Laporan Penuh Percutian
Bismillahirrahmanirrahim.
Hamdalah catatan percutian yang SANGAT INDAH dan menyeronokkan.
Pada jam 9 pagi, ukhti Syifa' dan sahabat-sahabatnya (kak Mia, Kak Fara, Kak Aisyah dan Kak Mun) bertolak dari Kuala Lumpur dan tiba di rumah ana pada jam 12.20 tengah hari. Hamdalah. Perjalanan yang penuh gelak ketawa dan ana yang menyambutnya agak terpinga-pinga nak membiasakan diri dengan mereka semua yang HAPPY-GO-LUCKY! Maklum la, otak ana 'bersih' lagi. Blur sikit dengan kakak-kakak yang semuanya sangat menyeronokkan.
Selepas solat Zohor, kami makan tengah hari. Hihi, entah apa la rasanya. Ana masak masakan kampung jer, tapi Kak Mun kata dia makan tersangat banyak sebab dah lama tak balik kampung dan bila jumpa masakan kampung semuanya sedap. (Malu lak rasa, hihi) Disebabkan ana masak semuanya tak pedas, terasa susah hati pula sebab tetamu yang datang semuanya makan pedas terutamanya Kak Syifa' dan Kak Mun. (Datang lain kali nanti ceq jamu makan masak lemak cili padi ye) :P
Jam 2 petang, Kak Jaja yang bertolak dari Kluang sudah mula meneruskan perjalanan dari Kuala Lumpur untuk ke Tapah. Masa ni masing-masing mengerahkan otak berfikir dengan rancak macammana nak ambil Kak Jaja di Tapah yang bakal tiba beberapa jam lagi. Abang sulung ana ada di Tapah (rumah Tok Mak) dan ana cuba meminta tolong abang menumpangkan Kak Jaja tetapi apabila difikirkan semula berat hati juga sebab mereka berdua je. Lain la kalau ana ada ataupun Kak Jaja berdua dengan sesiapa.
Hamdalah, akhirnya setelah beberapa kali berusaha talifon abi akhirnya kami bertiga (Kak Syifa', Kak Mun dan ana) naik kereta ke Tapah. Kesian Kak Jaja yang menunggu hampir 1 jam! Hujan dan jalan licin, Kak Mun bawa kereta slow. Di pertengahan jalan pun kami nampak kereta satria masuk dalam gaung, menambahkan kecut perut memandangkan Kak Mun tak biasa bawa kereta di sini. Apapun, kami menceriakan juga keadaan sebab tak nak bagi Kak Mun rasa takut, ana apa lagi.. Bercakap tak henti-henti dalam kereta sebab nak bagi Kak Mun 'leka'. Apapun, berjaya tauuuu! Selamat pergi dan selamat juga sampai ke rumah. Hehehe. Tahniah Kak Mun!
Hasrat kakak-kakak ni nak berjalan sekitar rumah tak menjadi sebab hujan, maka malam selepas dinner kami (semua perempuan) keluar menangkap keliwoon ~ sila la jangan percaya ~ sebenarnya menghirup udara segar dengan kebenaran abi. Hehehe, sejuk juga la sebab petang hujan dan malam pula berangin. Bising kami berlapan (termasuk ana dan Fadilah) di luar rumah. Tak pernah dibuat ana, berjalan malam macam tu. Hehehe.
8 Ogos 2009
Pada awal pagi lagi ana bangun dan menutup kipas gara-gara kakak-kakak semuanya macam mangsa perang. Hehehe. Langsung tak sedaq habaq. Lepas gerak 'mangsa perang' untuk bangun berjihad mengambil wudu' dan solat Subuh, ana turun masak sarapan. Mee goreng dan Kuetiow goreng. Entah apa la rasanya, huhuhu. Siap pesan lagi pada kakak-kakak ni.
"Jangan cakap apa-apa, senyap je tau! Pastu cakap kuat-kuat 'SEDappp! SeDappp!' Boleh kan?"
Hihi, nakalnya ana. Boleh pula paksa orang cakap sedap. Syukur 'ala nikmatillah. Semuanya tersenyum dengan perut yang penuh, tak apa perjalanan masih panjang. Abi sedari awal volunteer nak bawa kami anak-anak dara untuk berjalan-jalan. Abi di apit anak-anak dara, tak pernah dibuatnya. Hehehe.
Check Point Pertama:
Terowong bawah tanah Stesen Janaletrik Cameron Highlands. Mereka berenam sungguh beruntung kerana dibawa abi masuk ke dalam terowong, sangat sukar untuk masuk ke dalam (siap ambil gambar pula) melihat mesin beroperasi. Lebih beruntung, mereka sempat melihat bagaimana mesin dimulakan. Haaaa, memang kalian ni BERTUAH sangat. Nasib ana ikut, kalau ana tak ikut pasti cemburu tahap gaban. Hehe. Kemudian abi bawa kami ke Pusat Kawalan Stesen Janaletrik pula. Siap mendengar 'ceramah' dari abi, maka kami dibawa masuk Bilik Mesyuarat 5 Bintang (hahaha) dan CEOnya kak Fara, S/U nya tak ingat. Macam-macam la antunna ni. Boleh pula mereka bersidang dalam bilik mesyuarat tu, sabar je la.
Check Point Kedua:
Kami ke Cameron Highlands dan berhenti di Cameron Valley untuk memberi peluang pada Kak Mia dan Kak Mun memuntahkan apa yang ditahan-tahan, kesian 2 orang kakak ni tak 'aktif' sebab pening. Tapi 4 lagi masih ceria siap ambil kesempatan berposing sementara 2 sahabat mereka 'berurusan' di tandas. Pelik dan ajaibnya, lepas keluar tandas terus ceria sebab nak ambil gambar. Hehehe, kakak-kakak ni sporting sangat-sangat. Ceria je duduk dengan mereka!
Kak Mun yang sopan
Check Point Ketiga:
Abi membawa kami 9 anak dara (termasuk ana, Mahfuzah dan Fadilah) ke Strawberry Farm. Hihi, disini kami disajikan dengan aiskrim dan strawberry yang diletakkan krim dan coklat. Pergh! Terliur. Ana buat-buat tak nampak aiskrim, mujahadah la katakan... Sempat juga kami mengacau ketenangan pokok-pokok bunga di sekitar dengan lensa kamera yang tak henti-henti di klik.
Check Point Keempat:
Abi bawa melewati Strawberry Park tanpa memberhentikan kereta, hehehe. Siap la, lepas ni ada pula yang berotak kiri nak menulis puisi lalu tempat yang romantis macam tu. Kemudian, terus ke Brinchang melalui jalan belakang dan solat Zohor. Hamdalah. Selesai solat, kami makan tengah hari. Terima kasih abi di atas penajaan makan tengah hari kami. Abi memang ensem (nanti tambah lagi sket ye). :D Selepas makan, kakak-kakak berhenti membeli cenderahati (siap ada yang 'hilang' jadi chipsmore lepas jumpa sepupu, siapa la tu). Hik hik hik!
Check Point Kelima:
Abi tinggalkan kakak-kakak di Cactus Valley dan Adik menjadi pengiring mereka (cecece... tak cemburu pun) manakala ana, abi dan Mahfuzah pergi ke Big Red Strawberry. Jalan-jalan cari makan. Abi order Yougart, Mahfuzah order aiskrim dan ana sekadar float. Tapi, godaan aiskrim sangat melemahkan semangat mujahadah, apa lagi makan jer la aiskrim Mahfuzah. Rezeki depan mata jangan ditolak, musuh jangan dicari. Hihihi.
Check Point Keenam:
Kami meneruskan perjalanan ke Sungai Palas. Tak masuk pun ladang teh (tempat pengilangan teh) sebab kami sekadar bergambar di tepi jalan kerana jeng jeng jeng... Kami mempunyai misi yang lebih besar ---> Mendaki Menara Brinchang! Hamdalah, selesai sesi fotografi di tepi ladang teh (dapat juga mencelah di dalam pokok teh tu kira orait la kan) kami terus mendaki ke Gunung Brinchang tetapi tersesat jalan (malu ana, bawa salah jalan. huhu...) Abi berpatah balik dan u-turn ke jalan yang lurus kemudian belok ke kanan, baru la betul jalan ni. Hehe.
Setibanya kami di Gunung Brinchang, cuaca sejuk sedikit berbanding di bawah. Masih 'gila-gila' dan kecoh. Ada ramai pelancong asing di atas menara brinchang. Kami begitu teruja untuk 'buat hal' di atas menara. Hihihi. Akhirnya, kami berjaya juga naik ke Puncak Menara Gunung Brinchang! We are so excited. Subhanallah. Kuasa Allah, sampai ke atas puncak menara (tingkat 3) angin punya la kuat dan awan sedang bergerak pantas. Boleh nampak corak awan yang sedang bergerak pantas, fuh... Ada yang menjerit kesejukan dan ada yang menggigil malahan ada la seorang tu terus duduk sebab gayat. Hehehe, kesiannya. Habis buat 'drama' atas menara, record situasi atas menara dengan gambar dan video, tiba-tiba... jeng jeng jeng...
Seorang hamba Allah menangis terisak-isak sebab tengah runsing memikirkan cara "bagaimana saya nak turun ke bawah". Bakal kaunselor di atas menara seramai 4 orang menjadi gelabah dan berusaha memujuk hamba Allah tersebut, tetapi seorang kaunselor berjaya menenteramkan 'client' yang akhirnya selamat menuruni puncak menara. Tumbs Up kak Fara! :D
Check Point Ketujuh:
Meninggalkan kakak-kakak di pasar malam Brinchang dan kami menunaikan solat Asar memandangkan mereka semua telah solat jamak. Menunggu azan Maghrib dan berhajat besar untuk makan steamboat di Legancy Hotel tetapi kekecewaan sangat sebab fully booked. Tingkat bawah penuh dengan medic's students UM, haiyo tak de rezeki la. Finally, kami semua makan satey di kedai Pak Man. Huhu, sad ending la pula. Lepas makan, abi hantar ke Homestay memandangkan Kak Mun dah booking homestay satu malam.
Tapi, nak jadi cerita... Makcik tu bagi bilik pada orang lain. Bermesyuaratlah mereka semua di dalam bilik yang diusulkan oleh makcik tuan rumah. Lastly decided, mereka semua pulang ke rumah kami. yey yey! Kepenatan berjalan, mereka masih bersemangat mengemas beg. Ada yang tidur jam 2 pagi, isk isk.. hebat betul. Ana dah ketiduran :P
9 Ogos 2009
Awal pagi lagi Cik Mie Sepet mesej ana, ada ke Cik Mie Sepet ingat ana buli Cik Syifa'... Isk, mana ada la. Tak sempat nak buli, Cik Syifa' bawa 5 bodyguard untuk cover dia. Huhuhu. Ummi buat breakfast, dan kakak-kakak bersiap dan berkemas untuk pulang ke Kuala Lumpur. Bumi UM menggamit mereka sebab tak tutup (kuarantin) walaupun duk tengah bandar, moga Allah melindungi mereka semuanya. Ameen!
Abi bawa berhenti di Cameron Valley sekali lagi. Berhenti minum teh tarik secawan, risau sebab semuanya diam je. Mengantuk plus penat agaknya.
Terus bawa mereka ke Tanah Rata, cari dried strawberry dan teh pelbagai perisa. Ana jumpa dengan Kholah Safin, hehehe. Kholah Safin selalu bagi discount kalau ana beli apa-apa, itu yang best. Kadang-kadang jual dengan harga yang dia beli tanpa ambil untung.
Mereka berhajat nak ambil gambar di taman Tanah Rata, then duduk di buah-buahan gergasi. Makan pisang goreng dan buah cempedak goreng serta buah berangan (ops... biji buah cempedak sebenarnya) sambil-sambil ambil angin. Waduh, santai sekali. Hehehe.
Jam 1.22 petang, pergi stesen bas tak nampak bas pun. Nasib baik la tanya, rupanya bas yang mereka naik ni bukan berhenti di stesen bas sebaliknya berhenti di depan pejabat pelancongan. Bergegas ke pejabat pelancongan, bas masih belum tiba. Beberapa minit kemudian, bas kelihatan dan mereka gembira kerana pemandu bas adalah pemandu yang sama dengan hari yang mereka datang (Jumaat 7 Ogos). Rezeki la tu. Tapi bas tak berjalan walaupun dah lama, hampir jam 2 petang (sepatutnya jalan 1.45 petang) pemandu bagitahu yang ada beberapa penumpang (pelancong) tersekat di Brinchang kerana kesesatan lalu lintas. Maka, kami pun minta diri untuk pulang tanpa menunggu mereka menaiki bas kerana... Ummi sedang menanti di rumah. Dah la seharian (Sabtu) kami menculik abi, biar la hari Ahad ummi tengok muka abi pula.
Pengembaraan yang paling ceria, teruja dan menyeronokkan dalam sejarah hidup ana. Hehe. Sebab tak kering gusi duduk dengan 6 orang kakak yang ceria. Abi pun hilang stress dapat membawa mereka berjalan kerana sepanjang jalan dalam kereta ada saja gurau senda dan kata-kata yang mencuit hati. Usik mengusik dan macam-macam. Hehehe, 'aktiviti kaunseling' dalam kereta pun ada juga. Aih, macam-macam.
10 orang naik kereta, kakak-kakak ni kecil aja. Sumbat-sumbat jer, nasib baik la muat. Kalau tidak, nampak gaya terpaksa guna 2 kereta.
Kesimpulannya:
Ana dan keluarga sungguh berbesar hati dan seronok dengan keberadaan mereka berenam ~ Kak Syifa', Kak Mia, Kak Jaja, Kak Fara, Kak Aisyah dan Kak Mun ~ yang sudi bermalam di rumah kami, menceriakan kami, menggawatkan suasana dalam hutan (hik hik) malah menghilangkan stress abi yang beberapa minggu ni stress dengan kerja dan audit yang tak habis-habis.
Terima kasih.
Minta maaf atas apa-apa yang kurang. Di harap tak serik untuk datang lagi yerk! Moga ada pertemuan lagi selepas pertemuan ini. Nanti bawa Insyirah jalan-jalan di Kuala Lumpur pula, ngeh ngeh ngeh. Sungguh ku teringin nak pergi Zoo Negara (^_~) Insya Allah, lepas raya nanti kalau ada rezeki sampai la ke rumah sewa antunna.
Setelah dihitung-hitung gambar dari my camera, kak Syifa's camera and Kak Fara's camera... Keseluruhan gambar pada HARI PERTAMA ialah 668 keping, haaa... Amik ko, dah kalah model lain tuh. SEHARI je 668 keping gambar, hari KEDUA belum transfer dari camera.
Tengok tu Cik Mie, sakan depa bergambar. Cik Mie kalah... Cik Mie kalah... (^_^)
p/s: Kak Syifa' nanti burn semua gambar dalam CD yer. Gambar dari camera kak Mun tak de pun.
Alhamdulillah, jam 6 petang mereka selamat tiba di KL Sentral. Hampir jam 7 petang mereka selamat tiba di rumah sewa. Hamdalah, syukur Allah memudahkan perjalanan mereka.
Itu bukan kabus tetapi awan
ThaNkS FoR ThE MeMoRy ~ FoR ThE GiFt aLSo... MiSsIng aLL of U...
FrOm ThE HeaRt WiTh LoVe (^_^)
~ InSyiRaH and FaMiLy ~
6 leaves:
salam...
seronoknya...lama x g cameron highland...besh!...
wah.......best nie...gmbr sungguh memikat dik
Salam,
Saudara Zul, owh ye ke lama tak pegi cameron... ana kerap je pegi cameron :P kadang2 tetiap hari ana pegi cameron... (ayat nak men'jeles'kan orang)
Kak mia,
hehe... memang best pun :D
apa yang memikatnya? orang dalam gambar ataupun pemandangannya, hihi...
indahnya karya pencipta :)
subhanallah :)
Memang ciptaan Nya indah, baru keindahan dunia.. tak terbanding dngn keindahan akhirat.
Post a Comment