"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

03 August 2009

Majlis Pertunangan Along

Bismillahirrahmanirrahim.

Hamdalah, 2 Ogos lalu bersamaan hari Ahad 11 Syaaban... Telah berlangsungnya majlis pertunangan antara Along (cousin) dan Dzakir. Sedikit gambar di bawah sebagai tatapan, cantikkkkkkkkk! Sebab warna ungu, I likeeee! (^_~)


Rombongan lelaki baru sampai


Penyerahan cincin kepada wakil pihak perempuan


Aiwah, gelak lak dorang ni.


Hantaran dari pihak perempuan... Purple colour!


Kek hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki, ada gambar lagi.


Cincin merisik dan cincin bertunang.


Hantaran kedua-dua belah pihak


Mahfuzah (purple), Along (yang diraikan), Fadilah (hijau) dan Ayuni (atas riba Mahfuzah)


Aiman (jurugambar amatur) bersama Along...

Ana ke.P.E.N.A.T.an, huhuhu... Sepanjang majlis berlangsung, duduk bersila atas lantai. Ana tak boleh duduk atas lantai lama-lama, sakit belakang. Kalau nak duduk lama, ana angkat kedua-dua kaki dan lipatkan lutut hingga ke paras dada. Kalau duduk macam tu baru boleh duduk lama, kalau nak bersimpuh, bersila... ntah berapa minit je la bertahan. Nampak sangat tidak sopan kan :(

Akhirnya dah duduk terlalu lama, sakit belakang. Ana bangun, tak tahu nak buat apa, lastly tengok dapur banyak sangat-sangat pinggan dan cawan yang perlu dibasuh. Tolong Mak Uda, Mak Uda sabun pinggan+cawan dan ana bilas. Then, Mak Uda tak larat berdiri lagi ana meneruskan perjuangan sendirian... Huwaaa. Habis sebasin pinggan+cawan, atas para juga ana kutip semuanya basuh. Huh, tepi... tepi... Ana nak baring, tak boleh duduk lagi dah... Tepi... Tepi... Pastu dengan tak malunya baring sampai ketiduran. Isk, dah la senja, nak masuk waktu Maghrib baru ummi gerak suruh bangun.

Mesti ada yang pok pek (sinonom; membebel) bila ana citer ana basuh pinggan sebanyak itu... Hehehe. Kalau duduk saja (atas lantai) pun sakit belakang, berdiri lama pun sakit belakang baik ana berdiri kan atleast boleh tolong basuhkan pinggan dan cawan untuk tetamu daripada ana duduk dengan gaya yang langsung tidak sopan itu... Both menatijahkan sakit belakang, it's OK right! Huhuhu. (*_*)

Tapi... yang beshhhh nye, ana dapat dukung baby tawww masa tu. Hehehe. Baby kecil lagi, baru lepas pantang. Baru usianya 40++ hari, pehhh... Kak Nurul (cousin) begitu kagum melihat ana buat muka sardin mintak baby itu dari ibunya, kih kih kih. Dah la leher dia macam lembut je lagi, tapi biasa la ana kan selalu over excited bila nampak baby... Lalalala...

0 leaves:

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO