"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

21 August 2009

Tinta Hati

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam ceria, salam bahagia dan salam kasih sayang buat teman-teman yang dikasihi. Alhamdulillah, Ramadhan kian menghampiri kita. Perasaan bercampur baur, rasa gembira, sebak, sayu dan sangat teruja. Subhanallah. Dia yang memegang hati manusia, semoga kita tetap teguh dan istiqamah mengharapkan nusrah Nya dalam melalui hidup ini.

Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana menautkan kembali hati ana dan sahabat. Kadang-kadang kita tak terlintas di fikiran apa yang terlintas di hati sahabat, tak mampu nak memikirkan apa yang difikir oleh orang lain. Moga silaturrahim yang terjalin, mendapat manfaat dan sama-sama saling ingat mengingatkan pada KEBENARAN dan KESABARAN. Ameen. Insya Allah.

Alhamdulillah, syukur pada Allah atas setiap nikmat yang dipinjamkan kepada ana. Menghitung kedatangan Ramadhan, tetamu yang dirai dan dimuliakan sebaiknya. Kedatangan Ramadhan kali ini banyak beza dan istimewanya di hati ana, mungkin ada yang teruja dengan azam baru yang lebih hebat. Ada yang biasa-biasa, sekadar menjalani Ramadhan seperti selalu dan ada pula yang tak rasa apa-apa pun. Wallahua'lam.

Ramadhan kali ini, entah perasaan apa yang singgah hingga tinta hati terluah. Subhanallah. Ana mengharapkan Ramadhan yang datang membawa sinar buat hati kita semua, membawa sinar buat bumi Palestin, cahaya buat Selatan Thai, nusrah Ilahi dan rahmat Nya memayungi kita semua menuju cinta Nya. Ameen.

Tahun lalu, kemeriahan Ramadhan terasa hambar di hati. Melihat adik-adik dan ahli baeyt bersiap ke surau untuk berjemaah, ana sendirian di rumah. Dengan simpati abi, seusai solat Isyak berjemaah di surau, abi pulang mengimamkan solat terawih bersama ana di rumah. Kebiasaannya, Rejab dan Syaaban adalah bulan tarbiyyah rohani dan fizikal yang harus ana lalui sama ada dengan redha atau sebaliknya tetapi itulah yang perlu ana jalani. Ramadhan pula bulan untuk menggempur iman, melihat sejauh mana ana mampu bertahan dalam kalam yang terlafaz setiap kali solat.

La ilaha illallah.
Muhammad Rasulullah.

Tahun lalu, seingat ana hanya sehari saja ana berkesempatan solat terawih di masjid itupun sewaktu mengikut abi membayar zakat fitrah pada penghujung Ramadhan. Tahun ni terasa lebih seronok dan ceria dengan kedatangan Ramadhan, usaha menjaga kesihatan dilakukan seawal Rejab dengan harapan Ramadhan kali ini lebih baik dari yang lalu seperti yang diidamkan semua.

Alhamdulillah, terapi tulang belakang yang dijalani dengan kesakitan dan keperitan akhirnya membuahkan tawa dan senyuman. Sinar bahagia buat ana. Subhanallah. Syukran ya Allah.

Yakin pada Allah. Insya Allah.

Setelah menjalani terapi tulang belakang, sedikit sebanyak keadaan jantung dan buah pinggang bertambah baik. Alhamdulillah. Ana tidak lagi kronik apabila menerima kejutan, andai dahulu keadaan jantung seperti orang berusia 60-an, sekarang lebih cergas dan bertenaga. Naik turun tangga pun tak teruk sangat. Kalau dulu, keadaan jantung seperti lebam, alhamdulillah sekarang tidak lagi. Perut juga sudah jarang-jarang dilanda tsunami, hihihihi. Tak mo makan pedas-pedas ye!

Perlu jaga:

[1] Tidak mengangkat lebih dari 5 kg (so, tak boleh dukung baby yang besar)
[2] Tidak tidur atas tilam spring (hehe, atas lantai yang rata saja okey!)
[3] Tak boleh makan kekacang menjalar (amat sensetif kalau sakit belakang/saraf)
[4] Tak boleh makan/minum ais (mengidam je tengok aiskrim, hadoi la)
[5] Tidak makan buah tembikai (sadisnye, no more watermelon juice for me)
[6] Tidak makan buah ciku (nanti semput, ciannya sayaaaaaaa!)
[7] Minum air mineral/suling (bukan air yang masak tu yerk, tak de oksigen)

Mesti buat:

[1] Kurma sehari 3 biji (ajwah adalah yang terbaik)
[2] Madu selepas subuh (puasa tak yah la kot, hihi ngelat)
[3] Kismis sebelum tidur (manja betul)

Mesti elakkan:

[1] Duduk (bersila/bersimpuh) atau berdiri terlalu lama.
[2] Jalan terlalu banyak (no more window shopping, huhu)
[3] Menggerakkan badan dengan ekstream (sopan santun je saya ni :P)

Kalau disenaraikan makanan yang TAK BOLEH dimakan (kena berpantang) pasti berjela-jela, jadi... ana terfikir, kan lebih mudah senaraikan apa yang ana KENA makan, pasti pendek kemetot aje. Adusss... Kesiannya.

Ana berusaha mengelak dari mengambil sebarang ubat-ubatan dalam persiapan Ramadhan supaya perut & badan tidak meragam bila ana menjalani hari tanpa ubat. Yeay! Insya Allah, yakin dengan pertolongan Allah. Sesekali 'bengkok', terpaksa juga menelan ubat tetapi selagi terdaya pasti digagahi juga. Bak kata Kak Syifa';

Insyirah KUAT...!

Insya Allah.

Selamat menjalani ibadah puasa.
Dari Insyirah dan keluarga. (^_~)

1 leaves:

Anonymous,  21 August 2009 at 16:10  

betapa kuatnya adik ni..kak mia kagum la....pepun, benar kata adik..kte harus bersyukur dgn apa yg diuji oleh-Nya...tp, ble melihat cerita adik ni....akak makin kuat gak...semakin hari, melebarkan senyuman agar hari2 dilalui dgn indah...salam ramadhan dr kak mia

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO