Muhasabah Diri
Bismillahirrahmanirrahim.
"Syirah ni pakai cincin nanti orang ingat dah bertunang. Ish, tak takut ke nanti tak laku?"
Ana tergelak kecil, geti hati sungguh bagai digeletek oleh Uwais (Sanah Helwa ya Habibi. Happy 3rd Uwais+Durrah) apabila 'diuji' soalan sebegini. Macam barang dagangan pula terletak pada nilai 'laku' atau 'tak laku' seorang perempuan itu. Pernah juga ana argue dengan ummi soal 'nilai' ni suatu ketika dulu. Mungkin dasarnya sekadar gurauan senda anak-beranak tetapi ana tidak selesa perkara 'nilai' menjadi bahan bicaranya.
"Sebaik-baik mahar adalah yang paling rendah."
Kadang-kadang mengelak dari menjawab 'soalan maut' adalah lebih mudah dari berbicara mengenainya. Mungkin entri ini agak 'keras' kerana emosi juga sedang meledak, tak marah tapi ada la sedikit peristiwa yang buat ana jadi geram. Geram tengok muka bulat Uwais sambil buat 'peace' agaknya, wallahua'lam.
Kenapa seseorang perempuan terlalu takut apabila dirinya masih belum disunting jejaka idaman? Kenapa seseorang perempuan terlalu ghairah mencari pasangan sedangkan dirinya masih tidak berhasrat untuk bernikah tetapi sekadar berkenal-kenalan menyesuaikan diri dengan lelaki? Dimana letaknya al-haya' yang perlu dipelihara? Aduh... Sukarnya bicara kerana ana sendiri selalu dibelenggu masalah ini. Usik-usik dari abang-abang, pakcik dan makcik selalunya tidak 'mengusik' hati ana tetapi ucapan-ucapan 'gentleman' dari orang di sana tu mengecutkan seluruh saraf.
"Kak, susahkan jadi perempuan."
Suatu saat apabila diri diserang kehibaan yang meluap-luap. Satu per satu mesej dari akhawat di baca, diulang dan hampir dihafaz semuanya.
Satu bicara tulus dari seorang ukhti yang amat ana kasihi.
"Adik kejam bagi mereka yang tak dapat terima bahawa adik bukanlah jodoh mereka. Kejam bagi mereka yang rasa tak boleh terima hakikat bahawa Allah ada aturan terbaik untuk setiap dari kita. Redha, berlapang dada dan berusahalah untuk menjernihkan hati."
Iya, hati. Pokok pangkalnya ialah hati. Kalau tak nak, tak nak la. Susah apa kan.
Itu jawapan bagi mereka yang tak melalui. Ana cukup menghafaz kalam dari seorang naqibah.
"Tolak dengan cara terbaik, hati manusia ni kena jaga kalau hati ayam tak apa goreng pun sedap. Bila kita sewenang-wenangnya melukakan hati manusia, tidak mustahil kelak orang lain yang akan lukakan hati kita." Tersirap darah, na'uzubillah.
Kadang-kadang ada wanita yang sudah cukup bersedia melangkah ke marhalah rumahtangga tetapi belum masanya dia disunting, ada ketika mendengar muslimah yang tidak lagi berhasrat menuju ke marhalah rumahtangga tetapi selalu mendapat risikan. Anggaplah iyanya sebagai satu ujian Allah kepada hati kita. Apa yang penting, HATI... Pelihara sebaiknya. Serahkan pergantungan pada Allah.
"Cantik tak cincin ni...?"
Memang cantik pun, padan dengan harganya. Itulah dialog ana dan abang.
Eh, ummi dah nak dapat menantu... Tahan saja ketawa bila anak sedara Kak Ku panggil ummi "tok mummy" dan abi pula "tok daddy". Nakal kami adik-beradik mengenakan ummi dan abi sebegitu. Keh keh keh....
Ya Allah,
Jauhkan kami dari fitnah ar-rijal.
Jauhkan kami dari menjadi fitnah ke atas mujahideen Mu.
Kurniakan kepada kami hati yang sentiasa rindu kepada Mu.
Dan jadikan kami hamba yang sentiasa insaf.
Ya Allah,
Jangan pesongkan hati kami setelah diberikan hidayah.
Jauhkan kami dari fitnah ar-rijal.
Jauhkan kami dari menjadi fitnah ke atas mujahideen Mu.
Kurniakan kepada kami hati yang sentiasa rindu kepada Mu.
Dan jadikan kami hamba yang sentiasa insaf.
Ya Allah,
Jangan pesongkan hati kami setelah diberikan hidayah.
Allahummaj'alni hubbak wa hubba man ahabbak, waj'al hubbaka ahabba ilayya minal maail baridi. Ameen.
SANAH HELWA ya HABIBI JAMEEL...
Uwais Qarni Imtiaz
Nur Durrani Imtiaz
Moga membesar sebagai mujahid/mujahidah agama. Insya Allah.
1 leaves:
Salam kholah,
terima kasih untuk doanya... (",)
Post a Comment