanya yang langsung tidak ceria. Hihi, Mus'ab anti-social berbeza dengan Uwais dan Durrah.

"Kak, muka anak-anak akak semuanya mirip ustaz. Langsung tak ada muka akak pada muka mereka. Seriously, mungkin kulit je yang mirip akak. Putih gebu berbanding ustaz yang putih merah. Anak-anak semua sikit pun tak ada yang ikut akak, sian akak kan." Ana mengusik ukhti.

"A'ah la Syira, semuanya ikut muka abi tak seorang pun yang ikut muka ummi. Tolong mengandung je la, semua anak ustaz." Ukhti ketawa di hujung bicara.

Ustaz yang sedari tadi leka melayan anak-anak menyampuk dengan bicara kami.

"Tak perlu puji lebih-lebih, malu pula ana rasa. Ana ni pemalu orangnya." Ustaz mencari pasal seperti biasa. Hok oloh, tok sah perasan la.

"Isk, ustaz ni perasan je. Mana ada ana puji ustaz!"

"Ala, alasan sama juga macam semua orang. 'Mana ada ana puji ustaz' tapi baru sekejap tadi menjerit dalam nada yang geram tahap gaban 'Comelnya Uwais, comelnya Durrah, comelnya Mus'ab' kemudian cakap pula 'semua ikut muka ustaz'. Dah tu mana datangnya kecomelan anak-anak kalau dah kata semua ikut muka ana. Dah tentu sebenarnya antunna nak cakap 'handsomenya ustaz' tapi tak thiqah la pula kan. Sebab tu ana cakap, jangan puji lebih-lebih sebab ana ni pemalu orangnya."

Ummu Uwais sudah mula ketawa sambil mencubit lengan Abu Uwais. Ana menahan saja ketawa, pura-pura tak dengar walaupun hakikatnya tidaklah pekak pun.

Kalau orang tak tahu, barangkali menyangka Abu Uwais orang arab. Mukanya tiada percikan wajah melayu, dikuatkan lagi Ummu Uwais yang berniqob maka mudahlah orang menganggap mereka berdarah arab sementelah anak-anak semuanya ikut muka Abu Uwais dengan kulit Ummu Uwais.

Ummu Uwais selalu menasihatkan ana dalam ehwal niqob. Hihi, Malaysia bukan tanah Arab. Malaysia itu Malaysia ini, sekurang-kurangnya tidaklah nampak syadid sangat. Kalau zaujah/bintun Karkun memang syadid, tetapi ukhti usahakan juga supaya ana masih 'berwajah' Melayu walaupun dalam berniqob. Sebab tu walaupun berniqob ukhti masih lagi tidak bermasalah untuk mendekati mad'u, bila tiada lelaki dengan senang hati ukhti tidak segan silu menjatuhkan niqobnya. Dengan kejernihan wajah, tak susah untuk menarik hati orang untuk jatuh cinta pada tarbiyyah ukhti.

Perwatakan ukhti pendiam dan tidak 'ramah' untuk bercakap perkara-perkara yang sekadar membuang masa, dalam bicara kosong juga tak lupa menyelitkan nasihat. Berbeza dengan ustaz yang talk-active dan pantang berpeluang pasti ana akan dijadikan umpan untuk Ummu Uwais ketawa. Pasangan yang ideal, saling melengkapi. Kalau kedua-duanya kuat menyakat, ana tak tahu apa yang bakal terjadi. Keras je perut duk layan ketawa.

[2]

ESOK (31 Julai 2009), insya Allah seseorang juga bakal menyambut ulang tahun yang ke-**. Tak perlu ana sebut namanya disini, biarlah apabila dibaca coretan ini dia tahu bahawa ucapan ini ditujukan untuknya.

Kalau menjadi MANUSIA, jangan jadi manusia BIASA. Yang longgar jiwanya, rapuh imannya, sempit mindanya, gelap masa depannya. Tetapi jadilah MANUSIA yang LUAR BIASA. Yang gah jiwanya, kental imannya, tertib solatnya, Al-Quran juadahnya, luas pandangannya dan gemilang masa depannya. Sesungguhnya apabila Allah menyayangi hamba Nya, maka diujinya. Apabila dia bersabar, maka dipilihnya dan apabila dia redha maka Allah mengasihinya.


Ya Allah ya Tuhanku,
Engkau Maha berkuasa ke atas hamba-hamba Mu, satukanlah jiwa kami di dalam agama Mu. Ya Rahman, titipkanlah kemesraan di dalam hati kami. Ya Razzak, cukupkanlah kami dengan segala pemberian rezeki Mu. Ya Qahhar, peliharalah kami dari perkara yang mendatangkan kemurkaan Mu. Ya Khaliq, yang menghidup dan mematikan kami. Panjangkanlah usia insan (yang ku hargai kehadirannya di dalam hidupku) ini dengan kebajikan dan ketaatan kepada Mu. Jadikanlah pertambahan usianya akan menambahkan lagi ilmu, iman dan amalnya kepada Mu. Tambahkanlah juga khusyu' dan tawadhu'nya kepada Mu. Ameen. SaNaH HeLWa in advance (",)

...SeLaMaT KeMBaLi Ke TaNaH aIr...

Read more...

28 July 2009

Tunggu Suami

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, hajat untuk berceloteh kembali disegarkan semula. (Apakah diriku sedang kemaruk menaip pada hari ini? Tak juga kerana kepala pening sangat.) Pagi tadi menjenguk Al-Insyirah dan membalas apa yang perlu, menjenguk blog dan tiada semangat pula nak mencoret barangkali kerana pening semakin bertambah-tambah sehabis ziarah Al-Insyirah. (Mungkinkah ini kerana kesan dari bekam? Kehilangan banyak darahkah ana?)


Nampak "Guest" di shout box menyuruh ana update blog. Sebenarnya kisah ini sudah terkisar-kisar dan semakin mekar pula ingatan pada kenangan yang bakal ana coretkan di sini. Gambar sebelum ini juga cukup untuk mencurah-curahkan idea untuk mencoret di blog. Pengalaman menerima ziarah dari ukhti Amiera pada tahun lepas yang bermalam beberapa hari di rumah cukup manis apabila dikenangkan, kami duduk di rumah dan ana suka hati je buat sengal macam biasa.

Masa tu tak tahu nak masak apa, malu pun ada juga dengan ukhti yang hadir jauh dari utara untuk transit di rumah ana sebelum meneruskan perjalanan ke selatan tanah air.
Ana mencari satu hari yang sesuai untuk meraikan kehadiran ukhti dengan berjalan sepuas-puasnya. Puas berjalan melihat bunga-bunga dan pokok cactus.

Memandangkan ukhti tiada lesen kereta, ana lagi lah tiada lesen maka kami menalifon Pak Cik A yang juga bekas teman sekerja ummi. Sementelah suami ukhti Amiera yang menyorok entah di mana juga tiada untuk memandu kereta. (Oh, kenapakah statement ana begini? Ikuti kisah selanjutnya) :p


Jangan cabut kak, nanti kena marah dengan Bangla... Huhu

Setelah pencen, Pak Cik A memandu teksi, hanya dia pemandu teksi yang ana kenali dan dia juga dikenali oleh ummi dan abi. Wajar rasanya dan tidak keterlaluan untuk meminta pertolongan Pak Cik A membawa kami bersiar-siar jauh sedikit dari bandar yang memerlukan pengangkutan.
Kami ke Sungai Palas, berdua-duaan di ladang teh yang sunyi dan tidak ramai pelancong memandangkan kedudukannya yang jauh sedikit tetapi hal ini agak mustahil sekiranya cuti umum atau hujung minggu. Padat dengan pelancong!

Awalnya, Pak Cik A kata caj untuk bawa kami bersiar-siar ialah RM60 (kalau tak salah) dan ana tiada masalah kerana kami masing-masing tidak boleh memandu kereta (ummi) untuk mengembara.


Sempat lagi makan ais krim di kedai sebelah ladang teh. Comot... Comot...


Nampaknya satu bonus juga meminta Pak Cik A membawa kami kerana dengan senang hati Pak Cik A menawarkan diri untuk mengambil gambar kami. (Tanpa Pak Cik A, tiadalah gambar kita berdua yang berkaki ye kak!) Penat juga nak ambil gambar berdua menggunakan tangan sendiri, tak nampak pemandangan belakang yang jauh lebih indah dari ana yang comot. Bila terfikir, kesian sangat pada ukhti yang penat berposing hampir 200 gambar yang sempat dirakamkan sepanjang pengembaraan hingga mengeluh sakit pipi pula senyum di hujung lensa kemera.


Berceloteh dengan pelbagai isu semasa dengan Pak Cik A dalam teksi, mujur lah ukhti pandai bercerita dan ana hanya mendengar dan menyampuk sesekali bila berpeluang.

"Nanti datang sini contact la pakcik, boleh bawa jalan jauh sikit."

"Insya Allah, nanti saya datang lain kali dengan suami ye pakcik."


"Kamu belajar lagi ke?"


"Iye pakcik, saya di UUM (Universiti Utara Malaysia)."

"Owh, kalau di universiti pelajar dibenarkan kawin?"
Ana maklum soalan dari Pak Cik A. Beliau tiada zuriat selain seorang anak angkatnya yang sebaya dengan ana. Jadi, tidak hairanlah soalan begitu diusulkan dari Pak Cik A.

"Boleh pakcik tapi tengok juga la. Sesetengah kos tak boleh kawin." (Ana rasa untuk sesetengah kolej tidak membenarkan pelajarnya berkahwin terutama di bidang kejururawatan/makmal dsb terutamanya pelajar wanita kerana kebarangkalian penangguhan kuliah berlaku sekiranya pelajar wanita mengandung dan alah pada bau ubat/bahan kimia.)


"Kamu dah kawin ke?"


"Eh... Belum pakcik..." Ana menahan ketawa mendengar bicara ukhti yang nadanya seakan terkejut gorila. Pak Cik A apa lagi, tergelak sampai geleng-geleng kepala.

"Ish kamu ni, pakcik ingat kamu dah kawin. Asyik cakap 'nanti la tunggu suami saya.' Ingatkan dah kawin." Pak Cik A menghabiskan sisa ketawanya.

"Iya pakcik, kakak saya ni belum kahwin lagi." Ana menyampuk meredakan rasa geli hati. Ana juga maklum dengan perangai Pak Cik A, suka berjenaka.

"Baru la best nak bawa kereta, tadi ingatkan bawa isteri orang..."


Melihat proses pengeringan teh

Ana pandang ukhti, ukhti pandang ana. Kami senyum mengingati dialog sebentar tadi. Kelakar juga dengan ukhti yang sepanjang perjalanan tak habis-habis dengan ayat "tunggu suami". Bila agaknya suaminya muncul untuk membawa ukhti kembali ke sini, hihihi. Bayang-bayang suaminya pun entah dimana masih belum menampakkan tanda, insya Allah semoga ukhti bertemu dengan suaminya (yang ditunggu-tunggu) dan boleh la bertamu lagi di sini. Hehehehe.


Pada ukhti Syifa' dan akhawat-akhawat, insya Allah semoga perjalanan kalian dipermudahkan Allah untuk ke sini. (Mujur lah semua akhawat punya lesen kereta, boleh aja pinjam kereta abi. Hehehe.) Entah bila ana nak dapat ilham/petunjuk untuk ambil lesen kereta. Hihihi.


p/s: Ana menunggu calon suami untuk ke Muor la agaknya, calonnya sudah ada... hanya kesabaran menunggu yang merunsingkan dek kerana calon suamiku menghitung hari bakal mencecah 3 tahun. Uwais, cepat-cepat besar ye sayang. Lalalalalaaaaaaa (^_~)

Read more...

26 July 2009

Lovely Photos

Bismillahirrahmanirrahim.

Hamdalah, syukur pada Allah kerana memberikan kesempatan pada ana dan Adik untuk bersiar-siar melihat kebesaran Nya, sambil mencari ketenangan, sambil-sambil mengambil gambar. Jalan sebentar saja dek kerana tak boleh berjalan sangat, persiapkan mental untuk terapi pada hari esok (27 Julai 2009). Moga ana kuat semangat untuk esok... Hihi, takutttttt (T_T)

(Nadia, Kak Atiqah, Kak Mie, Kak Wani dan kakak-kakakku yang lain serta sahabat-sahabat... Harap tidaklah jeles dengan gambar-gambar ini. Cet, ayat nakal tuh. Pada Kak Syifa', harap anda lebih bersabar... Kih kih kih)


Salad hidroponik





Masih kecil lagi










Ladang Teh


Ada air terjun yang sangat cool, yeh!


Secawan teh tarik cukup untuk ummi "tumb up"

SaNaH HeLWa ukhti aisyah, SoDiKi HaKiKi (^_~)

AriSSa PuN NaK CaKaP "SANAH HELWA" achik Aisyah :)


Ish, tak mesra camera langsung dak tecik ini... (^_^)

Read more...

24 July 2009

Nikmat Pagi Jumaat

"Siapa beli nasi goreng ni?" Ummi kelihatan pelik dengan bungkusan nasi goreng dalam polisterin. Masih bersisa sedikit.

"Abi." Ana jawab ringkas.

"Nasi goreng dalam mangkuk ni mana datangnya?" Ummi bertanya kembali.

"Pagi tadi Syirah masak."

"Aik... Dah masak nasi goreng, beli pun nasi goreng juga?"

Ummi pelik. Ketawa ana dan abi.

"Abang ingat dia tak larat, Abang beli la kat kelab (cafe). Balik rumah tengok dia pun masak juga. Abang makan la yang dia masak, dia makan yang Abang beli."

Ummi menggeleng kepala. Dialog sepasang suami isteri yang pelik dengan situasi 'dapur' rumahnya kebelakangan ini.

Selepas makan malam, ana menyiapkan dapur.

Hai orang-orang yang beriman, makanlah diantara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kamu hanya menyembah pada Nya.
(Surah Al Baqarah Ayat 172)


"Esok abi nak makan apa?"

"Ikut lah..."

"Ikut lah tu stand for what? Capati? Roti telur? Nasi Goreng?" Sengih ana mengusik abi. Membalas dendam petang semalam abi mengenakan ana dek kerana gambar-gambar yang ana minta abi tolong downloadkan dari internet.

"Can you just cook for me anything you like to eat. Please don't ask me, you make me serba salah nak cakap. Kalau larat, buat je apa-apa sekadar yang larat. Kalau tak larat, just inform me nanti abi belikan. Ok?"

Keningnya ditari-tarikan sedikit sambil dahinya mengerut. Kebekalangan ini pergerakan ana agak terbatas. Setiap hari ana menunggu Adik balik dari sekolah untuk minta adik mengangkat bakul kain baju dan ana hanya menyidai tanpa perlu terbongkok-bongkok. Alhamdulillah, Adik memahami walaupun adakala merungut juga kepenatan yang belum hilang sudah diperingatkan untuk membantu melangsaikan kerja-kerja rumah.

Soal masakan abi memang simple dan tidak cerewet. Kalau sedap, dimakannya banyak. Kalau kurang sedap, dimakannya sedikit dan kemudian setelah bersenang-senang barulah dikomen serba sedikit untuk membantu ana menambahbaikkan apa yang kurang. Tarbiyyah halus abi sedari dulu.

Pagi ini ana sekadar menyiapkan nasi goreng dan secawan air panas untuk abi. Tidak mengada-ngada menyiapkan western breakfast seperti dulu.

Selesai masak, ana hantarkan sepinggan nasi goreng pada abi. Dalam samar-samar pagi yang berlimpahan hujan, guruh dan kilat. Langit tampak suram sekali, tak secerah pawana hati ana.

"Thanks."

Abi tak pernah lokek berterima kasih atas setiap yang dilakukan oleh isteri atau anak-anak. Seperti satu penghargaan dengan ucapan ringkas. Memaknakan sebuah pengorbanan. Terasa dihargai (",)

Pagi ini abi kurang bercakap, matanya masih lekat menonton rancangan House. Wah, ana juga kini begitu 'angau' dengan rancangan House. Macam-macam istilah biologi yang kami pelajari, hehehe. House bukan rancangan rumah tetapi rancangan bertemakan suasana hospital, seorang doktor pakar yang bernama Gregory House, M.D yang keras hati, sengal, baran, kadang-kadang sewel macam ana juga tapi semua sikap-sikap hampes itu tidak menghalangnya untuk membantu pesakit mencari dan terus menghurai rahsia-rahsia badan. Subhanallah. Pandangan maknawi yang diukhrawikan (eh, betul ke ayat ana ni).

"I think we should meet with Dr House!"

Satu pagi abi berseloroh sambil memakai stokin. Ana melayan saja dengan gelak, begitulah suasana pagi ana. Motivasi pagi untuk positif sebelum menghadapi hari yang panjang.

Ana sudah puas menjadi 'bahan ujikaji' doktor-doktor pakar sehingga kos perubatan mencecah puluhan ribu ringgit. Tetapi bukan soal kos yang mendukacitakan, sikap para doktor yang buat kekecewaan mendalam pada kami. Biarkan sejenak kisah duka itu, kita teruskan dengan keceriaan. :)

Abi terhincut-hincut.

"Abi, gout ker?"

Satu anggukan kecil.

"Makan apa?"

Nampak susah benar nak berjalan.

"Semalam makan sambal petai dengan udang. Sakit sangat."

"Owh, makan dengan diorang (auditor) ye semalam?"

Soalan yang ana sendiri dah tahu jawapannya. Tengah hari semalam abi tak balik makan di rumah.

"Yup, dengan mat salleh."

"Ha... Mat salleh makan petai?" Kagum ana, ana sendiri tak makan petai. Hihihi.

"Dia pernah jadi consultan di Kenyir. Sikit-sikit dia cakap 'insya Allah' dulu dia kerja di Dubai lama."

"Muslim ke?"

"Tak lah...!"

Dulu, consultan di sini ada yang dari Crotia, Norway dan merata tempat. Yang paling hampes sekali kalau tak salah Mr Mihai, haritu dia cuti lama balik ke kampung halamannya (tak pasti dimana) kemudian bercuti di Miami. Siap called abi lagi masa sedang 'berjemur' di pantai Miami. Hadoi... Hampes... Hampes...!

Sebelum abi kerja pagi tadi, abi duduk tersandar pada kerusi. Susah berjalan akibat gout yang menyerang buku lali. Ana sekadar menyapu minyak dan pakaikan stokin abi.

"Abi tak nak pakai tongkat ke?"

Tergelak besar abi dengan soalan 'nakal' dari ana. Selalu ana yang kena marah sebab malas pakai tongkat walaupun terbongkok-bongkok. Harini, masanya nak 'kenakan' abi pula. Hehehehe.

Esok...! Terasa nak buat Girl's Outing dengan adik-adik perempuan mengelilingi taman bunga. Insya Allah.

Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah; dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba Nya. (Surah Al-Baqarah ayat 207)


Syukur pada Allah atas nikmat ini, di saat sahabat-sahabat lain mengulit kitab-kitab yang tebal isi dan kulitnya Allah memberi kenikmatan untuk ana mengulit kulit kaki abi, menyarungkan stokin dan mencium kehangatan dahi abi. Saat sahabat-sahabat lain terpisah dari ibubapa beratus batu, terpisah dengan lautan dan benua, ana masih disisi ummi dan abi. Sesetia Fatimah bersama Rasulullah, ameen.

Ya Allah,

Bawalah hati ini ke arah cinta Mu, layarkanlah perahu iman ini ke lembah cinta Mu kerana tiada yang lebih indah dan enak selain berada di dalam pelukan kehangatan kasih sayang Mu. Terimalah diri ini yang selalu alpa dengan suratan peringatan dari tarbiyyah-tarbiyyah Mu.

Dan bantulah sahabat-sahabatku dalam perjuangan mereka mengembalikan ke'izzahan Islam, bantulah mereka atas perpisahan dari keluarga yang tidak mampu ditamsilkan dengan kata-kata.


Peliharalah mereka dalam jagaan Mu kerana hanya Engkaulah Penjaga terbaik untuk mereka, ku titipkan sahabat-sahabat dan ahli baeytku dalam pemeliharaan Engkau.

Ameen (^_~)

Read more...

22 July 2009

Masih Seperti Dulu


Bismillahirrahmanirrahim :)

Alhamdulillah, kesihatan semakin membaik. Sedang bersedia secara fizikal dan mental untuk menempuh frasa terapi seterusnya, bersedia untuk 'dikerjakan'. Insya Allah, pengorbanan harus dilakukan demi sebuah perjuangan. Mudah-mudahan ikhtiar sebagai hamba Allah akan menundukkan hati ini, mahu dan tahu bersyukur dan sedar diri bahawa manusia tak punya apa-apa. Segala yang ada pada kita hanyalah pinjaman dari Allah taala. SEGALAnya hanya pinjaman hatta nyawa kita sendiri, setiap pinjaman perlu dipulangkan dan bersedialah untuk memulangkan nyawa kepada Pemilik Yang Esa.

Pagi ini ana sungguh ceria setelah semalam puas meraung... Salah diri sendiri yang tak sedar diri, jatuh pun salah diri sendiri. Alhamdulillah, setelah bertarung untuk mengelak dari mengambil painkiller, semalam telan juga painkiller takut la juga binatang-binatang di sekeliling runsing dengan tangisan ana. Hihihi... Cewek sungguh la budak ni, memang cewek (perempuan) pun bukan cowok (lelaki). Lalalala...!

Ana buat capati untuk abi, abi belikan kuih untuk ana. Pagi ini abi ada lawatan ke site jadi mungkin tengah hari pun abi tak balik, bersenang lenang sikit di rumah.

Pagi yang damai ini terima kiriman sms dari seorang senior masa sekolah dulu. Lama sangat tak dengar khabar dan pagi ini dia hantar sms pada ana, soalan biasa mengenai kesihatan dan belajar di mana. Ayat akhirnya membulatkan mata ana, berkerut juga dahi dibuatnya. Apakah maksud dan niatnya bertanyakan soalan terakhir itu? Husnudzon sajalah. Mahu membalas apa tidak... Ana berteka teki sendiri.

Balas tetapi bersyarat.

Ana balas ringkas soalannya dengan jawapan dari sekeping hati.

"Berkahwin bila-bila masa. Sudah bertunang dengan kematian sejak azali, hanya menanti waktu untuk dinikahkan."

Pada yang memahami 'kerenah' ana mungkin menganggapnya seperti biasa. Pada yang masih belum memahami 'kerenah' ana barangkali mengurut dada mendengar ucapan mahupun kata-kata seperti ini dari seorang insan kerdil; ana.

"Syirah masih tak berubah macam dulu gak kan. Tak baik cakap macam tu. Ajal maut di tangan Tuhan. Syirah tak boleh minta macam tu."

Terasa tersekat kerongkong ana dengan balasan darinya.

... oh, rupanya bertahun-tahun tempoh perkenalan tidak juga membolehkan dia memahami ana :)


"Sahabat yang menyayangi sahabatnya akan sentiasa mengingatkan bahawa hidup ini singkat. Raihlah waktu-waktu akhir untuk merafa'kan syukur pada Allah dan setiap detik adalah ibadah. Manusia boleh bersabar tika diberi ujian dalam kehidupan tetapi AMAT sedikit yang bersyukur. Islam ad-deenun nasihah, semoga bersedia menghadapi kematian."

Semusim dahulu, untaian kata dan bicara sepi ana banyak berlatarbelakangkan sebuah KEMATIAN yang pasti. Saat itu usia masih jagung, tetapi pengalaman dan pengajaran dari sebuah KEHIDUPAN mendidik hati ini untuk mengingati kematian itu sangat hampir, sangat-sangat hampir. Hakikatnya tak semua yang mampu memahami maksud yang ingin ana sampaikan. Malahan, dianggapnya pula ana orangnya suka merungut dan begitu begini.

La ba'sa.

Memang bicara sepi si kecil yang berusaha mentarbiyyah hati sendiri sangat sukar untuk di pandang berbanding bicara kencang sang dewasa yang berusaha menghanyutkan jiwa jauh dari Tuhan. Na'uzubillah.

"Kenapa Kak Syirah selalu menangis?"

Soal seorang adik yang tak pernah jemu berusaha untuk memahami dan mengenali diri yang serba kekurangan ini.

"Meluahkan perasaan..."

Ana tergelak dengan jawapan sendiri. Tiada cara lainkah untuk meluahkan perasaan? Ada. Inilah antara cara ana meluahkan perasaan; menulis.

"Saya suka membaca tetapi tak suka menulis."

Satu komen yang ana baca dari Saifulislam.Com, jawapan dari Abu Saif membuatkan ana tersenyum sendirian.

"Ibarat orang suka makan tapi tak suka sendawa."

Oh, begitu umpamanya orang yang hanya gemar membaca tanpa gemar menulis. Kalau dahulu ana selalu mengajak adik-adik akhawat membuka akaun Friendster sebelum ana mengetahui dan merasai 'kepedihan' melalui alam Friendster itu sendiri. Selalu saja dihentam, tetapi sekarang ana merasakan kritikan-kritikan itu selalu mengundang muhasabah pada diri. Ayat-ayat pedas itulah yang membina kekuatan untuk bangkit dan meneruskan langkah. Terima kasih pada pengkritik-pengkritik tersebut.

Kini, ana lebih gemar memberi sokongan pada adik-adik untuk menulis. Kalau menulis menggunakan pen dan kertas, bukankah membazir pokok-pokok yang semakin pupus demi mengasah bakat menulis? Jadi, alternatifnya ialah komputer. Ada adik yang gemar berkongsi cerita melalui e-mail dan sms seperti yang selalu dilakukan oleh Azmah, Fatimah, Khairiyyah, Fauzani dll. Tetapi, ana tetap juga mengajak adik-adik ini untuk cuba menulis di lapangan blog sebagai satu medan bercerita, bukan suka-suka tetapi cerita yang mampu memberikan semangat dan suntikan positif kepada mereka.

Menulis mungkin suka-suka tetapi saat demi saat yang berlalu, satu hari nanti kita pasti RINDU untuk mengintai kembali coretan-coretan itu. Adakala emosi memuncak, tak setara dengan diri yang kerdil. Tetapi waktu itu hanya emosi yang kita utamakan, luahkan saja. Esoknya bila terbaca apa yang ditulis apabila emosi kembali tenang, aduh malu sendiri dibuatnya. Itulah muhasabah, pengalaman selalu mendidik untuk menjadi matang. Kematangan tidak pada USIA tetapi bagaimana kita menghadapi ujian. Persiapan mental diiringi iman dan tawakkal pada Allah.

Jurnal ana yang tercatat dari tahun 2005 semakin layu dan usang setelah ana mula mengaktifkan diri di lapangan blog. Tujuannya tetap sama, catatan diri untuk mengingatkan diri. Ingatan-ingatan dari sahabat dan untuk sahabat. Indahnya...

Ada adik yang malu untuk berkongsi cerita menggunakan blog, takut orang lain baca. Ana senyum sendiri. Kalau begitu, bina saja blog yang berkunci, lebih privasi dan hanya insan yang mahu diberikan keizinan saja yang dapat membacanya. Mahu atau tidak mahu saja soalnya :)


Menulis:

Berusahalah menggunakan bahasa yang betul dan elakkan dari menggunakan 'bahasa sms' ianya sangat menyulitkan pembacaan. Bacaan yang menarik isi dan kualitinya jadi sulit lagi menyulitkan apabila terlalu banyak menggunakan 'bahasa sms'.

Perkataan mereka-mereka sebenarnya TIDAK WUJUD dalam bahasa Melayu. Tolong ubah bahasa (pertuturan dan tulisan). Mahu memartabatkan bahasa Melayu tetapi masih tidak peduli bahasanya. Perkataan mereka itu sudah majmuk, tidak perlu untuk dimajmukkan lagi. Apabila dikiaskan kepada manusia:

Mereka sedang berlari.

bukannya

Mereka-mereka sedang berlari.

Tetapi apabila dikiaskan pada 'rekaan' makanya ayat itu boleh menjadi

[1] Nur sedang mereka sepasang jubah moden.

[2] Noh mereka-reka cerita supaya dirinya diberikan perhatian.

....oh, ana masih belum berubah rupanya. Masih gila-gila. Bukan sewel tapi sengal. (Macam kenal je ayat ni. Ayat sapa ye?)

Read more...

Sederap Langkahmu


Bismillahirrahmanirrahim...

Tiada kegembiraan melainkan perjumpaan dengan sahabat. Tiada kesedihan melainkan perpisahan dengannya. Moga persahabatan yang dimulai dengan lafaz 'Bismillahirrahmanirrahim' berakhir dengan kalimah 'innalillah hiwainna ilaihirajiun'.


Insya Allah, ikatan ukhuwwah yang terjalin antara kami sudah berusia 7 tahun. Syukur, alhamdulillah Allah memanjangkan silaturrahim kami dengan rahmat Nya.

"No'a, Syirah sedih la. Syirah nak study tapi banyak halangan...."

Suatu petang, kami berdua berbicara hati ke hati. Bila ditimpa ujian perasaan, ribut dalam lautan emosi dan kadangkala karam sendiri ana memilih untuk beruzlah dari berbicara dengan manusia. Beruzlah kerana diri perlu ditenangkan, hati perlu didamaikan dan perasaan perlu positif dengan kejadian yang menimpa. Bukankah ujian itu tarbiyyah, sabar itu indah!

Setiap orang punya keinginan, ana juga mempunyai keinginan yang tinggi untuk menyambung pengajian. Setiap kali melihat lakaran catatan perjalanan yang ana buat di tingkatan 2, ana tersenyum hambar. Target ana sebelum mencecah usia 30 tahun ana sudah siap pengajian PhD. Allah juga yang lebih memahami segala yang tersirat, sebagai hamba yang beriman pada qada' dan qadar ketentuan Allah, sedaya upaya ana berlapang dada menerima ujian maha berat ini. Hakikatnya, ia hanya sebisan ujian-ujian kecil pada manusia. Ana hanya menerima secebis dari ujian sedangkan lebih ramai lagi insan yang beruntung kerana BERJAYA menghadapi ujian tersebut.

Blog ini hanya cetusan peribadi.

Segala yang tercatat adalah berbentuk peribadi.

"Bagi Kak Long, kamu ni budak yang sangat bijak tetapi kerana kekurangan fizikal yang kamu alami ni kamu jadi rendah diri, tak yakin pada diri sendiri. Kamu belajar 1 minggu je tetapi cara kamu bercakap seperti dah 6 bulan kamu hadam apa yang kamu belajar."

Ana terdiam. Ini bukan rangsangan tetapi sebenarnya bentuk ujian yang maha berat untuk ana pikul sendirian. Allah jadikan manusia berbeza dengan makhluk lainnya, punya otak yang dibekalkan akal fikiran. Punya iman untuk mengawal tindak tanduk dan menimbang tara segala keputusan demi sebuah perjuangan! Perjalanan ini terkadang dirasakan sungguh panjang, sangat melelahkan dan ada masanya hampir putus asa.

"Pernah tak akak rasa macam tak ada siapa pun yang sayangkan akak?"

Soal ana pada ukhti suatu hari yang lalu. Saat itu sebenarnya semangat ana sangat-sangat runtuh dan lumpuh dengan beberapa peristiwa yang datang bertimpa-timpa tetapi ana 'lupakan' saja keperitan itu dengan mendengar cerita dari ukhti.

"Kamu ni asyik dengar masalah orang je, take it easy ok. Jangan emosional sangat. Kamu tu sakit, kalau tension bertambah sakit."

Sebenarnya sakit bukanlah satu alasan kukuh untuk menjauhkan diri dan tepatnya mengelak dari masalah. Tetapi, orang selalu menganggap begitu. Oh, benarkah?

"Kenapa kamu tak nak study? Orang lain pun sakit juga dan mereka still boleh study."

Ni yang ana rasa macam nak campak C4 je pada mukanya. Allahuakbar, sabar je lah hati. Ana selalu pesan pada hati jangan mengharap ada yang sudi memahami keadaan realiti ana. Ana juga fahamkan diri agar sentiasa berlapang dada dengan ujian-ujian ini, sebenarnya rentetan ujian ini yang menguatkan ana. Meningkatkan jati diri bukan saja sebagai manusia tetapi sebagai hamba Allah yang beriman pada qada' dan qadar.

Ana mengalami sakit yang berkait-kait. Satu terusik atau diusik akan bersangkut-sangkut dengan yang lain. Tidak hairan kalau sesekali ana sakit, berminggu-minggu ana terlantar.

"Enti ni sakit apa sebenarnya sampai dah lama sangat ana rasa enti tak sihat?"

Sakit... Sakit pada hati! Menanggung rindu untuk bertemu dengan Allah...

Boleh ana beri jawapan begini? Terasa hipokrit pula, jawapan tak sekencang amalan yang terbocor sini sana.

"Syirah... Yakin pada Allah. Ikut cakap mak ayah. No'a pun dulu tak suka cos ni tapi sebab ummi memang suruh juga pergi, so No'a pun pergi even lepas tu nangis je. Sebab No'a tau kalau No'a terima cos yang No'a minat tu tapi ummi tak redha kalau dia bagi sekalipun mungkin No'a tak boleh carry on. Cos sekarang ni memang No'a tak minat tapi ummi dan semua suruh pergi (terima) dan No'a pergi dengan redha ummi. So, just accept."

Ana menahan air mata, bicara tulus dari seorang sahabat.

"Last sem, berapa pointer yang No'a dapat?"

"Alhamdulillah, lebih dari 3 point."

Ana tersenyum. Bangga kerana sahabat sejati yang seiring dengan langkah perjuangan ini memilih jalan yang betul, mengharapkan keredhaan umminya sebelum menadah keredhaan Ilahi. Moga-moga keredhaan dari umminya disusuli dengan keredhaan Allah padanya. Ameen.

Saat berdepan ujian sama ada kecil atau besar, ana memilih untuk memendam selarat dan sedaya mungkin. :) Ana mengelak untuk bertemu sahabat-sahabat terutamanya sodiki hakiki, ukhti Aisyah yang dikasihi. Jarang ana dapat menahan air mata tika bersua dengannya dan setiap kali perjumpaan itu dipermudahkan Allah, sedaya upaya ana menceriakan situasinya. Bukan tidak mahu mendengar bicara sedihnya tetapi ana tidak kuat untuk menahan air mata melihat sahabat sejati menitiskan air mata walau hakikatnya ingin saja ana membiarkan dia menangis sepuas-puasnya melepaskan perasaan yang terpendam.

"Kak Syirah, you are always in my heart. Tak kisah la akak nak study or not but akak la role-model adik... Dan adik sangat-sangat sayangkan akak. Jangan sedih kalau akak tak boleh study tapi sedihlah kalau akak tak mampu nak melorek keredhaan Allah yang sumbernya dari keredhaan ummi dan abi."

Ana menghela nafas, kembali mengingatkan jawapan dari Akhi Azizul tentang istikharah ana.

"Mungkin maslahat kesihatan, Allah lebih tahu apa yang terbaik."

Ana mengikut jejak sodiki hakiki, mencari keredhaan ummi dan abi sebelum menggapai cita-cita setinggi langit.

Terima kasih ya Allah atas pertemuan DUA HATI ini. Peliharalah sahabatku ini dengan sebaik-baiknya kerana aku tahu Engkaulah sebaik-baik Pemelihara dan Engkaulah saja yang dapat memeliharanya lebih baik dari semua insan di dunia ini.

Ya Rabbi,
Izinkan kami berteduh di bawah rahmat Mu, payungilah kami dengan kerendahan diri agar kami mengerti hakikat hidup ini hanyalah ibadah kepada Mu, agar kami mengerti maksud persinggahan di sini, agar kami mengerti DUNIA HANYA PERSINGGAHAN.



Aisyah,

Walaupun kita bukan berada pada lapangan perjuangan yang SAMA tetapi Syira harap kita tetap berjuang demi matlamat yang SAMA; Keredhaan Allah taala. Moga derap langkahmu menuju cita-cita akan terbias pada hati ini untuk turut sama-sama melangkah disisimu.

Read more...

19 July 2009

Terapi Kedua

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, semalam dari jam 10.40 pagi-2.50 petang ana menjalani terapi tulang belakang kali yang kedua. Lama sungguh terapinya, sebenarnya sudah siap sebelum Zohor tetapi mengalami sedikit masalah apabila ana diserang sakit dan pening kepala hingga rasa tak stabil untuk bangun dan berjalan. Maka, ana direhatkan seketika (di katil) dan diberikan air glukos. Barangkali oksigen kurang di otak, as usual :) Cuba untuk memejam mata, kemudian diserang menggeletar yang bermula dari mulut kemudian tangan kaki dan seluruh badan. Yaaa... Gotcha!

Terus terapi (Kak Long) panggil ummi, then dah start mengelilingi dunia khayalan sendiri. Sekejap pejam sekejap celik pastu pejam tak celik-celik. Huhuhu, pengsan pula tapi tak lama. Mungkin keletihan sangat akibat meronta-ronta semasa tempoh terapi dilakukan. Sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat menyakitkan :)

Alhamdulillah, banyak tulang yang dapat ditarik semula (implikasi akibat terlalu banyak kali jatuh semasa pengsan) tetapi satu tulang di bahagian belakang tidak dapat ditarik kerana ana sudah mula menangis terisak-isak dan menggelupur. Kih kih kih! Masa seorang terapi baru pegang, ana dah terbeliak dan apabila ditekan terus ana genggam seerat-eratnya tangan Kak Long (terapi) dan sebelah lagi tangan genggam katil. Fuh, macam nak tercabut tulang belakang. Terus stop dan suruh ana bertenang.

Ya Allah, ikutkan hati TAUBAT NASUHA ana tak nak pergi lagi terapi seterusnya!

Memang sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat menyakitkan. Ana minta maaf sebanyak-banyaknya pada sahabat-sahabat terutamanya pada Sis Azmah lantaran sms yang tidak dijawab. Semalam ana mengerang kesakitan yang teruk selepas menjalani terapi dan terpaksa tidur dengan ketulan-ketulan ais dek kerana tak mampu nak menahan sakit. Pagi ini sekali lagi adik perempuan ana tuam tulang-tulang yang 'ditarik' dengan ais. Alhamdulillah, semakin berkurangan sakitnya tetapi ana masih belum mendapat 'mood' untuk memegang hp.

Ana minta maaf sangat-sangat, tidak terdetik walau sekelumit di hati nak meminggirkan sahabat-sahabat yang begitu setia disisi cuma ana takut dalam tempoh-tempoh 'kritikal' ini ana secara tak sengaja merungut atau mengeluh lantaran kesakitan yang dialami. Izinkan ana mengundur, menguzlah diri dan mencari kekuatan menghadapi realiti kehidupan.

Doakan hati yang kerapuhan ini moga seteguh karang di lautan, tetap gagah walau dihempas badai.


Last but not least, HAPPY BIRTHDAY tp my cousin... FAIZ AMIZA yang ke-11. Semoga membesar sebagai anak yang soleh, berjaya dunia dan akhirat. Ameen.

p/s: Faris mengejek melihat ana bertongkat; "Kakak dah tua... hahahahaa"

Ana terpaksa menjalani proses penuaan dengan cepat. Tua sebelum usia :)

Salam perjuangan,
ukhti fil islam (",)

Read more...

16 July 2009

Warkah Untuk Calon Zaujku

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Assolatuwassalam, selawat buat junjungan mulia, Muhammad s.a.w. Kekasih Istimewa.


Assalamu'alaikum.


Sejahtera buat calon suamiku, moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati dirimu yang tidak pernah ku temui, namun doa ku tidak pernah putus mengiringi setiap langkah mu demi meraih keredhaan Nya…

"Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah"
Ku mulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah s.a.w. kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini. Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandangan mu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.

Calon zaujku,

"Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..."

Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buat mu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalan ku sejak aku mengenali dunia baligh ini.
Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diri ku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buat ku oleh ummi dan abi. Tiada harta untuk ku persembahkan dalam taklik ijab kita nanti. Tiada harta sebagai jaminan bahawa kau akan menikmati sedikit kesenangan apabila ijab bersaksi telah dilafazkan. Hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata...

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang." (surah ar-Rum: 21)

"... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri..." (Ali Imran : 159-160)

Kecantikan
, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk ku pertontonkan pada mu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata.


Aku tidak menjanjikan aku mampu membahagiakan rumahtangga kita nanti, kerana aku memerlukan engkau untuk bersama-sama ku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hamba Nya kepada Penciptanya yang agung. Melalui pencarian ilmu agama bersama, marilah kita jadikan pernikahan ini sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam.

Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini. Aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suami ku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak kita untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul.

"Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya." (Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)

Renungilah Firman Nya ini, lalu kau akan tahu hakikat diri ku dan diri mu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan dan jodoh.

"Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu." (An Nisaa’ : 1)

Calon Zaujku yang dirahmati,

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka". (An-Nissa':34)

Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam kalam Nya yang mulia. Aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untuk ku dan anak-anak pewaris kejihadan Islam yang bakal lahir. Jadikanlah pernikahan ini sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diri ku dan diri mu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaan Nya.


Lakukanlah tanggungjawab mu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insya Allah. Ingin aku berbicara mengenai pemberianmu kepadaku. Kau terlalu membimbangkan akan kehendak bersifat duniawi semata-mata. Benar?! Ketahuilah. Aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hati ku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama.

Cukuplah seandainya, maharku sebuah kalam mulia, Al-Quran, kerana aku meyakini kalam itu mampu memimpin rumahtangga kita dalam meraih keredhaan Nya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara.
Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah ini melalui pernikahan, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agama ku, insyaAllah. Akhlak mu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekeliling mu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan.

Ku titipkan sebahagian daripada pembacaanku dalam Jalan Dakwah Mustaffa Masyhur, tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im.

Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w. kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w. tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.
Terlalu panjang rasanya aku mencoretkan warkah ini.

Cukup dahulu buat tika ini, andai diizinkan aku akan kembali menitipkankan lagi kiriman bertintakan hati ini. Akhir bicara, maaf andai tiada pertemuan yang ku susuli kerana pada ku biarlah merindu daripada jemu tatkala kita disatukan.


Wassalam

.::. Ya Allah, gembirakan kami dengan redha Mu .::.


~ tulang rusuk kirimu ~

Suami jangan menagih setia,
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha,
Terimalah seadanya yang terindah,
Di lubuk hati mu,
Isteri adalah AMANAH buatmu...

Read more...

15 July 2009

Jazakumullah Khairan

Bismillahirrahmanirrahim.

Ma'alish jiddan pada semua sahabat-sahabat, ana tahu ramai yang terkejut malahan ada yang nak luruh jantung (meh cini ana sambut jantung tuh) baca entri sebelum ni yang ditulis oleh Ummu Uwais. Isk... Ummu Uwais nak kene gigit ni. Hihihi. Tak pe, jangan risau ana takkan gigit Ummu Uwais tapi ana akan gigit Uwais yang ensem tuh. Hihihi. (Sabar ye Uwais, kholah dapat kamu siappp la) :p

Syukran jiddan-jiddan juta lemon pada semua yang secara mengejut telah terkejut. Huhu, bukan salah ana ni, ana tak salah apa-apa pun. Jadi, jangan suruh ana bertanggungjawab atas terkejut kalian tu. :) Jazakumullah khairan katsira pada kalian yang mendoakan diri ini.

10 Julai (Jumaat)

Ana sekeluarga pergi Kuala Lumpur.

11 Julai (Sabtu)

Pada waktu pagi, Allah aturkan pertemuan ana dan Adik untuk jumpa dengan ukhti Syifa' yang anggun dengan serba hijau. Hihihi, lain kali makan nasi arab kena kongsi 2 orang ye kak. Nasib la tak termuntah semula, nasi arab punya pasal. Nak buat macammana kita orang melayu, perut melayu. Hihihi. Apapun nasi tu memang sedap, moga ada pertemuan lagi selepas ini. Insya Allah.

Pada waktu petang jam 3.30 ana ada temujanji untuk terapi tulang belakang. Masa jumpa ukhti Syifa' tu terasa tulang belakang berdenyut-denyut tapi boleh tahan lagi, sakit sikit-sikit tu biasa la. Lagipun bukan senang nak jumpa ukhti Syifa'. (Ada ke patut abi cakap pada ukhti Syifa' ana ni 'merap' dia jer, uhuk2). Sampai je tempat terapi tu ana rilex jer. Dia check dulu tahap kecederaan pada tulang belakang dan semua tulang yang ada dalam badan ni. Haaaa... Bayangkan, macammana keadaan ana. Sebenarnya banyakkkkkk sangat yang ana dapat 'ilmu' tentang diri sendiri sepanjang rawatan tersebut. Hihihi.

Antara perkara yang amat menarik ialah ana temui jawapan yang selama ini menjadi misteri bagi adik-beradik ana termasuk la ummi dan abi. Hehehe. Nak tau apa kakak yang buat terapi tu cakap?

"Eh, kaki adik ni panjang sebelah laaaa...!"

Ana dah terbeliak. Macammana kaki boleh panjang sebelah, malangnya ana tak leh tengok dan kakak tu bersama seorang lagi terapi (ummi dia kot) panggil ummi untuk tengok kaki ana. (Bayangkan betapa stressnya tulang+otot ana masa tu.) Ummi pun senyum je, sambil buat muka tak bersalah.

"A'a la. Saya pun tak pernah perasan." Lalalalala...

Beberapa minit kemudian, ana pun buka stokin dan tunjuk pada kakak tu.

"Kak, adik-adik saya cakap saya ada 2 buku lali!" (sebelah kaki je la)

Lalalala... Tiba-tiba ana jadi sungguh 'menarik' pada kakak tu. Agaknya ana ni pernah terjatuh masa kecil, sama ada tulang kaki ana 'terkeluar' dari tempatnya atau 'termasuk' dalam tulang (apa tah tak ingat nama tulang tu). Masya Allah, itu la masa kecil nakal sangat. Hehehe. Selesai satu kes, bayangkan selama ni semua orang pelik sebab ana ada 2 buku lali. Itu namanya KELEBIHAN, orang lain ada satu je. Ahaks!

Selesai untuk melihat kecederaan tulang (keseluruhan) dan kesimpulannya bahagian kiri badan ana mengalami sedikit masalah yang serius. Dari kepala-hujung kaki bahagian kiri badan bermasalah dari segi tulang dan saraf. Malahan otot banyak yang bengkak. Walla, gaya macam ana ni lasak sangat padahal duduk diam je. Sopan santun, aiii... anak sapa la ni. :p Disebabkan kekhuatiran pada semua pihak memandangkan kedudukan jantung di sebelah kiri (ada ke jantung orang lain sebelah kanan?) maka rawatan segera dilakukan.

Bermulalah detik yang mendera fizikal, emosi dan rohaniku.. Cecece...

Macam-macam yang kakak tu 'belasah' dan satu bahagian yang sungguh ana tak tahan masa dia nak tarik tulang belakang dalam kiraan 1,2,3 macam nak tercabut tulang ku. Tahan jer la, sikit pun tak nangis cuma muka je merah. Disebabkan untuk menarik tulang tu dilakukan oleh adik kepada kakak yang merawat tu lelaki, ana diam sepi tak bersuara. Bila selesai sesi menarik tulang, ana rasa tak larat sangat-sangat. Lepas je lelaki tu keluar dari bilik rawatan, terus kakak tu buka tudung ana sebab dia tengok ana dah berpeluh-peluh (dalam bilik berhawa dingin). Peluh menahan sakit.

"Nangis ker?"

"Eh tak de la..." Sambil buat muka ala-ala macam Uwais gitu. Heheheh.

If anyone asking me... "Give me a word to describe your feeling" my answer is PAINFULL. Hik hik hik hik...

Tapi bila lelaki tu dah keluar, mana yang tak tahan ana cakap juga la.

"Kak, sakitttttttt..." walaupun kakak tu suruh tahan tapi tak tertahan, ana tolak je tangan dia. Wah, dah orang kata sakit, sakit je la. Lalalalalaa.... Ana tak kan nangis kalau sakitnya setakat kene gigit semut, setakat sipi-sipi tapi kalau dah rasa macam nak tercabut je tulang, kalau tak menjerit tu bukan manusia la. Tak pun dia memang ada masalah saraf, masalah deria rasa sakit. Hehehe.

Kelakar sikit kakak ni, masa tengah menahan sakit (dan nangis - sebenarnya) sempat dia cakap something yang buat ana tergelak dalam kesakitan. Hihi, best la kakak ni.

Selesai je rawatan tu, secara jujurnya ana melentok dengan selentok-lentoknya dalam kereta. Perjalanan ke hotel pun ana hanya melempar pandangan ke luar jendela, tak nak rasanya fikirkan kesakitan segenap tubuh yang sedang berdenyut. Senyum pada awan, senyum pada awan, senyum pada awan :)

Sampai hotel, ana menyeret kaki. Sempat lagi posing depan lobi hotel sambil buat-buat lupa yang diri tengah sakit. Hehehe. Bukan salah ana, abi yang paksa bergambar.

Masuk bilik, abi suruh bersiap sebab lepas solat Maghrib nak makan makan di Kampung Baru dengan keluarga Mak Teh, Pak Uda dan Pak Cik. Walla, sungguh meriah! Selepas parking kereta, Abang Cik memimpin tangan ana yang semakin tak boleh nak jalan. Masa melintas jalan, Aiman tahan kereta dan ana masih cuba berjalan sedaya upaya tapi kelihatan kereta semakin banyak yang berderet hanya disebabkan ana melintas jalan secara tak sengaja Abang Cik 'menarik' tangan ana dan tersentap urat dan tulang belakang yang petangnya direntap hebat oleh para terapi (3 orang).

Percaya tak, ana menangis terisak-isak tanpa segan silu walaupun sungguh ramai orang di situ? Huhuhu. Terus menyembamkan muka pada bahu Abang Cik dan menangis puas-puas, sakit maaaaa. Orang sekeliling yang tengah makan pandang je pada ana. Tiba-tiba rasa malu la pula... Tadi nangis terlupa pula nak malu. Huhuhu.

Sampai kerusi duduk ana, alhamdulillah lega sangat. Hampir 5 minit ana duduk statik untuk mencari posisi paling sesuai dengan kadar kesakitan paling rendah. Dah OK tu, lap air mata yang mencurah-curah. Tengok ahli baeyt lain, hehehe. Malu I tauuuu.. :p

Orang lain dah habis makan, ana tak habis-habis lagi.

"Larat juga hang makan ye?" Soal Pak Cik.

"Dah offer, semua orang tak nak. Sayang nak tinggal. (Sumbat je dalam mulut) Susah payah datang, tak berbaloi."

"Bukan susah payah datang, susah payah jalan." Kata Mak Cik pula.

Tergelak ana, a'a betul kan susah payah tau nak jalan. Sampai menangis terisak-isak. Habis makan, semua dah bangun. Ana terhegeh-hegeh lagi. Nak bangun dari kerusi pun tak boleh, Abang pun angkat ana untuk berdiri. Jalan juga beberapa langkah. Lambat sangat, Abang dah tak sabar. Last dia membongkok depan ana, "cepat, Abang dukung" Waaa... Tak nak, malu la I kena dukung. Huhuhu. "Cepat la, orang tak kenal pun."

Memandangkan sangat-sangat lambat ana berjalan, untuk menapak satu kaki pun lama sangat masa yang diambil makanya Abang mendukung ana penuh gagah. Malu I. Huhu. Yeyeye, dah sampai di kereta.

"Aik, dah sampai." Abi kelihatan sungguh terkejut. Ana masih buat macam biasa, tak bersalah gitu. Salam bersalaman dan masuk kereta. Ana dipaksa naik kereta Abang je, susah naik kereta Abi. Redha jer la... Abang bawa ikut jalan yang paling kurang bumper. Sampai lobi hotel, minta wheel chair.

.... hari yang amat meletihkan ....

12 Julai (Ahad)

Bersiap pergi ke Bangi, makan Nasi Beriyani Gam. Huhuhu, masa ni kaki nampaknya semakin 'berat' untuk melangkah. Selepas siap makan, masuk kereta dan tidurrrr je sampai rumah. Sampai rumah, ana dah tak boleh nak jalan. Mahfuzah bawa turun tilam dan ana menggigil dengan teruk. 4 helai selimut untuk mengurangkan kesejukan. Mengiring tidak, cuba berbaring tetapi tahap menggigil buat ana tidak selesa untuk berbaring. Akhirnya ana hanya mampu meniarap untuk mengurangkan sejuk dan sakit pada tulang belakang dan segenap saraf.

Abi bagi air zam-zam, nak bangun duduk pun dah tak boleh. Abi bagi minum abis tumpah, uwaaa dah la sejuk. Abi ambil straw, iyaa... seteguk demi seteguk.

Hampir jam 8 malam ana belum solat Maghrib, uwaaa stress lagi. Lastly Abi usahakan juga untuk dudukkan ana, hehehe. Sebotol air untuk wuduk. Sambil nak duduk tu ana sempat nangis, hehehe.

"Kenapa senyum?"

"Pak Cik cakap dalam syurga nanti tak sakit dah..."

Abi baru tahu kenapa ana senyum... Usai Maghrib tidak diizinkan baring sehingga la solat Isyak. Kalau dah baring sangat susah nak bangun. Kesian abi :'(

13 Julai (Isnin)

Ummi dan abi terpaksa ke Johor atas urusan pejabat. Tinggal kami 4 beradik di rumah. Aiman demam, tak sekolah. Mahfuzah terpaksa duduk rumah untuk jaga kakak dan abangnya yang flat. Uwaaaa...

14 Julai (Selasa)

Kuatkan semangat! Abi tak habis-habis cakap "Kuatkan semangat" maka ana pun bersiar-siar (echeh!) dalam rumah. Alhamdulillah, keadaan semakin baik. Sambil berjalan tu kutip apa yang sempat. Tengok tu, baru sihat sikit dah tak reti duduk diam. Kalau duduk statik je tu namanya kufur nikmat, lalalalalaaaaaaaaaa!

15 Julai (Rabu)

Hujan sungguh lebat di awal pagi. Sendirian di rumah dan mengadap laptop, buka blog dan update untuk memberitahu pada semua...

SYUKRAN 'ALA DO'A.
JAZAKUMULLAH KHAIRAN KATSIRA.


^_~

Read more...

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO